Terkini,

Aishah & Orkestra Filharmonik Malaysia Bakal Bersatu di Pentas DFO

Lebih 3 dekad bergelar penyanyi dan penghibur di Malaysia, Aishah yang cukup dikenali dengan lagu “Janji Manismu” dan “Camar Yang Pulang” bakal bersatu dengan kemasan muzik string Orkestra Filharmonik Malaysia menerusi sebuah konsert yang diberi nama Aishah & MPO: A Symphonic Rendezvous di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP), KLCC.

Bakal dipentaskan pada 6 Ogos 2022, konsert ini akan dipimpin konduktor muzik Ahmad Muriz Che Ros dengan persembahan muzik baru yang digubah oleh Gerard Salonga, Luqman Aziz, Jenny Chin, Ahmad Muriz Che Rose, Ilham Subri, Vivian Chua dan Azhad Sulaiman.

Konsert ini merupakan konsert solo pertama Datuk Aishah bersama MPO di pentas DFP. Sebelum ini beliau pernah berkolaborasi bersama MPO yang akan dialunkan dengan vokalnya yang hebat sambil diiringi melodi simfoni orkestra daripada MPO.

Antara lagu-lagu yang akan dipersembahkan adalah Seloka Rindu, Fatwa Pujangga, Kemaafan Dendam Yang Terindah, Janji Manismu dan
Camar Yang Pulang.

Sehingga artikel ini bersiaran, tiket konsert MPO: A Symphonic Rendezvous mendapat sambutan hebat. Menurut laporan DFP tiket C Reserve (RM 255) dan B Reserve (RM 355) telah habis dijual sejak mula dibuka penjualan.


ARTIKEL BERKAITAN

Kelangsungan Bermuzik Ruffedge Menerusi Konsert “Ruffera”

#RetrospektifMuzik, Terkini,

Melodi Emas Datuk Ahmad Nawab

Namanya sudah terpatri sebagai seorang Seniman muzik tempatan yang cukup dibanggakan karya-karya yang telah dihasilkan. Bermula dalam bidang muzik pada usia muda, Datuk Ahmad Nawab atau nama sebenarnya Ahmad Khan bin Nawab Khan telah menggubah lagu lebih daripada 2000 lagu sejak menglibatkan diri dalam dunia seni.

Nama penghibur ternama seperti  Sharifah Aini, Uji Rashid, Hetty Koes Endang, Khatijah Ibrahim, Sudirman dan Ramlah Ram antara yang cukup dominan dalam mengalunkan lagu-lau karya ciptaannya. Barisan lagu-lagu popularnya mula menyinar di era 70-an dan merentasi era 80-an sehingga 90-an.

Ketika Ramlah Ram mula menceburkan diri dalam bidang nyanyian, Ahmad Nawab menjadi produser muzik yang pertama melihat bakatnya boleh dibesarkan dan mengikat Ramlah sebagai aritis rakamannya ketika itu di bawah label Nawab Records.

Biar kemunculan perdana Ramlah ketika album pertamanya diedarkan tidak begitu mencuri perhatian, melodi emas ciptaan Ahmad Nawab untuk album kedua Ramlah dengan judul “Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu” berjaya membuka ruang rezeki buat Ramlah benar-benar menyinar. Sehingga hari ini Biduanita tersebut masih menyangjung tinggi usaha yang dilakukan produser handalan ini dalam meningkatkan perkembangan karier muziknya.

Seorang lagi Biduanita yang pastinya sangat banyak hits bersama Ahmad Nawab sudah tentu, Sharifah Aini. Rangkaian lagu-lagu seperti “Tiada Maaf Bagimu”, “Kau Tinggi Di Awan Biru”, “Hapuslah Airmatamu” dan “Seiring Sejalan” sehingga hari ini menjadi melodi yang cukup ikonik dan diingati semua penggemar muzik tempatan tanpa mengira batas usia.

Album runut bunyi “Hapuslan Airmatamu” persembahan Broery Marantika dan Sharifah Aini satu daripada hasil kerja Ahmad Nawab yang paling akan diingati. Menerusi album runut bunyi ini dia mencurah ilham untuk kesemua lagu-lagu hebat yang dialun merdu kedua-dua Biduan dan Biduanita yang sangat dihormati ini.

Menerusi sebuah album instrumental berjudul “Ahmad Nawab – Saxasional” beliau merakamkan kembali 10 lagu-lagu hits di era 80-an dengan tiupan saxophone yang cukup membuai dan melekakan. Antara trakterbaik rakaman sax yang dialunkan saya kira adalah nyanyian asal Uji Rashid dalam alunan instrumental “Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu”.

Album ini turut menampilkan rangkaian lagu-lagu lain yang dipersembahkan dengan tiupan sax klasik miliknya menerusi “Jangan Tinggal Daku, “Rahsia Hati”, “Hamidah” dan sebuah trak istimewa berjudul “Berilah Kasih Sayang”.

Penghasilan album in itentu saja bergerak sebagai sebuah apresiasi label muzik EMI ketika itu dalam menghargai kebolehan luar biasanya sebagai komposer juga produser muzik yang on demand di era 80-an.

Garapan muziknya tidak hanya terikat pada alunan Balada dan Pop Melayu sahaja, pengaruh muzik Jazz diserapkan di beberapa lagu ciptaannya yang lain. Fast number seperti “Kasih”, “Hanya Mimpi” beberapa yang lain.

Cukup dikenali sebagai seorang produser muzik yang cukup serius ketika bekerja, Datuk Ahmad Nawab percaya beliau harus benar-benar mengenali dan mendalami karakter si penyanyi bagi menghasilkan sesebuah lagu. Dan kerana itu jugalah setiap karya-karyanya bergerak tersendiri. Jika diamati tidak mungkin lagu-lagu yang dirakam Broery Marantika bersesuaian dengan cara nyanyia Jamal Abdillah.

Atau mustahil juga rangkaian lagu-lagu yang dicipta untuk Ramlah Ram menyatu baik dengan Karakter vokal Azlina Aziz atau Khadijah Ibrahim. Setiap satunya dicipta khusus (custom) untuk setiap penyanyi berbeza kerana semua melodinya memiliki karakter tersendiri tanpa terbanding antara satu sama lain.


ARTIKEL BERKAITAN 

Getaran Melodi Legenda S.Atan Dalam Karya Terbaiknya Sepanjang Zaman

Highlight, Review, Terkini,

“Wijayakusuma” – Kelahiran Semula Ardhito Pramono

Album: Wijayakusuma
Artis: Ardhito Pramono
Produser: Ardhito Pramono / Gusti R.I

Ardhito Pramono sosok pejuan Jazz Indonesia yang cukup dikenali dengan karya-karya rebeliousnya yang melawan kehendak pasaran muzik popular berjaya menawan banyak hati yang mendengar karya ciptanya. Bearawal dengan begitu independen sekali kini namanya sudah cukup besar untuk dibanggakan.

Biar harus melalui fasa gelap hidupnya awal tahun ini, Ardhito tidak berhenti malah melangkah dengan terus produktif lagi dengan sebuah single baru yang cukup sifatnya untuk membuat kita semakin menyenangi karya-karya barunya.

“Wijayakusuma” menjadi pertaruhan terbaru yang cukup menghantui saya kira biar kali pertama menikmatinya. Lagu ini terhasil dalam sebuah kejutan manis yang tidak saya duga arah baru muziknya akan seauthentic begini sekali.

Dibuka dengan instrumentasi string yang sungguh menggoda, trak berjudul “Mula” dengan durasi lebih 5 minit ini sudah membuat saya melayang dengan instrumentasi yang cukup menarik, bagai menikmati sebuah perjalanan muzikal yang sungguh magikal sekali sifatnya.

Ia bergerak sebagai sebuah siren bahawa ini adalah arah baru, kelahiran semula dalam sebuah pengalaman menikmati muzik yang yang mungkin tidak terduga penggemarnya. “Wijayakusuma” menjadi single perdana album ini yang nyata memikat sekali. Volume suara fon kepala saya tinggikan semaksimanya hanya kerana mahu meresapi kemasan muziknya.

Ardhito membuka perasaan menerusi “Laju senja pasrah gelap tiba, Tertunduk, termenung…” dengan sebuah persembahan vokal yang penuh kematangan dan semakin jelas arah bermuziknya. Saya mengulang dengar lagu ini berkali-kali, semakin ke hujung lagu ini bergerak semakin eksperimental dengan terhasil penuh sempurna.

Menerusi album ini Ardhito banyak bekerjasama dengan Gusti Irwan Wibowo serta Narpati Awangga yang turut sama menghasilkan beberapa lagu di album ini. Gusti sendiri beradu vokalnya bersama Ardhito menerusi lagu “Kesan Pertama” .

Saya begitu tertarik dengan dengan komposisi “Daun Surgawi” – kemasan muzik Synth yang menyatu baik dengan Jazz Ardhito memercik feel Fariz RM dalam penghasilan keseluruhannya. Lagu ini juga saya kira antara kejutan manis di album ini, ardhito semakin bervariasi dalam komposisi muziknya.

Korus lagunya sangat baik, feel 80’s yang disalurkan energinya di lagu ini begitu hidup sekali dengan kemasan muzik serta penggunaan instrumen yang tepat. Semua tentang lagu ini begitu hebat sekali penghasilannya.Feel serupa diteruskan menerusi lagu “2 Jam” yang sekali lagi megendong ilham Synth dan Jazz yang cukup baik sekali.

Ardhito mengemudi album ini dengan keyakinan berbeza, ia ibarat kelahiran semula di dimensi berbeza yang membawa satu harapan baru dan penghidupan kepada kelestarian bermuziknya dengan arah yang lebih baik.

Mendengarkan album ini kedua kali dan ketiga kalinya membuatkan saya seronok melihat anak muda sepertinya yang cukup memanding tinggi kehalusan seni muzik tanpa harus terlalu berkompromi dengan apa yang pasaran muzik global hari ini mahukan.

“Wijayakusumo” saya sifatkan sebagai sebuah pelayaran muzik yang cukup melekakan. Setiap lagu yang terisi di album ini bergerak dalam skala yang berbeza, sebuah pelayaran pemikiran juga perasaan Ardhito yang harus kita selami dan rasai biar selama mana masa yang harus diambil.


ARTIKEL BERKAITAN

Kesinambungan Jazz “Detik Waktu” Candra Darusman

Highlight, Review, Terkini,

Persembahan Soulful Ballad Alif Satar & The Locos Lewat Single “LelakiXSempurna”

Lagu: LelakiXSempurna
Artis: Alif Satar & The Locos ft. Diandra Arjunaidi
Komposer / Lirik: YonnyBoii / Alif Satar / Efry Arwis / Diandra Arjunaidi
Produser: Tam Cobain / Efry Arwis

Alif Satar merencana kembara muziknya dengan bergerak bersama band The Locos. Berbekal ilham muzik yang lebih berarah pada sentuhan Pop R&B yang sederhana, ASTL mengisi ruang pasaran muzik tempatan dengan cara yang tersendiri tanpa bergantung pada idea dominasi Pop hari ini.

Berawal dengan single “Anugerah Terindah” yang beredar tahun lalu, Alif nampaknya semakin pasti dengan arah baru bersama kugiran The Locos dalam penghasilan lagu-lagu baru mereka.

Kejayaan solo Alif menerusi “I Want You To Love Me” dalam ilham Soulful Ballad digerakkan menjadi identiti muzik ASTL. Terkini dengan kehadiran single berjudul “LelakiXSsempurna” mereka membawa pendengar sekali lagi larut dalam ilham muzik serupa.

Melodi lagu ini saya kira bukan terhasil dengan ilham baru, tetapi ia perlu dalam pasaran muzik hari ini yang terlalu banyak lagu yang sangat membosankan terutama sekali tahun ini. Ilham berulang, korus yang sama, letih dan melelahkan.

Setidaknya “LelakiXSempurna” terhasil dalam sebuah produksi muzik yang tastefully produced, ada citarasa muzik yang baik dan tidak kedengaran old fashion. Melodinya membuatkan saya sebagai pendengar terikat melewati alunannya sehingga ke hujung lagu tanpa gagal.

Vokal Alif juga semakin baik, kolaborasi bersama suara manis Diandra memberi warna dalam lagu ini yang menjadikan ia lebih menarik untuk dihayati. Sebuah lagu yang sedap didengar cuma saya kurang pasti jika pendengar kita ready untuk menerima this kind of Soulfull Ballad.

7.5/10


ARTIKEL BERKAITAN

Amir Alif Menulis Kesinambungan Lover Boy Menerusi “Let’s”

#RetrospektifMuzik, Terkini,

Carta Pop 90: Mengulang Dengar Hits Terbaik 90-an

Muzik Kita mengulang dengar rangkaian Pop 90-an yang mungkin sudah lama tidak kita perdengarkan hari ini. Nama seperti Krisya, Kumpulan Visa, Mac Rahayu, Korie, Aida Agil dan Fauziah Latif mengisi pilihan 90-an kami!

Nama Rahmat mungkin sudah jarang diperkatakan hari ini namun akan terus diingati dan dikenang sebagai salah seorang dalam legasi penyanyi lelaki hebat seiring Saleem, Zamani, Hattan dan Aris Ariwatan. Persembahan vokalnya yang membawa jiwa ‘rempit’ cukup tersendiri dan tidak terbanding dengan penyanyi lainnya. Lagu “Siapa Di Hatimu” ini antara rangkaian malar segar 90-an yang akan sentiasa didengari.

Nama Krisya menjengah pasaran muzik 90-an dengan suara manisnya mengalunkan single “Gemersik” ciptaan maestro Pop, Adnan Abu Hassan dengan cukup baik sekali. Korus lagu ini killer sebenar membawakan ia sebagai salah satu lagu Balada indah sepanjang 90-an. Bagai dicipta khusus buatnya, lagu ini antara one hit wonder yang akan diingati sehingga hari ini.

“Exist” menjadi kugiran Pop paling berpengaruh di era 90-an. Tidak hanya di Malaysia, nama mereka begitu dikenali di Indonesia dengan rangkaian hits yang tidak hanya satu tetapi beberapa hits berbeza daripada album berbeza. “Untukmu Ibu” satu daripadanya yang begitu terkesan buat semua pendengar. Hati mana yang tidak tersentuh sayunya melodi, lirik serta penyampaian Mamat menerusi lagu ini. Sebuah klasik!

Nama Mac Rahayu seorang lagi penyanyi wanita yang sempat singgah dengan satu naskhah yang akan diingati sepanjang masa. Lagu berjudul “Ditakdir Kita Bersama” ini terhasil dalam kraf Balada jiwang yang sangat banyak diedarkan ketika itu namun datang dengan kemasan muzik serta power vocal Mac Rahayu yang akan sentiasa didengarkan.

Suara emasnya dalam mengalunkan Soft Rock dan Balada sememangnya akan menghantui sehingga hari ini. Bersama produser hebat M.Nasir, Awang BPR, Wan Zul maka terhasil sebuah album yang masih diingati sehingga hari ini single perdananya yang berjudul “Segalanya Pasti” dan seperti judulnya, segala tentang lagu ini terlalu sempurna sifatnya menyelimuti kesempurnaan vokal Aida dengan melodi yang terhasil sangat hebat sekali.

“Untukmu” mungkin sangat diingati dengan persembahan kumpulan Feminin namun pabila pencipta lagu ini yang membawakan sendiri lagu karya ciptaan mereka, ia terhasil dengan satu garapan yang lebih baik. KRU merakam semula lagu ini di mini album mereka berjudul “Awas” dengan rendisi baru yang lebih cocok dengan karakter mereka.

Melodi emas Adnan Abu Hassan menerusi lagu ini menghasilkan sesuatu yang cukup tepat dengan karater vokal serta feel Fauziah Latiff yang cukup dikenali dengan jolokan Ratu Balada. “Batas Menanti” menjadi antara karya penting Fauziah Latiff sepanjang 90-an. Melodi lagu yang datang dengan kesyahduan lengkap diisi dengan kemerduan seorang penyanyi yang baik sepertinya.

Visa antara kugiran Pop yang memiliki momen mereka tersendiri di era 90-an. Lagu “Dalam Gerimis” yang dihasilkan Adnan Abu Hassan dengan lirik Amran Omar ini antara yang cukup ikonik dalam legasi kugiran Pop 90-an. Melodi laguya terhasil dalam acuan muzik Adnan yang biasa kita dengar, mampu mengikat pendengaran dan membuat kita sukan dengan hanya sekali dengar sahaja.

Antara duet paling ikonik yang pernah terhasil. Korie ketika menghadirkan single ini menerusi album perdananya, berjaya mencuri tumpuan pendengar dengan originality yang dia miliki sebagai seorang singer song writer yang bakal memiliki masa depan yang baik dalam bidang muzik tempatan. Kolaborasi bersama kakaknya Ella menerusi lagu ini menyatu sangat baik, chemistry vokal serta feel kedua-duanya sangat baik sekali. You can never say no to this song.

“Lamunan Terhenti” antara karya emas ciptaan Saari Amri yang meninggikan karier solo Aris Ariwatan selepas fasa bersama kumpulan muziknya. Terhasil dengan acuan muzik Balada 90-an yang cukup kental jiwa Melayunya. Lagu ini antara yang akan sentiasa didengari berganti generasi. Cukup melankolik dan memiliki elemen malar segar yang cukup tinggi.


ARTIKEL BERKAITAN

Getaran Melodi Legenda S.Atan Dalam Karya Terbaiknya Sepanjang Zaman

Highlight, Review, Terkini,

Perjalanan Bermuzik Bunkface Menerusi ” I MiSs You”

Lagu: I Miss You
Artis: Bunkface
Komposer / Lirik: Sam / Paan / Youk / Biak
Produser: Sam / Paan / Youk / Biak

Sedar atau tidak sudah 17 tahun usia bermuzik Bunkface, meraikan penggemar mereka dan pada masa yang sama sudah memberi revolusi pasaran muzik komersial tempatan. Daripada bergelar penghibur indie yang bergerak di pentas-pentas kecil nama mereka diraikan di pentas besar dengan lebih meluas.

Rangkaian hits mereka seperti Situasi, Revolusi, Darah Muda, Prom Queen dan Malam Ini Kita Punya sudah menjadi naskhah penting gerakan Punk Rock di Malaysia yang kejayaannya sudah mampu digelar malar segar. Diraikan dinyanyikan bersama biar berganti generasi.

Terakhir kali muncul dengan album penuh berjudul “Pop” pada tahun 2019,  nama Bunkface kembali hangat diperkatakan setelah lagu berjudul “Akhir Zaman” yang mengkriti sistem sosio budaya anak muda tempatan diturunkan daripada semua gedung muzik digital setelah dilaporkan oleh pendengar.

Namun hal itu tidak menghentikan langkah bermuzik mereka, terus melakukan apa yang mereka percaya, Bunkface melepaskan single baru tahun ini yang bermula dengan lagu berjudul “Korang dan yang terbaru “I MiSs You” khusus buat penyokong mereka yang telah bersama sepanjang 17 tahun bersama.

“I MiSs You” terhasil dalam rencana muzik Bunkface yang biasa kita dengar dengan sentuhan lirik lebih personal. Penulisan mereka banyak mengimbau kembali bagaimana perjalanan awal karier bermuzik, susah senang sepanjang bergelar anak band di Malaysia.

Hal-hal ini jelas dalam bait “Bunkers ada dibelakang kami, Travel satu dunia Siapa sangka, Kita opening untuk Sum41, Jumpa katy perry Macam mimpi Rock on MTV.” Sebelum diteruskan dengan bait “I miss you, I will not forget.”

Bunkface bakal mengadakan konsert selama dua hari pada 30 & 31 Julai ini di Zepp, Kuala Lumpur.

6.5/10


ARTIKEL BERKAITAN

Amir Alif Menulis Kesinambungan Lover Boy Menerusi “Let’s”

#PerspektifMuzik, Highlight,

Kelangsungan Bermuzik Ruffedge Menerusi Konsert “Ruffera”

Ruang duduk Dewan Filharmonik PETRONAS malam minggu lalu dipenuhi setiap sudut dengan penggemar grup R&B Hip-Hop yang cukup popular bermuzik sejak era 2000 ini. Bergerak dalam sebuah persembahan yang momentumnya cukup menderu laju tanpa terasa pantas masa berlalu, Ruffedge berjaya menjadikan malam konsert mereka sebagai satu malam yang akan diingati.

Berawal sebagai pemuzik underground di penghujung 90-an bakat mereka dikumpulkan bersama V.E menerusi sebuah album berjudul “Extreme Pleasure” yang cukup memperkenalkan nama Ruffedge dengan single “Tiada Lagi Cinta” sebelum melangkah yakin dengan album solo perdana pada tahun 2004 dengan judul “Defined”.

Biar hanya berbekal dua album penuh sepanjang karier bermuzik, Ruffedge kekal berpengaruh sehingga hari ini. Rangkaian hits mereka seperti “Da’Bomb”, “Bila Rindu”, “Tipah Tertipu”, “Lemas”, “Goyang” dan lainnya masih menjadi siulan dan diperdengarkan berganti generasi.

Bersama ahli-ahlinya Mode, Azan, Cat Farish, Sein dan Zain – Ruffedge kembali berpentas, kali ini lebih besar skalanya, di pentas Dewan Filharmonik PETRONAS mereka menghiburkan penggemar mereka hampir dua jam persembahan.

Dibuka dengan intro “Khayalan” sebelum diteruskan dengan “Tiada Lagi Cinta” momentum konsert malam tersebut berterusan laju dengan pilihan lagu-lagu yang cukup dekat dengan penggemar mereka. Ruffedge mengalunkan hampir kesemua lagu-lagu penting sepanjang karier bermuzik mereka.

Keriuhan dewan malam tersebut disambut nyanyian bersama penonton mengalun bersama rangkaian lagu seperti “Seperti Mereka” antara lagu yang paling baru mereka rakamkan. Dan pendengaran saya teralih pada persembahan “Matinya Sebahagian Jiwa” yang menyerlah sisi berbeza Ruffedge dalam kemasan muzik yang cukup baik sekali. Satu kelainan jika boleh saya katakan kerana saya belum pernah melihat sisi tersebut pada Ruffedge sebelum ini.

Memberi satu lagi kejutan manis malam tersebut, Ruffedge membuat pengumuman istimewa bahawa mereka bakal melahirkan album terbaru berisi 12 lagu yang akan diedarkan kurang dua bulan daripada sekarang. Dan bagi meneruskan keterujaan tersebut mereka turut menyampaikan sebuah lagu baru yang bakal menjadi single perdana album tersebut berjudul “Belenggu”.

Malam tersebut juga setiap satu daripada Ruffedge mempersembahkan  nyanyian solo menerusi lagu-lagu personal pilihan mereka. Dan tentu sekali persembahan Mode menerusi lagu “Still” (Brian McKnight) mengundang jeritan penonton dengan pesona vokalnya yang terlalu memukau. I wonder he never go solo after Ruffedge mendiam. So good!

Vokal solo dan harmoni setiap satu daripada mereka masih baik, in fact semakin baik dan semakin matang. Cukup kemas dan sebagai pendengar yang membesar dengan muzik mereka saya puas. Flawless.

Konsert malam tersebut dikemudi pengarah muzik Acis dengan kelibat Jenny Chin antara pemuzik yang mengiringi persembahan. Kemasan muzik yang cukup lively tidak membernarkan kami sebagai  penonton berasa kosong atau bosan sekali pun ada lagu yang pastinya kurang familiar. Malam yang cukup membahagiakan penggemar Ruffedge. Simple tapi terisi cukup.

Song List:
Intro – Khayalan
1. Tiada Lagi Cinta
2. Seperti Mereka
3. Lemas
4. April Shower (Zain Hamid)
5. Matinya Sebahagian Jiwa
6. Papa Jahat (Cat Farish)
7. Medley: Azura, Suraya, Rozana & Tipah Tertipu
8. No One Else Come Close (Sein)
9. Belenggu
10. Sabar Menanti (Azan Addin)
11. Still (Mode)
12. Bila Rindu
Outro Khayalan


ARTIKEL BERKAITAN

Epitome Muzik Dua Dekad Dayang Nurfaizah

Highlight, Review, Terkini,

Kesinambungan Jazz “Detik Waktu” Candra Darusman

Ketika edisi perdanan “Detik Waktu diedarkan pada tahun 2018 dengan menampilkan kolaborasi idea legenda muzik Jazz Indonesia, Candra Darusman bersama bakat-bakat hebat seperti Marcel, Afgan, Sheila Majid, Glenn Fredly membuahkan kebanggaan muzik Indonesia dengan penghasilan sebuah album yang cukup hebat kualiti produksi muziknya.

Album tersebut juga berhasil membawa pulang trofi Album Terbaik di ajang Anugerah Musik Indonesia (AMI) pada tahun yang sama album tersebut diedarkan. Meneruskan kesinambungan ilham meramu kembali lagu-lagu hebat karya ciptaan Candra Darusman, edisi kedua beredar tahun ini.

Dikumpulkan 12 lagu dengan penampilan lebih 12 penyanyi yang mengisi adunan semula album ini memercikkan rasa Jazz, Bossa yang saya sifatkan cukup solid, impactful dan begitu puas sekali usai mendengarkan keseluruhan album.

Dibuka dengan penampilan Morad, Oslo Ibrahim, Sandhy Sondoro bersama SNYW Big Band menerusi lagu “Dibatas Waktu” sempurna sebagai pemula sebuah persembahan Jazz yang minit pertamanya dimulai dengan instrumentasi yang cukup menarik sekali sebelum vokal mengisi.

“Perangai Diri” lagu yang asal dirakamkan Chaseiro menerusi album “Persembahan” diramu kembali muziknya dengan vokal menyenangkan kolaborasi Karamia, Puspallia Panggabean dan Agustin Oendari. Kesederhanaan lagu ini yang datang dalam pesona muzik yang cukup menyamankan menghasilkan sebuah pengalaman menikmati Bossa Jazz yang cukup menarik. Vocalizing ketiga-tiga vokalis ini di tengah lagu memberi warna dalam lagu ini.

Efek Rumah Kaca hadir di album ini dengan meramu kembali “Sapa Pra Bencana” dengan ilham muzik yang cukup berbeza sekali. Menggabungkan ilham muzik Candra dan ERK di lagu ini mungkin satu idea gila namun terhasil cukup hebat sekali. Eagasm. Antara yang terbaik dihasilkan di album ini boleh saya katakan.

“Lagu Untuk Marlina” oleh Rifan Kalbuadi sebuah lagi produksi yang cukup baik kemasan muziknya. Piano yang melatari keseluruhan lagu ini cukup terhasil baik dalam memberi pengalaman menikmati muzik yang begitu memuaskan sekali.

Album ini turut menampilkan lagu-lagu yang diedarkan lebih awal seperti “Waktuku Hampa” dan “Perjumpaan Kita” yang dipersembahkan bersama Ardhito Pramono dan Dian Sastro. Selain rakaman “Satu Cinta” persembahan Dira yang cukup dreamy sekali penghasilan muziknya. Saya melayang mendengarkan rakaman semula lagu ini yang terisi kemasan string terbaik di album ini. Vokal Dira benar-benar memberi justifikasi yang secukupnya untuk rendisi terbaru ini.

Vira Talisa menerusi “Makna Nostalgia” menampilkan sisi berbeza dalam persembahan vokalnya. Lagu ini bergerak dalam dimensi Jazz yang biasa dibawakan Monita Tahalea dan Andien tetapi tidak terasa canggung dipersembahkan Vira yang ternyata mengalun lembut dalam emosinya yang tersendiri.

Album ini ditutup dengan rakaman live “Pemuda” oleh Nial Djuliarso yang dihasilkan pada tahun 2015 dengan dibuka sempurna petikan piano yang cukup hebat sekali. Saya mengulang dengar berkali-kali lagu ini menikmati sebuah pengalaman mendengarkan muzik live yang cukup hebat sekali penghasilannya.

Album ini saya letakkan antara yang terbaik pernah saya dengar tahun ini. Satu lagu ke lagu lainnya terhasil cukup baik sekali dalam membuka ruang-ruang sempit disogokkan lagu-lagu Balada lembik yang ada di pasaran muzik tempatan.

9.5/10


ARTIKEL BERKAITAN

Odisi Bermuzik Pamungkas Lewat Persembahan Matang “Birdy”

 

Highlight, Review, Terkini,

“Menikmati Sedih” Dalam Kesyahduan Naura Ayu

Lagu: Menikmati Sedih
Artis: Naura Ayu
Komposer / Lirik: Barsena Bestandhi
Produser: Adrian Rahmat Purwanto

“Kau ingin menangis, Menangislah / Ungkapkan semua yang kau rasa..” Membuka lagu ini dengan tamparan realiti sebuah kesyahduan juga kesedihan. Naura Ayu dengan alunan merdunya mengikat pendengaran kita dengan persona suaranya.

Memulakan karier seawal usia awal menginjak keremajaan. Naura Ayu menjadi bakat muda yang cukup aktif dalam menzahirkan karya-karya lagu baru untuk mengisi kalendar bermuziknya. Bergerak sebagai penyany kanak-kanak sehingga hari ini berusia 17 Tahun, Naura bersinar dengan langkah yang cukup panjang namun cukup konsisten.

Pertaruhan terbarunya menerusi melodi ciptaan Barsena Bestandhi yang turut bertindak sebagai produser vokalnya menerusi lagu ini berjaya menghasilkan sesuatu yang cukup dominan di pasaran muzik Indonesia.

Melodi kesayuan dalam cerita memujuk diri atas kekecewaan begini saya kira ilham yang cukup banyak dan cukup on demand. Naura semakin matang dalam persembahan vokalnya dan  menerusi lagu ini dia membuktikan bahawa dia sudah siap untuk sama bersaing sebagai penyanyi remaja yang menginjak kedewasaan bukan saja atas faktor usia tetapi sudah siap dipandang lebih serius sebagai pemuzik.

Melodi lagu in terhasil cukup mudah didekati dengan hanya sekali pendengaran kita akan sudah terbiasa melayani perasaan yang disampaikan dalam persembahan keseluruhan lagu ini. Ia mampu menjadi sangat personal jika anda mendalami atau lebih lagi jika pernah mengalami situasi yang diceritakan Naura.

“Menikmati Sedih” pastinya akan terus mampu melonjakkan nama Naura di pasaran muzik Indonesia dengan lebih tinggi lagi sekali gus menjadi pesaing dalam pasaran muzik semasa.

7/10


ARTIKEL BERKAITAN 

Pantas Memanjat Carta Muzik Popular, Keisya Levronka Menyembuh Sepi di Single “Tak Ingin Usai”

#RetrospektifMuzik, Terkini,

Getaran Melodi Legenda S.Atan Dalam Karya Terbaiknya Sepanjang Zaman

Dilahirkan di Singapura sebagai Hashim Said, komposer, penggubah lagu dan penerbit muzik yang cukup dikenali dengan rangkaian lagu-lagu Tradisional untuk penyanyi handalan seperti Sudirman, Sharifah Aini, Uji Rashid, Jay Jay dan ramai lagi ini antara legenda muzik yang harus terus diraikan.

S.Atan mula menceburkan diri dalam bidang muzik bersama syarikat rakaman EMI sekitar tahun 1972, menghasilkan banyak lagu yang cukup popular sehingga hari ini. Namanya sebagai komposer tidak hanya terikat pada era 80-an dan 70-an sahaja. Sehingga ke era 90-an bakat muda ketika itu seperti Siti Nurhaliza antara yang paling banyak menyanyikan lagu-lagu ciptaannya.

Melewati karya-karya awalnya bersama EMI, S.Atan paling banyak menghasilkan lagu untuk legenda Pop Sudirman menerusi rangkaian lagu yang tidak hanya terikat pada ilham Irama Melayu Asli tetapi melangkaui Pop semasa juga.

“Joget Kenangan Manis” antara yang cukup popular dihasilkan komposer ini. Melodi lagu malar segar ini terhasil cukup kaya bunyian Joget yang cukup ikonik sekali. Dan sehingga hari ini biar ia diputarkan kembali masih segar kedengaran tanpa jemu kita menikmatinya.

Selain lagu tersebut, S.Atan banyak menzahirkan karya-karya terbaiknya untuk Sudirman menerusi lagu “Dikau Kekasih”, “Bila Wajahmu Ku Bayangkan” dan “Serba Sederhana”. Kombinasi dua legenda ini menghasilkan sesuatu yang datang dengan chemistry bermuzik yang sangat baik sekali.

S.Atan dalam rencana menghasilkan lagu-lagu Jogetnya diteruskan dengan beberapa komposisi lain untuk Black Dog Bone, Carefree, Sharifah Aini antaranya. Lagu “Joget Bujang Di Rantau”, “Madah Seloka” dan “Kini Baru Ku Sedar” antara yang popular sekali sehingga hari ini.

Selain penghasilan lagu-lagu berirama Tradisional, S.Atan juga antara yang cukup handal meramu ilham Pop dalam komposisi muziknya. Antara yang paling diingati adalah “Tak Kenal Maka Tak Cinta” persembahan malar segar Fran dan Roy yang cukup menaikkan dua nama ini di persada muzik tempatan.

“Impianku Bersamamu” persembahan Sharifah Aini antara yang menarik. Komposisinya cukup unik dan memikat sekali. Saya selalu membayangkan lagu ini sangat hebat jika dinyanyikan kembali Sheila Majid kerana komodenan dalam melodinya yang cukup “Sheila” sekali sifatnya.

Dengan susunan string yang cukup menawan di lagu ini menjadikan ia sangat tersendiri dalam mengikat pendengar dengan hanya sekali pendengaran. A beautiful song.

Sebuah lagi komposisi S.Atan buat Sharifah Aini yang cukup menarik adalah Balada berjudul “Hadiahku Di Hari Bahagiamu” Petikan piano di awal lagu ini berawal lembut sebelum disambut kesyahduan suara emas Biduanita ini. Bergerak sebagai sebuah naskhah kesayuan yang bergerak dalam sebuah cerita yang ditulis secara terus tentang perasaan kecewa dan hampanya harapan sebuah cinta.

Kelibatnya sebagai komposer pasti saja cukup dominan dalam penghasilan lagu-lagu Raya yang sehingga hari ini masih dialunkan dan dimainkan setiap kali datangnya bulan Syawal. Lagu seperti “Salam Aidilfitri” (Jamal Abdillah), “Dari Jauh Ku Pohon Maaf” (Sudirman) “Hari Mulia” (Sheila Majid.

Namanya hari ini siap sebagai seorang living legend yang cukup dihormati kredibiliti serta sumbangannya dalam pasaran muzik tempatan. Ribuan lagu ditulis, disusun dan diproduksi dengan sepenuh kreativiti menjadikan setiap satunya istimewa dengan cara yang tersendiri. Dengarkan audio rasmi karya-karya S.Atan di saluran YouTube Getaran Nostalgia.


ARTIKEL BERKAITAN 

Mendengarkan Kembali “Ingin Bersua” & 9 Lagi Lagu Terbaik DJ Dave Sepanjang Zaman