
Pamungkas menginjak kedewasaan dalam bermuzik dengan penuh kematangan. Hal ini saya dapat melalui pengalaman mendengarkan album-album sebelumnya sehingga yang terbaru ini. Cukup pasti dengan apa yang dia mahukan, “Birdy” hadir dalam acuan muzik serupa tetapi dengan cerita hidup yang lebih terisi matang.
Album ini dibuka dengan sebuah melodi yang cukup membahagiakan saya. Penghasilan lagu begini tidak sukar untuk saya senang dengan Pamungkas. “A Day That Feels Better” menjadi pembuka yang cukup lembut dan membuai. Cerita Pam di lagu ini lebih bahagia “Headline from this day on / you’re all the one I want / And the warmth you bring, it’s glowing on me”.
Kelebihan Pamungkas dalam berkarya adalah dia tahu membuatkan lagu-lagunya biar berasas melodi yang biasa kita dengar tetapi dikemaskan dengan produksi muzik yang sangat berkualiti. Hal ini anda boleh dapat dalam lagu seperti “Beep”, “Purple Sigh” dan “Jealousy”.
Album ini bergerak sangat baik daripada satu trak ke trak yang lain. “I Got to Get You” mengikat pendengaran saya. Pamungkas lebih beremosi di lagu ini. Melankolik seorang Pamungkas disempurnakan penulisan liriknya yang bagai membaca teks puisi yang cukup indah yang benar-benar membuat saya larut dengannya.
But then there is you
The pure
The calm
The hope
It’s always you
The sad
The joy
The difference
It’s always you
The gold
The blue
Mendengarkan Pamungkas saya kira perlu sedikit kebutuhan tinggi untuk mengenalnya. Muziknya sejujurnya bukanlah datang dengan komposisi yang mudah mengikat tetapi jika anda membaca teks liriknya sambil mendengarkan setiap isi lagu di album ini, “Birdy” akan begitu meresap dengan sepenuh jiwa.
“Trust Me With This (Mama)” antara penghasilan cemerlang Pamungkas di album ini. Ilham Folk di lagu ini cukup moden dengan killer chorus nya membuatkan ia antara yang paling kuat mengisi “Birdy” sebagai sebuah album yang baik.
Mendengar Pamungkas harus beriring bacaan penulisan liriknya kerana hanya mahu berpandu melodi mungkin anda akan cepat lelah. Lirik menjadi senjata Pam dalam mengikat saya hampir pada semua lagu.
Album ini ditutup dengan sangat baik menerusi “Begin Again” yang bergerak sebagai pesan setiap pengakhiran adalah satu permulaan baru yang harus kita terajui. Dan sekali lagi bait liriknya sangat menjerit perasaan yang mewakili jiwa-jiwa kita semua. “Everybody knows it’s not a fun thing / Everybody knows it’s hard to grow up” sebelum korusya “I have so much to think / I’ve got so much to feel inside / I’ve got so much questions / That no one seems to know.”
Mendengar album ini saya kira harus kosongkan ilham sama ada ia kesinambungan “Flying Solo” , “Walk The Talk” atau “Solipsism” jauh sekali membandingkan kerana “Birdy” bergerak berbeza di fasa hidup Pam yang berbeza dengan sebelumnya. Album ini sebuah keselesaan, keyakinan dan kematangan Pamungkas bergerak sebagai pemuzik.
Saya mengulang dengar album ini setiap kali memandu pulang dari bekerja, ditemani Pamungkas dalam rencananya bergerak sebagai sebuah album yang sangat sempurna di perjalanan. Anda juga harus cuba, ia akan menjadi wakil muzik yang sempurna sebagai sebuah album yang mengisi perjalanan panjang di lebuh raya yang jika diselang-seli itu liriknya menangkap jiwa memawa fikiran kita bergerak, berfikir dan berimaginasi. Muzik lebih indah jika begitu bukan?
9/10
ARTIKEL BERKAITAN
Jiwa Radikal Isyana Sarasvati Dibebaskan Lagi, Kali Ini Dengan Single “My Mystery”


















