
Lagu: Let’s
Artis: Amir Alif
Komposer / Lirik: Amir Alif / Amrita Soon
Nama Amir Alif dalam pasaran muzik Urban Pop tempatan tidaklah terlalu asing sekali pun tidaklah terlalu besar skop pendengarnya namun Alif setidaknya sudah memiliki lagu-lagunya sendiri yang boleh dia banggakan.
Terakhir kali merilis single pada tahun 2020 dengan pertaruhan “Lover Boy”, lagu tersebut perlahan-lahan membawa nama Alif semakin dikenali dan kelibatnya semakin dirasai dalam pasaran muzik tempatan.
Berbekal ilham Pop semasa yang pastinya banyak terilham daripada apa yang banyak di pasaran global, Amir menerusi lagu-lagunya bergerak ke depan dengan ilham yang current.
Hal ini sekali lagi dibuktikan dengan penghasilan single terbarunya “Let’s” yang siap beredar di semua gedung muzik digital sejak minggu lalu.
Lagu yang ditulis sepenuhnya Alif bersama Amrita Soon ini bergerak bebas dengan ilham Pop yang sinonim dengan apa yang sering dia persembahkan sebelum ini.
Terhasil dalam melodi yang cukup catchy dengan kemasan muzik yang kekinian, “Lets’s” menjadi kesinambungan idea “Lover Boy” yang pasti akan sangat mudah diterima. Irama ciptaannya ringan dan mudah meresap pendengaran.
Tiada apa yang terlalu rumit dalam persembahan keseluruhan, “Let’s” tampil sederhana dan memiliki daya pemikat yang tersendiri. Saya kira lagu ini pasti mampu mencuri perhatian pendengar tempatan yang gemarkan Troy, Lauv atau Lany.
7/10
ARTIKEL BERKAITAN
Setelah Dua Tahun Mendiam Monita Tahalea Kembali Dengan “Berlalu”