
Ruang duduk Dewan Filharmonik PETRONAS malam minggu lalu dipenuhi setiap sudut dengan penggemar grup R&B Hip-Hop yang cukup popular bermuzik sejak era 2000 ini. Bergerak dalam sebuah persembahan yang momentumnya cukup menderu laju tanpa terasa pantas masa berlalu, Ruffedge berjaya menjadikan malam konsert mereka sebagai satu malam yang akan diingati.
Berawal sebagai pemuzik underground di penghujung 90-an bakat mereka dikumpulkan bersama V.E menerusi sebuah album berjudul “Extreme Pleasure” yang cukup memperkenalkan nama Ruffedge dengan single “Tiada Lagi Cinta” sebelum melangkah yakin dengan album solo perdana pada tahun 2004 dengan judul “Defined”.
Biar hanya berbekal dua album penuh sepanjang karier bermuzik, Ruffedge kekal berpengaruh sehingga hari ini. Rangkaian hits mereka seperti “Da’Bomb”, “Bila Rindu”, “Tipah Tertipu”, “Lemas”, “Goyang” dan lainnya masih menjadi siulan dan diperdengarkan berganti generasi.

Bersama ahli-ahlinya Mode, Azan, Cat Farish, Sein dan Zain – Ruffedge kembali berpentas, kali ini lebih besar skalanya, di pentas Dewan Filharmonik PETRONAS mereka menghiburkan penggemar mereka hampir dua jam persembahan.
Dibuka dengan intro “Khayalan” sebelum diteruskan dengan “Tiada Lagi Cinta” momentum konsert malam tersebut berterusan laju dengan pilihan lagu-lagu yang cukup dekat dengan penggemar mereka. Ruffedge mengalunkan hampir kesemua lagu-lagu penting sepanjang karier bermuzik mereka.
Keriuhan dewan malam tersebut disambut nyanyian bersama penonton mengalun bersama rangkaian lagu seperti “Seperti Mereka” antara lagu yang paling baru mereka rakamkan. Dan pendengaran saya teralih pada persembahan “Matinya Sebahagian Jiwa” yang menyerlah sisi berbeza Ruffedge dalam kemasan muzik yang cukup baik sekali. Satu kelainan jika boleh saya katakan kerana saya belum pernah melihat sisi tersebut pada Ruffedge sebelum ini.

Memberi satu lagi kejutan manis malam tersebut, Ruffedge membuat pengumuman istimewa bahawa mereka bakal melahirkan album terbaru berisi 12 lagu yang akan diedarkan kurang dua bulan daripada sekarang. Dan bagi meneruskan keterujaan tersebut mereka turut menyampaikan sebuah lagu baru yang bakal menjadi single perdana album tersebut berjudul “Belenggu”.
Malam tersebut juga setiap satu daripada Ruffedge mempersembahkan nyanyian solo menerusi lagu-lagu personal pilihan mereka. Dan tentu sekali persembahan Mode menerusi lagu “Still” (Brian McKnight) mengundang jeritan penonton dengan pesona vokalnya yang terlalu memukau. I wonder he never go solo after Ruffedge mendiam. So good!
Vokal solo dan harmoni setiap satu daripada mereka masih baik, in fact semakin baik dan semakin matang. Cukup kemas dan sebagai pendengar yang membesar dengan muzik mereka saya puas. Flawless.
Konsert malam tersebut dikemudi pengarah muzik Acis dengan kelibat Jenny Chin antara pemuzik yang mengiringi persembahan. Kemasan muzik yang cukup lively tidak membernarkan kami sebagai penonton berasa kosong atau bosan sekali pun ada lagu yang pastinya kurang familiar. Malam yang cukup membahagiakan penggemar Ruffedge. Simple tapi terisi cukup.
Song List:
Intro – Khayalan
1. Tiada Lagi Cinta
2. Seperti Mereka
3. Lemas
4. April Shower (Zain Hamid)
5. Matinya Sebahagian Jiwa
6. Papa Jahat (Cat Farish)
7. Medley: Azura, Suraya, Rozana & Tipah Tertipu
8. No One Else Come Close (Sein)
9. Belenggu
10. Sabar Menanti (Azan Addin)
11. Still (Mode)
12. Bila Rindu
Outro Khayalan
ARTIKEL BERKAITAN