
Lagu: I Miss You
Artis: Bunkface
Komposer / Lirik: Sam / Paan / Youk / Biak
Produser: Sam / Paan / Youk / Biak
Sedar atau tidak sudah 17 tahun usia bermuzik Bunkface, meraikan penggemar mereka dan pada masa yang sama sudah memberi revolusi pasaran muzik komersial tempatan. Daripada bergelar penghibur indie yang bergerak di pentas-pentas kecil nama mereka diraikan di pentas besar dengan lebih meluas.
Rangkaian hits mereka seperti Situasi, Revolusi, Darah Muda, Prom Queen dan Malam Ini Kita Punya sudah menjadi naskhah penting gerakan Punk Rock di Malaysia yang kejayaannya sudah mampu digelar malar segar. Diraikan dinyanyikan bersama biar berganti generasi.
Terakhir kali muncul dengan album penuh berjudul “Pop” pada tahun 2019, nama Bunkface kembali hangat diperkatakan setelah lagu berjudul “Akhir Zaman” yang mengkriti sistem sosio budaya anak muda tempatan diturunkan daripada semua gedung muzik digital setelah dilaporkan oleh pendengar.
Namun hal itu tidak menghentikan langkah bermuzik mereka, terus melakukan apa yang mereka percaya, Bunkface melepaskan single baru tahun ini yang bermula dengan lagu berjudul “Korang dan yang terbaru “I MiSs You” khusus buat penyokong mereka yang telah bersama sepanjang 17 tahun bersama.
“I MiSs You” terhasil dalam rencana muzik Bunkface yang biasa kita dengar dengan sentuhan lirik lebih personal. Penulisan mereka banyak mengimbau kembali bagaimana perjalanan awal karier bermuzik, susah senang sepanjang bergelar anak band di Malaysia.
Hal-hal ini jelas dalam bait “Bunkers ada dibelakang kami, Travel satu dunia Siapa sangka, Kita opening untuk Sum41, Jumpa katy perry Macam mimpi Rock on MTV.” Sebelum diteruskan dengan bait “I miss you, I will not forget.”
Bunkface bakal mengadakan konsert selama dua hari pada 30 & 31 Julai ini di Zepp, Kuala Lumpur.
6.5/10
ARTIKEL BERKAITAN