Lagu: Masa Merubah Segalanya (1985)
Komposer / Lirik: Goh Boon Hoe / Habsah Hassan
Balada yang dihasilkan menerusi album berjudul “Biar” yang diterbitkan pada tahun 1985 ini antara yang terhasil cukup syahdu. Korusnya “Engkau bukan lagi menjadi milikku, Aku tidak mungkin laigi menjadi milikmu” hasil tulisan Habsah Hassan di lagu ini menjadi killer utama yang menjadikan kesyahduan lagu ini benar-benar dirasai.
Lagu: Hanya Mimpi (1978)
Komposer / Lirik: Datuk Ahmad Nawab
Komposisi emas Datuk Ahmad Nawab menerusi lagu ini cukup klasik sekali penghasilannya. Melodi lagu ini cukup kuat esen Balada 70-an dan 80-an yang sangat sedap didengarkan. Beriring kemasan string dan persembahan sederhana DJ Dave dalam menyampaikan isi cerita menjadikan lagu ini cukup indah sekali.
Lagu: Perjanjian Diri (1988)
Komposer / Lirik: Azman Abu Hassan
Penghasilan melodi Azman Abu Hassan di lagu ini memberi rasa baru muzik DJ Dave yang keluar daripada kepompong lagu-lagu saduran Hindinya yang ada sebelum ini. Kemasan Pop Azman menerusi lagu ini cukup moden ketika ia beredar di penghujung 80-an. Namun lagu ini antara yang sangat kurang diberi perhatian.
Lagu: Engkau Bayangan Hidupku (1983)
Komposer / Lirik: Omar Taib / Habsah Hassan
Lagu yang cukup kuat esen Pop DJ Dave yang datang dengan elemen Hindi dalam layangan lirik yang terhasil dalam tempo cukup sendu. Lagu-lagu begini cukup banyak dirakam DJ Dave sepenjang karier bermuzik dan “Engkau Bayangan Hidupku” salah satu yang terhasil cukup baik sekali.
Lagu: Ingin Bersua (1975)
Komposer / Lirik: Copyright Control / DJ Dave
Sebuah lagu saduran yang paling popular dilagukan DJ Dave sepanjang karier muziknya. Cukup sesuai dengan karakter vokalnya yang sehinggakan ada yang menyangkakan lagu ini asli miliknya. “Ingin Bersua” sudah menjangkau usia lebih 40 tahun dan masih didengarkan sehingga hari ini berganti generasi.
Lagu: Kini Ku Menangis (1981)
Komposer / Lirik: Copyright Control / DJ Dave
Dibuka dengan tiupan seruling yang terlalu syahdu – sebuah representasi sebenar muzik DJ Dave. Mellow dan cukup meleleh daripada garapan lagu yang disadur semula. Lirik yang bersulam cerita nasib yang malang dalam ketersendiriran yang tak berhujung. Penyampaian DJ Dave juga datang dengan lenggok nyanyian penyanyi Hindi yang beralun-alun sekali.
Lagu: Joget Orang Berbudi (1979)
Komposer / Lirik: S.Atan / Haron Majid
Sebuah melodi Joget S.Atan yang memberi variasi dalam persembahan muzik DJ Dave sepanjang kariernya. Lagu Joget begini banyak di era 70-an dan 80-an seperti apa yang ada dalam rakaman Sudirman, Black Dog Bone, Sharifah Aini dan Ismail Haron antaranya. Lagu begini perfect didengarkan di pagi hari hujung minggu mengembalikan nostalgia muzik 80-an.
Lagu: Cahaya (1977)
Komposer / Lirik: Ahmad Nawab
“Cahaya” diterbitkan pada tahun 1977 menerusi sebuah album yang rata-ratanya dikomposisi Datuk Ahmad Nawab. Keistimewaan lagu ini tentu saja pada penghasilan melodi Ahmad Nawab yang sentiasa diiring kemas string session yang membesarkan lagi sifat lagu ini menjadi lebih lively untuk dinikmati.
Lagu: Hanya Mainan Bagimu (1979)
Komposer / Lirik: Omar Taib / A.Jalil Saleh)
Persembahan penuh sentimental yang memiliki nilai malar segar yang tinggi. Lagu ini antara Balada terbaik yang pernah dirakamkan DJ Dave yang menurut saya terhasil dalam kemasan muzik yang cukup senang untuk didekat dan dirasai persembahan keseluruhannya.
Lagu: Rintihan Rasa bersama Uji Rashid (1979)
Komposer / Lirik: Reggie Verghese / Lam
Duet klasik dua legenda Pop 70-an yang cukup lembut membuai. Chemistry DJ Dave dan Uji Rashid menerusi lagu ini cukup baik menjadikan ia sebagai naskhah duet ikonik 70-an. Biar didengarkan sehingga hari ini lagu ini tidak memberi rasa jemu dan suka untuk kita menikmatinya ke hujung lagu.
*Dengarkan kesemua rangkaian lagu-laguDJ Dave di saluran YouTube “Getaran Nostalgia” secara rasmi.
ARTIKEL BERKAITAN