
Lagu: Menikmati Sedih
Artis: Naura Ayu
Komposer / Lirik: Barsena Bestandhi
Produser: Adrian Rahmat Purwanto
“Kau ingin menangis, Menangislah / Ungkapkan semua yang kau rasa..” Membuka lagu ini dengan tamparan realiti sebuah kesyahduan juga kesedihan. Naura Ayu dengan alunan merdunya mengikat pendengaran kita dengan persona suaranya.
Memulakan karier seawal usia awal menginjak keremajaan. Naura Ayu menjadi bakat muda yang cukup aktif dalam menzahirkan karya-karya lagu baru untuk mengisi kalendar bermuziknya. Bergerak sebagai penyany kanak-kanak sehingga hari ini berusia 17 Tahun, Naura bersinar dengan langkah yang cukup panjang namun cukup konsisten.
Pertaruhan terbarunya menerusi melodi ciptaan Barsena Bestandhi yang turut bertindak sebagai produser vokalnya menerusi lagu ini berjaya menghasilkan sesuatu yang cukup dominan di pasaran muzik Indonesia.
Melodi kesayuan dalam cerita memujuk diri atas kekecewaan begini saya kira ilham yang cukup banyak dan cukup on demand. Naura semakin matang dalam persembahan vokalnya dan menerusi lagu ini dia membuktikan bahawa dia sudah siap untuk sama bersaing sebagai penyanyi remaja yang menginjak kedewasaan bukan saja atas faktor usia tetapi sudah siap dipandang lebih serius sebagai pemuzik.
Melodi lagu in terhasil cukup mudah didekati dengan hanya sekali pendengaran kita akan sudah terbiasa melayani perasaan yang disampaikan dalam persembahan keseluruhan lagu ini. Ia mampu menjadi sangat personal jika anda mendalami atau lebih lagi jika pernah mengalami situasi yang diceritakan Naura.
“Menikmati Sedih” pastinya akan terus mampu melonjakkan nama Naura di pasaran muzik Indonesia dengan lebih tinggi lagi sekali gus menjadi pesaing dalam pasaran muzik semasa.
7/10
ARTIKEL BERKAITAN
Pantas Memanjat Carta Muzik Popular, Keisya Levronka Menyembuh Sepi di Single “Tak Ingin Usai”