
Ruang Istana Budaya malam tadi diisi sepenuhnya dengan penonton yang hadir untuk sama-sama meraikan perjalanan 2 dekad Dayang Nurfaizah dalam satu konsert yang sudah dinantikan semua sejak awal tahun ini.
Saya datang tanpa sebarang expectation yang terlalu tinggi, sekadar mahu mendengar alunan merdu Dayang, cantiknya busana yang bakal digayakan dan tentu saja kerana saya mahu mendengar bagaimana agaknya “Layarlah Kembali” bakal disusun Genervie Kam. Nyata ia langsung tidak menghampakan. It’s was a beautiful rendition indeed.
“Dayang Dua Dekad” tidak membuat penonton menunggu lama untuk bermula, usai lagu Negaraku dinyanyikan semua Dayang muncul dalam repertoire muzik “Tak Pernah Menyerah” dengan begitu flawless sebelum disambung hit malar segar “Seandainya Masih Ada Cinta” yang meneruskan dinamik dalam momentum muziknya. Vokal Dayang berada di tahap paling jelas sekali untuk dinikmati saat ini.
Dayang saya kira cukup selesa di pentas. Sesekali dia berjenaka dan sesekali dia diusik peminat.
Set pertama konsert ini dipenuhi rangkaian hits Dayang yang semua mampu sing-a-long. Lagu-lagu seperti “Sedingin Mana Cintamu” dan “Separuh Matiku Bercinta” dipersembahkan dalam satu ambien yang menyentuh sekali sebelum rangkaian hits lagu rancaknya dipersembahkan menerusi medley Bahagia, Sayang dan Inginku Miliki.
Tiga set persembahan dan sebuah encore mengisi konsert dua dekad yang diisi susunan muzik segar Gen. Saya paling sukakan “Kembalilah Sayang”, “Layarlah Kembali” dan “Pintaku Yang Terakhir”. Gen memberikan sentuhan magis luar biasanya sebagai MD malam tadi. Jujur jika anda penggemar Dayang tetapi tidak hadir malam tadi, anda sudah terlepas the best version of “Layarlah Kembali”.

Saya begitu melayang dengan segala keindahan susunan muzik “Layarlah Kembali” yang dibikin cukup sempurna dan berbeza di versi album tanpa mengubah struktur muzik asalnya. Begitu juga dengan “Erti Hidup” yang cukup bernyawa sekali persembahan muziknya. Mungkin ini versi terbaik “Erti Hidup” yang pernah saya dengar. Good job Gen!
Dayang turut menyelitkan slot lagu-lagu klasik daripada Saloma, Nona Asiah dan beberapa lagi yang saya kira agak mematikan momentum konsert malam tadi, entah anggap saja mungkin saya saja yang tidak boleh relate dengan slot ini. Alangkah baik slot beberapa minit itu diganti dengan medley di album “Kasih” yang saya kira patut diraikan juga dalam 2 dekad kembara muziknya.
Lagu-lagu seperti “Saat Bahagia”, “Gelora”, “Sri Bulan”, “Fatwa Pujangga”, “Penawar Rindu” dan “Kasih” sendiri di album tersebut cukup tepat sekali versinya untuk dipersembahkan dalam persembahan live konsert.
Namun itu sajalah kurangnya konsert malam tadi selain vokal Hael yang tak dengar butir apa pun dari tempat sayalah. Cuma saya kira crowd malam tadi agak membosankan, sekadar duduk dan mendengar sahaja (kecuali yang di depan enjoy betul nampaknya). Saya punyalah menyanyi dan bergoyang tapi yang di kiri dan kanan saya hanya duduk tegak dengan blazer siap yang macam nak pergi conference.
Okey apa pun, Tahniah Dayang untuk persembahan menghiburkan malam tadi dengan komunikasi serba santai dan persembahan vokal yang baik. Mungkin selepas ini akan ada penganjur yang boleh menaja Dayang untuk satu persembahan konsert full string di lokasi lebih besar mungkin. Stadium Negara harapnya.
NOTA: Oh ya, dan malam tadi buat kali pertamanya saya menyukai “Di Pintu Syurga” Thanks Gen untuk arrangement nya yang tepat sekali membangkit rasa lagu tersebut.

dayang yang sentiasa memukau di panggung
SET 1
Tak Pernah Menyerah / SMAC
Mana Mungkin / Erti Hidup
Sedingin Mana Cintamu
Separuh Matiku Bercinta
Bahagia, Sayang, Ingin Kumilki
Coretan Cinta, Kasih Maafkan , Andai Ku Tahu
SET 2
Pejamkan Mata
Hakikat Cinta
Pintaku Yang Terakhir
Haram
Kembalilah Sayang
SET 3
Medley Saloma / Nona
Layarlah Kembali
Sebentar
Di Pintu Syurga
Encore
Lelaki Teragung
Dayang Sayang Kamu
Kredit gambar: Instagram @dayangsayangkamu @opiesofia @ohbulan
ARTIKEL BERKAITAN:
Mendekati 2 Dekad Susah Senang Dayang Nurfaizah Sebagai Pop Living Legend