
Namanya sudah terpatri sebagai seorang Seniman muzik tempatan yang cukup dibanggakan karya-karya yang telah dihasilkan. Bermula dalam bidang muzik pada usia muda, Datuk Ahmad Nawab atau nama sebenarnya Ahmad Khan bin Nawab Khan telah menggubah lagu lebih daripada 2000 lagu sejak menglibatkan diri dalam dunia seni.
Nama penghibur ternama seperti Sharifah Aini, Uji Rashid, Hetty Koes Endang, Khatijah Ibrahim, Sudirman dan Ramlah Ram antara yang cukup dominan dalam mengalunkan lagu-lau karya ciptaannya. Barisan lagu-lagu popularnya mula menyinar di era 70-an dan merentasi era 80-an sehingga 90-an.
Ketika Ramlah Ram mula menceburkan diri dalam bidang nyanyian, Ahmad Nawab menjadi produser muzik yang pertama melihat bakatnya boleh dibesarkan dan mengikat Ramlah sebagai aritis rakamannya ketika itu di bawah label Nawab Records.
Biar kemunculan perdana Ramlah ketika album pertamanya diedarkan tidak begitu mencuri perhatian, melodi emas ciptaan Ahmad Nawab untuk album kedua Ramlah dengan judul “Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu” berjaya membuka ruang rezeki buat Ramlah benar-benar menyinar. Sehingga hari ini Biduanita tersebut masih menyangjung tinggi usaha yang dilakukan produser handalan ini dalam meningkatkan perkembangan karier muziknya.
Seorang lagi Biduanita yang pastinya sangat banyak hits bersama Ahmad Nawab sudah tentu, Sharifah Aini. Rangkaian lagu-lagu seperti “Tiada Maaf Bagimu”, “Kau Tinggi Di Awan Biru”, “Hapuslah Airmatamu” dan “Seiring Sejalan” sehingga hari ini menjadi melodi yang cukup ikonik dan diingati semua penggemar muzik tempatan tanpa mengira batas usia.
Album runut bunyi “Hapuslan Airmatamu” persembahan Broery Marantika dan Sharifah Aini satu daripada hasil kerja Ahmad Nawab yang paling akan diingati. Menerusi album runut bunyi ini dia mencurah ilham untuk kesemua lagu-lagu hebat yang dialun merdu kedua-dua Biduan dan Biduanita yang sangat dihormati ini.
Menerusi sebuah album instrumental berjudul “Ahmad Nawab – Saxasional” beliau merakamkan kembali 10 lagu-lagu hits di era 80-an dengan tiupan saxophone yang cukup membuai dan melekakan. Antara trakterbaik rakaman sax yang dialunkan saya kira adalah nyanyian asal Uji Rashid dalam alunan instrumental “Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu”.
Album ini turut menampilkan rangkaian lagu-lagu lain yang dipersembahkan dengan tiupan sax klasik miliknya menerusi “Jangan Tinggal Daku, “Rahsia Hati”, “Hamidah” dan sebuah trak istimewa berjudul “Berilah Kasih Sayang”.
Penghasilan album in itentu saja bergerak sebagai sebuah apresiasi label muzik EMI ketika itu dalam menghargai kebolehan luar biasanya sebagai komposer juga produser muzik yang on demand di era 80-an.
Garapan muziknya tidak hanya terikat pada alunan Balada dan Pop Melayu sahaja, pengaruh muzik Jazz diserapkan di beberapa lagu ciptaannya yang lain. Fast number seperti “Kasih”, “Hanya Mimpi” beberapa yang lain.
Cukup dikenali sebagai seorang produser muzik yang cukup serius ketika bekerja, Datuk Ahmad Nawab percaya beliau harus benar-benar mengenali dan mendalami karakter si penyanyi bagi menghasilkan sesebuah lagu. Dan kerana itu jugalah setiap karya-karyanya bergerak tersendiri. Jika diamati tidak mungkin lagu-lagu yang dirakam Broery Marantika bersesuaian dengan cara nyanyia Jamal Abdillah.
Atau mustahil juga rangkaian lagu-lagu yang dicipta untuk Ramlah Ram menyatu baik dengan Karakter vokal Azlina Aziz atau Khadijah Ibrahim. Setiap satunya dicipta khusus (custom) untuk setiap penyanyi berbeza kerana semua melodinya memiliki karakter tersendiri tanpa terbanding antara satu sama lain.
ARTIKEL BERKAITAN
Getaran Melodi Legenda S.Atan Dalam Karya Terbaiknya Sepanjang Zaman