
Lagu: LelakiXSempurna
Artis: Alif Satar & The Locos ft. Diandra Arjunaidi
Komposer / Lirik: YonnyBoii / Alif Satar / Efry Arwis / Diandra Arjunaidi
Produser: Tam Cobain / Efry Arwis
Alif Satar merencana kembara muziknya dengan bergerak bersama band The Locos. Berbekal ilham muzik yang lebih berarah pada sentuhan Pop R&B yang sederhana, ASTL mengisi ruang pasaran muzik tempatan dengan cara yang tersendiri tanpa bergantung pada idea dominasi Pop hari ini.
Berawal dengan single “Anugerah Terindah” yang beredar tahun lalu, Alif nampaknya semakin pasti dengan arah baru bersama kugiran The Locos dalam penghasilan lagu-lagu baru mereka.
Kejayaan solo Alif menerusi “I Want You To Love Me” dalam ilham Soulful Ballad digerakkan menjadi identiti muzik ASTL. Terkini dengan kehadiran single berjudul “LelakiXSsempurna” mereka membawa pendengar sekali lagi larut dalam ilham muzik serupa.
Melodi lagu ini saya kira bukan terhasil dengan ilham baru, tetapi ia perlu dalam pasaran muzik hari ini yang terlalu banyak lagu yang sangat membosankan terutama sekali tahun ini. Ilham berulang, korus yang sama, letih dan melelahkan.
Setidaknya “LelakiXSempurna” terhasil dalam sebuah produksi muzik yang tastefully produced, ada citarasa muzik yang baik dan tidak kedengaran old fashion. Melodinya membuatkan saya sebagai pendengar terikat melewati alunannya sehingga ke hujung lagu tanpa gagal.
Vokal Alif juga semakin baik, kolaborasi bersama suara manis Diandra memberi warna dalam lagu ini yang menjadikan ia lebih menarik untuk dihayati. Sebuah lagu yang sedap didengar cuma saya kurang pasti jika pendengar kita ready untuk menerima this kind of Soulfull Ballad.
7.5/10
ARTIKEL BERKAITAN