Highlight, Review, Terkini,

Persembahan Soft Pop Aziz Harun Diteruskan Menerusi Single “Sayang Kau Tercipta”

Lagu: Sayang Kau Tercipta
Artis: Aziz Harun
Lagu / Lirik: Romeo / Mike Chan / Ja’a / Karim Karam / Amir Masdi
Produser: Aziz Harun / Mike Chan

Aziz Harun menjadi bakat solo yang muncul dengan cukup tersendiri dalam memikat pendengaran pengikut muzik tempatan berawal tahun 2014 dengan single “Senyum” sebelum menjadi lebih booming dengan single “Jangan”, “Jauh” dan “Beautiful”.

Dengan persona singer song writer yang senang bersama gitar sambil mengalun melodi yang disusun, Aziz antara yang boleh saya sifatkan sebagai pelapis muzik tempatan yang datang dengan potensi yang cukup besar untuk bergerak sebagai bintang Pop nusantara yang cemerlang berbekal pengalaman dan ilmu.

Maka dengan itu biar kadang perlahan langkahnya berbanding rakan seperjuangannya, nama Aziz masih kekal relevan dalam memberi sesuatu yang tersendiri tanpa perlu terlalu bergantung pada pasaran muzik semasa semata-mata. Namun hal itu bukanlah menidakkan dia melawan arus, melodi yang terhasil masih mesra pendengaran.

Sebagai sebuah lambang kematangan bermuziknya, Aziz kembali dengan single terbaru berjudul “Sayang Kau Tercipta” yang sebetulnya tidak sukar untuk kita fall in love dengan melodinya, persembahan vokal Aziz yang menyatu sempurna sebagai sebuah naskhah Pop yang menyenangkan.

Lagu ini dihasilkan sempurna sebagai sebuah melodi cinta yang mekar kasihnya jelas dalam penulisan lirik yang tidak jarang payah untuk kita sebagai pendengar tersenyum sendiri melewati keindahan kisah di balik pengisian ceritanya. Setelah mendengarkan lagu ini saya kira, Aziz sudah boleh bersiap sedia untuk menzahirkan kita semua sebuah album penuh coz he’s so ready!

7.5/10


ARTIKEL BERKAITAN

Pesona R&B Kaleb J Lewat Persembahan Penuh Soulful di EP “Melancholy”

#RetrospektifMuzik, Terkini,

Fenomena Pelakon Jadi Penyanyi di era 90-an Menghadirkan Umie Aida

Kebangkitan barisan pelakon menjadi penyanyi itu sudah menjadi trend sejak zaman perfileman Jalan Ampas lagi. Boleh dikatakan hampir kesemua pelakon di era tersebut memiliki kebolehan menyanyi dengan baik. Dan hal ini pastinya diteruskan generasi berganti.

Sharifah Aini di eranya berawal sebagai penyanyi memasuki bidang lakonan, diikuti Azean Irdawaty, Raja Ema, Fauziah Ahmad Daud yang sinonim dengan bidang perfileman menjadi penyanyi lagu tema yang kebanyakannya melatari ruang bunyi filem yang mereka lakonkan.

Di era 90-an fenomena serupa dengan hadirnya nama seperti Erra Fazira dan Amy Mastura yang awal bergerak sebagai penyanyi, menjadi wajah on demand perfileman tempatan sebelum menghadirkan Maya Karin dan Umie Aida.

Di skrin televisyen, wajah Umie Aida antara yang cukup dominan di era 90-an sehingga awal era 2000. Wajahnya mengisi slot drama bersiri dan cerekarama yang sentiasa hadir dengan pengisian cerita yang menarik.

Maka akan kelebihannya sebagai pelakon juga, Umie Aida diberi peluang serupa untuk merakamkan lagu mengisi runut bunyi drama lakonannya. Berawal dengan drama “Romeo & Juliet” yang membawa namanya sebagai penyanyi bersama Azman Abu Hassan menerusi “Redup Kerinduan” menzahirkan sebuah album penuh buatnya pada tahun 1999.

Tidak terhenti di situ Umie diberi satu lagi peluang merakamkan album yang turut mengisi drama bersiri popular lakonannya, “Salam Taj Mahal” yang diedarkan pada tahun 2002 dengan barisan hits seperti “Sekukuh Taj Mahal” dan “Salam Taj Mahal”.

Album ini bergerak sebagai sebuah album Pop Komersial yang menggabungkan Pop dan Balada yang bergerak seiring dengan apa yang ada banyak di pasaran muzik ketika itu. Terisi dengan lagu-lagu yang tidak kalah penghasilan melodi yang menarik untuk didengar.

Dibuka dengan lagu “Semakin Pasti” moderate Pop dengan persembahan sederhana Umie Aida. Vokalnya tidaklah terlalu bagus namun masih acceptable. Paling menarik pendengaran saya adalah lagu “Berikan Aku Bahagia” yang terhasil dengan melodi yang cukup lembut membuai.

Sebuah lagi lagu yang agak menarik di album ini adalah “Gerhana” yang cukup kental jiwa 90-an. Apa yang menarik tentang lagu ini bagi saya adalah penulisan liriknya dan kemasan muzik yang cukup baik. Persembahan Umie yang seakan bercerita memberi nilai tambah untuk kita enjoy dengan lagu ini.

Umie Aida saya kira hadir dalam persada muzik tempatan itu secara kebetulan kerana namanya sangat booming di era tersebut. Peluang yang diberikan untuk menghasilkan album itu sesuatu yang cukup besar pastinya di saat tidak ramai mendapat peluang serupa.

Kesemua lagu-lagu di album “Gema Kasih” kini boleh anda nikmati di saluran YouTube “Getaran Nostalgia”.


ARTIKEL BERKAITAN

“Tiada Duka Untuk Apa” Satu Bukti Kematangan Bermuzik Aishah

Highlight, Review, Terkini,

Melodi Cinta Juicy Luicy Menerusi “Tanggungjawab”

Lagu: Tanggungjawab
Artis: Juicy Luicy
Lagu / Lirik: Denis Ligia / Iqbal Siregar
Produser: Faisal M Fasya / Canggar Krisnatry

Juicy Luicy antara Pop Band seberang favorite saya. Muzik mereka sangat rich dan berisi momentum dengan kemasan muzik yang mewah. Lihat sahaja beberapa single awal mereka seperti “Terlalu Tinggi” (2016), “Tanpa Tergesa” (2018) antara yang benar-benar menyerlahkan nama mereka sebagai pelapis Pop Band Indonesia yang pastinya akan sangat disenangi penghasilan muzik mereka.

Tahun lalu mereka hadir dengan single yang cukup booming berjudul “Lantas” memberi ruang untuk mereka lebih dikenali dengan lebih luas pastinya. Pemasaran muzik digital di TikTok benar-benar meninggikan nama mereka di pasaran muzik mainstream yang fenomenanya tidak hanya di Indonesia malah menjalar ke negeri seberang.

Terkini tanpa mahu membuang lebih masa, Juicy Luicy menzahirkan sebuah single terbaru berjudul “Tanggung Jawab” yang dihasilkan sekali lagi dalam acuan muzik mereka yang cukup mega. Lagu ini saat dibuka sahaj sudah membuat kita sebagai pendengar teruja untuk melewati panahannya sehingga ke hujug lagu.

Persembahan vokalisnya saya kira sudah sinonim dengan penampilan bersahajanya. Mengambil ilham ghosting yang cukup sinonim dengan jaluran cerita cinta anak muda zaman kini, Juicy Luicy cukup bijak dalam percaturan memikat hati pendengar muda khususnya.

Bait liriknya sangat menarik saya kira. Ditulis dengan cerita yang tersusun kemas lantas mencipta emosi yang tepat dengan melodi yang dihasilkan. Siapa yang pernah melakukannya pasti akan terasa. Membaca liriknya sahaja sudah mampu buat saya tersenyum.

“Siapa dia tersenyum di belakang?
Kekasihmu-kah atau sekedar teman?
Apakah ini alasan kau menghilang?
Sudah bahagia laluku kau tinggalkan.”

7/10


ARTIKEL BERKAITAN

Ahmad Dhani Mengundang Hanin Dhiya Bermuzik Bersama

Review, Terkini,

Pesona R&B Kaleb J Lewat Persembahan Penuh Soulful di EP “Melancholy”

Kembara Pop anak muda Indonesia cukup mengujakan dengan barisan bakat baru yang hadir tidak kalah dengan bakat luar biasa. Kaleb J satu daripadanya yang paling menyerlah sepanjang tahun lalu dengan dua single yang memuncak “It’s Only Me” dan “Now I Know” yang memberi ruang mudah untuknya dikenali.

Hadir dengan penuh mempesona dalam feel R&B yang cukup memikat, Kaleb hadir mencuri perhatian. Berawal di pentas pertandingan nyanyian, anak muda ini melepas EP perdana berjudul “Melancholy” sebuah persembahan Pop dalam adunan irama R&B.

Dibuka dengan single kolaborasi “Tak Mau Sendiri” bersama Abraham Edo dan Balanegara yang siap beredar tahun lalu – lagu ini menjadi pembuka yang cukup manis memberi idea buat pendengar baru khususnya yang masih belum mengenal Kaleb untuk memahami karakter muziknya.

R&B Kaleb di album benar-benar mengingatkan saya pada Glenn Fredly. Lagu seperti “Now I Know” khususnya bergerak dalam jaluran muzik yang memberikan bayangan bahawa dia adalah generasi baru yang akan meneruskan kelangsungan Pop R&B Glenn Fredly di masa mendatang.

Hal ini juga jelas dalam beberapa lagu lain seperti “Kebutuhan Hati” – feel Kaleb luar biasa. Persembahan vokalnya kemas dan berwarna penuh dinamik. Lagu Soulful Ballad begini sangat mudah membuat kita melayang dengan melodi yang membuai tanpa terlalu memaksa untuk kita larut dalam perasaannya.

“Sementara” sebuah lagi lagu baru yang terisi di EP ini dengan cukup menarik sekali. Meramu ilham Soul dalam kemasan muziknya, Kaleb sekali lagi tampil mempesona dengan alunan merdunya di lagu ini.

EP ini terhasil sebagai sebuah permulaan untuk kita mengenal jiwa bermuzik Kaleb. Setiap lagu terisi dengan konsep yang jelas memberi justifikasi pada kemampuan vokal dan jiwa Kaleb sebagai pemuzik juga penyanyi yang baik.

9/10


ARTIKEL BERKAITAN

Percaturan Terbaik Aisha Retno Menerusi “W.H.U.T”

Highlight, Review, Terkini,

Persembahan Jiwa Radikal TUJU Menerusi Album “Untuk Kamu 18/19”

Generasi baru Hip-Hop tempatan bergerak cukup laju dengan pemasaran muzik digital yang banyak membantu mereka untuk mengembangkan kreativiti bermuzik tanpa sekatan dengan idea, pemikiran dan persembahan yang rata-ratanya datang dengan pengaruh pemuzik luar yang ditafsirkan dengan cara tersendiri.

Tuju salah satunya yang tajam dan peka dalam penulisan lirik dalam lagu-lagu persembahannya tidak kira secara solo, kolaborasi mahupun di saat bersama K-Clique. Banyak sebetulnya perkataan bahasa Malaysia yang dia eksplorasi untuk bergerak sebagai bahan fikir dalam kritikan sosial penulisan liriknya.

Maka dengan kelebihan yang dia miliki itu jugalah saya kira Black Hat Cat Records sebuah syarikat rakaman muzik Urban di bawah Warner Music Malaysia bersedia menghasilkan album perdana buat Tuju yang menutup kalender muzik tempatan 2021.

Mengambil judul “Untuk Kamu 18/19” album ini berisi 7 lagu keseluruhannya yang rata-ratanya dikomposisi sendiri Tuju bersama batalion muziknya seperti Mingaling yang turut bergerak sebagai produser album ini dan rakan-rakan K-Clique juga Altimet.

“Matahari” (Tuju / AJ) membuka album ini sebagai introduksi yang jelas arah muzik Tuju yang sudah sebati dengan pendengaran kita sebetulnya. Dinamik Tuju itu sebetulnya dalam penulisan liriknya. Penceritaan bersifat cukup personal refleksi diri dalam persembahan muzik terhasil cukup kemas. Hal ini diteruskan dalam dua single yang lebih awal beredar “Jiwa Pusing” dan “Khayalan” yang kedua-duanya dihasilkan bersama Mingaling.

Tuju meninggalkan kita dengan persoalan pencarian hidup yang membekas. Bait seperti “Mengejar sempurna takkan cukup” yang diteruskan dengan “Dalam ketenangan muncul ketegangan”  bergerak dengan penceritaan Tuju yang cukup jelas pengucapan dan emosinya yang menyatu dengan sangat baik.

Album ini terisi beberapa lagu baru seperti “Tenaga” yang saya sifatkan antara lagu terbaik di album ini. Durasi lebih lima minit di lagu ini memberi satu pengalaman menikmati muzik Hip-Hop dengan penuh dinamik sekali dan membuat saya berfikir panjang falsafah penulisannya.  “Bentang kamus, falsafah putus, Tu Ku punya liga? Nampak wa punya clique ja.” Adrenalin muziknya merasuk dengan  turun naik beat yang menghentak pendengaran.

Attitude penyampaian Tuju menjadi kelebihan untuk kita sebagai pendengar menikmati album ini dari awal hingga ke akhirnya. Hal ini terbukti dalam lagu lainnya seperti “Embun” dan “Ambang” yang menutup album ini dengan meninggalkan sebuah kekaguman menikmati pemikiran dalam penghasilan muzik pelapis muda muzik tempatan hari ini.


ARTIKEL BERKAITAN

10 Album Terbaik 80-an Ini Boleh Anda Nikmati di Saluran “Getaran Nostalgia”

#PerspektifMuzik, Highlight, Terkini,

#502021 Meraikan Kepelbagaian Dalam Bermuzik Menerusi 50 Rilis Terbaik Sepanjang Tahun

Tahun yang semakin mencabar, diduga dengan kehendak harfiah yang mungkin bagi sesetengah menyekat rezeki berkarya tetapi pastinya menjadi satu cabaran besar bagi mereka yang masih mahu terus menghasilkan sesuatu yang berbeza dalam kekangan yang ada.

Maka tahun ini di Muzik Kita kami mencari, mendengar dan memandang karya-karya yang dihasilkan serius tidak hanya untuk meraih perhatian di landasan media sosial tetapi mahu terus meraikan kesungguhan pengkarya tanpa mengira jurang generasi, jaluran muzik dan besar atau kecil modal penghasilannya.

Yang pasti tahun yang mencabar ini menghadirkan sangat banyak naskhah muzik yang cukup berkualiti. Di legasi indie, anak-anak muda bergerak cukup radikal dengan menghasilkan sesuatu yang melawan arus muzik semasa tanpa menidakkan kepentingan pemasaran secara digital sebagai langkah mudah dan murah memasarkan muzik.

Peluang yang ada di platform digital memudahkan capaian untuk semua menikmati muzik dengan bebas. Pilihan ada ada di tangan pendengar namun jumlah stirm dan tontonan masih bukan pengukur sebenar kualiti sesebuah lagu. Ada sahaja yang mencapai jutaan views kerana mahu menarik audien melihat apa gimik sensational di sebalik pemasaran muzik yang bersifat peribadi semata-mata.

Coretan album terbaik muzik kita

Yang akhirnya hanya mengundang cacian dan hinaan. People dont talk about music anymore. Mereka berbicara tentang “content” yang katanya mampu menarik minat pendengar. Dan yang pasti menghasilkan kontroversi itu ternyata lebih mudah daripada mendidik pendengar untuk benar-benar melihat muzik itu sebagai medium seni dan budaya – refleksi generasi, pemikiran, idea dan attitude bermuzik.

Masih mampu kita bangga dengan keseriusan nama-nama seperti Dayang Nurfaizah, Alena Murang, Ramayan, No Good, S.O.G (Sekadar menyenaraikan beberapa nama) kerana masih mahu menghasilkan album penuh yang pastinya datang dengan kualiti muzik yang cukup tinggi sekalipun dari segi jumlah strim dan tontonannya tidaklah jutaan banyaknya – itu bukan hal penting di Muzik Kita. Kemampuan mereka menghasilkan muzik yang cukup berkualiti itu yang cukup dipandang tinggi.

Kemunculan bakat baru seperti Aisha Retno sebagai the future Pop star sangat membanggakan dengan penghasilan lagu berjudul “W.H.U.T” yang cukup booming sekali tidak hanya di pasaran tempatan tetapi fenomenanya menembus pasarasn muzik seberang, Indonesia. Sekali gus membuktikan dia harus lupakan seketika Balada OST yang tidak memberi apa-apa kelebihan buatnya bersinar. The future is R&B for her.

aisha retno sebagai the future pop star

Kebangkitan barisan komposer muda seperti Mas Dewangga, Iqie Hugh, Firdaus Rahmat, John Jeeves yang mendominasi komposisi lagu di lapangan komersial menghadirkan sentuhan Pop segar buat Ismail Izzani, Naim Daniel, Dolla, Siti Nordiana, Bunga dan Shiha Zikir antaranya. Pengaruh muzik global yang diadaptasi dalam komposisi muzik mereka memberi kelebihan untuk lagu-lagu tempatan tercipta dengan sound yang lebih current.

Bakat-bakat Urban tidak ketinggalan dalam memberi perspektif menarik pasaran muzik tempatan – Nama seperti MFMF., TY:DEL, Crinkle Cut, SHN, Mayabayu antara yang menarik perhatian selain kemunculan Aizat Amdan sebagai Ai.Z yang tahun ini siap hadir dengan dua single dalam persembahan bunyi serba baru bagai kelahiran semula yang cukup mengujakan untuk dilihat masa depannya.

Muzik Kita buat tahun keempat tahun ini menyenarai lengkap 50 Rilis Terbaik yang melangkaui batas genre, konsep, idea dan penerimaan. Tanpa mengira siapa yang popular, teratas di carta muzik atau yang paling banyak jumlah tontonannya Muzik Kita meraikan muzik terbaik sepanjang tahun ini dengan mengangkat ilham penuh kreativiti, individuality dan originality mengangkat standard muzik tempatan ke tahap yang lebih baik.

Penghargaan dalam bentuk artikel akan terus dihasilkan sementara masih belum kami bermodal menyiapkan trofi buat semua pengkarya. Berikut 50 RILIS TERBAIK 2021

1. VETO (DJ CZA / TUJULOCA / MK) 
(DJ CZA / TUJULOCA / MK) 

Landskap Hip-Hop DJ CZA berevolusi dengan kolaborasi generasi baru Hip-Hop – TUJULOCA dan MK. “Veto” bergerak sebagai tenaga baru muzik Hip-Hop tempatan yang datang dengan ilham muzik yang cukup kemas bervisi. Penekanan pada penulisan liriknya yang cukup unik dengan penggunaan bahasa yang jarang digunakan – julo, adikudrati, ekahala dan lainnya membuatkan lagu ini sebagai naskhah yang cukup terisi berat kritikan sosialnya.

2. PUAS (RAMAYAN) 
(Mohamed Syafi’i Mohd Nasir / Ramayan) 

Ramayan meniti kedewasaan bermuzik dengan penuh kematangan. “Puas” bergerak mewakili lagu lainnya di album “Di Persiaran Cakrawala” yang meneruskan kelangsungan idea, kreativiti dan kesungguhan bermuzik mereka. Kraf muzik di lagu ini seperti kosmik menyala terang dengan tersendiri sekali. Melodi lagu ini antara yang terbaik terhasil sepanjang tahun dan harus diberi lebih perhatian.

3.PUSAKA (SALAMMUSIK) 
(Ashraaf Ahmad Azlan / Muhammad Jabir / Muhammad Irhas Naim)

Ilham nusantara Hip-Hop Salammusik diteruskan menerusi single “Pusaka” yang amat jarang diperkatakan. Pertembungan dua budaya muzik dalam satu lagu yang dicantum keindahan penulisan lirik yang cukup puitis meletakkan Salammusik sebagai bakat muzik yang sangat penting untuk diberi penghargaan. Dan ya, “Pusaka” menjadi naskhah terbaik penyatuan Hip-Hop dan Melayu Asli dalam sebuah lagu yang harus dijadikan rujukan.

4. GITU’AN (ALENA MURANG)  
(Alena Murang / Joshua Maran) 

Alena Murang meninggikan standard lagu-lagu Etnik Sarawak dengan cukup mengagumkan sekali. Menghayati penghasilan “Gitu’an” menjadi bukti bahawa muzik Etnik itu mampu terhasil cukup grand untuk bergerak sendiri tanpa perlu bergantung penyatuan jaluran muzik lain untuk berdiri seiring muzik global lainnya. One of the most beautiful composition tahun ini.

5. D’KOLUPO (NO GOOD) 
(Ali Johan Edrei / Syed Ismail Syed Mohamed / Wan Azry Wan Azlan)

Muzik No Good ternyata merasuk. Berani datang dengan ilham berbeza menggabungkan muzik Punk, instrumen gong dalam penulisan lirik loghat Kelantan, kreativiti mereka membuka mata pendengar bahawa muzik itu melangkaui batas jaluran dan bahasa. Jika kena dengan percaturan ia akan menjadi naskhah muzik yang sangat baik. Dan hal ini terbukti dalam penghasilan D’Kolupo – sebuah persembahan idea dan pengalaman yang menyatu dengan cukup kreatif.

6. SENTIASA (FIRDAUS RAHMAT) 
(Dari / Iqie Hugh) 

“Sentiasa” menjadi tafsiran Balada terbaik tahun ini. Melodinya simple tetapi punya daya pemikat yang sangat kuat dalam kelembutan melodi dan kemasan muzik yang cukup current. Penulisan liriknya juga tidak berarah patah hati tetapi ditulis dengan penuh kemanisan dan keindahan. Lagu ini harus menjadi kiblat baru penghasilan Balada di masa mendatang.

7. W.H.U.T (AISHA RETNO) 
(Aisha Retno / Radityoo) 

Aisha is the future of Pop star. “W.H.U.T” menjadi bukti dia hanya perlu menjadi dirinya tanpa perlu terikat dengan kehendak pasaran muzik tempatan untuk shine bright. Lagu ini cukup current, moden dan penuh dengan attitude dalam persembahan vokalnya. Aisha is definitely one of the best new talent yang kita miliki hari ini.

8. MASIH (MAYABAYU) 
(Beverly Matujal / Angie Farr) 

Mayabayu menghasilkan sebuah melodi sayu dengan cukup kekinian sekali. Instrumentasi muzik di lagu ini sangat menarik untuk dinikmati memberi nilai tambah pada penghasilan melodinya yang syahdu. Bermain dengan efek vokal yang memberi feel berbeza, “Masih” menjadi melodi sentimental yang cukup indah sekali penghasilannya dengan pengisian lirik yang menjentik rasa.

9. AMARAN (SITI NORDIANA / BUNGA) 
(Mas Dewangga / Firdaus Rahmat / Bunga)

Siti Nordiana keluar daripada kepompong Balada lemannya dengan kejutan manis di rilis ini. “Amaran” sebuah penyatuan muzik EDM dan Tradisional yang dicorakkan mengikut corak Pop Siti Nordiana yang dibaluti lembut persembahan vokalnya. Terhasil cukup catchy, lagu ini menjadi arah baru muzik Nana yang pastinya mampu meluaskan pasaran muziknya.

 

10. SEPI / 세피 (AINA ABDUL) 
(Aina Abdul)

Aina Abdul menerusi “세피” (Sepi)  menzahirkan sesuatu yang lebih structured, tetapi masih beremosi dan menyentuh tanpa perlu terlalu menjadi kompleks. Pertaruhan Balada Melayu yang rintih resahnya itu disampaikan vokal hebatnya dalam lirik berbahasa Korea tidak kedengaran canggung penghasilannya. Malah tidak salah jika naskhah ini kita sifatkan sehebat kebanyakan K-Ballad yang ada di pasaran global.

11. Yang Asli (Margasatwa)
12. Syahadah (Faizal Tahir)
13. Ciao (Joe Flizzow / MK / Jay Park)
14. Timur Laut Barat Daya (Bayangan)
15. The Last Thing (Ai.Z)
16. Antara Seribu (Fairuz Hussein)
17. Senja Yang Tua (S.O.G)
18. Jauh (Nusarasa)
19. Lonely (Airliftz)
20. Janjiku (Kaka Azraff)
21. Mainan (Naim Daniel)
22. Disko Kilat (Joyberry)
23. Sayang Aku Tanya Apa Khabar (Dayang Nurfaizah / Zynakal)
24. Goodbye, Hello (Syamel & Ernie Zakri)
25. Anugerah Terindah (Alif Satar & The Locos)
26. Patah Seribu Hatiku (Shila Amzah)
27. Getaran Cinta (Countrywolves)
28. Nota Hasratku (Ahmad Adly)
29. Penat (Daiyan Trisha)
30. Luka Hati (Alan D / Faizal Tahir)
31. So In Love (TY:DEL)
32. Bintang (TUJULOCA)
33. Gelap (Satwo)
34. Kamu (Ismail Izzani)
35. Naik (Abubakarxli / Shalma Eliana)
36. Tunggu (V.E)
37. Fool (Aina Abdul)
38. Lenyap (Usop)
39. Esok (Amir Masdi)
40. Apocalypse (SHN / TY:DEL)
41. Sengsara (Khai Bahar)
42. Cinta Denganmu (Aisha Retno)
43. Nang (Iman Troye)
44. Beku (Hazama & Elizabeth Tan)
45. Biru Malam (Chubb-E / Amir Masdi)
46. Soyuz Menuju Martin (Alchemist)
47. Tak Sangka (YONNYBOII / ZYANAKAL / ASYRAF NASIR)
48. Bingkai Rasa (Heidi / Ruang Hati)
49. Rindu (MFMF. / Airliftz / Alex Ungku)
50. Intan Payung (Bunga / Noraniza Idris)


ARTIKEL BERKAITAN

Album Terbaik Malaysia Sepanjang Tahun 2021

#RetrospektifMuzik, Terkini,

“Tiada Duka Untuk Apa” Satu Bukti Kematangan Bermuzik Aishah

Aishah merangka kembara muziknya dengan cara yang cukup berbeza di album berjudul “Tiada Duka Untuk Apa” yang beredar sekitar 1996. Dengan memberanikan diri mencipta banyak lagu di album ini, Tiada Duka Untuk Apa menjadi arah baru muzik Aishah yang turut bergelar produser di album ini.

Dibuka dengan single “Tiada Duka” (Aishah / Stephan Small) sebuah adunan muzik fusion dengan infusi muzik nusantara – Persembahan muziknya hadir cukup berbeza dan unik sekali. Keberaniannya sebagai seorang pemuzik dan penyanyi yang mahukan kelainan itu sangat jelas di trak ini yang saya sifatkan sebagai lagu yang memberi satu pengalaman berbeza menikmati muziknya yang umum sedar cukup dominan dengan jaluran muzik Balada.

Namun album ini masih terisi beberapa Balada yang akan saya ulaskan di hujung penulisan kerana ada beberpa lagu lain yang cukup unik untuk dikupas dan begitu jarang diperkatakan umum. Atas faktor kebangkitan generasi baru muzik ketika itu menjauhkan sedikit album ini dengan pendengaran muzik semasa.

Album ini antara album Aishah yang paling kurang mendapat sambutan dari segi jualan, publisiti dan penghargaan di pentas anugerah muzik. Namun sebetulnya ia terisi dengan rangkaian lagu yang menjadi bukti kematangan bermuzik Aishah sepanjang dia bergelar penghibur.

Penghasilan lagu seperti “Wanita” (Aishah / Habsah Hassan) antara yang cukup meraikan kepelbagaian dalam muzik. Aishah keluar daripada zon selesanya untuk menghasilkan melodi yang cukup unik ini. Lagu seperti “Orientalism” (Aishah / Stephan Small) juga antara yang cukup menarik untuk dihayati penghasilan melodinya.

Pengaruh mendengar muzik luar saya kira memberi kelebihan buat Aishah dalam mentafsir muzik dengan caranya yang cukup tersendiri. Saya senang dengan penampilan Aishah secara keseluruhan di album ini yang bersifat lebih moden dan urban tetapi masih kental feel Melayu yang dikendong dalam penulisan lirik dan penyampaian vokalnya.

Hal ini dibuktikan lagi dalam beberapa lagu lain yang cukup baik penghasilannya seperti “Semalamalaman” (Aishah Stephan Small / Habsah Hassan) yang hadir dengan groove tersendiri dan punch yang cukup catchy untuk kita menikmati sehingga ke akhir lagu. Aishah benar-benar mengeksplorasi sisi berbeza yang dia miliki menerusi lagu ini dengan cukup baik sekali.

Aishah saya kira cukup evolve sebagai pemuzik di album ini. Lagu-lagu Balada masih bernadi tetapi dihasilkan dengan idea sedikit berbeza daripada apa yang pernah terhasil sebelum ini. Tiada lagi ilham Janji Manismu atau Cinta Beralih Arah, Aishah menciptakan Balada yang lebih classy dan lebih deep perasaannya.

Hal ini terbukti dalam lagu seperti “Hari-Hari Berlalu” (Rosli Selasih) dan “Untuk Apa” (Aishah) yang saya kira menjadi lagu yang cukup baik sekali penghasilan melodi dan penulisan liriknya. Killer Ballad di album ini bagi saya tentu saja lagu “Antara Cinta & Kasih” (Aishah) yang cukup menjual jiwa dan kemampuan vokalnya dengan sungguh merdu sekali.

Vokal Aishah di album ini masih menjadi senjata utama untuk kita benar-benar enjoy dengan pengasilannya. Tidak langsung mengecewakan malah Aishah di album ini lebih santai dalam penyampaian suara yang tidak lagi fokusnya pada nada-nada tinggi tepai lebih kepada penceritaan.

Hal-hal ini sangat jelas dalam lagu seperti “Ombak” (Aishah / Stephan Small) yang dibuka dengan secara santai Aishah bercerita dengan monolog yang disulam dengan korus singkat. Dia hanya berbicara dalam melodi yang cukup sedap sekali penghasilan melodinya. Tenang dan santai sekali.

Tidak salah kiranya saya meletakkan album ini sebagai album terbaik Aishah sepanjang karier muziknya selepas penghasilan “Asia.. Sedunia” yang turut ada ilham Folk / Soul / Pop serupa. Keunikan penghasilan melodi di album ini saya kira sesuatu yang harus diberi apresiasi yang secukupnya dan menjadi rujukan muzik anak-anak muda hari ini.

Kesemua lagu-lagu di album “Tiada Duka Untuk Apa” kini boleh didengarkan sepenuh di saluran YouTube “Getaran Nostalgia”.


ARTIKEL BERKAITAN

Syyhh… Sebuah Intepretasi Moden Muzikal Dato’ Ahmad Nawab

#PerspektifMuzik, #RetrospektifMuzik, Highlight,

10 Album Terbaik 80-an Ini Boleh Anda Nikmati di Saluran “Getaran Nostalgia”

Pasaran muzik 80-an tempatan cukup berwarna dengan keterbukaan pendengar menikmati lagu dalam pelbagai jaluran muzik yang membenarkan semuanya berada di radar popular. Awal 80-an masih menyaksikan monopoli Pop Melayu Sharifah Aini, Uji Rashid dan Sudirman sebelum revolusinya bermula di pertengahan era itu.

Kebangkitan band Pop juga begitu banyak sekali. Nama seperti Freedom, Headwind, Alleycats dan Carefree memberi suntikan berbeza muzik tempatan dengan pengaruh muzik luar sebelum Sheila Majid dengan penuh groove mencelah dipopulariti kugiran-kugiran tersebut dengan penuh attitude.

Warna-warna Pop yang cukup menarik yang diberikan Freedom dan Raja Ema bersama produser Fauzi Marzuki menciptakan kerancakan berbeza muzik tempatan ketika itu. Muzik Kita melewati kalendar muzik 80-an bersama saluran YouTube “Getaran Nostalia” yang siap memuatnaik kesemua lagu-lagu daripada album-album terhebat berikut.

SHEILA MAJID – EMOSI (1986) Produser: Roslan Aziz

Album terbaik sepanjang karier bermuzik Sheila Majid ada di dalam “Emosi” yang diterbitkan Roslan Aziz. Pengaruh muzik City Pop Jepun dan Balada Indo mengisi album ini dengan sempurna dan timeless. A killer album it is dengan barisan hits sepajang zaman seperti “Sinaran”, “Di Dalam Emosi Ini”, “Antara Anyer & Jakarta”, “Fikirkan Dulu” dan “Tua Sebelum Waktu”.

SEARCH – FENOMENA (1989) Produser: M.Nasir 

Seperti mana judulnya “Fenomena” begitu jugalah kehebatan album ini yang memberi kesan luar biasa kembara muzik kugiran ini. Menerusi album ini Search mencipta momen mereka yang cukup tersedndiri untuk bergelar legenda muzik Rock sepanjang zaman. Dengan barisan hits malar segar seperti “Isabella’, “Pawana” dan “Gadis Misteri”, album ini akan sentiasa didengarkan biar berganti generasi.

CAREFREE – KEBEBASAN (1979)  Produser: Omar Taib 

Carefree melepaskan sebuah album dengan barisan hits yang cukup banyak sekali menerusi album “Kebebasan” yang beredar lewat 70-an ini sehingga melewati populariti sehingga 80-an dan era lainnya. Lagu-lagu seperti “Bayangan Tarimu”, “Rindu Bayangan”“Dendangan Laguku” dan “Joget Mak Enon” membentuk landskap muzik Disko dan Pop yang cukup signifikan sekali dengan kugiran ini. Lengkap sebagai album penting sepanjang karier bermuzik mereka.

SUDIRMAN – KUL IT! (1986)  Produser: Adnan Abu Hassan

Sudirman antara soloist yang paling aktif dalam penghasilan album di era 70-an dan 80-an. “Kul-It” sebuah album yang beredar pada tahun 1986 diterbitkan maestro Pop, Adnan Abu Hassan dengan feel berbeza menikmati muzik Sudirman. Barisan hits sepanjang zaman seperti “Milik Siapakah Gadis Ini”, “Merisik Khabar”, “Kul It” dan “Radio Malaysia” disulam dalam satu pengalaman muzik Pop Sudirman dengan infusi bunyian yang lebih moden.

Headwind – ’86 (1985)  Produser: Eric Yeo

Headwind kugiran Pop yang cukup unik dalam membawa ilham muzik nusantara dengan pendekatan yang lebih moden ketika diedarkan. Seawal album ini dibuka dengan lagu “Hati Tak Berpenghuni” ia sudah memberi warna berbeza menikmati muzik tempatan. “Segalanya Mungkin” dan “Hanya Di Radio” menjadi killer utama di album ini namun “Pelangi” saya letakkan sebagai lagu terbaik yang pernah Zainal sebagai vokalis utama rakamkan.

Freedom – Mulanya Di Sini (1987)  Produser: Goh Boon Hoe

Hadirnya Freedom di era 80-an memberi satu visi muzik yang cukup moden sekali. Muzik yang mereka hasilkan itu mengubah landskap Pop tempatan ke arah yang lebih global sifatnya. Dengan penghasilan album “Mulanya Di Sini” ini mereka membuktikan penghasilan lagu-lagu berbahasa Melayu itu juga mampu dihasilkan dengan sound yang kedengaran seiring pasaran muzik global lainnya.

Anita Sarawak – Asmara (1989) Produser: Fauzi Marzuki 

Sebuah album Pop yang mengumpulkan lagu-lagu terbaik Anita Sarawak sepanjang dia bermuzik. Transisi Disko Diva di era 70-an ke Pop Performer meletakkan namanya cukup relevan merentas masa dan era. Lagu popular seperti “Akhirnya Kini Pasti”, “Asmara”, “Cintamu Muzik Di Hatiku” dan “Joget Sayang Di Sayang” mengisi album ini sebagai kelangsungan popularitinya di era 90-an.

Alleycats – 4 Produser: Eric Yeo

Mungkin ini antara album Alleycats yang sangat berjaya sepanjang dipasarkan. Keunikan mereka yang bergerak sebagai wajah muzik Malaysia dalam satu band menghasilkan sound yang lengkap untuk bergerak sebagai sebuah pengalaman muzik yang senang dinikmati banyak orang. Lagu-lagu seperti “Seribu Bintang”, “Hingga Akhir Nanti”, “Kisah Kau & Aku” dan “Berita Dari Rantau” masih didendang sehingga hari ini sebagai bukti album ini masterpiece mereka.

Ramlah Ram – Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu (1985)  Produser: Ahmad Nawab

Sebuah album Pop Melayu yang cukup ikonik di era 80-an. Ramlah Ram bersama mentornya Ahmad Nawab meneruskan ilham lagu-lagu Balada melayu yang masih ada demand nya di era tersebut dengan begitu berjaya sekali. “Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu” tidak menjadi satu-satunya hits di dalam album ini, beberapa lagu lain seperti “Apa Khabarmu Di Sana” dan “Diam-Diam Jatuh Cinta” menjadi lagu cari makan Biduanita ini sehinga hari ini.

Raja Ema – Vol.2 (1986)  Produser: Kesuma Booty

Raja Ema is the 80’s Amy Mastura. Lagu-lagu Bubbly Pop yang kebanyakannya ditulis Fauzi Marzuki dan Kesuma Booty terhasil cukup menghiburkan. Album ini antara yang saya masih dengar jika merindukan sound Pop 80-an. Lagu-lagu di dalamnya terisi santai tetapi masih hadir dengan kemasan muzik yang cukup baik sekali. Selain hits “Angan-Angan” album ini terisi beberapa lagu yang cukup bagus seperti “Biarlah Aku Buktikan” dan “Cinta Bagai Embun” dengan pengaruh Synth Pop yang fun sekali.


ARTIKEL BERKAITAN

Highlight, Review, Terkini,

Ahmad Dhani Mengundang Hanin Dhiya Bermuzik Bersama

Mungkin bukan kita sebagai pendengar sahaja yang tidak pernah membayangkan kolaborasi Hanin Dhiya bersama Ahmad Dhani dalam sebuah produksi muzik, saya percaya sebagai pemuzik junior, Hanin sendiri tidak menyangkakan undangan Ahmad Dhani untuk merakamkan kembali naskhah popular kumpulan Dewa. Maka atas ketidakbayangan itu terhasillah sebuah kolaborasi yang cukup mengejut tetapi manis ini.

Menerusi projek “Kangen” – Ahmad Dhani mengadun kembali empat lagu popular Dewa 19 dalam rendisi serba baru yang saya percaya mengikut paten muzik Hanin Dhiya yang sinonim dengan kelembutan bukan sahaja dalam penyampaian vokal malah kemasan muziknya. Jadi apa yang boleh anda harapkan dalam EP empat lagu ini adalah sebuah pelayaran perasaan yang lembut membuai pastinya.

Empat lagu disusun kembali dengan nuansa lebih ringan mengikut liuk lenggok karakter vokal Hanin Dhiya menghadirkan versi baru “Kangen”, “Bukan Cinta Manusia Biasa”, “Roman Picisan” dan “Pupus”. Kemasan muzik Ahmad Dhani yang rat-ratanya diisi iringan orkestra memberi nilai tambah dirakaman baru lagu-lagu ini.

Paling menawan bagi saya adalah “Bukan Cinta Manusia Biasa” yang memberi kelebihan dalam emosi Hanin Dhiya. Susunan muziknya cukup grand sekali yang saya pasti tidak sukar untuk kita terlarut dengan rendisi baru ini.

Hanin Dhiya penyanyi yang sederhana, semuanya dipersembahkan dengan caranya yang tersendiri dan tanpa perlu bergantung kepada vocal runs yang berlebih-lebihan. Namun saya harus akui ada bahagian yang emosinya agak dry dan kurang daya pemikat. Mungkin juga kerana pengalaman bermuzik secara besar begini agak kurang membuatkan hal itu terlihat tetapi tidaklah sehingga merosakkan feel lagu yang tersedia.

EP ini saya kira cuba membawa ilham muzik Dewa 19 lebih dekat dengan generasi hari ini yang pastinya juga memberi kegembiraan buat penggemar Hanin Dhiya pastinya.

6.7/10


ARTIKEL BERKAITAN

Yang Dinanti Telah Tiba, Jemimah Cita Menghadirkan Single Perdana “Separuh”

Highlight, Review, Terkini,

Percaturan Terbaik Aisha Retno Menerusi “W.H.U.T”

Lagu: W.H.U.T
Artis: Aisha Retno
Lagu / Lirik: Aisha Retno
Produser: Aisha Retno / Radityoo

Bakat Aisha awal memikat pendengaran saya ketika dia merilis “Mengikat Jiwa” pada tahun 2019 dengan pesona vokal cukup lantang bagi seorang yang berusia awal 20-an, clarity dalam penyampaiannya benar-benar membuka mata saya pada bakat muda ini yang tentunya dilihat sebagai pelapis Pop tempatan yang bakal cemerlang.

Mengikuti perkembangan bermuzik Aisha sejak awal di lapangan media sosialnya mengundang keterujaan kerana bakat yang dia miliki itu bukan biasa-biasa, terlalu banyak potensi untuk diketengahkan di pasaran komersial jika kena dengan percaturan. Maka lahirlah dua single untuk pasaran OST – “Nukilanku” dan “Cinta Denganmu” yang sejujurnya agak mengecewakan saya saya kerana she’s too young to sing old fashion Ballad. 

Saya sering membayangkan Aisha dibentuk ke arah Pop yang lebih global dengan punch R&B kontemporari yang banyak di pasaran muzik Ariana Grande, Jazmine Sullivan atau Jorja Smith kerana dia sangat boleh dibentuk ke arah begitu dan mendapat capaian muzik yang lebih meluas pastinya.

Dan di saat original demo yang dimuat naik di TikTok berjudul “W.H.U.T” menjadi pertaruhan terbarunya ini cukup booming, hati saya berbisik bahagia melihat this is Aisha Retno yang kita perlukan. Moden, currrent muda dan segar. Komposisi lagu ini cukup baik, mudah melekat, catchy dengan bait lirik yang sangat mudah dekat dengan kebanyakan anak muda pastinya.

Diproduksi bersama adiknya Radityoo, lagu ini daripada segi produksinya banyak hal boleh diperbaiki namun untuk percubaan perdana Radityoo saya kira ia sudah cukup baik dan pastinya banyak lagi ruang boleh diperbaiki dengan peluang menghasilkan lebih banyak lagu di masa mendatang.

Persembahan vokal Aisha masih belum mengecewakan. “W.H.U.T” mengeluarkan sisi jiwa muda Aisha yang sangat diperlukan dalam pasaran tempatan. Indonesia sangat banyak bakat baru wanita yang berani tampil dengan konsep begini – Rahmania Astrini, Sivia dan Marion Jola antaranya.

Dan Aisha harus terus kekal di jaluran muzik begini kerana saya amat pasti pasaran muzik begini sangat luas jika kena percaturannya kerana dia tidak perlu bergantung pada Balada Melayu to please local audience. Pendengar kita pun bukanlah semuanya mahukan Balada sentiasa. This is a good start, semoga momentum ini diteruskan. Lupakan seketika tawaran OST , just do you.

8/10


ARTIKEL BERKAITAN

“Mainan” Emosi Naim Daniel Naim Semakin Dirasai Lewat Single Terbarunya