
Kebangkitan barisan pelakon menjadi penyanyi itu sudah menjadi trend sejak zaman perfileman Jalan Ampas lagi. Boleh dikatakan hampir kesemua pelakon di era tersebut memiliki kebolehan menyanyi dengan baik. Dan hal ini pastinya diteruskan generasi berganti.
Sharifah Aini di eranya berawal sebagai penyanyi memasuki bidang lakonan, diikuti Azean Irdawaty, Raja Ema, Fauziah Ahmad Daud yang sinonim dengan bidang perfileman menjadi penyanyi lagu tema yang kebanyakannya melatari ruang bunyi filem yang mereka lakonkan.
Di era 90-an fenomena serupa dengan hadirnya nama seperti Erra Fazira dan Amy Mastura yang awal bergerak sebagai penyanyi, menjadi wajah on demand perfileman tempatan sebelum menghadirkan Maya Karin dan Umie Aida.
Di skrin televisyen, wajah Umie Aida antara yang cukup dominan di era 90-an sehingga awal era 2000. Wajahnya mengisi slot drama bersiri dan cerekarama yang sentiasa hadir dengan pengisian cerita yang menarik.
Maka akan kelebihannya sebagai pelakon juga, Umie Aida diberi peluang serupa untuk merakamkan lagu mengisi runut bunyi drama lakonannya. Berawal dengan drama “Romeo & Juliet” yang membawa namanya sebagai penyanyi bersama Azman Abu Hassan menerusi “Redup Kerinduan” menzahirkan sebuah album penuh buatnya pada tahun 1999.
Tidak terhenti di situ Umie diberi satu lagi peluang merakamkan album yang turut mengisi drama bersiri popular lakonannya, “Salam Taj Mahal” yang diedarkan pada tahun 2002 dengan barisan hits seperti “Sekukuh Taj Mahal” dan “Salam Taj Mahal”.
Album ini bergerak sebagai sebuah album Pop Komersial yang menggabungkan Pop dan Balada yang bergerak seiring dengan apa yang ada banyak di pasaran muzik ketika itu. Terisi dengan lagu-lagu yang tidak kalah penghasilan melodi yang menarik untuk didengar.
Dibuka dengan lagu “Semakin Pasti” moderate Pop dengan persembahan sederhana Umie Aida. Vokalnya tidaklah terlalu bagus namun masih acceptable. Paling menarik pendengaran saya adalah lagu “Berikan Aku Bahagia” yang terhasil dengan melodi yang cukup lembut membuai.
Sebuah lagi lagu yang agak menarik di album ini adalah “Gerhana” yang cukup kental jiwa 90-an. Apa yang menarik tentang lagu ini bagi saya adalah penulisan liriknya dan kemasan muzik yang cukup baik. Persembahan Umie yang seakan bercerita memberi nilai tambah untuk kita enjoy dengan lagu ini.
Umie Aida saya kira hadir dalam persada muzik tempatan itu secara kebetulan kerana namanya sangat booming di era tersebut. Peluang yang diberikan untuk menghasilkan album itu sesuatu yang cukup besar pastinya di saat tidak ramai mendapat peluang serupa.
Kesemua lagu-lagu di album “Gema Kasih” kini boleh anda nikmati di saluran YouTube “Getaran Nostalgia”.
ARTIKEL BERKAITAN
“Tiada Duka Untuk Apa” Satu Bukti Kematangan Bermuzik Aishah