
Lagu: Sayang Kau Tercipta
Artis: Aziz Harun
Lagu / Lirik: Romeo / Mike Chan / Ja’a / Karim Karam / Amir Masdi
Produser: Aziz Harun / Mike Chan
Aziz Harun menjadi bakat solo yang muncul dengan cukup tersendiri dalam memikat pendengaran pengikut muzik tempatan berawal tahun 2014 dengan single “Senyum” sebelum menjadi lebih booming dengan single “Jangan”, “Jauh” dan “Beautiful”.
Dengan persona singer song writer yang senang bersama gitar sambil mengalun melodi yang disusun, Aziz antara yang boleh saya sifatkan sebagai pelapis muzik tempatan yang datang dengan potensi yang cukup besar untuk bergerak sebagai bintang Pop nusantara yang cemerlang berbekal pengalaman dan ilmu.
Maka dengan itu biar kadang perlahan langkahnya berbanding rakan seperjuangannya, nama Aziz masih kekal relevan dalam memberi sesuatu yang tersendiri tanpa perlu terlalu bergantung pada pasaran muzik semasa semata-mata. Namun hal itu bukanlah menidakkan dia melawan arus, melodi yang terhasil masih mesra pendengaran.
Sebagai sebuah lambang kematangan bermuziknya, Aziz kembali dengan single terbaru berjudul “Sayang Kau Tercipta” yang sebetulnya tidak sukar untuk kita fall in love dengan melodinya, persembahan vokal Aziz yang menyatu sempurna sebagai sebuah naskhah Pop yang menyenangkan.
Lagu ini dihasilkan sempurna sebagai sebuah melodi cinta yang mekar kasihnya jelas dalam penulisan lirik yang tidak jarang payah untuk kita sebagai pendengar tersenyum sendiri melewati keindahan kisah di balik pengisian ceritanya. Setelah mendengarkan lagu ini saya kira, Aziz sudah boleh bersiap sedia untuk menzahirkan kita semua sebuah album penuh coz he’s so ready!
7.5/10
ARTIKEL BERKAITAN
Pesona R&B Kaleb J Lewat Persembahan Penuh Soulful di EP “Melancholy”