
Lagu: Separuh
Artis: Jemimah Cita
Lagu / Lirik: ELTANDRE
Produser: ELTANDRE
Cukup dikenali oleh generasi TikTok dengan runs luar biasanya menerusi persembahan “Cinta Dalam Hati” menerusi persembahan di pentas Indonesian Idol yang lepas, nama Jemimah pantas menjejak tangga populariti dengan kemerduan dan ketersendirian vokal miliknya.
Biar tidak sempat ke pentas final Idol, nama Jemimah tidak sepi dengan rangkaian cover version yang dilakukannya di medan media sosial miliknya untuk terus didengari juga dikagumi kehebatan bersuara yang dia miliki tanpa putus.
Setelah lama menanti single sendiri, akhirnya Jemimah menerusi Universal Music Indonesia menghadirkan sebuah Balada lembut berjudul “Separuh” yang beredar beberapa minggu sudah.
Tanpa perlu terlalu mencuba dengan alur suara yang bermaca-macam, Jemimah memikat dan mengikat kita sebagai pendengar dengan emosinya yang tepat menerusi lagu ini. Transisi melodi lagu ini disusun cukup kemas untuk kita perlahan larut dengan persembahan merdu Jemimah.
Lagu ini saya kira tidak sukar menembus hati penggemar muzik Pop yang senantiasa dahagakan Balada syahdu begini dengan bait lirik patah hati yang relatable dengan kebanyakan pendengar muda khususnya.
Jemimah saya kira sudah menghasilkan sesuatu yang cukup komersial di lagu ini dengan menyerap sepenuh roh muzik yang dia miliki. Cukup merdu, syahdu dan melarut sekali.
7.8/10
ARTIKEL BERKAITAN
Gelora Jiwa Ghea Indrawari Di Balik Melodi Balada “Kamu Anggap Apa”