
Lagu: Tanggungjawab
Artis: Juicy Luicy
Lagu / Lirik: Denis Ligia / Iqbal Siregar
Produser: Faisal M Fasya / Canggar Krisnatry
Juicy Luicy antara Pop Band seberang favorite saya. Muzik mereka sangat rich dan berisi momentum dengan kemasan muzik yang mewah. Lihat sahaja beberapa single awal mereka seperti “Terlalu Tinggi” (2016), “Tanpa Tergesa” (2018) antara yang benar-benar menyerlahkan nama mereka sebagai pelapis Pop Band Indonesia yang pastinya akan sangat disenangi penghasilan muzik mereka.
Tahun lalu mereka hadir dengan single yang cukup booming berjudul “Lantas” memberi ruang untuk mereka lebih dikenali dengan lebih luas pastinya. Pemasaran muzik digital di TikTok benar-benar meninggikan nama mereka di pasaran muzik mainstream yang fenomenanya tidak hanya di Indonesia malah menjalar ke negeri seberang.
Terkini tanpa mahu membuang lebih masa, Juicy Luicy menzahirkan sebuah single terbaru berjudul “Tanggung Jawab” yang dihasilkan sekali lagi dalam acuan muzik mereka yang cukup mega. Lagu ini saat dibuka sahaj sudah membuat kita sebagai pendengar teruja untuk melewati panahannya sehingga ke hujug lagu.
Persembahan vokalisnya saya kira sudah sinonim dengan penampilan bersahajanya. Mengambil ilham ghosting yang cukup sinonim dengan jaluran cerita cinta anak muda zaman kini, Juicy Luicy cukup bijak dalam percaturan memikat hati pendengar muda khususnya.
Bait liriknya sangat menarik saya kira. Ditulis dengan cerita yang tersusun kemas lantas mencipta emosi yang tepat dengan melodi yang dihasilkan. Siapa yang pernah melakukannya pasti akan terasa. Membaca liriknya sahaja sudah mampu buat saya tersenyum.
“Siapa dia tersenyum di belakang?
Kekasihmu-kah atau sekedar teman?
Apakah ini alasan kau menghilang?
Sudah bahagia laluku kau tinggalkan.”
7/10
ARTIKEL BERKAITAN