
Hilangnya dari radar popular muzik tempatan meninggalkan rangkaian lagu-lagu popularnya untuk terus didengari dan diminatI berganti generasi. Anita Sarawak legenda muzik Pop yang sudah berdekad lamanya menghibur penggemarnya tidak saja di Malaysia malah seluruh Asia Tenggara.
Terakhir kali kelibatnya di Malaysia kira-kira lebih sepuluh tahun lalu pergi tanpa meninggalkan salam akhir yang hanya khabarnya didengar baru-baru ini yang dia masih sihat menjalani kehidupan sebagai isteri dan ibu kepada anak-anaknya serta sudah menghentikan langkahnya sebagai penghibur pentas.
Muzik Kita membawa refleksi Pop tebaik Anita Sarawak sepanjang dia bermuzik. Pelbagai jaluran muzik sudah dicuba – Melayu Asli, R&B, Dance, Pop, Joget sehingga Jazz, kami menyelongkar rangkaian Pop terbaik yang akan diingati dan didengari sepanjang zaman.
Lagu: Akhirnya Kini Pasti
Komposer / Lirik: Mazlan Hamzah / Johan Nawawi
Cukup ikonik dengan groove serta penampilkan attitude yang cukup sebati dengan jiwa Anita. “Akhirnya Kini Pasti” sebuah gerakan Pop terbaiknya yang akan sentiasa didengari. Antara naskhah tulisan melodi terbaik Mazlan Hamzah yang dipena liriknya oleh Johan Nawawi.
Lagu: Antara Yang Manis
Komposer / Lirik: Fauzi Marzuki / Amran Omar
Fauzi Marzuki antara Pop master di era 80-an dan 90-an yang banyak menghasilkan flavor baru Pop tempatan dengan pengaruh muzik barat. Penghasilan “Antara Yang Manis” satu daripada yang terbaik dihasilkannya. Hadir dalam pesona vokal Anita dan dibaluti muzik soulful hadir daripada tiupan sax Dave Koz.
Lagu: Cintamu Muzik Di Hatiku
Komposer / Lirik: Adnan Abu Hassam / Seri Bayu
Balada romantis ini menyerlahkan sisi lembut dalam nyanyian Anita Sarawak yang sangat dikenali sebagai penyanyi berkarakter. Melodi Adnan Abu Hassan ini terhasil dengan Soul yang tersendiri. Bait-bait liriknya juga cukup membuai dengan kata-kata manis dalam alunan cinta yang cukup diingati.
Lagu: Bisikanlah Cinta
Komposer / Lirik: Deddy Dores
Paling beremosi dalam banyak-banyak lagu nyanyian Anita. Lagu in cukup meruntun jiwa seawal petikan piano awal sebelum memasiku verse dan korus yang memberi momentum muzik yang cukup membuat kita melayang. “Walau kini jauh, kesetiaan ini hanya untukmu…”
Lagu: Lagu Cinta Kita
Komposer / Lirik: Fauzi Marzuki / S.Amin Sahab
Sebuah lagu cinta yang fun and young! Lagu ini hadir dengan feel R&B juga Soul yang cukup sesuai dengan pukauan vokal Anita. Korusnya yang cukup cheeky begitu mengena dengan nyanyian Anita yang penuh attitude.
Lagu: Bercanda Di Pasiran Pantai
Komposer / Lirik: M.Nasir / S.Amin Sahab
Lagu yang dimuatkan dalam album Sudirman ini menjadi antara kolaborasi Anita yang paling popular sekali. Sensualiti dalam lagu ini tentang asmara dua sejoli dipersembahkan cemerlang Anita dan Sudir dalam mentafsir maksud lirik yang ditulis. Keserasian mereka memercikkan melodi keghairahan dalam Pop tempatan.
Lagu: Tragedi Buah Epal
Komposer / Lirik: Ithinx
Sebuah lagi Pop yang penuh attitude dan energetic daripada Anita. Antara all time favorite saya, lagu terhasil sebagai sebuah Pop yang cukup matang mentafsir peralihan muzik Anita di era 80-an ke era 90-an. Ciptaan mellodinya moden dengan penulisan lirik penuh perlambangan.
Lagu: Cinta Nan Satu
Komposer / Lirik: Mazlan Hamzah / Amran Omar
Komposisi Balada Mazlan Hamzah sentiasa hadir dalam persembahan muzik yang cukup mahal bunyinya. “Cinta Nan Satu” antara yang terbaik pernah ditulis komposer juga penyanyi ini. Dipersembahkan oleh Anita dengan penuh sederhana, feel dan sebutannya dalam memberi makna dalam isi cerita begitu dirasai. Lembut dan membuai.
Lagu: Asmara
Komposer / Lirik: Adnan Abu Hassan / Amran Omar
“Asmara” menjadi anthem Balada 90-an Anita. Di era ini muziknya lebih moden dan banyak berarah pada pasaran Balada juga Pop yang banyak di Barat tanpa terikat dengan ilham Balada mendayu tempatan. Antara hits terbaiknya sehingga hari ini.
Lagu: Sangkar Berduri
Komposer / Lirik: M.Nasir / S.Amin Sahab
Antara komposisi M.Nasir yang cukup unik. Pop Melayu dibaluti Bossa dan Jazz di tengah lagu menghasilkan sesuatu yang berbeza. Vokal Anita cukup strong di lagu ini membentuk satu pengalaman mendengar Pop tempatan yang sedikit berbeza ketika diedarkan.
ARTIKEL BERKAITAN