
Lagu: W.H.U.T
Artis: Aisha Retno
Lagu / Lirik: Aisha Retno
Produser: Aisha Retno / Radityoo
Bakat Aisha awal memikat pendengaran saya ketika dia merilis “Mengikat Jiwa” pada tahun 2019 dengan pesona vokal cukup lantang bagi seorang yang berusia awal 20-an, clarity dalam penyampaiannya benar-benar membuka mata saya pada bakat muda ini yang tentunya dilihat sebagai pelapis Pop tempatan yang bakal cemerlang.
Mengikuti perkembangan bermuzik Aisha sejak awal di lapangan media sosialnya mengundang keterujaan kerana bakat yang dia miliki itu bukan biasa-biasa, terlalu banyak potensi untuk diketengahkan di pasaran komersial jika kena dengan percaturan. Maka lahirlah dua single untuk pasaran OST – “Nukilanku” dan “Cinta Denganmu” yang sejujurnya agak mengecewakan saya saya kerana she’s too young to sing old fashion Ballad.
Saya sering membayangkan Aisha dibentuk ke arah Pop yang lebih global dengan punch R&B kontemporari yang banyak di pasaran muzik Ariana Grande, Jazmine Sullivan atau Jorja Smith kerana dia sangat boleh dibentuk ke arah begitu dan mendapat capaian muzik yang lebih meluas pastinya.
Dan di saat original demo yang dimuat naik di TikTok berjudul “W.H.U.T” menjadi pertaruhan terbarunya ini cukup booming, hati saya berbisik bahagia melihat this is Aisha Retno yang kita perlukan. Moden, currrent muda dan segar. Komposisi lagu ini cukup baik, mudah melekat, catchy dengan bait lirik yang sangat mudah dekat dengan kebanyakan anak muda pastinya.
Diproduksi bersama adiknya Radityoo, lagu ini daripada segi produksinya banyak hal boleh diperbaiki namun untuk percubaan perdana Radityoo saya kira ia sudah cukup baik dan pastinya banyak lagi ruang boleh diperbaiki dengan peluang menghasilkan lebih banyak lagu di masa mendatang.
Persembahan vokal Aisha masih belum mengecewakan. “W.H.U.T” mengeluarkan sisi jiwa muda Aisha yang sangat diperlukan dalam pasaran tempatan. Indonesia sangat banyak bakat baru wanita yang berani tampil dengan konsep begini – Rahmania Astrini, Sivia dan Marion Jola antaranya.
Dan Aisha harus terus kekal di jaluran muzik begini kerana saya amat pasti pasaran muzik begini sangat luas jika kena percaturannya kerana dia tidak perlu bergantung pada Balada Melayu to please local audience. Pendengar kita pun bukanlah semuanya mahukan Balada sentiasa. This is a good start, semoga momentum ini diteruskan. Lupakan seketika tawaran OST , just do you.
8/10
ARTIKEL BERKAITAN
“Mainan” Emosi Naim Daniel Naim Semakin Dirasai Lewat Single Terbarunya