Highlight, Review, Terkini,

Yang Dinanti Telah Tiba, Jemimah Cita Menghadirkan Single Perdana “Separuh”

Lagu: Separuh
Artis: Jemimah Cita
Lagu / Lirik: ELTANDRE
Produser: ELTANDRE

Cukup dikenali oleh generasi TikTok dengan runs luar biasanya menerusi persembahan “Cinta Dalam Hati” menerusi persembahan di pentas Indonesian Idol yang lepas, nama Jemimah pantas menjejak tangga populariti dengan kemerduan dan ketersendirian vokal miliknya.

Biar tidak sempat ke pentas final Idol, nama Jemimah tidak sepi dengan rangkaian cover version yang dilakukannya di medan media sosial miliknya untuk terus didengari juga dikagumi kehebatan bersuara yang dia miliki tanpa putus.

Setelah lama menanti single sendiri, akhirnya Jemimah menerusi Universal Music Indonesia menghadirkan sebuah Balada lembut berjudul “Separuh” yang beredar beberapa minggu sudah.

Tanpa perlu terlalu mencuba dengan alur suara yang bermaca-macam, Jemimah memikat dan mengikat kita sebagai pendengar dengan emosinya yang tepat menerusi lagu ini. Transisi melodi lagu ini disusun cukup kemas untuk kita perlahan larut dengan persembahan merdu Jemimah.

Lagu ini saya kira tidak sukar menembus hati penggemar muzik Pop yang senantiasa dahagakan Balada syahdu begini dengan bait lirik patah hati yang relatable dengan kebanyakan pendengar muda khususnya.

Jemimah saya kira sudah menghasilkan sesuatu yang cukup komersial di lagu ini dengan menyerap sepenuh roh muzik yang dia miliki. Cukup merdu, syahdu dan melarut sekali.

7.8/10


ARTIKEL BERKAITAN

Gelora Jiwa Ghea Indrawari Di Balik Melodi Balada “Kamu Anggap Apa”

Terkini,

Disco Oomph! Non Stop Medley – Persembahan Retro Sempurna Hujung Minggu

Kepelbagaian muzik di era 80-an yang gemilang membenarkan banyak jaluran muzik berbeza mendapat tempat di pasaran muzik komersial. Kelahiran bakat-bakar moden ketika itu yang mengambil ilham Disco, Pop dan City Pop ketika itu banyak di gerakkan nama-nama seperti Freedom dan Sheila Majid.

Kehadiran bakat-bakat ini memberi warna berbeza dalam memeriah pasaram muzik ketika itu dengan cukup meriah sekali. Sebuah album yang dihasilkan pada tahun 1988 berjudul Disco Oomh! Non Stop Medley menampilkan rangkaian lagu tanpa henti sub-budaya ketika itu yang hangat dengan kebangkitan kelab malam pastinya.

Maka terhasillah inisiatif EMI ketika itu untuk mengumpulkan the OG of Disco music tempatan seperti Noorkumalasari, Aman Shah, Raja Ema juga Sheila Majid menerusi rangkaian lagu-lagu popula rmereka di satu album yang cukup rare, kini dapat didengari di saluran YouTube “Getaran Nostalgia”.

Terbahagi kepada dua bahagian, rangkaian medley non-stop ini dimulakan dengan lagu “Mentari Korea” (Raja Ema) yang disusun terus dengan kemas dengan lagu “Bahagia” dan “Fikirkan Dulu” oleh Sheila Majid sebelum the most iconic Dsco song in the 80’s daripada Noorkumalasari berjudul “Mata” mengisi medley di bahagian pertama.

Kesemua lagu-lagu ini merupaka lagu yang cukup popular di era itu. Aman Shah menerusi “Adikku Pandai Menari”, “Persamaan” oleh Freedom dan “Orang Muda” nyanyian Sudirman diisi melengkapi keperluan EP yang beredar pada tahun 1988 ini.

Diterbitkan dan diadun oleh Petal Capel dan Brian Francis dari Studio Reddifusion, “Dosco Oomph! Non Stop Medley” rujukan terbaik anak muda hari ini yang mahu mengembalikan kegemilangan atau mengadun semula lagu-lagu hits di era 80-an ini dengan citarasa muzik yang baru dan segar.

This one is perfect for the weekend!


Funk, Disco & Groove Anita Sarawak Menerusi “Sophisticated Lady”

Highlight, Review, Terkini,

Pertaruhan Pop Terbaru Shila Amzah Menerusi “Patah Seribu Hatiku”

Lagu: Patah Seribu Hatiku
Artis: Shila Amzah
Lagu / Lirik: Shila Amzah
Produser: Izzy Musa / Shae

Kekalnya nama Shila Amzah di pasaran muzik tempatan itu saya kira kerana minat mendalamnya dalam bidang muzik yang sudah sebati di dirinya sejak kecil lagi. Jadi soal untuk berhenti itu masih jauh kiranya.

Fasa gemilangnya di China terhenti seketika kerana pandemik dunia hari ini tidak menghentikan bakat yang cukup berpengalaman ini untuk terus berkarya buat peminatnya di sini.

Kali terakhir hadir dengam dua kolaborasi bersama Judika (Tentang Rahsia) dan Sekumpulan Orang Gila (Pelukan Angkasa), single solonya pasti saja dinantikan penggemarnya yang ada di sini khususnya setelah kali terakhir menzahirkan “Tiada Dirimu”.

Maka dengan itu terhasillah sebuah single berjudul “Patah Seribu Hatiku” karya sepenuhnya Shila dengan produksi muzik Izzy Musa (Bunkface, Yuna) yang bertindak sebagai produser dan juga arranger di lagu ini.

Kembali lebih Pop dengan momentum muzik yang lebih menderu laju berbanding Balada biasa yang kita dengar, single ini memberi satu kesegaran baru menikmati muzik Shila Amzah itu sendiri berbanding single sebelumnya.

Persembahan vokalnya juga semakin matang dan tersusun baik. Shila memberikan pengalaman yang serupa pernah dia berikan di album “Bebaskan” dulu dengan persembahan muzik yang lebih matang dan solid seiring pemgalaman bermuziknya.

Produksi muziknya cukup current dengan infusi Pop 2000’s yang dominan di awal lagunya. Bergerak dengan momentum muzik yang cukup dinamik, melodi lagu ini dipelbagaikan dengan kreativiti dalam pemilihan instrumen dan susunan muzik untuk mencantikkan naskhah melodi asalnya ke tahap yang lebih baik. 

Awal melihat judulnya saya kira it’s another Ballad, namun saya lebih happy setelah mengetahui ia sebuah naskhah Moderate Pop seperti ini yang sangat diperlukan pasaran muzik tempatan. Semoga Shila akan tampil lebih lagi dengan muzik Pop begini dan melepaskan seketika Balada biasa.

7/10


ARTIKEL BERKAITAN

R&B Kontemporari Ai.Z Diteruskan Lewat Single “Use Me”

#PerspektifMuzik, Highlight, Terkini,

Album Terbaik Malaysia Sepanjang Tahun 2021

Pasaran album tempatan ternyata agak perlahan berbanding pasaran luar yang masih melihat pentingnya penghasilan sebuah album itu sebagai bukti keseriusan bermuzik pemuzik juga penyanyi dalam mempersembahkan idea, konsep dan attitude dalam muzik.

Kurangnya penghasilan album ini tentu sahaja kerana faktor fast music business yang dimonopoli kuasa pemasaran berkiblatkan digital yang ternyata hanya mahu menghasilkan sesuatu cepat dan mudah dari segi impaknya. Muzik menjadi semakin ringan, keseriusan untuk menghasilkan sesuatu yang berbeza semakin kurang kerana mengikut template apa yang kononnya pendengar hari ini mahukan.

Hal trend ini saya kira biasa di zaman mana sekalipun. Namun hal estetika bermuzik itu bukan sesuatu yang harus dikompromi. Kualiti harus seiring populariti bagi mencipta impak berbeza dan yang paling penting adalah untuk meninggikan standard muzik tempatan ke tahap yang boleh dibanggakan dan dibawa ke pasaran luar.

Keseimbangan dalam meraikan mereka yang menghasilkan muzik berkualiti sangat sukar dicapai. Menyedihkan namun itu realitinya. Tiadanya creative control individu atau organisasi tertentu menyebabkan hal ini semakin kronik. Syarikat rakaman hanya mahu mengaut keuntungan, mengedarkan single secara digital itu lebih mudah, lebih jimat, untung (?) dan cepat pastinya.

Fungsi RIM juga semakin kabur, saban minggu hanya mengemaskini carta lagu dengan jumlah strim tertinggi dan meminggirkan lagu-lagu yang berkualiti untuk diraikan sama rata. Data-data yang kita boleh dapat dengan mudah di internet dikongsi untuk apa?. Fungsi mereka dalam meninggikan standard muzik tempatan semakin tiada. Kenapa hanya meraikan yang popular? Bagaimana nasib pemuzik yang serius bermuzik, berkerah ilham fikiran, bermodal wang yang besar, Kenapa tidak disokong? Setidaknya mewar-warkan di platform Instagram sudah memadai.

Kebanjiran bedroom producer yang bergantung pada kuasa mesin menghasilkan muzik ada baik dan tidaknya. Muzik yang pasti semakin kurang kurang hidup. Vokal juga semakin hari semakin dikuasi kuasa mesin. Orang dulu sebelum masuk studio sudah memahami kehendak lagu by heart jadi bila berpentas semuanya flawless.

Bakat sekarang di studio menyanyinya part by part, disunting – disambung – disusun dan dikemaskan produser. Pabila harus berpentas secara langsung, keupayaan menyanyikan dengan baik memang tiada.

Penghasilan album sangat penting sebagai bukti keseriusan bermuzik. Bukan sahaja pada penyanyi tetapi syarikat rakaman. Album adalah portfolio, jadi ia penting dalam susur masa seseorang artis. Kredibiliti muzik hari ini yang dilihat daripada segi ‘numbers’ di YouTube dan Spotify tidak memberi makna jika penghasilan lagu-lagunya bersifat sementara.

Dan dalam hal ini album akan bergerak dalam hayat yang panjang, yang akan terus dicari di masa mendatang biar berganti generasi. Lihat sahaja value album-album Butterfingers, Sheila Majid, Aishah pada hari ini. Masih dicari dengan harga yang meningkat 3-4 kali ganda. What if one day tiada Spotify, Apple Music dan YouTube – yang akan dicari tetap album fizikal.

Dan keseriusan dalam penghasilan album ternyata masih ada pada bakat yang benar-benar melihat ia sebagai medium penting dalam muzik. Maka terhasillah beberapa album tahun ini yang selayaknya diangkat sebagai Album Terbaik Sepanjang Tahun seperti berikut:

BELAGU – DAYANG NURFAIZAH
DN & AD Entertainment Sdn. Bhd.

No doubt, this is the best album of the year. Dengan sebuah ilham menghasilkan album rakaman secara langsung dalam kekangan musim pandemik, Dayang Nurfaizah bersama batalion muziknya yang dikepalai Aubrey Suwito  memberikan sebuah pengalaman menikmati muzik dengan cukup mewah. Kualiti muzik yang dipersembahkan sangat kemas tanpa perlu terlalu mengubah ilham asal semuanya ditinggikan standard muziknya dengan cukup baik dan bersifat malar segar.

DI PERSIARAN CAKRAWALA – RAMAYAN
Luncai Emas Sdn. Bhd.

Ramayan menakluk pasaran muzik mereka dengan memberi kita sebuah pengalaman menikmati muzik alternatif psikedelik dengan cukup ampuh. Daripada penghasilan melodi, lirik yang ditulis cukup puitis berisi sehingga kualiti rakaman muziknya dan visual di sampul album mereka – semuanya terhasil dengan satu konsep yang tepat, pasti dan solid. Kualiti yang mereka hasilkan dalam lagu seperti Puas, Lamunan Anak Bulan dan Permulaan Cinta Intan  sangat harus diangkat sebagai naskhah terbaik.

PUNK GONG / NO GOOD
1837453 Records DK

Setelah cukup cemerlang dengan EP “Demo Kawe” tahun lalu, No Good tidak mahu menghentikan langkah bermuzik mereka. Ilham Punk Rock n Roll yang bersulam penulisan lirik dalam loghat Kelantan memberi satu keunikan yang cukup mengujakan untuk kita sebagai pendengar explore lebih lagi keupayaan bermuzik mereka. “Punk Gong” menjadi bukti dengan kreativiti dan pengalaman yang ada mampu menghasilkan sesuatu yang cukup tersendiri. A whole new experience.

PROMISED LAND / MAYABAYU
Mayabayu

Mayabayu cukup tersendiri dalam mempersembahkan idenya dalam bermuzik. Penghasilan “Promised Land” tidak langsung terikat dengan ilham pasaran muzik semasa tempatan tetapi terhasil cukup komersial. Dengan kreativiti bermuzik dengan caranya yang tersendiri, Mayabayu mengadun kontemporari Folk, Fusion Etnik dalam persembahan Pop yang sebetulnya tidak sukar untuk dinikmati. Lagu-lagu seperti “O Sayang”, “Huminodun”,”Masih” dan “Predator” bukti kesungguhan Mayabayu dan tenaga produksinya dalam memberi sesuatu yang berbeza untuk pendengaran tempatan.

YONNY – YONNYBOII (DELUXE EDITION)
Def Jams Recordings Malaysia

Yonnyboii antara bakat muda tempatan yang tersendiri, kreatif dan cukup current. Penghasilan “Yonny (Deluxe Edition)” ini sangat penting untuk bergerak sebagai siren kepada pemuzik muda lain untuk menghasilkan album penuh tanpa perlu bergantung pada penghasilan single sahaja. Dan apa yang penting album ini diterima cukup meluas. Melayani album ini lagu demi lagu terlihat attitude bermuzik Yonny dengan cukup jelas. Poetic in his own way, refleksi bunyi dan cerita anak muda hari ini.

SKY SONGS – ALENA MURANG
Alena Murang / WIND Music International Corporation

Alena Murang menerusi album “Sky Songs” berkongsi dengan pendengar ilham muzik Etnik Sarawak dengan approach yang sangat grand. Ilham muzik Etnik di album ini dipersembahkan dalam sebuah pelayaran bermuzik yang bersifat global dan memiliki hayat yang cukup panjang sebagai rujukan muzik di masa mendatang. Di saat bakat muzik Pop Etnik lain sibuk menyatukan Hip-Hop untuk kedengaran current, Alena Murang membuktikan harapan muzik Etnik berdiri sendiri untuk dikomersialkan secara global itu sesuatu yang tidak mustahil.

 

QIBLA – FAIZAL TAHIR
Faithful Music Sdn. Bhd. 

“Qibla” hadir sebagai sebuah album spiritual dengan approach yang cukup ringan dan santai. Keratan ayat Al-Quran diambil dan diceritakan FT dengan pengalaman yang dia ada dalam bahasa yang cukup dekat dengan pendengar. Dua lagu terisi di album ini “Syahadah” dan rakaman semula “Aku Tanpa Cintamu” sebagai pemikat utama “Qibla” dalam menarik minat pendengar untuk mendengar cerita FT di trak lainnya.

SECOND VOYAGE – SEKUMPULAN ORANG GILA
Sekumpulan Orang Gila

Sebuah album Metal yang menyatukan jiwa Melayu dalam penghasilan melodinya. Elemen syair yang membuka album ini dengan baik sebelum keras gitar dan derum deram memonopoli bunyi di album ini. Sekumpulan Orang Gila bereksperimentasi dengan muzik mereka dengan cukup baik. Ia bergerak sebagai sebuah transisi muzik yang seolah sebuah satira panjang muzikal yang kadang menguji pendengaran tetapi cukup melekat dan terikat tanpa membenarkan kita skip walaupun satu lagu di dalamnya.

SILIKA – LUST
LUST / TONGTONG Asia

Eksperimental Lust bersama Krew Filem Sek Kito menghasilkan sebuah album visual menerusi “SILIKA” terhasil sebagai sebuah pengalaman menikmati muzik dalam durasi 14 Minit 29 Saat dengan cara berbeza. Melayani album ini akan membuat anda lost tetapi saya kira that’s the beauty dalam meraikan muzik. Kepelbagaian yang dihidangkan dalam “SILIKA” akan menjadi satu apresiasi berbeza terhadap kerja kreatif dalam sesebuah muzik. Album ini sebuah pelayaran emosi, pemikiran dan attitude anak muda yang radikal dalam bermuzik. Nikmati album ini dengan visual filem pendek di YouTube LUST.

NOTA: Artikel 50 RILIS TERBAIK 2021 akan menyusul 29 Disember 2021 (InsyaAllah)


ARTIKEL BERKAITAN

#502020 Meraikan Sifat & Tenaga Baru Muzik Tempatan Yang Berubah Mengikut Waktu Menerusi 50 Rilis Terbaik Sepanjang Tahun

Highlight, Review, Terkini,

Kekal Utuh Di Pasaran Semasa Siti Nordiana Hadirkan Single Berjudul “Amaran”

Lagu: Amaran
Artis: Siti Nordiana / Bunga
Komposer / Lirik: Mas Dewangga / Firdaus Rahmat / Bunga

Nama Siti Nordiana di pasaran muzik semasa sudah berada di tahap paling selesa buatnya saya kira. Usai kejayaan di Gegar Vaganza benar-benar diguna sebaiknya peluang yang ada untuk meraikan penggemarnya dengan rangkaian single demi single yang tiada hentinya saban tahun.

Pertaruhan Balada seperti “Terus Mencintai”, “Hatiku Milikmu” dan duet bersama Khai Bahar “Satukan Rasa” sudah menjadi brand new evergreen songs Nana setelah fasa GV pastinya. Dan setelah merilis single “Angkara” di tahun lalu serta duet bersama Nubhan menerusi “Sekali Lagi”, Nana tidak menghentikan langkahnya bermuzik malah terus menghasilkan lagu-lagu baru buat penggemarnya.

Saya kira itulah percaturan yang sepatutnya dilakukan penyanyi yang serius bermuzik untuk terus menghasilkan lagu baru tanpa putus. Terkini, Nana keluar daripada kepompong muzik Balada dengan merilis sebuah single fusion Pop  berjudul “Amaran” bersama bakat muda Bunga.

Naskhah karya dua anak muda Firdaus Rahmat dan Mas Dewangga ini terhasil dalam kemasan muzik serba baru untuk persona muzik seorang Siti Nordiana. Kombinasi muzik tradisional yang diadun dalam kemasan muzik cukup moden menyuntik kesegaran dalam persembahan keseluruhan lagu ini.

Liriknya ditulis cukup baik, persembahan muziknya hadir dengan daya pemikat yang baik untuk kita kekal menikmati sehingga ke hujungnya. Rap Bunga memberi warna di lagu ini yang menyatu sempurna dengan suara Nana di sepanjang lagu.

7.8/10


ARTIKEL BERKAITAN

“Mainan” Emosi Naim Daniel Naim Semakin Dirasai Lewat Single Terbarunya

Terkini,

Kolaborasi Levi’s & Yuna Menerusi Program Levi’s® Music Project 2021

Menutup kalender muzik tahun 2021, Levi’s® Malaysia mengumumkan (serta merombak) projek Levi’s® Music Project Malaysia. Berpaksikan pada pelancaran awal inisiatif komuniti pada tahun 2020 yang lalu, Levi’s® Music Project berusaha untuk memperjuang serta memupuk aspirasi dan semangat dalam kalangan penggiat komuniti muzik tempatan di peringkat akar umbi.

Selaras dengan itu, sumbangan Levi’s dalam memainkan peranan dalam komuniti, Projek Muzik Levis yang bakal memasuki lembaran baru menawarkan program yang lebih menarik bersama dengan ikon muzik tempatan dan budaya tempatan, Yuna.

Diperkenalkan dengan fokus memberi inisiatif muzik di kalangan penggiat seni muzik tempatan, kempen #SupportMusic diperkenalkan bagi meneruskan kelangsungan program yang masuk tahun kedua ini.

Levi’s® bakal memperkenalkan server Levi’s® Music Project Discord global, yang pertama seumpamanya. Program yang diterajui oleh para artis ini bakal berfungsi sebagai hab utama kempen – dan akan menjadi satu-satunya cara komunikasi dan penyampaian menerusi saluran YouTube Levi’s® bagi menyediakan akses dan peluang selanjutnya, selepas tempoh kempen.

Kempen yang diterajui Yuna sebagai artis dan juga mentor program ini juga bakal menawarkan peserta dan penggiat komuniti pandangan langsung ke dalam proses kreatif dan dunia Yuna, yang bakal disusuli dengan persembahan maya secara langsung yang eksklusif. Sorotan penglibatan Yuna, kemuncak program ini bakal disusuli dengan “CabaranRemix” di mana Yuna akan membuka peluang pemuzik yang bercita-cita untuk mengadun semula salah satu lagunya.

 

 

#PerspektifMuzik,

Anugerah Lagu Indie Bergerak Bebas Buat Tahun Kedua

Pasaran muzik indie tempatan tidak pernah lekang dengan bakat yang sentiasa hadir dengan naskhah muzik yang cukup eksperimental dan ke hadapan. Gerakan muzik underground (terma yang diguna di era 90-an) ini bergerak semakin bebas dan lepas dalam era digital.

Hasil setiap satunya jika didengar dan diteliti benar-benar mampu berdiri seiring naskhah komersial yang ada di pasaran semasa. Cuma kerana gerakan mereka secara sendiri maka capaian muzik bakat-bakat indie ini tidak meluas dan tersekat pada golongan tertentu sahaja.

Bagi mereka yang suka dicabar dengan bunyi-bunyian baru dan keluar daripada kepompong skema muzik tersedia pasti akan lebih terbuka mendengar dan menikmati muzik begini. Maka dengan adanya Anugerah Lagu Indie yang dianjurkan pertama kali tahun lalu memberi ruang untuk pendengar Pop seperti saya lebih dekat dengan ilham pemuzik muda hari ini.

Augerah Lagu Indie (ALI) digerakkan Hashtag Media bersama Kamar Seni, Angkasa dan Rakita menyediakan ruang buat pemuzik-pemuzik indie ini untuk meluaskan pasaran muzik mereka ke capaian yang lebih besar pastinya. Dengan adanya platform penstriman muzik seperti YouTube dan Spotify hal ini sebetulnya lebih memudahkan pemasaran muzik mereka.

Tahun lalu ALI 2020 mengangkat naskhan berjudul “Penawar” daripada kugiran diberi nama Margosa yang meminggirkan peluang “Menuggu” (Orkes A. Hizadin), “Pelukan Angkasa” (S.O.G) dan “Mari Menari” (The Impatient Sisters) antaranya untuk bergelar juara.

Panel juri yang bukan calang-calang peranannya saya kira sudah mengukuhkan branding ALI itu sendiri untuk bergerak sebagai sebuah pertandingan pencarian lagu terbaik yang cukup prestij. Nama besar seperti M.Nasir, AD Samad, Rudy Nastia, JD Wong (Pop Shuvit) dan Jennifer Thompson antara yang menjadi panel penilai tahun lalu.

 

Pendekatan lebih komersial dilihat tahun ini daripada senarai juri yang dipilih. Nama-nama besar di pasaran muzik semasa seperti Efry Arwis, Luca Sickta, Kmy Kmo dan Amylea Azizan cukup dominan di pasaran muzik komersial. Selain turut disokong beberapa nama lain yang menjuri di tahun seperti Jennifer Thompson, Amir Jahari, Rudy Nastia juga panel baru seperti Irena Taib antaranya yang turut dipilih sebagai panel penjurian.

Berawal dengan senarai 200 teratas penyertaan, Anugerah Lagu Indie tahun ini menyenarai singkat lagu-lagu ke peringkat semi final untuk dinilai sebelum memutuskan 12 lagu terbaik yang bakal ke acara final merebut gelaran lagu terbaik tahun ini.

Pentas semi final yang diadakan secara langsung sebanyak dua kali memberi peluang kepada pesertanya untuk membuktikan kemampuan bermuzik secara langsung pastinya. Kekuatan lagu yang terhasil pasti akan banyak dibantu dengan kreativiti berpentas yang akan memberi nilai tambah dalam penjurian.

“Alive” (Bihzhu), “Jauh” (Nusarasa), “All Over Again” (Rina-Hime), “Kamar” (Runs), “Bingkai Rasa” (Ruang Hati & Heidi Moru), “Kangen” (KidiDaNoto), “Enge Port” (Arunboii), “Senja Temu Lelah” (Ber_, Leaism), “Fun Lust Love” (Late Night Frequency), “Yang Asli” (Margasatwa), “Helang & Garuda” (Kapow) dan “Tentang Siang, Malam & Romantis” (Ainina Hasnul & Eidil Teman Lelaki) menjadi 12 wakil suara untuk Anugerah Lagu Indie tahun ini.

Pentas akhir yang bakal dilangsungkan pada tarikh 18 Disember mendatang akan ditayangkan di saluran YouTube “Anugerah Lagu Indie” yang sekali lagi akan mengangkat tiga lagu terbaik dengan kategori sokongan iaitu Anugerah Lagu Indie Terpaling Platinum, Anugerah Lagu Popular dan TuneCore Choice Awards yang dilakukan secara undian dan kiraan jumlah strim di Spotify juga YouTube.

Usaha mengemudi pertandingan berasas kualiti muzik begini saya kira harus mendapat sokongan lebih banyak pihak sehingga lagu-lagu yang dipertandingkan dapat didengar dan dinikmati lebih ramai pendengar.

Apa yang lebih penting untuk difikirkan penganjur di masa mendatang adalah bagaimana mereka boleh membantu pemasaran lagu yang dikalung juara ini untuk dipasarkan dengan lebih meluas agak hype nya tidak terhenti di pentas final sahaja. Selamat maju jaya pemuzik indie Malaysia.


ARTIKEL BERKAITAN

#SepekanMuzik Pasaran Muzik Indie Tempatan – TY:DEL, Alchemist, Dewataraya, Bihzhu

#RetrospektifMuzik, Terkini,

Funk, Disco & Groove Anita Sarawak Menerusi “Sophisticated Lady”

Attitude bermuzik Anita Sarawak yang sering kita lihat di pentas live terbit dalam rangkaian album-album Inggerisnya. Rilis seperti “Dancing In The City” (1978), “The Way I Feel Tonight” (1978), “Love Me” (1977)  dan “Sophisticated Lady” (1978) antara bukti kredibilitinya sebagai penyanyi dan penghibur yang versatil.

Di ruang retrospektif muzik minggu ini, Muzik Kita mendengarkan kembali album “Sophisticated Lady” yang beredar di tahun 1976 – album penuh kedua berbahasa Inggeris selepas album self-titled berjudul “Anita” yang beredar di tahun sebelumnya.

Terisi 12 lagu keseluruhannya, album ini menampilkan rangkaian lagu Inggeris saduran daripada versi asal yang dinyanyikan Natalie Cole, Jim Croce dan Captain & Tennille antaranya. Cukup popular di era 70-an, Anita merakam setiap lagu dengan caranya yang tersendiri.

Dibuka dengan lagu “Mr Melody” lagu asal Natalie Cole yang diramu dalam versi lebih rancak dalam feel Disko penuh groove ditangani baik Anita dalam caranya yang cukup tersendiri. Berbanding versi asal yang datang dengan feel Motown, Anita mengisi lagu ini dengan lebih attitude yang lebih lagi.

Diteruskan dengan sangat rancak di lagu kedua “Shop Around” kepuasa menikmati persembahan Anita semakin dirasai. Lagu-lagu begini senang sekali untuk kita nikmati dan membayangkan betapa ‘wild’ nya Anita dengan aksinya di pentas.

Vibe serupa dapat anda dengarkan menerusi lagu lagu “Boogie Fever”. Amazing sekali penghasilannya dan tidak kalah dengan versi asal, Anita menuai semangat dalam persembahan nyanyiannya dengan sangat baik. Kemasan lagu ini cukup berkelas sekali seiring dengan kemasan muzik album antarabangsa lainnya. A perfect song to start your day pastinya.

Tidak terikat rangkaian lagu bernada rancak, Anita turut mempesona dengan alunan merdunya dalam lagu seperti “Somewhere In The Night”, “I Have To Say I Love You In A Song” dengan caranya sendiri. Masih kekal soulful dan kelembutan dan clarity dalam penyampaiannya. “Misty Blue” antara personal favorite saya di album ini, Anita benar-benar go deep dalam penyampaiannya yang lebih soulful. Jiwanya lebih di rasai di lagu ini.

Turut menampilkan sebuah lagu bersama rakan duetnya Ismail Haron menerusi “Don’t Go Breaking My Heart” persembahan asal Elton John bersama Kiki Dee meneruskan groove yang tiada hujungnya di album ini.

Kualiti rakaman di album ini harus saya puji kerana untuk sebuah album piring hitam yang dihasilkan di era 70-an dengan penghasilan yang standardnya sangat tinggi begini, “Sophisticated Lady” selayaknya terus diraikan sebagai salah sebuah album penting dalam sejarah muzik tempatan.

“Cupid” dan “Lonely Night” antara yang terhasil cukup menarik juga. Sekali lagi kredit harus diberikan pada Anita. Dia sangat bijak dalam penyampaian yang sangat mudah menarik kita untuk kekal sampai ke hujung lagu.

Saya puas mendengarkan setiap perincian muzik di lagu “Cupid” – all those synth, gitar dan dram di lagu ini bagaikan mendengar rakaman langsung dari studio. Album ini seharusnya menjadi rujukan pemuzik hari ini dalam manipulasi penghasilan melodi baru dengan ilham lama. Ada banyak hal yang komposer baru malah penyanyi boleh pelajari dengan benar-benar menghayati pengisian album ini.

“Sophisticated Lady” dan kesebelas lagu lainnya di album ini siap dinikmati di saluran YouTube “Getaran Nostalgia” secara rasmi.


ARTIKEL BERKAITAN

Melayani Cerita Dalam Lagu Persembahan Primadona Noorkumalasari

Highlight, Review, Terkini,

“Mainan” Emosi Naim Daniel Naim Semakin Dirasai Lewat Single Terbarunya

Lagu: Mainan
Artis: Naim Daniel
Komposer / Lirik: Arisz Ab. Rahman / Firdaus Rahmat / Mas Dewangga / Omar K

Meneruskan kelangsungan sebagai penyanyi, nama Naim Daniel semakin utuh sebagai pelapis Pop tempatan dalam penghasilan lagu-lagu yang menepati citarasa pasaran muzik semasa.

Setelah cemerlang dengan single “Sumpah”, “Adakah Engkau  Menungguku”, “Lara” dan “Sembah”, Naim awal tahun ini merilis “Purnama” yang cukup booming sekali. Meneruskan kejayaan “Purnama” dia kembali hadir dengan sebuah lagi Balada beremosi.

Mengisi kehendak pendengarnya yang sentiasa menantikan lagu terbaru, Naim menzahirkan “Mainan”, komposisi muzik Firdaus Rahmat, Mas Dewangga dan Arisz yang diproduksi Omar K dalam acuan “Pop Naim” seperti apa yang biasa kita dengar di lagu “Sumpah” “Sembah” dan “Purnama”.

Melodi “Mainan” saya kira agak predictable namun penghasilannya cukup current juga masih sedap didengar dan dinikmati. Kelebihan Naim sebagai pelakon memberi satu nilai tambah yang cukup baik menjadikan lagu ini cukup beremosi dalam penyampaiannya.

Naim bijak dalam pemahaman teks lagu ini secara keseluruhan. Melodi dan lirik yang ditulis menyatu cukup baik dengan emosinya. Setiap bait lirik dilantun dengan memaknakan isi cerita yang ditulis. Jadi hasilnya, cukup sampai kepada kita sebagai pendengar.

Itulah hal yang saya kira cukup istimewa buat seorang penyanyi / penghibur seperti Naim. Dia faham tentang pengisian dalam nyanyian itu adalah pemahaman terhadap melodi dan isi cerita yang ditulis. Maka apa yang terhasil secukup rasa dan tidak ada hal yang berlebihan. Emosinya mengalir baik dan mudah melekat.

7/10


ARTIKEL BERKAITAN

R&B Kontemporari Ai.Z Diteruskan Lewat Single “Use Me”

#RetrospektifMuzik,

Poetic Ammo – Sebuah Kepelbagaian Bermuzik Yang Diraikan Di Pasaran Muzik Semasa

Gagasan Hip-Hop di era 2000 yang dibuka jalannya Too Phat ke lapangan cukup komersial membenarkan nama-nama ‘underground’ pasaran muzik ini memiliki harapan untuk bergerak dalam skala lebih besar dengan lebih meluas pastinya.

Poetic Ammo satu daripada kepelbagaian Hip-Hop yang ada di pasaran muzik tempatan era 2000 yang kita banggakan sehingga hari ini. Nama Yogi B, Landslyde,  Point Blanc dan C Loco sudah tercatit dalam sejarah muzik Hip-Hop tempatan sebagai sebuah rujukan muzik dalam jalurannya yang akan sentiasa didengar juga dinikmati.

Berawal sebagai duo Hip-Hop, Yogeswaran Veerasingam dengan stage name Yogi B digerakkan pada tahun 1990 bersama Annad (McEna) di bawah kendalian pengurusan label Kenny Music milik grup Pop 80-an – Kenny, Remy Martin. Awal diberi nama Poetic Ammunition atau PMO, mereka bergerak kecil dengan sebuah single berjudul “Run” dan “Only You”.

Setelah itu kembara bermuzik mereka diteruskan perjalanan panjangnya bersama Positive Tones dengan penghasilan sebuah single berjudul “Who Be The Player” menerusi sebuah album kompilasi berjudul “Trick & Tales” yang menampilkan nama-nama segar pasaran muzik Urban ketika itu seperti Reefa, Innuendo, Ferhad dan Emberz of Soul.

Perjalanan bermuzik mereka pastinya berjalan semakin baik dan semakin rancak – di sini rancak di sana rancak , berdosa. Maka terhasillah tiga album studio bersama Positive Tones – It’s a Nice Day to Be Alive (1998), The World Is Yours (2000) and Return of Tha’ Boombox (2003). 

Keunikan line-up Poetic Ammo yang merentas batas bangsa menjadi kelebihan buat mereka. Hip-Hop mereka tidak terikat Bahasa Inggeris tetapi juga Tamil dan Bahasa Cina yang menjadi selling point menarik dalam menjual muzik Hip-Hip ke pasaran domestik dengan pendekatan yang cukup moden sekali. Hal-hal ini sudah dibuktikan dengan jelas menerusi album perdana mereka It’s Nice To Be Alive.

Karya mereka melebar dengan lebih baik di album “The World is Your” dengan kolaborasi nama-nama besar seperti Sheila Majid, Ferhad, Adibah Noor, Atilia dan Reefa antaranya. Single “Somebodys Watching” meneruskan populariti mereka dan dengan adanya single “Tiada Tandingan” nama mereka berjaya menembus radio tempatan dengan mencuri perhatian pendengar Melayu khususnya ketika itu.

Menerusi album “The World Is Yours” juga mendapat nominasi terbanyak sepanjang karier muzik mereka untuk Anugerah Industri Muzik ke-8 bagi kategori Album Inggeris Tempatan Terbaik, Video Muzik Terbaik, Rakaman Album Terbaik dan Kulit Album Terbaik.

Pulang dengan dua kemenangan di malam gemilang tersebut, nama Poetic Ammo setelah itu semakin kukuh di pasaran muzik tempatan dalam jaluran Hip-Hop khususnya seiring nama lain seperti Too Phat dan Teh Tarik Crew antaranya.

Poetic Ammo memberi satu variasi muzik yang cukup menarik sekali di album ini dan ketika ia dihadirkan di pasaran semasa Poetic Ammo sudah siap bergelar legenda muzik yang akan diingati. Dan ya sehingga hari ini nama mereka masih diingati dan muziknya masih didengari.

Rangkaian lagu mereka seperti “There’s Ain’t Stopping Us”, “Pass The Honey” dan “Monay Monay” sudah menjadi siulan sehingga hari ini dan pastinya rujukan berganti generasi yang mengadaptasi Hip-Hop tempatan ke tahap yang lebih pada masa kini.

Kesemua rangkaian lagu-lagu popular Poetic Ammo kini boleh anda dengarkan secara rasmi di saluran YouTube “Getaran Nostalgia”.


ARTIKEL BERKAITAN

“Phat Family” Sebagai Sebuah Victory & History Penting Gerakan Hip-Hop Tempatan