
Lagu: Mainan
Artis: Naim Daniel
Komposer / Lirik: Arisz Ab. Rahman / Firdaus Rahmat / Mas Dewangga / Omar K
Meneruskan kelangsungan sebagai penyanyi, nama Naim Daniel semakin utuh sebagai pelapis Pop tempatan dalam penghasilan lagu-lagu yang menepati citarasa pasaran muzik semasa.
Setelah cemerlang dengan single “Sumpah”, “Adakah Engkau Menungguku”, “Lara” dan “Sembah”, Naim awal tahun ini merilis “Purnama” yang cukup booming sekali. Meneruskan kejayaan “Purnama” dia kembali hadir dengan sebuah lagi Balada beremosi.
Mengisi kehendak pendengarnya yang sentiasa menantikan lagu terbaru, Naim menzahirkan “Mainan”, komposisi muzik Firdaus Rahmat, Mas Dewangga dan Arisz yang diproduksi Omar K dalam acuan “Pop Naim” seperti apa yang biasa kita dengar di lagu “Sumpah” “Sembah” dan “Purnama”.
Melodi “Mainan” saya kira agak predictable namun penghasilannya cukup current juga masih sedap didengar dan dinikmati. Kelebihan Naim sebagai pelakon memberi satu nilai tambah yang cukup baik menjadikan lagu ini cukup beremosi dalam penyampaiannya.
Naim bijak dalam pemahaman teks lagu ini secara keseluruhan. Melodi dan lirik yang ditulis menyatu cukup baik dengan emosinya. Setiap bait lirik dilantun dengan memaknakan isi cerita yang ditulis. Jadi hasilnya, cukup sampai kepada kita sebagai pendengar.
Itulah hal yang saya kira cukup istimewa buat seorang penyanyi / penghibur seperti Naim. Dia faham tentang pengisian dalam nyanyian itu adalah pemahaman terhadap melodi dan isi cerita yang ditulis. Maka apa yang terhasil secukup rasa dan tidak ada hal yang berlebihan. Emosinya mengalir baik dan mudah melekat.
7/10
ARTIKEL BERKAITAN