Review, Terkini,

Laungan Rock Rakyat Amuk Dalam Gerakan Muzik Rock Tempatan 

“Tinggi-tinggi kelapa bali, Walaupun tinggi kental berdiri” dan laungan “Yeah Yeah” sudah sebati untuk kita mengingat figura Rock tempatan, Bandi Amuk. “Dalam Semak” menjadi pertaruhan perdana kugiran ini dengan rangkaian lagu yang disadur semula.

Rakaman semula lagu-lagu Cromok menerusi saduran inggeris ke bahasa Melayu seperti “Seakan Menguji”, “Amuk”, “Hantu Yang Takut” dan “Alasan” merupakan single daripada album Cromok berjudul “Forever in Time” bergerak sebagai satu percubaan pasaran muzik Amuk ketika itu.

Bersama penerbit eksekutif EMI ketika itu, Mohd Arzmy (yang juga ahli kumpulan Cromok), merealisasikan Amuk sebagai band Rock dengan citarasa muzik lokal yang kuat semangat rock Melayunya ketika itu.

Menerusi album kedua mereka berjudul “Tak Relevan” yang diedarkan pada tahun 1999, Amuk mencuri perhatian pendengar muzik tempatan dengan  pesona single “Matahari” ciptaan Bong bersama lirik Azam Dungun.

Mellow melodi “Matahari” dengan susunan muzik yang cukup membuai diteruskan dengan single “Jernih” dengan sentuhan emas Ramli M.S yang menyusun lagu ini dalam sebuah pengalaman menikmati string session buat sebuah sentimental rock yang melekakan.

Keras Metal dan Rock Amuk dalam lagu-lagu mereka disulam dengan bait lirik cukup kritis dalam lagu-lagu seperti “Akar dan Bumi”, “Algojo” antaranya. Muzik mereka biar keras namun masih kental jiwa Melayunya dalam persembahan Pop yang mesra radio dan pendengar.

“Dikir Timur” menjadi antara contoh lagu popular mereka yang cukup popular biar sehingga ke hari ini. Pasaran muzik Amuk di fasa 1998 – 2002 menjadi antara sejarah penting muzik Rock tempatan yang ketika itu seiring dengan populariti XPDC, Def-Gab-C dan Spider ketika itu yang menjadi penerus kelangsungan Rock era 80-an Wings dan Search terutamanya.

Amuk biar tidaklah terlalu berevolusi dengan bunyi yang berbeza dengan apa yang ada di pasaran indie ketika itu, mereka masih bergerak sendiri tanpa terlalu dibayangi mana-mana ilham kugiran lain sebenarnya.

Dan apa yang lebih menarik untuk ditekankan di sini kepelbagaian muzik Rock yang ada ketika itu diraikan dengan cukup pelbagai tanpa prejudis. Pendengar cukup terbuka menerima apa jua jenis jaluran muzik biar selepas itu muzik tempatan harus bersaing dengan gelombang muzik Indonesia yang datang mendominasi.

Amuk terakhir kali muncul dengan album penuh pada tahun 2002 dengan album berjudul “Hakikat” yang menampilkan hits seperti “Hakikat” dan “Firasat” – dua single mellow yang menutup perjalan muzik mereka bersama EMI.

*Dengarkan kesemua rangkaian lagu-lagu Amuk hanya di saluran YouTube Getaran Nostalgia. 

ARTIKEL BERKAITAN

Mengulang Dengar “Opera Radhi-O Friendly” Sebagai Alternatif Pop Tempatan Paling Berpengaruh

#RetrospektifMuzik, Highlight, Terkini,

Revisited Diva Anita – Who Made it Better in 2020’s?

Versatiliti Anita Sarawak dalam menyampaikan pelbagai jaluran muzik dengan ciri khusus yang dimiliki dalam persembahan nyanyiannya menjadikan dia antara persona pop yang cukup diingati sehingga hari ini.

Barisan album inggeris sepanjang 70-an dan 80-an yang di selang-selikan dengan rilis Pop Melayu Asli bersama Ismail Haron dalam rangkaian diskorafi bukti bakat ini bukan sebarang bintang Pop.

A truly diva she is. Itu belum lagi kita bicarakan kemampuannya di atas pentas. Kreativiti berkarya Anita Sarawak sebagai penghibur pentas dan penyanyi rakaman ternyata satu dalam sejuta tanpa perlu dibayangi mana-mana penyanyi lain.

“Antara Yang Manis” single hits R&B Pop yang dicipta Fauzi Marzuki menjadi antara all time favorite saya. Kraf lagu tersebut cukup original dengan komposisi melodi, kemasan muziknya yang menampilkan Dave Koz sebagai pemain sax di lagu menjadikan ia cukup istimewa sekali.

Muzik Kita berimaginasi sekali lagi dalam pasaran muzik Anita Sarawak yang kiranya sudah menokhtahkan karier seni muziknya dengan sebuah tribute andai sebuah persembahan Pop Anita ini dibikin semula di era ini. So who made it better? Jom ikuti senarai pilihan.

AKHIRNYA KINI PASTI – SARAH RAISUDIN
Sarah miliki attitude dalam mewarnakan vokalnya dengan sangat baik dalam lagu rancak begini. Feel R&B dalam nyanyiannya akan sangat memberikan sentuhan yang cukup istimewa dan tersendiri bagi versi baru “Akhirnya Kini Pasti” ini.

BISIKANLAH CINTA – MISHA OMAR
Misha Omar akan memberi satu pengalaman menikmati sebuah pelayaran rasa yang cukup membuai di lagu ini. Balada begini begitu cocok dengan kemampuannya yang cukup dikenali dengan feel luar biasa dalam persembahan vokalnya yang sentiasa kemas dan membuai rasa.

ANTARA YANG MANIS – NORYN AZIZ
Noryn mampu memberi sentuhan Pop Jazz yang cukup menawan di versi baru “Antara Yang Manis”. Lagu begini akan jadi sangat menarik jika disusun semula mengikut jaluran muzik yang biasa dibawakan Noryn dengan caranya yang tersendiri.

CINTAMU MUZIK DI HATIKU – LIZA HANIM
Antara kelembutan dan kelantangan penyampaian di lagu ini ada satu keasyikan yang bakal dipersembahkan Liza Hanim dengan cukup baik sekali. Clarity vokal Liza dengan feel yang sentiasa tepat dibawakannya akan beri satu impak yang lebih indah, lembut dan dirasai sekali perasaannya.

GETARAN – DAYANG NURFAIZAH
Dayang seperti biasa mampu mengembalikan segala groove yang dia miliki dengan cukup menwan di lagu ciptaan Azman Abu Hassan berjudul “Getaran” ini. Dengan kemasan muzik lebih Modern R&B lagu ini akan kembali menarik minat lebih ramai pendengar muda untuk menikmatinya.

CINTA NAN SATU – NORA
Balada ciptaan Mazlan Hamzah ini sebuah naskhah yang terhasil dalam kemasan muzik yang cukup moden ketika ia diedarkan. Nora mampu mewarnakan lagu ini mengikut acuan muziknya yang cukup dikenali dengan Balada begini (Naluri, Hanya Satu, Bawalah Ku Bersamamu antaranya) dan mengembalikan nostalgia “Cinta Nan Satu” dengan indah sekali.


ARTIKEL BERKAITAN

Revisited Saloma – Bimbang (1969) Who Made It Better In 2020’s?

Review, Terkini,

Pelayaran Sebuah Rasa Lewat Penyampaian Aisha Retno di Single “Cinta Denganmu”

Lagu: Cinta Denganmu
Artis: Aisha Retno 
Komposer /  Lirik: Farouk Roman / Amylea
Produser: Farouk Roman

Aisha Retno nama yang semakin disenangi siap mengumpul perlahan penggemar barunya setelah usai fasa menjuarai program televisyen “Vokal Mania” baru-baru ini tampil dengan single kedua berjudul “Cinta Denganmu”.

Lebih awal memikat pendengaran dengan single perdananya sekitar lewat 2019, Aisha menerusi lagu “Mengikat Jiwa” ciptaan komposer seberang Aldi Nada Permana (Baca di sini: Mengikat Jiwa) – Aisha hadir dalam skil nyanyian yang mempesona.

“Cinta Denganmu” terhasil dalam ilham Balada yang biasa kita dengar. Melodinya saya kira cukup mesra pendengar tempatan dengan segala kesayuan juga kesedihan lirik yang menyatu baik dengan melodi serta susunan muziknya.

Saya bagaimanapun lebih tertarik untuk bercakap tentang feel dan kehebatan Aisha di lagu ini. Penyampaiannya cukup kemas dan in control. Seawal bait “Kau bisikan rasa resah…” dia sudah menangkap pendengaran dengan clarity vokal yang dia miliki.

Dan kerana clarity yang ada itu, Aisha saya kira cukup berjaya menjadikan cerita lagu ini terhasil lebih sampai buat pendengar. Setiap kata-kata dimaknakan dengan perasaan yang tepat seiring teks lirik lagu ini.

Emosinya dikawal cukup baik dan tidak over do. Cukup kemas dan cukup tanpa perlu meletakkan adlib atau jeritan yang all over the place. Lagu ini boleh sahaja disampaikan dengan emosi yang melimpah, tapi dikawal cukup sempurna. A very smart singer she is. Dan saya kira ini juga atas bimbingan Jat Lobo yang bertindak sebagai vocal producer Aisha di lagu ini.

Aisha saya kira untuk single ini sudah mampu menawan pendengar muzik tempatan dalam skala yang lebih besar. Namun secara peribadi saya mahu melihat lebih lagi the ariana side of her di single mendatang.

Untuk seorang penyanyi yang masih muda saya kira Aisha harus bergerak sedikit berani dengan mempertaruhkan lagu yang lebih current sifatnya. A modern touch of R&B seperti yang ada dalam kebanyakan pasaran muzik global hari ini dan yang sering dia cover di Instagram nya. More Pop than Ballad perhaps. 

Namun saya juga percaya, “Cinta Denganmu” ini akan memberi lebih rezeki buatnya sebagai penyanyi. Namun jika masih belum, she just need to do her thing. 

6.5/10


ARTIKEL BERKAITAN 

#TheFutureIsBright Semak Siapa 10 Breakthrough Artist Pilihan MK

Review, Terkini,

Melewati Kematangan Bermuzik Ramayan Menerusi “Puas”

Lagu: Puas
Artis: Ramayan
Komposer /  Lirik: Nadz / Amin / Pi’e
P&C: Luncai Emas Sdn. Bhd.

Ramayan ketika bermuzik sekitar 2015 tidaklah begitu menarik perhatian saya mungkin kerana muzik mereka agak berat untuk pendengar Pop seperti saya setidaknya.

Namun perlahan-lahn ruang pendengaran saya diluaskan lebih terbuka mendengar apa jua jaluran muzik, Ramayan kembali mencuri hati saya untuk mendengar, memahami dan melekat dengan lagu-lagu mereka.

Tahun lalu ketika mereka mengedar “Lamunan Anak Bulan” yang kami letakkan dalam senarai 10 Rilis Terbaik 2020 (Baca di sini: https://muzikkita.com/502020-malaysia/ ) Ramayan semakin membuat saya suka untuk menyelami muzik mereka dan kembali mendengarkan EP self-titled mereka yang beredar di sekitar 2016.

Ternyata landskap pendengaran saya semakin besar dan mampu menerima lagu-lagu begini (Atau mungkin saya dah penat dengan Pop) dengan lebih senang dan terbuka mendalami ketelitian bermuzik anak-anak muda di legasi indie ini yang sangat memiliki satu visi besar meninggikan standard muzik tempatan (Pitahati, Sang Rawi, Margasatwa antaranya).

Hal ini semakin saya dapat di single terbaru mereka “Puas” yang menjadi single perdana album terbaru yang bakal diedarkan tahun ini dengan judul “Di Persiaran Cakrawala”.

“Puas” hadir dalam teks persembahan muzik indie rock, psychedelic yang menyatu dalam elemen synth pada masa yang sama.

Hal-hal muzik  begini jika dalam rujukan tempatan saya kira ada di lagu-lagu kugiran The Strollers dan sedikit Kembara yang popular di era 70/80-an.

Lagu ini bergerak sebagai sebuah produksi muzik yang matang – baik penghasilan melodi, produksi rakaman sehingga penulisan liriknya yang cukup baik.

Bait-bait lirik di lagu ini disusun sebagai sebuah cerita manusiawi dalam kehidupan kebanyakan kita seharian. Saya cukup enjoy dan larut dalam teks lirik di lagu ini:

“Puas ku merobek Hati para manusia Di sana tlah ku cemarkan ikatan” dan Hanya satu peluang untuk ku sedar aku salah” – cukup humanisme.

Ramayan saya kira sudah menjadi bakat muzik tempatan yang akan saya sentiasa nantikan produk muzik mereka. Harta penting pasaran muzik Malaysia yang akan dibicarakan pada masa mendatang. Rare gems.

9/10


ARTIKEL BERKAITAN

Sebuah Persembahan Komersil Margasatwa Menerusi “Yang Asli”

#PerspektifMuzik, Highlight, Terkini,

Bicara Dayang Tentang Impian Manis Yang Tercapai Dalam Melestarikan Pop Klasik Melayu Menerusi “Belagu”

Dayang Nurfaizah bergerak sebagai persona Pop yang lebih dua dekad menuai kematangan bermuzik hadir dalam sebuah persembahan Pop Klasik yang melekakan.


Melewati pasaran muzik semasa berganti musim, nama Dayang Nurfaizah kekal di radar popular pasaran muzik tempatan sejak lewat 90-an. Kini dia menuai usia cukup matang dalam mencipta satu kosmik Pop yang cemerlang menerusi senarai diskografi lengkapnya yang sudah diyakini kehebatannya.

Kekuatan Dayang sebagai penyanyi tidak hanya pada kemampuan vokal dan persembahan pentasnya. Kepuasan menikmati muzik secara total dengan citarasa cukup tinggi sudah dia hidangkan buat kita sebagai pendengar.

“Kasih” sebuah album rakaman semula beredar lebih 15 tahun yang lalu, dihasilkan sebagai sebuah tafsiran muzik Dayang yang menggambarkan apa yang dia mahu lakukan sebagai seorang penyanyi.

Album yang menampilkan rangkaian malar segar seperti “Kasih”, “Saat Bahagia”, “Tiga Malam” dan “Sri Bulan” itu terhasil cukup bervisi ke hadapan dengan kemasan muzik serba baru mendepani mana-mana album yang terlahir ketika itu.

Usai mengembalikan keyakinan peminat lagu Balada dengan bakatnya di single hebat seperti “Di Pintu Syurga”, “Lelaki Teragung” dan “Separuh Matiku Bercinta”, Dayang mengembalikan segala groove yang dia miliki di tiga single “Sebentar”, “X Missing U” dan “Gerak Dulu” yang beredar di fasa 2019 – 2020.

Dan tidak mahu memperlahankan langkahnya dalam bermuzik, Dayang memberi sebuah lagi kejutan manis baut peminatnya dengan sebuah album rakaman semula the classic yang dinamakan “Belagu” dalam 8 lagu yang terhasil sempurna di bawah kendalian produser muzik Aubrey Suwito.

Muzik Kita bertemu Dayang Disember lalu berbual bicara “Belagu” yang menjadi antara impian manisnya yang sudah tercapai.

Dayang Nurfaizah bersama Aubrey Suwito

MK: APA YANG MEMBUATKAN PROJEK “BELAGU” INI PENTING BUAT DAYANG?
DN: Ini merupakan hasrat atau impian Dayang sebenarnya untuk hasilkan sebuah album klasik. Kalau sebelum ni semua tahu Dayang pernah keluar dengan album “Kasih” yang lebih bereksperimentasi dengan arrangement, vokal juga melodi yang kita perbaharui dengan feel baru.

Kali ini Dayang hanya mahu enhance keindahan lagu-lagu lama ini dengan sesuatu yang lebih lively dan segar. Dari segi arrangement Dayang tidak mahu terlalu mengubah namun pada masa yang sama ia perlu ada sentuhan segar yang boleh diterima pendengar-pendengar baru. Even dari segi nyanyian Dayang cuba menjaga keaslian lenggok tanpa tukar terlalu banyak stailnya tetapi masih dilakukan dengan cara Dayang sendiri.

MK: JADI “BELAGU” INI KELANGSUNGAN “KESUMA JIWA” ATAU BAGAIMANA?
DN: Sebenarnya dah lama Dayang mengimpikan album ini even sebelum “Kesuma Jiwa” lagi. Sebab kalau ikutkan perancangan, tiap-tiap tahun Dayang akan cakap Dayang kena juga buat satu album Pop Melayu Asli begini. Cuma biasalah soal masa, modal semua tu buat hasrat ini terpaksa ditunda dan alhamdulillah sekarang dah pun jadi kenyataan.

MK: BOLEH CERITAKAN SEDIKIT PROSES PEMILIHAN LAGU?
DN: Dayang senaraikan beberapa lagu dan berkongsi dengan Aubrey Suwito. Aubrey pun ada beberapa lagu yang dia cadangkan. Daripada situ kita lihat balik yang mana sesuai dengan Dayang.

Sebab ada lagu yang bagus tapi tak ada kesesuaian jadi dari proses perbincangan ini kita dapatkan senarai yang betul-betul Aubrey boleh mencantikkan susunan muziknya dan Dayang boleh persembahkan dengan sebaiknya.

Ada juga lagu yang Dayang tak pernah dengar pun sebelum ni macam “Dikenang Jangan Dipesan Jangan” tapi Aubrey cadangkan dan masa first time dengar Dayang dapat bayangkan yang Dayang boleh do something dengan lagu ini. Penting bagi Dayang untuk Aubrey boleh imagine sesuatu terhadap lagu-lagu yang dipilih supaya dari situ baru Aubrey dapat hasilkan sesuatu yang betul-betul bagus.

Dayang nak experience cara orang dulu-dulu merakamkan album

MK: HOW SPECIAL “BELAGU” PADA DAYANG?
DN: Special sangat sebab salah satu impian Dayang dah tercapai. Menerusi “Belagu” Dayang dapat kepuasan yang Dayang cari dari segi susunan muzik, cara bekerja, proses rakamannya. Semuanya adalah  pengalaman baru buat Dayang. Proses merakam sebuah album live recording macam orang dulu-dulu lakukan. Hal itu yang Dayang nak rasa dan nak experience for once.

Agak susah sebenarnya nak capai apa yang kita plan sebab mula-mula semua pemuzik juga krew yang terlibat ingat ini macam album live showcase. Tapi Dayang explain pada Aubrey album ini hasilnya adalah sebuah album studio yang dirakam secara langsung mengikut cara orang dulu-dulu merakamkan album.

Sebagai seorang yang betul-betul enjoy nyanyi live, Dayang mahukan rakaman album ini jadi betul-betul raw dan kalau ada bahagian yang Dayang nyanyi salah sikit pun Dayang ok sebab Dayang memang mahukan feel rakaman live itu sendiri.

MK: MAKNANYA ALBUM INI DIRAKAM SECARA ONE GO?
DN: Ya betul. Baik vokal, muzik mahupun visual semuanya dilakukan secara seiring, sekali gus. Tiada konsep rakam muzik dulu lepas tu rakam vokal diikuti video, tidak begitu. Sebab tu prosesnya agak rumit dan boleh dikatakan semua yang terlibat dengan proses rakaman album ini first time lalui proses sebegini.

MK: BOLEH DAYANG SHARE SIKIT PROSES PEMBIKINAN ALBUM INI SEBELUM SESI RAKAMAN BERLANGSUNG?
DN: Lepas kita dah pilih 8 lagu yang akan dirakam, Aubrey siapkan demo untuk Dayang dengar and feel dulu dekat rumah. Dan seingat Dayang dari Julai sampailah Oktober 2020 memang Dayang banyak habiskan masa bersama Aubrey di studio. Kemudian bila Aubrey dah siapkan semua susunan muzik dan Dayang pun dah ready untuk vokal baru kita ke studio rakaman yang dah di set-up kan mengikut konsep bersama semua pemuzik dan krew produksi.

aubrey suwito

MK: MENGAPA DAYANG MEMILIH AUBREY SUWITO?
DN: Dayang suka Aubrey sebab dia sangat pandai menjadikan satu-satu lagu tu sound dia jadi grand, jadi besar. Kualiti itu yang Dayang sangat respect dengan kerja Aubrey. Sebagai contoh masa Dayang buat persembahan penutup Sukan SEA dulu tu, Aubrey arrange “Tudung Periuk” menjadi satu sound yang sangat hebat feel dia tapi pada masa yang sama masih menjaga keaslian melodi asal lagu tersebut.

Dan kebetulan masa Dayang jumpa Aubrey untuk projek ini, dia pun tengah study lagu-lagu klasik Melayu. Jadi memang orang kata masa yang sangat tepatlah untuk kita bekerjasama menghasilkan sesuatu bagi tujuan apresiasi lagu Pop Melayu Asli. Sekali gus meneruskan kelangsungan hayat lagu-lagu ini dalam pasaran muzik hari ini.

MK: ADA KESUKARAN MEREALISASIKAN ALBUM INI?
DN: Kesukaran untuk realisasikan album ini bukan pada Dayang sangat tetapi Dayang rasa pada musician dan juga krew video. Sebabnya semua pun tak pernah experience projek macam ni, jadi untuk krew production video Dayang rasa memang ada kesukaran buat mereka untuk fikir shot, continuity video dan sebagainya.

MK: DAYANG PUAS DENGAN HASILNYA?
DN: Dari segi muzik ya Dayang puas sebab apa yang Dayang imagine tu semua menjadi. Aubrey faham apa yang Dayang mahukan dan kerjasama kami sangat mudah prosesnya. Tujuan Dayang hanya satu je nak membesarkan lagi lagu-lagu lama ini supaya ia setanding lagu-lagu klasik barat. Supaya generasi hari ini dapat mendengar dan sama-sama meraikan keindahan lagu Melayu klasik. Itu yang Dayang mahukan juga untuk lagu-lagu Melayu Asli ini agar sentiasa diperbaharui dan diperdengarkan.

MK: MEMUNCULKAN KEMBALI HAEL DI “GURINDAM JIWA” 
DN: Kalau nak diikutkan lagu tersebut memang perancangan asalnya Dayang nyanyi solo, tapi bila tengok balik liriknya yang berbalas-balas, Dayang fikir lagu ni lebih baik diduetkan dan chemistry dengan Hael memang dah ada pun kan jadi Dayang rasa tak ada salahnya.

Tapi sesuatu yang menarik tentang lagu ini adalah kita ubah formasi lagunya. Maksunya pembahgian parts Dayang dan Hael itu tidak mengikut lagu asal tetapi melodi dan liriknya tidak diubah hanya pembahagian nyanyian sahaja diubah mengikut kesesuaian vokal juga susunan muzik.

MK: SAYA MENDENGAR “MALAM KU BERMIMPI” LIRIKNYA DIUBAH?
DN: Sebetulnya bukan diubah tapi Dayang mengambil versi asal lagu ini yang dinyanyikan Nona Asiah bersama P.Ramlee. Mungkin ramai juga sebenarnya yang tak pernah dengar versi ini dan Dayang memilih versi Nona Asiah sebab Dayang sukakan versi tersebut.

Kalau diikutkan judul asalnya “Asmara Bergelora” cuma selepas perbincangan kita fikir untuk kekalkan judul “Malam Ku Bermimpi” dengan mengambil ilham muzik asal Nona Asiah P.Ramlee.

MK: INTERESTING. MANA DAYANG DISCOVER VERSI TERSEBUT?
DN: Rizalaman lahh… Biasa kalau kita bersiap untuk shot, dia suka pasang lagu-lagu lama ni. Ada one time tu dia pasang version Nona Asiah, kemudian Dayang tanya eh ni version mana? Kenapa Dayang tak pernah dengar? So daripada situ Dayang balik cari dan dengar balik.

Kebetulan dalam list Aubrey pun memang ada lagu “Malam Ku Bermimpi” dan Dayang cakap boleh tak Dayang nak version Nona Asiah ni. Lepas Aubrey dengar dia pun sukakan version yang asal ni jadi daripada situ kita work on new arrangement.

MK: JUDUL “BELAGU” ITU SENDIRI DATANGNYA DARI MANA?
DN: Kita nak something unik dan lain tapi nak cari perkataan Sarawak. Jadi keluarlah idea “Belagu” yang membawa maksud menyanyi. Perkataan yang Dayang rasa menggambarkan apa yang Dayang mahu lakukan dan at the same time memberi tafsiran album ini dihasilkan iaitu untuk menyanyikan kembali.


“Belagu” diketuai Aubrey Suwito sebagai produser dan arranger dengan barisan pemuzik rakaman langsung seramai lebih 15 pemuzik keseluruhannya. Antaranya Fly Halizor (Upright Bass), Jamie Wilson (Gitar), Mohar (Flute), Kevin Chew (Saxaphone) dan Khairul Anwar (Trumpet). Turut menampilkan vokal Hael Husaini di lagu “Gurindam Jiwa”.

Selain “Tudung Periuk” yang sudah beredar semalam, “Belagu” turut menampilkan Jikalau Abang Merindu, Tak Seindah Wajah, Malam Ku Bermimpi, Gurindam Jiwa, Tari Tualang Tiga, Dikirim Jangan Dipesan Jangan dan Kenang Daku Dalam Doamu.

Nasihat saya sebelum siap album ini mendarat di lapangan muzik digital, siap-siapkanlah sistem audio yang mampu menangkap semua bunyi-bunyian hebat di album ini.

Belagu berisi 8 lagu kesemuanya, saya sifatkan sebagai sebuah persembahan Pop Klasik Melayu yang dijaga santunnya dan ditinggikan martabatnya.

Kesungguhan Dayang melestarikan lagu-lagu klasik Melayu ini saya kira sudah menyamai apa yang sering penyanyi Jazz di barat sering lakukan dalam album-album mereka. Lihat sahaja legasi Nat King Cole, Frank Sinatra yang silih berganti generasi masih ada yang masih mahu melagukan sehingga hari ini.

Hal-hal ini sudah dilakukan Sheila Majid di album “Legenda” (1990) dan Sean Ghazi “Semalam” (2006) antaranya. Usaha ini saya kira harus berterusan dan inisiatif begini sangat diperlukan lebih lagi daripada bakat generasi hari ini dengan kerja muzik yang sekemas ini.

“Belagu” satu usaha yang harus diraikan dalam meneruskan usaha melestarikan lagu-lagu lama ini dengan meninggikan standard muziknya yang cukup tinggi dan panjang hayatnya.

Gambar: Taufiq Nadzri / DN&AD / Universal Music Malaysia


ARTIKEL BERKAITAN

Kesuma Jiwa 2020 – Penyatuan Silaturrahim Fesyen, Muzik & Persahabatan Dalam Pementasan Muzikal Bernilai 1.5 Juta

 

Highlight, Review, Terkini,

Persembahan Cinta Berilham Legenda Pop Chrisye Oleh Diskoria, LaleIlmanNino & Eva Celia

Lagu: C.H.R.I.S.Y.E
Artis: Diskoria / LaleIlmanNino / Eva Celia
Komposer /  Lirik: LaleIlmanNino
Produser: LaleIlmanNino

Keunikan duo disko “Diskoria” sudah awal mencuri perhatian saya ketika mereka mengedar “Balada Insan Muda” yang beredar di tahun 2019 sebuah kolaborasi bersama genius Pop “LaleIlmanNino”.  Setelah itu kolaborasi dua produser muda disatukan tahun lalu dengan single “Serenata Jiwa Lara”.

Menampilkan vokal Dian Sastrowardoyo, “Serenata Jiwa Lara” sudah menjadi antara rilis yang cukup penting sepanjang tahun 2020. Ilham disko Pop dan city Pop yang mengembalikan ambien muzik di era 80-an hadir cukup mempesonakan.

Tanpa mahu menangguh ilham yang mengalir, kolaborasi Diskoria dan LaleIlmanNino ini bersambung lagi di tahun ini dengan sebuah lagi single yang cukup hebat penghasilannya. Kali ini lebih istimewa menampilkan vokal jazz sensation, Eva Celia.

Lagu yang diberi judul “C.H.R.I.S.Y.E” ini merupakan hasil ciptaan sepenuhnya LaleIlmanNino mengambil inspirasi daripada lagu-lagu almahrum Chrisye yang merupakan legenda Pop seberang.

Mengambil 24 judul lagu Chrisye untuk disematkan dalam penulisan lirik lagu ini, “C.H.R.S.Y.E” hadir dengan melodi cukup catchy dan begitu mudah untuk kita melayani groove di lagu ini.

Diskoria saya kira sudah menjadi antara bakat muda yang penting dalam pasaran muzik Indonesia hari ini. Percaturan muzik mereka cukup menyenangkan sekali, current dan begitu kuat spirit Indonesianya.

This one definitely worth your repeat mode.

9/10


ARTIKEL BERKAITAN

Nuansa Kasih Sayang Andien Di Single “Anaku Sayang”

#RetrospektifMuzik, Review, Terkini,

Meraikan 80’s Bubble Pop Raja Ema Dalam Kisah Remaja, “Angan-Angan” & “Jejaka Idaman”

Kembara muzik Raja Ema di era 80-an diisi dengan tiga album awal yang terisi dengan rangkaian Pop yang cukup catchy, ringan dan mudah dinikmati dengan persembahan vokal cukup bubbly Raja Ema.

Penghasilan 3 album yang saya maksudkan adalah Vol.1 (1985), Vol.2 (1986) dan Vol.3: Titik Bermula (1988) yang terisi dengan feel keriangan dalam intipati lirik kisah muda mudi di era tersebut.

Muzik di album Raja Ema terhasil dengan pengaruh Pop 80-an dengan pengaruh City Pop dan Synth Pop dalam kemasan produksi muzik programming yang mentafsir pasaran muzik ketika itu.

Beberapa hits penyanyi ini seperti “Angan-Angan” dan “Jejaka Idaman” menjadi antara ritma malar segar yang masih diingati sehingga hari ini. Bersama produser muzik hebat seperti Fauzi Marzuki dan Kesuma Booty juga Jenny Chin, album-album Raja Ema tidak terhasil dalam kualiti yang baik sekalipun lagu yang dipertaruhkan bersifat ringan.

Pasaran Pop 80-an ketika itu cukup berwarna dengan rangkuman muzik rancak yang mendominasi carta muzik di radio khususnya. Dan Raja Ema menerusi rangkaian hitsnya yang pasti saja dibantu populariti filem-filem lakonannya ketika itu begitu membantu namanya berada di radar popular.

Menerusi album keduanya “Vol.II” saya paling tertarik dengan lagu ciptaan Jenny Chin berjudul “Biarlah Aku Buktikan” yang benar-benar memberi tafsiran muzik di era 80-an. Seperti apa yang kita dapat dengar di album Freedom, Headwind, Sheila Majid dan Famieza antaranya.

“Senandung Rindu” sebuah lagi lagu yang cukup bagus pernah dirakamkan Raja Ema. Mendengar album ini saja sudah membuatkan saya kira banyak sangat lagu yang boleh dirakamkan semula dengan semangat City Pop dan Disko.

Namun pasaran muzik begini tidak begitu penting sangat di Malaysia. Jika di tanah seberang Indonesia semakin banyak bakat muda yang mahu mengembalikan pasaran muzik begini. LaleIlmanNino, Diskoria, Lalahuta, Vintonic antaranya.

Sebuah apresiasi Pop 80-an begini saya kira haurs diraikan pengamal muzik muda hari ini khususnya bagi satu kelangsungan hayat lagu-lagu malar segar yang cukup baik penghasilannya ini.

Mendengarkan kembali lagu-lagu Raja Ema pada hari ini saya kira cukup besar visi pemuzik di era 80-an untuk menyamakan standard muzik lokal dengan apa yang ada di pasaran global ketika itu.

Kesemua lagu-lagu malars segar Raja Ema ini boleh anda dengarkan di saluran YouTube Getaran Nostalgia yang disediakan Universal Music Malaysia.


ARTIKEL BERKAITAN

30 Tahun “Legenda” – Sebuah Tribute, Satu Repertoire Muzik Terbaik Dalam Sejarah Rakaman Muzik Malaysia

 

Review, Terkini,

Fairuz Hussein Mengembalikan Groove di Single “Without You”

Lagu: Without You
Artis: Fairuz Hussein 
Komposer /  Lirik: Anati Mari’yah Hassan / Bakhtiar Mohd Yusoff / Fairuz Hussein / Zul Nadzar

Kelibat Fairuz Hussein di pasaran muzik semasa mungkin agak niche jika mahu dilihatkan usianya bergelar penyanyi. Namun sejak penghujung 80-an sehingga hari ini nama Fairuz Hussein tidak asing dalam legasi penyanyi Pop wanita yang memberi suntikan berbeza dalam pasaran muzik Malaysia.

Berbekal 3 album studio – “Kali Pertama” (1989), “Fairuz Hussein / Coba Lagi” (1990) dan “Anugerah” (2004), katalog muzik Fairuz Hussein bergerak dalam landasan R&B dan Jazz yang mungkin agak kurang mesra pendengar tempatan tetapi kualiti muzik yang dihasilkan masih berbaloi untuk dijadikan rujukan pemuzik hari ini.

Setelah lebih sepuluh tahun tidak hadir dengan sebarang material baru, penyanyi ini tampil penuh groove dengan single “Without You” sebuah naskhah R&B yang hadir kolaborasi bersama BUCK, Anati dan Zul Nadzar.

“Without You” terhasil dalam kemasan Urban Pop R&B yang saya kira tidak sukar untuk kita sebagai pendengar menikmatinya. Korusnya mudah menangkap pendengaran dan penghasilan melodi keseluruhannya kemas.

Lagu ini saya kira mungkin tidak punya laluan mudah untuk pasaran muzik semasa namun ia masih penting untuk diisi dalam katalog Pop tempatan sepanjang tahun ini.

6.7/10


ARTIKEL BERKAITAN

Mendekati Aura Bintang 3 Dekad Ramlah Ram Sebagai Biduanita Pop Tempatan

Highlight, Review, Terkini,

Sebuah Persembahan Komersil Margasatwa Menerusi “Yang Asli”

Lagu: Yang Asli
Artis: Margasatwa
Komposer /  Lirik: Kimal
P&C: Luncai Emas Sdn. Bhd.

Pesona Margasatwa lebih awal mencuri perhatian saya ketika mereka hadir di tahun 2018 menerusi single “Ego” yang sudah kami letakkan dalam senarai 50 Rilis Terbaik 2018 (Baca #5018) yang hadir dalam ilham nusantara yang melekakan.

Kemunculan self-titled album perdana mereka yang dirilis secara fizikal di tahun 2019 menjadi bukti Margasatwa hadir sebagai kugiran indie yang matang dalam percaturan muzik mereka. Lagu-lagu seperti “Asmara Botol Kaca” dan “Gemersik Hilai” menjadi kelangsungan untuk hayat karier muzik mereka untuk terus dihargai.

Bergerak dengan muzik yang tidak banyak di pasaran semasa, Margasatwa hadir tersendiri untuk perlahan-lahan dikenali pendengar muzik secara luas tidak hanya di legasi indie sahaja.

Terkini, usai sebuah program “Levis’s Music Project” – Margasatwa hadir dengan sound yang lebih komersil dan mudah dihadam pasaran lebih besar menerusi single “Yang Asli” ciptaan sepenuhnya Kimal yang juga vokalis kugiran ini.

“Yang Asli” hadir dalam ilham Pop Rock yang masih kental jiwa nusantara Margasatwa. Dan kemasan muziknya disuntik feel J-Rock yang minimal namun cukup enjoyable untuk kita sebagai pendengar mendengarkannya.

Margasatwa menerusi lagu ini saya kira sudah menemukan satu formula baru yang seimbang dengan apa yang mereka mahu lakukan dan dengan apa yang pasaran perlukan. Lagu ini terhasil cukup catchy dengan penulisan lirik yang lebih ringan berbanding lagu-lagu mereka sebelum ini.

Saya punya harapan besar Margasatwa dapat memasuki pasaran semasa dengan single ini. Formula seimbang mereka menerusi “Yang Asli” ini sudah cukup mesra radionya namun jika radio masih belum mahu memberi sokongan itu bukan bermaksud Margasatwa gagal dalam percaturan mereka.

Sebagai pembuka 2021 kugiran ini sudah memberi sesuatu yang cukup menarik bagi pendengar Pop seperti saya setidaknya.

8.6/10


ARTIKEL BERKAITAN

Beriring Hujan Saya Meleka Dan Khayal Dalam Spiritual Nusantara Penuh Puitis Sang.Rawi

#RetrospektifMuzik, Highlight, Review,

“Aslirama” Sebuah Ketulenan Melodi, Lirik & Santun Muzik Melayu Asli

 

Album: Aslirama (1973)
Artis: Sharifah Aini / Kartina Dahari / A.R Ismail / Sanisah Huri / Saloma / Serena Hashim / Kamariah Noor / M Rosila / Ismail Haron
Produser: Kassim Masdor
Arranger: A. J / Reggie Verghese

Kassim Masdor, P.Ramlee dan S.Sudarmaji menjadi nama penting pasaran muzik Melayu Asli. Kelibat mereka dalam produksi album-album yang beredar sekitar 50-an sehingg lewat 70-an memberntuk satu ruang muzik Melayu yang cukup tinggi nilai estetikanya.

Biarpun P.Ramlee antara sosok muzikal yang cukup berpengaruh dengan muzik Jazz, kemasan muziknya tidak langsung meminggirkan elemen Melayu yang cukup kuat di setiap lagu yang terhasil.

“Aslirama” sebuah kompilasi muzik Melayu asli yang menampilkan bukan sahaja lagu-lagu malar segar tetapi persembahan individu penting dalam bidang nyanyian. Menampilkan alunan merdu Saloma, Sharifah Aini, Kartina Dahari shingga penampilan Sanisah Huri juga Kamariah Noor.

Album ini dibuka dengan suara buluh perindu Biduanita Sharifah Aini menerusi lagu “Patah Hati” dalam teks penuh sayu sebuah rasa hati yang ditinggalkan. “Patah Hati” menjadi benchmark penting pasaran muzik Melayu Asli yang cukup syahdu dalam penampilan melodi ikoniknya.

Sebuah lagi lagu yang menampilkan suara meru Biduanita Sharifah Aini di album ini adalah “Halimun Malam” (A. Chalik) lebih lembut membuai rasa. Lenggok asli Sharifah Aini di lagu ini cukup sederhana dalam alunan yang penuh pesona.

Kartina Dahari menerusi “Bunga Melor” mengembalikan nostalgia keindahan melodi ciptaan P.Ramlee ini. Antara lagu klasik Melayu yang cukup indah komposisinya. Pesona vokal Kartina Dahari diteruskan bagi lagu “Jauh Di Mata” karya S. Effendy.

Kamariah Noor menarik perhatian saya dengan suara raw dan nyaringnya di lagu “Timang Banjar” yang dilantun dengan begitu bersahaja dalam menyampaikan teks cerita di lagu ini.

“Aslirama” memberikan satu pengalaman mendengar muzik Melayu Asli yang cukup authentic sekali. Segalanya terhasil dalam satu rakaman langsung dengan kendalian pemuzik bersam ainstrumen tanpa programming yang cukup raw dan rich sekali hasilnya.

Saya duduk mendengar, menghayati “Aslirama” tanpa skip melayani dan memahami pasaran muzik di era tersebut. Melayani bait liriknya yang bercerita dan bergerak seiring latar masa dan masyarakat yang cukup ikonik juga tersendiri.

Persembahan budaya Melayu menerusi penceritaan “Sekapur Sireh”, “Joget Gembira” dan “Kuala Sedeli” contoh yang saya maksudkan dengan perlambangan latar masa dan masyarakat tadi. Sebuah naskhah Melayu Tradisonal yang indah untuk dihayati, difahami dan dihargai. Dengarkan album penuh di saluran YouTube “Getaran Nostalgia”.

Tracklist

A1 Sharifah Aini Patah Hati 3:24
A2 Kartina Dahari Bunga Melor

Written By – P. Ramlee
2:55
A3 R. Ismail Gunung Banang 2:20
A4 Sanisah Huri Menanti Jodoh

Composed By – Osman Ahmad
Lyrics By – H.M. Rohaizad
3:21
A5 Saloma Sekapur Sireh Seulas Pinang

Composed By – P. Ramlee
Lyrics By – Syed Sudarmaji
3:07
A6 Sarena Hashim Joget Hitam Manis

Lyrics By – Sarena Hashim
3:04
B1 Sharifah Aini Halimun Malam

Written By – A. Chalik
3:42
B2 Tina* Jauh di Mata

Written By – S. Effendy
3:31
B3 Saloma Kuala Sedeli 3:33
B4 M. Rosila Ratapan Hati

Written By – Atan Ahmad
3:18
B5 Kamariah Noor Timang Banjar 3:05
B6 Ismail Haron Joget Gembira

Composed By – S. Effendy
Lyrics By – Ismail Haron
1:33

ARTIKEL BERKAITAN

Revisited Saloma – Bimbang (1969) Who Made It Better In 2020’s?