
Lagu: Cinta Denganmu
Artis: Aisha Retno
Komposer / Lirik: Farouk Roman / Amylea
Produser: Farouk Roman
Aisha Retno nama yang semakin disenangi siap mengumpul perlahan penggemar barunya setelah usai fasa menjuarai program televisyen “Vokal Mania” baru-baru ini tampil dengan single kedua berjudul “Cinta Denganmu”.
Lebih awal memikat pendengaran dengan single perdananya sekitar lewat 2019, Aisha menerusi lagu “Mengikat Jiwa” ciptaan komposer seberang Aldi Nada Permana (Baca di sini: Mengikat Jiwa) – Aisha hadir dalam skil nyanyian yang mempesona.
“Cinta Denganmu” terhasil dalam ilham Balada yang biasa kita dengar. Melodinya saya kira cukup mesra pendengar tempatan dengan segala kesayuan juga kesedihan lirik yang menyatu baik dengan melodi serta susunan muziknya.
Saya bagaimanapun lebih tertarik untuk bercakap tentang feel dan kehebatan Aisha di lagu ini. Penyampaiannya cukup kemas dan in control. Seawal bait “Kau bisikan rasa resah…” dia sudah menangkap pendengaran dengan clarity vokal yang dia miliki.
Dan kerana clarity yang ada itu, Aisha saya kira cukup berjaya menjadikan cerita lagu ini terhasil lebih sampai buat pendengar. Setiap kata-kata dimaknakan dengan perasaan yang tepat seiring teks lirik lagu ini.
Emosinya dikawal cukup baik dan tidak over do. Cukup kemas dan cukup tanpa perlu meletakkan adlib atau jeritan yang all over the place. Lagu ini boleh sahaja disampaikan dengan emosi yang melimpah, tapi dikawal cukup sempurna. A very smart singer she is. Dan saya kira ini juga atas bimbingan Jat Lobo yang bertindak sebagai vocal producer Aisha di lagu ini.
Aisha saya kira untuk single ini sudah mampu menawan pendengar muzik tempatan dalam skala yang lebih besar. Namun secara peribadi saya mahu melihat lebih lagi the ariana side of her di single mendatang.
Untuk seorang penyanyi yang masih muda saya kira Aisha harus bergerak sedikit berani dengan mempertaruhkan lagu yang lebih current sifatnya. A modern touch of R&B seperti yang ada dalam kebanyakan pasaran muzik global hari ini dan yang sering dia cover di Instagram nya. More Pop than Ballad perhaps.
Namun saya juga percaya, “Cinta Denganmu” ini akan memberi lebih rezeki buatnya sebagai penyanyi. Namun jika masih belum, she just need to do her thing.
6.5/10
ARTIKEL BERKAITAN
#TheFutureIsBright Semak Siapa 10 Breakthrough Artist Pilihan MK