Highlight, Review, Terkini,

Kolaborasi Alan D Bersama Faizal Tahir Menerusi “Luka Hati”

Lagu: Luka Hati
Artis: Alan D & Faizal Tahir
Komposer / Lirik: Alan D / Amir Abu Hassan / Faizal Tahir / Mingaling
Produser: Mingaling

Meraikan pasaran Pop semasa tempatan yang semakin beragam dengan tenaga baru bermuzik menyaksikan nama-nama yang semakin berani ke depan tanpa terikat ilham muzik sedia ada dengan cukup cemerlanag.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini nama-nama seperti Alex Ungku, Zamaera, Lunadira, Bil Musa, MFMF., YonnyBoii, K-Clique, Reddirocket dan i-Sky cukup ke depan dengan satu warna baru membesarkan landskap Pop Malaysia.

Terkini seorang lagi nama yang cukup promising, Alan D yang sudah menghadirkan beberapa single  seperti “Laut” dan “Jauh” perlahan mencuri perhatian pendengar. Terkini dia hadir dengan single terbarunya berjudul “Luka Hati” bersama penampilan senior muzik Pop tempatan Faizal Tahir.

“Luka Hati” hadir dalam ilham Pop semasa yang sifatnya cukup global sekali untuk meletakkan standard muzik tempatan seiring pasaran muzik luar. Penghasilan melodi yang catchy terisi dengan barisan lirik yang mudah menangkap.

Kemanisan lagu ini saya kira tentu saja dengan kehadiran vokal FT yang melatari lagu ini yang blend in dengan begitu baik sekali. Alan D saya kira akan menjadi antara bakat muda yang akan terus dinanti kelibatnya dalam pasaran muzik tempatan.

Kolaborasi bersama Pop star seperti FT membri exposure baik  buatnya  dan “Luka Hati” sebuah permulaan baik buat Alan D. Semoga in future akan ada lebih lagi kolaborasi yang sebaik ini.

6.7/10


ARTIKEL BERKAITAN

Kesinambungan Raggaeton Andi Bernadee di Single “Kais Pagi Kais Petang”

#RetrospektifMuzik, Highlight, Review, Terkini,

Dua Dekad “Seandainya Masih Ada Cinta” Sebuah Persembahan Cemerlang Dayang Nurfaizah

Album: Seandainya Masih Ada Cinta (2001)
Artis: Dayang Nurfaizah
Produser / Arranger: Boon Tan / Aubrey Suwito / Ajai / Syed ENV / Freddie Khaw / Azlan Abu Hassan


Sekitar 1995 teras Pop R&B yang dibawa Ning Baizura dan Liza Aziz menerusi dua album terbaik mereka “Teguh” dan “Hati Ini” mencipta satu landskap muzik tempatan yang baru dengan sentuhan R&B Soul pengaruh barat.

Styling dalam susunan muzik dan gaya nyanyian menjadikan memberi satu warna berbeza pasaran Pop dekitar awal 90-an dengan hadirnya dua album ini.

Meneruskan pasaran muzik yang sama, Anuar Zain dalam comeback serba barunya setelah usai fasa Kain Pelikat tampil dengan album solo perdana berjudul “Anuar” menghasilkan ilham Pop R&B yang serupa sekitar 1998.

Namun sebelum itu sebetulnya ada dua soloist lainnya seperti Casey (Seribu Impian) dan Leonard Tan (Bintang Bukannya Satu) terlebih dahulu menonjol dengan ilham muzik begini. Seandainya Masih Ada Cinta (2001) persembahan  Dayang Nurfaizah menjadi sebuah lagi album penting dalam gerakan Pop R&B tempatan.

Boon Tan (individu penting di balik penerbitan Teguh dan Bila Resah) menghasilkan sebuah lagi album dalam percaturan Pop serupa yang disulami feel R&B lokal yang cukup baik sekali penghasilannya.

Maka terbitlah kerdipan bintang bernama Dayang Nurfaizah yang lebih awal mencuba memikat pasaran muzik tempatan dengan balada “Hakikat Cinta” dan “Kembalilah Sayang” menerusi sebuah album Pop R&B paling berpengaruh berjudul “Seandainya Masih Ada Cinta”.

Beredar pada Februari 2001, dalam pasaran muzik yang dimonopoli lambakan album-album Balada dari label Suria Records, SMAC berdiri dengan sendirinya mencipta satu lapangan muzik Pop dalam legasi komersil yang berjaya memanjat carta radio dan menjadi siulan penggemar lagu-lagu tempatan.

“Seandainya Masih Ada Cinta” menapilkan nama-nama besar dalam produksi muzik Pop tempatan seperti Aubrey Suwito, Ajai dan Azlan Abu Hassan yang memberi sentuhan R&B tempatan yang cukup tastefully produced.

Dibuka dengan “Sedingin Mana Cintamu” (Aubrey Suwito / Johari Teh) lagu ini terhasil cukup segar ketika ia beredar 20 tahun yang lalu. Melodi Aubrey dilagukan Dayang dengan cukup baik sekali dan sehingga hari ini saya kira ia masih satu antara karya Pop terbaik Aubrey sepanjang karier muziknya.

The evergreen track “SMAC” sentuhan melodi Ajai dengan kemasan muzik Syed ENV di lagu bagi saya adalah turning point kepada pasaran muzik Balada R&B tempatan. Persembahan lagu yang cukup orginal, melodius dan sangat diperlukan pasaran muzik ketika itu.

Allbum menjadi nadi penggerak Balada R&B yang semakin diikuti selepas itu. Naufara Yasin (Ku Bukan Milikmu Lagi) dan Shahira (Cinta Terluhur) antaranya yang cukup dekat dengan ilham album ini.

Beberapa Balada lain yang cukup baik penghasilannya di album ini adalah “Lenakan” (Aubrey Suwito), “Berserah Kasih” (Ajai) dan “Kembalilah Sayang” (Azalea). Ketiga-tiga lagu ini beredar saya kira ia tercipta cukup cemerlang penghasilannya untuk pasaran muzik ketika itu.

Melodi begini saya kira memecah standard Balada Saari Amri, Adnan Abu Hassan sehingga Azmeer ketika itu yang memonopoli pasaran semasa. Sekali gus menjadi penerus kelangsungan daripada apa yang telah dihasilkan Ning Baizura, Casey, Anuar Zain dan Liza Aziz.

“Sekali Lagi” dan “Bahagia” menjadi contoh lain yang melengkapkan album ini sebagai sebuah album Pop R&B yang cukup solid penghasilannya. Penghasilan melodi simple yang catchy, radio friendly dan moden.

Mendengar album ini setelah 20 tahun beredar tidak terasa ketinggalan muziknya. Penghasilan setiap lagu di album ini disempurnakan attitude vokal Dayang yang cukup tersendiri tanpa dibayangi penyanyi lainnya. Dan saya pasti biar untuk 20 tahun mendatang album ini masih sedap didengar, dinikmati.


ARTIKEL BERKAITAN

#RetrospektifMuzik 20 Tahun “Memori” Dalam Lipatan Sejarah Pop R&B Tempatan

Highlight, Review, Terkini,

Kematangan Pop Afgan Menerusi “Say I’m Sorry”

Lagu: Say I’m Sorry
Artis: Afgan
Komposer / Lirik: Chaz Jackson / Dashawn White, Benny Mayn / Emily Vaughn / Orlando Williamson / Yusuke Sato
Produser: Happie & Chaz / The Aristocrats 

Berawal 2008 ketika menjelmakan diri dalam pasaran tarik suara Indonesia, nama Afgan tidak payah untuk menarik perhatian pendengar dengan kemerduan suara yang dia miliki.

“Terima Kasih Cinta” menjadi titik mula langkahnya untuk bermuzik lebih matang dari hari ke hari. Satu per satu hits dihasilkan demi mengunci hati dan ingatan pendengar muzik serantau akan bakat muzik yang dia miliki.

Hari ini Afgan matang sebagai seorang penyanyi dan pemuzik yang semakin jelas dengan arah muzik yang mahu dia terajui. “R&B, itu yang saya mahukan dari awal lagi” Ujarnya.

“SIDES” (2016) membuka mata saya dengan keseriusan bermuzik Afgan yang step up the game dengan rangkaian lagu yang lebih urban muziknya tanpa lagi terikat template Balada seperti apa yang ada di “Bukan Cinta Biasa” atau “Jodoh Pasti Bertemu”.

Dan kelibat Afgan dalam projek “AIR” bersama Isyana Sarasvati dan Rendy Pandugo mengukuhkan keyakinan saya terhadap landskap muzik Afgan yang semakin R&B seperti apa yang dia mahukan.

Kembara bermuziknya membawa Afgan bersama recording label EMPIRE menghasilkan single perdana antarabangsanya berjudul “Say I’m Sorry” yang terhasil cukup ramuan R&B Pop yang melengkapi attitude suara Afgan.

Lagu ini terhasil cukup current dalam pasaran mainstream global. Pop begini adalah apa yang diperlukan dalam pasaran muzik serantau hari ini. Dan Afgan melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pemuzik itu dengan cukup kemas sekali di single ini.

“Say I’m Sorry” terhasil dalam nada catchy ramuan melodi dan kemasan muziknya. Lirik cinta berilham kisah anak muda hari ini memberi  satu rasa current yang pastinya mampu meneruskan radar popular Afgan berterusan buat generasi berikutnya.

9/10


ARTIKEL BERKAITAN

“Lupakan Saja Semuaaa..” This Is The Brand New Pop That You Need To Put On A Repeat Mode!

Highlight, Terkini,

JOOX Perkenalkan “Gegaran Band” Menampilkan Masdo, IamNeeta & Caliph Buskers

Tahun lalu aplikasi penstriman muzik JOOX memperkenalkan sebuah program bernama “JOOX Super Producer” dengan memperkenalkan lagu-lagu baru dengan ilham muzik terkini yang dikepalai Faizal Tahir menerusi beberapa rilis menarik yang telah terhasil.

Antara lagu-lagu menarik yang diperkenalkan di musim pertama adalah “Gerak Dulu” (Dayang Nurfaizah), “Durja” (Khai Bahar) dan “Yang Benar Aku” (Bunkface) semuanya terhasil dalam ilham cukup moden dan terkini.

Meneruskan program yang cukup dinanti ini, JOOX Malaysia memperkenalkan “Gegaran Band” yang menampilkan rangkaian lagu-lagu baru eksklusif pengedarannya di aplikasi muzik JOOX Malaysia.

Antara kugiran yang terlibat dalam program ini adalah Kugiran Masdo, IamNeeta, Caliph Buskers, Madam, One Avenue Band, Azarra Band dan Drama Band – yang bakal dirilis mengikut giliran.

Kugiran Masdo dan IamNeeta antara yang sudah boleh diperdengarkan lagu baru mereka. “Lautan Asmara” ciptaan sepenuhnya vokalis Masdo iaitu Ali Sariah dan “Lampu Hijau” persembahan IamNeeta sudah dirilis Januari lalu.

Siri JOOX ORIGINALS “Gegaran Band” ini akan terus berlangsung pada bulan Februari ini sehinggalah ke bulan Mac dengan rangkaian lagu terbaik yang akan dibawakan oleh kumpulan rock bertenaga Madam pada 3 Februari yang telah melancarkan lagu terbaru mereka “Musnah” dan akan diikuti Caliph Buskers, kumpulan kurang upaya penglihatan yang sangat berbakat dan One Avenue Band.

Kumpulan pop rock bertenaga Azarra Band dan kumpulan Drama Band akan melancarkan lagu-lagu terbaharu mereka di JOOX pada bulan Mac yang akan datang nantikannya kesemuanya.

Angie Tan, Head of JOOX Malaysia, menyatakan, “Memandangkan sambutan yang sangat luar biasa dan memberangsangkan yang telah kami terima daripada peminat muzik di Malaysia untuk dua siri JOOX ORIGINALS sebelum ini, maka kami memulakan tahun baru ini dengan membawakan kumpulan pop rock terhangat di Malaysia.”

Tambahnya lagi, “Kami berasa teruja untuk membariskan pemuzik-pemuzik yang sangat berbakat untuk Projek siri ketiga ini dan kami akan terus berusaha untuk memeriahkan lagi arena muzik tempatan dengan menghasilkan lebih banyak lagu-lagu asli yang lebih hebat.”


ARTIKEL BERKAITAN

“Gerak Dulu” Sebagai Gerakan Future Pop Menerusi Projek JOOX “Super Producer”

#RetrospektifMuzik, Review, Terkini,

Mengulik  Lembutnya Rima Ghazal Dalam Cerita Tangisan & Rintihan Latar Masyarakat

Muzik Ghazal sudah menjadi sub-budaya penting dalam masyarakat tempatan dalam memberi saluran hiburan juga perlambangan budaya masyarakat setempat. Johor menjadi nadi muzik ini bergerak cukup luas di beberapa daerah seperti Muar sebagai satu wadah menyatukan masayrakatnya satu ketika dulu.

Awalnya, seni muzik Ghazal ini disebut sebagai Qamat yang bererti nyanyian dan beriuh rendah dikatakan berasal dari Tanah Arab. Ghazal juga diasosiasikan dengan puisi yang dilagukan dengan rintihan atau rayuan. Sejarah awal yang membawa muzik ini di abad ke-19, menyaksikan kerjasama kerajaan Johor yang terjalin antara Riau-Lingga mencipta satu budaya dalam muzik.

Beberapa tokoh muzik Ghazal seperti Datuk Bentara Luar Mohd. Salleh Bin Perang menjadi antara individu awal gerakan muzik Ghazal bersama Ungku Chik, Ungku Muhammad, Haji Musa Bin Yusof (Pak Lomak) yang membawa muzik ini di daerah-daerah berbeza.

Gerakan muzik Ghazal ini diteruskan legasinya di era 60-an sehingga lewat 90-an dengan generasi penerusnya yang cukup dihormati sehingga hari ini. Sekali gus meletakkan muzik Ghazal tidak hanya sekadar medium hiburan tetapi sudah dikaji, ditulis dan dijadikan satu bahan ilmiah dalam cabang muzik.

Orkes Ghazal Sri Maharani

Fadzil Ahmad, S.Fauziah, Ahmad Jusoh, Rosiah Chik, Orchid Abdullah, Sharifah Aini, S.M Salim dan Rafeah Buang menjadi suara-suara lunak merdu yang melantun melodi Ghazal dengan penuh santun dalam menyampaikan cerita yang dikisahkan dalam lagu.

“Orkes Ghazal Sri Maharani” menjadi antara gerakan Ghazal yang cukup popular di era 60-an sehingga 70-an dalam menghasilkan album-album Ghazal. Ahmad Jusoh yang memimpin gerakan Ghazal ini bergerak bersama S.Fauziah dan Fadzil Ahmad dalam sebuah album berjudul “Tudung Periuk – Malay Traditional Songs”.

Album berisi 10 lagu ini, awal diedarkan pada tahun 1978 menyenaraikan cukup banyak melodi Ghazal yang cukup ikonik sepanjang zaman. “Tanjung Balai” membukan album ini dengan iringan suara Fadzil Ahmad sebelum dia meneruskan persembahan penuh santunnya dalam lagu “Selat Tebrau”.

Tutur jelas Fadzil Ahmad dalam penyampaian lagu-lagu lain seperti “Gunung Bentan” dan “Pak Busu” antara rujukan terbaik penyanyi lelaki sepanjang zaman. Pemyampaiannya dalam bercerita tentang isi lirik yang tertulis cukup memaknakan setiap bait yang ada.

S.Fauziah seorang lagi penyanyi yang terlibat di album ini. “Tudung Periuk” disuaranya menjadi satu intepretasi muzik yang cukup berbeza dengan apa yang pernah kita dengar di versi asal ciptaan P.Ramlee. S.Fauziah saya kira punya kelantangan dalam penyampaian vokal yang luar biasa sekali range yang dimiliki.

Meneruskan kelantangan dalam suaranya, “Burung Putih” membuat saya lebih larut dalam kemasan muzik, cerita dalam lagu sehingga vokal milik S.Fauziah. “Jalak Lenteng” sebuah lagi lagu yang menampilkan clarity luar biasa S.Fauziah dalam penyampaian Ghazal.

Album ini bergerak sebagai sebuah naskhah yang saya kira harus dijadikan rujukan muzik yang nilai sejarahnya cukup tinggi dalam estetika seni muzik yang cukup tersendiri sifatnya. Cukup Melayu jiwa penyampaiannya.

Kemasan muzik Ahmad Jusoh dalam rakaman langsung album ini cukup lively dan rich sekali. Pelayaran Ghazal di album ini dari satu lagu ke satu lagu bersambung menjadi satu cerita dalam lagu yang kental jiwa rakyat, latar budaya dan latar masa yang terhasil dalam cerita berlegar situasi sekitar.

Saya berharap agar Ghazal dapat dikomersilkan kembali kerana masih banyak bakat-bakat pelapis yang mahu meneruskan legasi muzik ini cukup sokongan secara komersil itu masih terlalu kurang, entah mengapa kita terlalu memandang mudah peranan muzik tradisi dalam masyarakat.

*Kesemua lagu di album ini boleh anda dengarkan di saluran YouTube “Getaran Nostalgia”.


ARTIKEL BERKAITAN

“Aslirama” Sebuah Ketulenan Melodi, Lirik & Santun Muzik Melayu Asli

Review, Terkini,

Kesinambungan Raggaeton Andi Bernadee di Single “Kais Pagi Kais Petang”

Lagu: Kais Pagi Kais Petang
Artis: Andi Bernadee
Komposer / Lirik: Andi Bernadee / MFMF. / Nasir Deraman
Produser: MFMF.

Rangka muzik Raggaeton Andi Bernadee sejak awal mencuri perhatian dengan lagu “Satu Peluang” menulis sebuah cerita menarik kembara muziknya yang banyak digerakkan naskhah ciptaan ALYPH.

“Shimmy” dan “Donde” menjadi penerus populariti Andi untuk bergerak sebagai penyanyi pelapis yang datang satu attitude bermuzik yang current dan cukup interesting untuk kita sebagai pendengar berkongsi pengalaman muziknya.

Setelah tampil dengan percubaah Pop menerusi single “Penat” ciptaan bersama YonnyBoii, Andi kembali dalam attitude Raggae nya menerusi karya ciptaan Andi bersama MFMF. dan Nasir Deraman di single berjudul “Kais Pagi Kais Petang”.

Musically lagu ini ilhamnya terlalu dekat dengan “Satu Peluang” dan “Shimmy” namun isu di liriknya menjadi pengisian yang cukup untuk dinikmati.

Humanisme Andi menerusi kisah kebanyakan manusia hari ini dalam menjalani kehidupan yang sedia mencabar untuk kelangsungan hidup yang baik.

Hal-hal ini sangat jelas di bait “Cari rezeki demi hidup senang lenang.” Brutal truth gambaran kebanyakan kita hari ini “Buat itu, buat ini, sampai jadi.”

“Kais Pagi Kais Petang” saya kira bakal menjadi sebuah lagi lagu yang akan mengutuhkan nama Andi di pasaran muzik semasa dengan lebih luas. Attitude muzik yang dia miliki saya kira berdiri sendiri tanpa perlu terlalu bergantung pada pasaran muzik yang lapuk.

6.7/10


ARTIKEL BERKAITAN

Melarut Dalam Kesayuan Naim Daniel Menerusi Single “Purnama”

Review, Terkini,

“Galeri” Pop Terkini Nurfatima Bersama Kayda

Lagu: Galeri
Artis: Nurfatima
Komposer / Lirik: Firdaus Rahmat / Mas Dewangga / Altimet
Produser: Mas Dewangga / Firdaus Rahmat

Nama Nurfatima saya kira tidaklah begitu besar penerimaannya dalam pasar besar muzik tempatan. Saya percaya atas faktor tanggapan muzik “bandar” yang dikendongnya selama bermuzik membuatkan Nurfatima agak niche pasaran tempatan.

Namun itu bukan hal besar kerana jika kita melihat katalog muzik Pop Nurfarima saya kira dia mahu bergerak tanpa perlu terikat ilham apa yang pasaran muzik mahukan (kecuali album perdananya) dan terus dengan ilham R&B Pop yang sebati dengan karakter vokalnya.

Nur sangat dikenali dengan Balada “Selembut Sutera” dan itu saya kira kerana pasaran muzik sukakan Balada begitu. Sedangkan sepanjang karier muziknya Nur sudah menawarkan Balada yang lebih baik daripada itu seperti “Tiada Ertinya”, “Dugaan Cinta”, “Mawar” yang rata-ratanya datang dengan sentuhan muzik Audi Mok dan Azlan Abu Hassan yang lebih grand. Tapi entah mengapa ia tidaklah begitu besar penerimaannya.

Terkini Nur hadir dengan single terbarunya bersama Kayda setelah memunculkan diri di pentas Gegar Vaganza kira-kira dua tahun sudah. Lagu berjudul “Galeri” hasil kolaborasi anak muda masa depan Mas Dewangga dan Firdaus Rahmat bersama lirik Altimet.

“Galeri” berilham Pop yang cukup familiar dengan nuansa muzik yang biasa Nur sajikan sebelum ini di lagu-lagu dengan elemen R&B nya seperti “Gadis”, “Hanya Kau”, “Gangguanmu” antaranya. Lagu ini bukanlah sesuatu yang baru dalam galeri Pop Nur tetapi masih kedengaran current dan cocok buatnya.

Cuma ia agak predictable dan tidak begitu push Nur ke tahap yang lebih baik – vocally and musically. Mediocre untuk bakat besar yang dia miliki, jika beriring tuah lagu ini akan jadi something jika tidak Nur perlu teruskan sahaja dengan menghasilkan sesuatu yang lebih personal untuk portfolio muziknya.

6.5/10


ARTIKEL BERKAITAN

Kesinambungan Raggaeton Andi Bernadee di Single “Kais Pagi Kais Petang”

Review, Terkini,

Bersiap Menuju “Solipsism 0.2”, Pamungkas Merilis Dua Single Pengenalan

Pamungkas menjadi nama yang cukup menjadi nadi gerak pasaran besar muzik Indonesia dengan spirit muzikal yang cukup solid dan membanggakan.

Cukup berhasil dengan hits seperti “Only One”, “Kenangan Manis”, “Closue” dan “I Love You Bum I’m Letting Go” – Pamungkas menjadi antara penghibur tertinggi permintaannya hari ini.

Masakan tidak data Spotify tahun lalu sahaja sudah meletakkan nama Pamungkas dengan jumlah pendengar terbanyak dengan lebih 2 juta pendengar sebulan.

Hal ini saya kira bukan kejutan lagi, kehebatannya untuk bergerak sendiri dengan rencana muzik yang cukup berbeza dalam sebuah rasa yang masih kental jiwa Indonesianya.

Setelah usai merilis album “Solipsism” tahun lalu, Pamungkas tidak lagi membuang banyak masa dan bersiap untuk memunculkan versi terbaru album tersebut dengan rakaman muzik yang digubah menjadi naskhah yang lebih menarik.

Ilham serupa ini sudah Pamungkas lakukan menerusi album “Flying Solo” dengan mengeluarkan version panjang “The End of Flying Solo Era” di tahun 2019.

Keras keras Pamungkas melestarikan naskhah ciptaannya untuk “Solipsism” versi kedua ini tersaksi dengan pengedaran dua single “Be Okay Again” dan “I Don’t Want To Be Alone” yang siap beredar di semua gedung muzik digital Januari lalu.

Menurut Pamungkas “Setiap orang punya ide sendiri, punya cara pandangnya sendiri, dan aku hanya akan selalu bermusik. Semuanya tentang musik. Jadi, dalam SOLIPSISM 0.2 kalian akan menemukan musik baru dan perspektif baru.” – Petikan artikel Prmabosfm.

Solipsism 0.2 akan bereadr pada 3 Februari ini dengan menampilkan kesemua lagu dirakam dan disusun semula dengan kemasan muzik baru dalam intepretasi muzik berbeza berbanding sebelumnya.


ARTIKEL BERKAITAN

Nuansa Kasih Sayang Andien Di Single “Anaku Sayang”

#PerspektifMuzik, #RetrospektifMuzik, Highlight,

“Terpesona” Dari Daerah Poco-Poco ke Sorakan Abang Askar & Terus Tular di Medan Tik-Tok

Kalau kita sebut New Nazareth saya kira tak ramai yang tahu, saya sendiri baru saja mendengar lagu “Terpesona” version Lo-Fi Gustixa bersama Bulan yang cukup booming di TikTok ketika ini.

Di artikel ini saya mahu membawa anda mengenal versi asal yang dirakam kugiran New Nazareth ini merupakan grup Pop Daerah yang berasal dari Sulawesi Selatan (Ada juga sumber menyatakan Sulawesi Utara).

Lagu yang diciptakan Samuel Takatelide mula diedar pada Disember 2012 di saluran YouTube “Rolley Kampey” kemudian dimuat naik semula oleh Revisa Channel pada tahun 2013.

Kugiran ini terdiri daripa lapan orang ahli kesemuanya ini juga aktif dalam penghasilan lagu-lagu kerohanian seperti “Allah Pelindungku” dan “Sebelum Jadi Debu”.

“Terpesona” setelah itu cukup popular menjadi anthem Tentera Nasional Indonesia yang dilaung sepanjang kem tentera tersebut dan cukup popular sebagai lagu wajib aktiviti poco-poco satu ketika dulu.

Melodi catchy dengan lirik yang cukup mudah diingati membuatkan lagu ini digubah menjadi satu branding baru “Terpesona” untuk popular hari ini.

“Terpesona” hari ini hadir dalam ilham moden oleh Gustixa seorang bedroom producer yang berusia 17 tahun asal Indonesia yang mengilhamkan “Terpesona” dalam jaluran muzik Lo-Fi.

Gustixa di profil Spotify nya menampilkan beberapa lagu lain yang dirakam dalam ilham lo-fi seperti “At My Worst” dan “Lemon Tree” yang sudah distrim sehingga lebih 2 Juta kali.

Cukup popular di aplikasi Tik Tok ketika ini, “Terpesona” menjadi musical treasure Indonesia yang didengarkan kembali generasi hari ini tidak hanya di Indonesia malah di Malaysia.

Trend mengembalikan lagu lama dengan citarasa baru ini sudah semakin menjadi ikutan global. “Put Your Hand on My Shoulder “ Paul Anka dan “Empat Dara” versi baru FT, Elly Mazlein dan Zizi antaranya.

Jadi mengapa agaknya anak muda kita yang lai tidak melakukan hal serupa ya? Banyak lagu-lagu Sheila Majid, Fairuz Hussein, Carefree, Freedom yang boleh diperbaharui dan diperkenalkan kembali sebetulnya.


ARTIKEL BERKAITAN

Persembahan Cinta Berilham Legenda Pop Chrisye Oleh Diskoria, LaleIlmanNino & Eva Celia

 

Highlight, Review, Terkini,

“Rekreasi” Sensual Teza Sumendra Bukti Kebebasan Bermuzik Anak Muda

Lagu: Rekreasi
Artis: Teza Sumendra
Komposer /  Lirik: Marteza Sumendra / Randy MP
Produser: Randy MP

Teza Sumendra mengawali karier muziknya dalam pertandingan Indonesian Idol keluar dari kepompong muzik mainstream Pop dengan menghasilkan muzik dalam acuan modern R&B yang cukup kental di debut self-titled pada tahun 2015.

Single seperti “I Want You Love” dan “Satu Rasa” menjadi visi jelas muziknya berarah ke pasaran Urban Pop yang mungkin lebih kecil skop pendengarnya tetapi cukup baik untuk perkembangan muzik Indonesia.

Setelah terakhirkali merilis “WKNDCRUISIN” pada tahun 2019, Teza kembali menghasilkan sebuah lagu dengan lirik berbahasa Indonesia dengan judul “Rekreasi” yang siap beredar di semua gedung muzik digital tempatan.

“Rekreasi” sebuah lagi kolaborasi Teza bersama Rendy MP yang bertindak sebagai produser di lagu ini meneruskan kreativiti bermuzik anak muda Indonesia yang bebas berkarya dengan sebuah nuansa yang cukup sebati dengan jiwa milenial.

Teza semakin matang dan bijak dalam percaturan muziknya yang setidaknya jika masih sukar diterima hari ini akan menjadi satu wadah rujukan muzik masa depan yang akan terus dibicarakan.

“Rekreasi” sebuah naskhah santai menyenangkan dan terhasil cukup baik sekali. Saya mengharapkan lebih lagu berbahasa Indonesia dalam jaluran muzik begini di masa depan kerana ia sebuah pengalaman muzik yang sungguh menyeronokkan.

8/10


ARTIKEL BERKAITAN

Rendy Pandugo Bercerita Tentang Matahari Dalam Persembahan Melodi Manusiawi “Mr. Sun”