
Lagu: Yang Asli
Artis: Margasatwa
Komposer / Lirik: Kimal
P&C: Luncai Emas Sdn. Bhd.
Pesona Margasatwa lebih awal mencuri perhatian saya ketika mereka hadir di tahun 2018 menerusi single “Ego” yang sudah kami letakkan dalam senarai 50 Rilis Terbaik 2018 (Baca #5018) yang hadir dalam ilham nusantara yang melekakan.
Kemunculan self-titled album perdana mereka yang dirilis secara fizikal di tahun 2019 menjadi bukti Margasatwa hadir sebagai kugiran indie yang matang dalam percaturan muzik mereka. Lagu-lagu seperti “Asmara Botol Kaca” dan “Gemersik Hilai” menjadi kelangsungan untuk hayat karier muzik mereka untuk terus dihargai.
Bergerak dengan muzik yang tidak banyak di pasaran semasa, Margasatwa hadir tersendiri untuk perlahan-lahan dikenali pendengar muzik secara luas tidak hanya di legasi indie sahaja.
Terkini, usai sebuah program “Levis’s Music Project” – Margasatwa hadir dengan sound yang lebih komersil dan mudah dihadam pasaran lebih besar menerusi single “Yang Asli” ciptaan sepenuhnya Kimal yang juga vokalis kugiran ini.
“Yang Asli” hadir dalam ilham Pop Rock yang masih kental jiwa nusantara Margasatwa. Dan kemasan muziknya disuntik feel J-Rock yang minimal namun cukup enjoyable untuk kita sebagai pendengar mendengarkannya.
Margasatwa menerusi lagu ini saya kira sudah menemukan satu formula baru yang seimbang dengan apa yang mereka mahu lakukan dan dengan apa yang pasaran perlukan. Lagu ini terhasil cukup catchy dengan penulisan lirik yang lebih ringan berbanding lagu-lagu mereka sebelum ini.
Saya punya harapan besar Margasatwa dapat memasuki pasaran semasa dengan single ini. Formula seimbang mereka menerusi “Yang Asli” ini sudah cukup mesra radionya namun jika radio masih belum mahu memberi sokongan itu bukan bermaksud Margasatwa gagal dalam percaturan mereka.
Sebagai pembuka 2021 kugiran ini sudah memberi sesuatu yang cukup menarik bagi pendengar Pop seperti saya setidaknya.
8.6/10
ARTIKEL BERKAITAN
Beriring Hujan Saya Meleka Dan Khayal Dalam Spiritual Nusantara Penuh Puitis Sang.Rawi