Keterbukaan pendengar hari ini terhadap muzik baru dan moden begitu disambut baik dengan bakat-bakat muzik yang hadir dalam naskhah yang cukup ke depan, tanpa mahu lagi terikat ilham lama tak bervisi. Muzik Kita meraikan bakat-bakat ini menerusi 50 lagu terbaik sepanjang tahun.
Pasaran Pop tempatan tahun ini berjalan cukup cemerlang biar dalam kekangan pandemik covid-19 yang membataskan aktiviti pentas secara live bersama crowd yang besar. Saya harus menyatakan rasa bangga melihat anak-anak muda tempatan yang bermuzik dengan satu visi meninggikan standard muzik Malaysia.
Faizal Tahir bersama batalion muzik Faithful Music, MFMF., generasi masa depan di WP Entertainment – Mas Dewangga, Firdaus Rahmat, Iqie Hugh (MyPopMachine) antara yang sudah menghasilkan lagu-lagu yang cukup current dan tasteful sekali.
MFMF. yang cukup kami kagumi kreativiti bermuzik mereka antara yang menghasilkan hits terbanyak tahun ini. Bersama Hael Husaini, “Peluang Kedua” diraikan berjuta-juta pendengar muzik tempatan sebagai sebuah pattern Balada masa kini yang tidak lagi mengambil ilham merintih yang keterlaluan.

Kolaborasi FT bersama Firdaus Rahmat dan Mas Dewangga menghasilkan satu acuan Pop baru dan segar portfolio muzik FT menerusi single “Sad To Cry” dan “Nobody” yang sekali lagi mencipta satu brand new Ballad yang tidak lembik muziknya.
Kredit buat JOOX Malaysia yang mengilhamkan program JOOX Super Producer menampilkan karya-karya baru dengan sentuhan segar kolaborasi produser – komposer – penyanyi yang disatukan untuk menghasilkan sound yang current sebagai benchmark tepat melambangkan apa yang kita perlukan di pasaran semasa.

MonoloQue menghadirkan sebuah eksperimentasi muzik nusantara menerusi projek Live Sesi Bilik Bedah. Rakaman semula “Tak Seindah Wajah” bersama vokal Asmidar terhasil dalam satu produksi muzik yang cukup membanggakan. Lagu Melayu asli ini diberi satu suntikan muzik yang berbeza tanpa mengubah keaslian melodi.
Hal-hal ini begitu mahal usahanya dan sangat perlu diberikan apresiasi yang sebaik-baiknya. “Tak Seindah Wajah” saya kira sudah memecah teks standard muzik Melayu asli dengan satu keberanian meninggikan martabat muziknya ke tahap yang cukup indah membanggakan.
Nama “Sang Rawi” muncul di katalog muzik digital dengan album rakaman live mereka dengan persembahan Folk Nusantara yang cukup puitis berseni hasilnya. Album penuh mereka yang bakal beredar di tahun 2021 pasti menjadi antara yang paling dinanti.

Pasaran Urban Pop tempatan cemerlang dengan munculnya rangkaian muzik yang cukup current seiring pasaran global. I-SKY menerusi album berjudul “Waktu” memercikkan potensi-potensi besar untuknya menjengah pasaran Pop dengan kolaborasi nama-nama besar.
Tak salah jika saya katakan I-SKY mampu menjadi sebesar MFMF. yang menembus pasaran semasa kerana apa yang sudah dia tawarkan sepanjang bermuzik sangat boleh meninggikan standard muzik tempatan.
Lunadira dan Reddi Rocket menghasilkan EP “Tangerine” berisi 5 lagu dengan ilham Pop yang cukup segar. Crinkle Cut grup R&B menghasilkan “Sweet Nothings” sebagai pertaruhan perdana mereka juga antara potensi besar bermuzik yang harus dihargai.
Anugerah Lagu Indie (ALI) yang dianjurkan tahun ini sebuah lagi inisiatif yang harus diberi kredit. Apa yang diusahakan dalam memperkenalkan bakat-bakat muda dalam bermuzik di program ini sangat membantu orang ramai untuk mengenali lebih ramai lagi sebenarnya bakat muzik yang harus diraikan.
Saya yakin dalam jangka masa lima tahun ke hadapan, ALI jika diteruskan akan pasti menjadi satu majlis penganjuran muzik berprestij yang dipandang serta cukup dinanti semua peminat pemuzik bukan sahaja yang berada di legasi indie tetapi pasaran muzik semasa.
Setahun perjalanan muzik tempatan tahun ini kami tutup dengan 50 Rilis Terbaik 2020.

1. MAHA SENI (SANG RAWI)
(Sang Rawi / Suffian)
Keindahan muzik nusantara yang dibawakan Sang Rawi menerusi rakaman langsung “Maha Seni” menjadi naskhah terpenting untuk pasaran muzik tempatan hari ini. Penghasilan melodi dan liriknya terlalu indah untuk kita pinggirkan. Sang Rawi harus diberi lebih perhatian daripada semua pihak baik pendengar sehinggalah pengamal muzik.

2. KUASA (JOE FLIZZOW / AZLAN & THE TYPEWRITER)
(Joe Flizzow / ALYPH)
Hip-Hop di tangan Joe Flizzow dan ALYPH pasti saja menghasilkan sesuatu yang berkelas. Konsistenti bermuzik Joe dalam menghasilkan sesuatu yang bervisi dengan kritikan sosial dalam penulisan liriknya terbentuk sebagai sebuah naskhah serius yang tidak jarang payah untuk kita nikmati. A masterpiece.

3. X MISSING U (DAYANG NURFAIZAH / FT / TUJU / YONNYBOII)
(Faizal Tahir / Ja’a / Mage / Mike Chan / Tuju / Yonnyboii)
Faizal Tahir is a Pop genius! Kolaborasi ini sahaja sudah menyatukan dua generasi dalam muzik yang menyatu sangat baik. “X Missing U” terhasil sebagai sebuah wakilan muzik yang melambangkan apa yang yang diperlukan muzik semasa hari ini.

4. CHE USING (NO GOOD)
(Ali Johan Edrie / Syed Ismail Syed Mohamed / Wan Azry Wan Azlan)
No Good terhasil daripada genius muzik indie Killeur Calculateur dan Dirgahayu yang cukup kita kenali dengan muzik keras Post-Rock dan Punk. “Che Using” sebuah hasil kreatif dalam bermuzik yang hadir dengan hook, originality dan kelainan yang sangat diperlukan pasaran muzik tempatan.

5. PELUANG KEDUA (NABILA RAZALI)
(Hael Husaini)
Peluang Kedua harus menjadi benchmark Balada baru yang tidak lagi datang dengan ilham merintih dan mendayu. Melodi Hael Husaini dengan produksi muzik MFMF. menghasilkan sound yang cukup current, forward dan seiring produksi muzik pasaran semasa.

6. SALAHKU (YONNYBOII)
(YonnyBoii)
Yonnyboii menjadi wakilan suara baru yang harus didengarkan. Kesungguhannya bermuzik dengan caranya sendiri menjadi kelebihan buat anak muda ini. “Salahku” menjadi lagu terbaik ciptaannya sepanjang tahun ini. Tafsiran jiwa anak muda hari ini dalam sebuah persembahan Pop yang cukup membanggakan. Semestinya bakal menjadi hits malar segar di masa depan.

7. LAMNUNAN ANAK BULAN (RAMAYAN)
(Ramayan / Mohamad Syafi’i)
Psychedelic Nusantara dalam feel retro yang terhasil kemas dalam pengalaman muzik yang melekakan. Ramayan tidak berkurang magis mereka dalam menghasilkan lagu dengan melodi yang baik. Terlalu banyak hal yang indah dinikmati dalam durasi lebih 6 minit lagu ini.

8. LET ME IN (ALEX UNGKU & BIL MUSA)
(Alex Ungku / Bil Musa)
Bil Musa dan Alex Ungku tampil dalam ilham romansa milenial yang mengambil ilham cinta dalam pesona melodi dan lirikal yang mudah diikuti ceritanya. Single ini bergerak cemerlang sebagai sebuah naskhah Pop yang cukup baik untuk pasaran lokal.

9. SUARA KAMAR (I-SKY / LUNADIRA / AKID AMIR)
(I-SKY / Lunadira / Akid Amir)
“Suara Kamar” menjadi bukti melodi yang simple itu jika terhasil dalam satu produksi muzik yang current akan terhasil sebagai sebuah naskhah yang senang untuk dinikmati. Kolaborasi 3 anak muda ini lengkap dalam memberi tafsiran muzik Pop semasa yang seiring standard pasaran global.

10. TANPA RELA (MISHA OMAR)
(Misha Omar / Sze Wan / Zul Husni / Slen Fadzil)
Dalam legasi adult pop, Misha Omar mendahului yang lainnya dengan sebuah produksi Balada yang cukup matang dan kemas penghasilannya. Keseluruhan produksi di lagu terhasil dalam satu acuan yang cukup seimbang antara nilai komersilnya dan kualiti produksi yang bukan biasa-biasa.
11. Bomba (SonaOne)
12. Nobody (Faizal Tahir)
13. Sembah (Naim Daniel & Man Kidal)
14. Ada Cara (Ismail Izzani)
15. Simpan (Daniesh Sufian)
16. Boneka (Ernie Zakri)
17. 300 Saat (Amzar Razqa & Bunga)
18. Lara (Hael Husaini / Naim Daniel / Haqiem Rusli)
19. Gila (Kaka Azraff / Noki / Loca B)
20. Gerak Dulu (Dayang Nurfaizah)
21. Pixels (Asrfnsr / Ili Ruzana / MFMF.)
22. Purnama (Naim Daniel)
23. Dengan Nama Tuhan (Teman Lelaki)
24. Reminisensi (Insomniacks)
25. Penat (Andi Bernadee)
26. Ease My Mind (Airliftz)
27. Dap Dap Dap (Sarah Raisudin)
28. Molek (Salammusik)
29. Vantablack (Lust)
30. Panggung (Apex Tajudin)
31. Sad to Cry (Faizal Tahir)
32. Aku Itu Aku (Yonnyboii)
33. Merais (K-Clique)
34. Tak Tahu (Harith Zazman / MFMF. / Loca B)
35. Ku Mau (Aizat & Hanin Dhiya)
36. Menunggu (Orkes A. Hizadin)
37. Aku, Kau & Muzik (Akim & Stacy)
38. Crazy Dizzy (Lunadira)
39. Sandiwara (Midnight Fusic)
40. Speak (Hani & Zue)
41. Kelabu (Yonnyboii & Azlan)
42. Empati (TUJULOCA)
43. Kuey Teow (SonaOne & Kidd Santhe)
44. Siapa Tak Mahu (Siti Nurhaliza)
45. Shimmy (Andi Bernadee)
46. Mari Menari (The Impatient Sisters)
47. Angkara (Siti Nordiana)
48. Sumandak (Faizal Tahir)
49. Maybe (Aina Abdul)
50. AEWO (Shiha & Noki)
ARTIKEL BERKAITAN
#502019 Dominasi Hip-Hop, Kebangkitan Urban Pop & 50 Rilis Terbaik Sepanjang Tahun (Malaysia)
