
Lagu: Berapa Kali Kita Akan Saling Memaafkan
Persembahan: Pamungkas
Komposer / Lirik: NJWA / Rendra
Produser: Rendra Zawawi
Ernie Zakri mengemudi sebuah pemasaran muzik yang berstrategi dan ia berjalan dengan sangat baik. Keterbukaan terhadap karya pencipta yang beragam meluaskan landskap muzik Ernie tanpa terikat pada ilham komposer serupa atau hanya perlu bergantung pada karya peribadinya sahaja.
Maka dengan itu radar bermuziknya melebar dan ia terbukti akan terciptanya sebuah fenonema pada single kolaborasi “Masing Masing” bersama Ade Govinda. Hal yang benar-benar memberi satu kelebihan buat Ernie dalam meluaskan pasaran pendengaran muziknya.
“Aura” menjadi album solo yang solid yang jika bukan kerana terlalu banyak syarat saya yakini itulah album Pop terbaik yang harus diraikan lewat AIM yang lalu. Satu transisi muzik terlihat jelas arus matangnya lewat penciptaan dan kepelbagaian Pop yang membentuk satu sound Ernie yang seimbang dengan kehendak pendengarnya.
Perkhabara album duet yang masih belum tahu bilakan menjelma, berjalan dengan single runut bunyi filem “Khadam” yang berjudul “Tak Berlagu”. Sekali lagi, keterbukaan Ernie membawakan lagu ciptaan komposer berbeza memberi satu sound berbeza dalam persembahannya kali ini.
Lagu ini membawa visi filem itu sendiri yang disifatkan sebagai seram / thriller membentuk melodi yang cukup eerie dan haunting. NJWA bersama produser muzik Rendra Zawawi menghasilkan sesuatu yang sempurna dengan kemampuan vokal serta penyampaian Ernie sebagai pelantun lagu ini.
Hasilnya melengkapi kehendak melodi, lirik dan feel yang membentuk naratif lengkap dalam menterjermah ruang perasaan seram, sedih dan takut itu sendiri. Ernie dalam penyampaiannya tepat dalam menterjermah perasaan. Seawal bait “Firasat ku bersuara // Hatiku gundah gulana.” sudah membuat kita sebagai pendengar meremang dengan alunannya. Lembut tetapi berasa.
Ia semakin menghantui lewat korus “Nyawaku, jiwaku // Pergi bersamamu // Yang tinggal hanya doaku // Untukmu.” sebelum berhujung “Ku hanya mampu membisu // Merintih tak berlagu.” yang ditutup dengan sangat baik. Untuk sebuah persembahan lagu runut bunyi saya kira “Tak Berlagu” memiliki satu keterikatan rasa yang mengupayakan naratif dengan tarikan yang tersendiri.
8/10
ARTIKEL BERKAITAN