
Lagu: Without You
Artis: Fairuz Hussein
Komposer / Lirik: Anati Mari’yah Hassan / Bakhtiar Mohd Yusoff / Fairuz Hussein / Zul Nadzar
Kelibat Fairuz Hussein di pasaran muzik semasa mungkin agak niche jika mahu dilihatkan usianya bergelar penyanyi. Namun sejak penghujung 80-an sehingga hari ini nama Fairuz Hussein tidak asing dalam legasi penyanyi Pop wanita yang memberi suntikan berbeza dalam pasaran muzik Malaysia.
Berbekal 3 album studio – “Kali Pertama” (1989), “Fairuz Hussein / Coba Lagi” (1990) dan “Anugerah” (2004), katalog muzik Fairuz Hussein bergerak dalam landasan R&B dan Jazz yang mungkin agak kurang mesra pendengar tempatan tetapi kualiti muzik yang dihasilkan masih berbaloi untuk dijadikan rujukan pemuzik hari ini.
Setelah lebih sepuluh tahun tidak hadir dengan sebarang material baru, penyanyi ini tampil penuh groove dengan single “Without You” sebuah naskhah R&B yang hadir kolaborasi bersama BUCK, Anati dan Zul Nadzar.
“Without You” terhasil dalam kemasan Urban Pop R&B yang saya kira tidak sukar untuk kita sebagai pendengar menikmatinya. Korusnya mudah menangkap pendengaran dan penghasilan melodi keseluruhannya kemas.
Lagu ini saya kira mungkin tidak punya laluan mudah untuk pasaran muzik semasa namun ia masih penting untuk diisi dalam katalog Pop tempatan sepanjang tahun ini.
6.7/10
ARTIKEL BERKAITAN
Mendekati Aura Bintang 3 Dekad Ramlah Ram Sebagai Biduanita Pop Tempatan