
Lagu: Patah Seribu Hatiku
Artis: Shila Amzah
Lagu / Lirik: Shila Amzah
Produser: Izzy Musa / Shae
Kekalnya nama Shila Amzah di pasaran muzik tempatan itu saya kira kerana minat mendalamnya dalam bidang muzik yang sudah sebati di dirinya sejak kecil lagi. Jadi soal untuk berhenti itu masih jauh kiranya.
Fasa gemilangnya di China terhenti seketika kerana pandemik dunia hari ini tidak menghentikan bakat yang cukup berpengalaman ini untuk terus berkarya buat peminatnya di sini.
Kali terakhir hadir dengam dua kolaborasi bersama Judika (Tentang Rahsia) dan Sekumpulan Orang Gila (Pelukan Angkasa), single solonya pasti saja dinantikan penggemarnya yang ada di sini khususnya setelah kali terakhir menzahirkan “Tiada Dirimu”.
Maka dengan itu terhasillah sebuah single berjudul “Patah Seribu Hatiku” karya sepenuhnya Shila dengan produksi muzik Izzy Musa (Bunkface, Yuna) yang bertindak sebagai produser dan juga arranger di lagu ini.
Kembali lebih Pop dengan momentum muzik yang lebih menderu laju berbanding Balada biasa yang kita dengar, single ini memberi satu kesegaran baru menikmati muzik Shila Amzah itu sendiri berbanding single sebelumnya.
Persembahan vokalnya juga semakin matang dan tersusun baik. Shila memberikan pengalaman yang serupa pernah dia berikan di album “Bebaskan” dulu dengan persembahan muzik yang lebih matang dan solid seiring pemgalaman bermuziknya.
Produksi muziknya cukup current dengan infusi Pop 2000’s yang dominan di awal lagunya. Bergerak dengan momentum muzik yang cukup dinamik, melodi lagu ini dipelbagaikan dengan kreativiti dalam pemilihan instrumen dan susunan muzik untuk mencantikkan naskhah melodi asalnya ke tahap yang lebih baik.
Awal melihat judulnya saya kira it’s another Ballad, namun saya lebih happy setelah mengetahui ia sebuah naskhah Moderate Pop seperti ini yang sangat diperlukan pasaran muzik tempatan. Semoga Shila akan tampil lebih lagi dengan muzik Pop begini dan melepaskan seketika Balada biasa.
7/10
ARTIKEL BERKAITAN