
Lagu: Use Me
Artis: Aiz.Z
Komposer / Lirik: Yunalis Zaraai / Aizat Amdan
Untuk seseorang artis bergerak dalam perjalanan panjang bermuzik, perubahan itu sesuatu antara harus dan tidak. Bukan sekadar untuk menolak soal stagnant dengan ilham serupa tetapi pada masa yang sama adalah untuk mencabar diri mereka untuk melihat sejauh mana kreativiti dan ability juga eksplorasi seni itu boleh bergerak lebih lagi.
Dan saya percaya atas hal itulah Aizat Amdan menjelma menjadi Ai.Z – persona serba baru, serba segar melangkah jauh daripada ilham “Kau Aku”, “Hanya Kau Yang Mampu” sehingga “Sampai Ke Hari Tua” yang membawa hayatnya bermuzik cukup panjang untuk seseorang yang bermula dengan pentas realiti televisyen.
Setelah dengan penuh yakin merilis “The Last Thing” sebagai Ai.Z – perjalanan muziknya bergerak semakin baik bersama Yuna dan Kuizz Shah dalam penghasilan single kedua tahun ini berjudul “Use Me” yang beredar 5 November lalu bersama label muzik YRR.

Bergerak dalam jaluran R&B Kontemporari, dengan soul dan vibe yang cukup kekinian, Ai.Z saya kira hadir sebagai figura baru seni muzik tempatan dalam pasaran muzik Urban Pop yang boleh dan seharusnya kita banggakan.
Melodi lagu ini terhasil sangat baik dengan kemasan muzik yang cukup solid. Liriknya terhasil dalam ilham kisah cinta muda-mudi masa kini yang sangat jelas dalam bait liriknya ” Girl just drive my car, Use my credit card keep a copy of the keys to my house, Keep a copy of the keys to my heart” yang ditulis bersama Yuna.
“Use Me” dan “The Last Thing” sudah meninggikan standard Pop tempatan ke tahap yang sangat-sangat baik. Penerimaannya juga saya kira cukup meluas untuk Ai.Z terus bernafas dalam aliran muzik semasa. Semoga projek istimewa ini beriring album penuh yang pasti saya nantikan.
8/10
ARTIKEL BERKAITAN
#LifeIsLive TAPAUfest Kembali Berpesta Secara Maya 30 Oktober Ini