Kepelbagaian muzik di era 80-an yang gemilang membenarkan banyak jaluran muzik berbeza mendapat tempat di pasaran muzik komersial. Kelahiran bakat-bakar moden ketika itu yang mengambil ilham Disco, Pop dan City Pop ketika itu banyak di gerakkan nama-nama seperti Freedom dan Sheila Majid.
Kehadiran bakat-bakat ini memberi warna berbeza dalam memeriah pasaram muzik ketika itu dengan cukup meriah sekali. Sebuah album yang dihasilkan pada tahun 1988 berjudul Disco Oomh! Non Stop Medley menampilkan rangkaian lagu tanpa henti sub-budaya ketika itu yang hangat dengan kebangkitan kelab malam pastinya.
Maka terhasillah inisiatif EMI ketika itu untuk mengumpulkan the OG of Disco music tempatan seperti Noorkumalasari, Aman Shah, Raja Ema juga Sheila Majid menerusi rangkaian lagu-lagu popula rmereka di satu album yang cukup rare, kini dapat didengari di saluran YouTube “Getaran Nostalgia”.
Terbahagi kepada dua bahagian, rangkaian medley non-stop ini dimulakan dengan lagu “Mentari Korea” (Raja Ema) yang disusun terus dengan kemas dengan lagu “Bahagia” dan “Fikirkan Dulu” oleh Sheila Majid sebelum the most iconic Dsco song in the 80’s daripada Noorkumalasari berjudul “Mata” mengisi medley di bahagian pertama.
Kesemua lagu-lagu ini merupaka lagu yang cukup popular di era itu. Aman Shah menerusi “Adikku Pandai Menari”, “Persamaan” oleh Freedom dan “Orang Muda” nyanyian Sudirman diisi melengkapi keperluan EP yang beredar pada tahun 1988 ini.
Diterbitkan dan diadun oleh Petal Capel dan Brian Francis dari Studio Reddifusion, “Dosco Oomph! Non Stop Medley” rujukan terbaik anak muda hari ini yang mahu mengembalikan kegemilangan atau mengadun semula lagu-lagu hits di era 80-an ini dengan citarasa muzik yang baru dan segar.
This one is perfect for the weekend!
Funk, Disco & Groove Anita Sarawak Menerusi “Sophisticated Lady”