Highlight, Review, Terkini,

Menerawang Perasaan Dalam Rendisi Pop Terkini Glenn Fredly Menerusi “Romansa Ke Masa Depan”

menampilkan produser hebat seperti irwan simanjuntak, ifa fachir dan andi rianto antaranya.

Untuk kekal relevan dalam pasaran muzik semasa lebih 2 Dekad itu sesuatu yang magikal untuk seorang insan seni. Menghasilkan karya yang senang diterima generasi berbeza itu menuntut kreativiti dan kerja keras yang seutuhnya.


Dan daripada ramai-ramai soloist seberang yang berjaya untuk kekal relevan, Glenn Fredly satu daripadanya yang masih dikagumi, masih dinanti apa lagi yang mah dihasilkan untuk penggemar sedia ada dan pada masa yang sama memikat pendengar baru.

Lebih 9 album penuh pernah dihasilkan dalam jaluran Pop semasa yang sentiasa menuntut ilham-ilham baru dan segar, Glenn belum lagi gagal dalam membuat kita suka padanya.

“Tandamata” lagu yang beredar di tahun 2016 saya kira tanda aras muzik Pop Glenn berada di rendisi berbeza. Dan di tahun ini sahaja dia kembali mempesona dengan kolaborasi khusus bersama Tulus dan Yovie menerusi lagu “Adu Rayu” yang saya kira sebagai sebuah naskhah Pop genius tahun ini.

Meneruskan destinasi muzik yang nampaknya belum lagi mahu berhujung, Glenn tampil dengan sebuah album terkininya berjudul “Romansa Ke Masa Depan” lengkap 14 trak keseluruhannya dalam pesona vokal, melodi dan kemasan muzik yang membuai.

Album ini dibuka dengan lagu yang mengambil judul album ini dalam sentuhan muzik 80’s yang disegarkan dengan susunan muzik yang cukup baik sekali oleh Irwan Simanjuntak. Feel Glann dalam melodi lagu ini menyatu sangat-sangat sempurna. This new Glenn saya kira semakin melekakan pendengaran.

“Coklat” dan “Apa Khabarmu Nona” tampil lebih lembut. Namun saya lebih terbuai dengan “Selesai” yang begitu Glenn sekali sifat muzikalnya. Korusnya terlalu sedap dan meresap dengan perasaan yang membuai-buai.

Bait “Kangen kamu, sungguh hati bicara, Aku kangen kamu meski jauh…” Dilantun penuh rasa  yang menyeluruh sekali dengan lirik yang disempurnakan bait “Rasa ini tak pernah selesai…” 

“Stasiun Bundara Hi” dan “Gara-Gara Kamu” tidak begitu terkesan di pendengaran pertama tetapi masih menarik untuk didengar. Saya kembali bernostalgia bersama muzik Glenn di lagu “Rona” yang meneruskan pesona “Romansa Ke Masa Depan” dan “Selesai” – feel 80’s yang diilhamkan begitu segar sekali.

Saya sukakan suara-suara halus Glenn yang menjadi ciri khas nyanyiannya menerusi lagu ini.

Album diteruskan dalam perjalanan perasaan yang semakin baik di setiap trak yang seterusnya. Lagu-lagu seperti “Orang Biasa” dan “Pulang Kampung” bergerak cukup humanis sekali dengan lirik yang disusun dalam melodi nostalgik.

“Kembali Ke Awal” mengembalikan sisi big ballad Glenn yang meruntun. Lagu-lagu begini bukan lagi hal sukar untuk kita semakin senang mendengar album ini. Terlalu asyik sekali mendengarkan lagu yang cukup romantis diproduksi Ifa Fachir.

Album ini berisi signature muzik Glenn yang dimodenkan dengan feel semasa. Lagu seperti “Perempuanku” begitu Glenn sekali sifatnya mengingatkan saya pada lagu seperti “Kau” dan “Mobil Mama”.

Glenn cemerlang dalam menghasilkan sebuah album Pop yang bukan calang-calang hasilnya. Lagu seperti “Cokelat” antara yang cukup tinggi citarasa muziknya.

Saya bukan penggemar album panjang dengan 12 atau 13 lagu di dalamnya kerana bagi saya sebuah album penuh cukup sekadar 8 lagu dengan pengisian yang solid. Namun Glenn membuat perjalan panjang selama 58 minit menghayati album ini dengan cukup personal dan berbaloi sekali.

Lagu Terbaik: Selesai, Kembali Ke Awal, Romansa Ke Masa Depan, Perempuanku & Rona

8.5/10


ARTIKEL BERKAITAN

Siap Membuat Kita Jatuh Cinta Lagi, H!V! Tampil Album Ketiga Berjudul “Ceritera”

Highlight, Review, Terkini,

Merayakan Pasaran Muzik Pop Semasa Dalam 9 Lagu Terbaik “Daiyan Trisha The Album”

Pasaran muzik Pop semasa tempatan hari ini bergerak cukup bebas dan luas sifatnya dengan pengaruh muzik antarabangsa yang disuntik dalam semangat lokal yang sangat baik. Daiyan Trisha satu daripada bakat solo wanita yang patut kita raikan selain beberapa nama lain seperti Zamaera, Bil Musa, NJWA dan Lunadira.

Dan setelah bertahun penantian akhirnya diluncurkan sebuah album penuh perdana Daiyan dalam sembilan lapisan Pop yang mewakili segala rasa yang paling dekat dengan anak muda hari ini.

Daiyan tahun ini sahaja sudah memikat pendengaran saya menerusi dua single yang diproduksi trio muzik Pop masa depan – MFMF. menerusi single “If I” dan kolaborasi mereka berempat menerusi lagu “Passin’ Thru”.

Dan dengan kemunculan single “I Wanna See Ya” sebelum terbitnya album penuh ini, menambah rasa teruja apa lagi agaknya yang mahu disandarkan gadis muda yang semakin meniti usia dewasanya dengan penuh kematangan dalam menyusun rencana karier muziknya.

Sekitar 2014 ketika masih menulis secara sambilan di KKBOX dan sepenuh masa untuk majalah EH! saya pernah menemubualnya secara personal tentang passion, pengaruh dan impian besarnya untuk menjadi pemuzik yang serius (Baca di sini)  – Tentang Taylor Swift, lakonan dan muzik yang juga nyawanya.

Album ini dibarisi 9 lagu yang dibahagikan kepada 3 lapisan berbeza (Yang disebut Layer 1, 2 & 3) yang saya percaya juga adalah lapisan fasa hidup Daiyan dari seorang gadis remaja kepada seorang wanita yang matang.

Di layer pertama ini dibuka sangat personal saya kira buat Daiyan yang begitu mengidolakan Taylor Swift dalam proses matangnya dalam bermuzik. Feel Pop Tay Tay dalam lagu berjudul “Little Trouble Girl” (Audi Mok / Daiyan Trisha) ini begitu kuat sekali. Korusnya catchy yang senang bikin kita enjoy and sing-a-long.

“Brutal” (Audi Mok / Daiyan Trisha) juga begitu, tampil dalam idea EDM Pop yang cukup current penghasilannya. Bahagian korus lagu ini adalah bahagian terbaik keseluruhannya. Dan meneruskan kesinambungan muzik terkini begini di lagu “Play Pretend” (AJ Salvatore / Daiyan Trisha / SMLE) Daiyan menutup Layer pertama album ini dengan cukup membanggakan.

Dan di Layer 1 ini saya memilih “Play Pretend” lagu terbaiknya.

“Woman” (Daiyan trisha / John Jeeves) tampil dalm feel 90’s R&B yang dimodenkan melodinya menerusi susunan muzik yang lebih terkini. Pendengaran saya lebih terarah pada lagu “Bittersweet” (MFMF.) Yang lebih kemas penghasilannya.

Lagu ini buat saya terbuai dengan feel Daiyan yang saya kira tampil dengan melodi paling baik untuk diketengahkan sebagai single album ini sebelum ditutup dengan “I Wanna See Ya” (Daiyan Trisha / Juan Ariza) yang secara personal menjadi favorite saya setakat ini.

Di layer ketiga Daiyan menjadi semakin mellow dan deep dalam penulisan liriknya. Lagu-lagu cinta yang ditulis cukup berisi – “Thinking Bout Us” (Daiyan Trisha / Juan Ariza), “If I” (Daiyan Trisha / MFMF.) lengkap sebagai sebuah naskhah Pop semasa yang membuat muzik kita selangkah ke depan.

Album ini ditutup lembut dengan acoustic ballad, “Mediocre” yang dicipta sepenuhnya Daiyan bersama produksi muzik AG Coco dengan cukup kemas. “Daiyan Trisha The Album” saya kira sebuah naskhah yang cukup sifatnya sebagai sebuah Pop masa kini.

Mendengar album ini buat kali kedua dan ketiga setelah menulis review ini saya hanya berharap ini sebagai langkah awal Daiyan untuk melangkah lebih jauh lagi sebagai pemuzik wanita lokal yang matang dan mampu dibanggakan.

8.5/10


ARTIKEL BERKAITAN

#NewMusicFriday Bil Musa Tampil Mempesona Menerusi Single “Pikachu – Aku Pilih Kamu”

Highlight, Review, Terkini,

Siap Membuat Kita Jatuh Cinta Lagi, H!V! Tampil Album Ketiga Berjudul “Ceritera”

“Siapkah Kau Tuk Jatuh Cinta” menjadi single ultimatum kumpulan suara berempat ini dalam mencuri perhatian penggemar muzik Indonesia juga senusantara. Neida Aleida, Ilham Aditama, Febrian Nindyo dan Ezra Mandira tampil dalam pesona Pop yang menyenangkan dengan listrik lirik yang mudah dihadam pendengaran.

Setelah dua album “Say Hi To Hivi” (2012) dan “Kereta Kencan” (2017) mereka tidak sekadar diam sehingga album ketiga ini terlaksana, penghasilan single demi single seperti “Satu-Satunya” dan “Jatuh Bangkit Kembali” meneruskan gemilanh nama mereka di pasar besar mainstream.

Album berjudul “Ceritera” yang berisi 12 lagu ini meneruskan estetika muzik Hivi yang sering tampil dalam nada-nada Pop segar dengan lirik positif dan harmoni vokal mereka.

Dibuka cukup positif dalam bait lirik penuh motivasi di lagu “Jatuh, Bangkit Kembali” – Hivi menghasilkan sebuah nuansa yang sangat baik untuk jiwa-jiwa manusia bait lirik mereka seperti  “Karena pelaut hebat, Tak pernah lahir di laut yang tenang, Hai kawan, teruslah kau berjuang.” sehingga korus yang cukup catchy “Kita semua boleh jatuh, Tapi harus bangkit, Bangkit bangun kembali.” Hadir penuh inpirasi.

Melodi catchy merek diteruskan lagi dalam lagu-lagu seperti “Satu-Satunya” dan “Bahagia” yang cukup berhasil membuat pendengaran saya melekat hingga ke hujung lagu. “Patung Batu” tampil lebih unik dengan feel bossanova yang minimal

Mereka kembali lebih memikat di lagu “Musim Hujan” yang secara peribadi menjadi favorit saya menerusi album ketiga ini. Feel lagu ini begitu santai sekali, membuat lapangnya rasa saat mendengarkan keseluruhan lagu.

“Tersenyum Untuk Siapa” sekali lagi membuat saya seronok menghayati teks liriknya yang cukup menarik sekali penghasilannya. “Oh, gemar sekali kita bersilat lidah, Sejak langit gelap hingga kembali cerah. Oh, gemar sekali kita berbeda pandang, Semula meradang terkadang kembali terang.” 

Biar hanya mahu menulis cerita cinta remaja, mereka sangat-sangat bijak menyusun kata dan membuktikan Pop cinta itu tidak perlu menjadi terlalu cheesy dan meleweh.

Album ini dilengkapkan dengan 3 lagi lagu lainnya – “Pemuda”, “Bumi & Bulan” dan “Teman Sejati” yang menyempurkan sebuah ceritera remaja dalam penghasilan yang cukup rencah rasanya.

Hivi saya kira semakin jelas dalam membawa visi muzik mereka, setiap lagu di album ini dihasilkan penuh santai tetapi masih mampu membuat kita melekat sehingga di hujungnya tanpa rasa bosan dalam melewati melodi demi melodi.

Dan sayangnya kita di Malaysia masih tidak mampu untuk enjoy melodi indah berisi begini.

8.7/10


ARTIKEL BERKAITAN

Menyelisik Perasaan Adrian Khalif Menerusi EP “Feelings Under Construction”

 

Review, Terkini,

Keluar Dari Zon Nyaman, Abirama Tampil Berbeza Di Single “Ego”

Sering tampil menyenangkan dengan melodi lembut yang membuai rasa menerusi single meganya seperti “Terasa Nyaman”, “Tersenyum Lagi” dan duet bersama Gisel menerusi lagu “Sendirian”, Abirama soloist seberang tampil berbeza di single terbarunya.

Lagu berjudul “Ego” ciptaan sepenuhnya Abirama ini mendapat sentuhan produksi muzik DJ Sumantri

Dalam penggarapan lagu-lagu di project selanjutnya Abirama akan menggunakan lirik berbahasa Inggeris, hal ini ditujukan agar lagu-lagu Abirama juga bisa dinikmati  millenials dan penikmat musik yang tidak hanya berasal dari Indonesia. 

Lagu EGO akan menjadi sebuah awal mula kembali dalam karakter bermusik Abirama di album berikutnya, dan single-single sebelumnya kemungkinan akan dijadikan mini album (EP) Abirama pada masa mendatang. 

“Ego” merupakan eksperimentasi Abirama dalam bermuzik, percubaan ini sekadar okey kerana jika mahu diikutkan karakter vokalnya lebih cocok dengan lagu-lagu akustik Pop yang lebih memebri justifikasi buat suara merdunya.

6/10


ARTIKEL BERKAITAN

Menyelami Gerakan Muzik Semasa Indonesia Sebagai Gagasan Pop Masa Depan

Review, Terkini,

Menyelisik Balada Kerohanian Ramlah Ram Dalam Penuh Sayu Di Single “Masar Cinta”

Kali terakhir muncul dengan album penuh berjudul “Aspirasi Hati”, Ramlah Ram hadir dalam ilham Pop semasa “Sesaat Kau Datang”. Biar lari dari jaluran muzik Baladanya sebagai single perdana album tersebut tetap meriah dengan airplay yang tinggi.

Kolaborasi bersama Sleeq itu tidak menjadi satu-satunya langkah Ramlah Ram untuk kekal relevan dengan pasaran muzik semasa ketika itu. Sebuah lagi kolaborasi Hip-Hop bersama Caprice menerusi lagu berjudul “5 Minit” menjadi sebuah lagi lagu yang agak booming ketika itu.

Setelah itu di tahun 2012 seterusnya kelibatnya semakin kurang di pasaran mainstream. Namun lagu-lagu malar segarnya seperti “Diam-Diam Jatuh Cinta”, “Ketentuan” dan “Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu” masih berlegar di radio tempatan.

Terkini Ramlah Ram tampil dengan single Balada kerohanian berjudul “Masar Cinta”

Lagu yang dicipta sendiri Ramlah Ram bersama Allahyarham ID Mifzal dan puitis lirik Ismi Rusli menyerlahkan pesona vokalnya dalam melantunkan lagu dalam genre yang menjadi modal cari makannya sejak berawal berkarier dalam muzik.

Keistimewaan lagu ini saya kira benar-benar terletak pada bait lirik yang menyatu sungguh indah dalam komposisi melodinya. Peringkat tertinggi dalam rendahnya hati seorang hamba kepada pencipta-Nya.

“Jika kutagih cinta-Mu kembali
Tak sedikit Kau halangi aku
Malah terbentang luas
Jalan cinta-Mu padaku.”

Dan segala bentuk penyerahan jiwa ini diteruskan lagi dalam korus keduanya

“Tatap wajahku ini kekasih,
Penuh sesalan aku merintih
Salutilah tubuhku
Dengan cahaya bahagia abadi.”

Saya tidak pasti bila kali terakhir saya begitu terkesan dengan penulisan lirik dalam sesebuah lagu yang tidak hanya menjual melodi yang besar sifatnya tetapi lompong penigisian. Namun “Masar Cinta” membuat saya betul-betul terlarut dalam cerita, dalam pemilihan kata-katanya.

Keseluruhan lagu ini saya kira dibikin fair – untuk seorang Ramlah Ram yang berusi 54 Tahun, lagunya tidak terlalu bingit dan nyaring. Melodi dan produksi muziknya sangat kemas untuk sebuah balada. Dan ya saya tidak sabar menanti nyanyian live-nya untuk single ini.

8/10


ARTIKEL BERKAITAN

Pasca GV, Aishah Tampil “Malar” Balada Ilham Hazami

#RetrospektifMuzik, Highlight, Terkini,

Merindui Nikki Palikat Dalam Persembahan Vokal Terbaiknya Sepanjang Bermuzik

Program “Malaysia Idol” yang awal diperkenalkan sekitar tahun 2004 membawa kita pada nama besar seperti Jaclyn Victor, Dina, Sufiah dan seorang lagi yang begitu menonjol dengan skil nyanyiannya – Nikki Palikat.

Hadir penuh pesona di sesi uji bakat dengan lagu “Emotion” nyanyian asal Mariah Carey, Nikki memukau tiga juri idol ketika itu – Roslan Aziz, Paul Moss dan Fauziah Latiff dalam penampilan sederhananya.

Biar hanya sempat berada di pentas Idol selama enam minggu sahaja, kelibat Nikki di persada muzik tempatan mendapat perhatian “Artiste United Records” yang kita itu merekrut Nikki sebagai artis rakaman mereka.

Di bawah kendalian Vernon Kedit dan soul sensastion, Ning Baizura – Nikki sempat melahirkan dua album R&B Pop yang cukup tinggi penghasilan kualiti muziknya dengan sentuhan muzik yang cukup moden.

Bergerak selesa dengan komposer Audi Mok – Artiste United Records merangka jaluran muzik Nikki yang ketika itu cukup melawan arus muzik perdana.

Berbekal single “Pinta” yang ditulis Hazami menerusi debut berjudul “Maharani”, dia tampil lebih disenangi dan menjadi sebutan menerusi single kolaborasi bersama Zahid ketika itu berjudul “Caramu” sebuah lagu ciptaan Audi bersama lirik dipena Nurfatima.

Meneruskan suskses “Maharani” – Nikki tampil lebih eksperimental dan berani dalam garapan muzik Klasikal yang di-Pop kan dengan cukup cemerlang Audi Mok.

“Hawa” sehingga hari ini biar sedah lebih sepuluh tahun beredar masih kental bergerak sebagai sebuah naskhah Pop yang berdiri sendiri tanpa perlu terikat ilham pasaran muzik semasa.

Muzik Kita membawakan sedikit ingatan sebagai apresiasi muzik yang sudah diberikan Nikki sepanjang semapat dia bermuzik secara komersil. Biar kini dia memilih untuk bergerak secara independen di pentas-pentas muzikal, comeback nya ke pentas mainstream akan sentiasa dinanti.

Berikut 5 Persembahan Vokal Terbaik Nikki

PINTA 
“Pinta” ibarat love at first sight pada pesona suaranya. Kelebihan Nikki tentu saja pada feel dan kejelasan dalam menutur bait lirik yang telah disusun kemas. Lagu ini benar-benar memberikan satu nafas baru Balada tempatan ketika diedarkan di tahun 2004.

BETARA SUKMA
Prolog kepada lagu terakhir di album “Hawa” berjudul “Cinta” – dikemaskan dengan konsep muzikal yang begitu emas hasilnya. Hanya untuk mendengar penyampaian hebat Nikki sahaja saya boleh mengulang dengar beberapa kali trak berdurasa 1:46 saat ini.

OH MY!
Improvisation di bahagian korus lagu ini mengubah lirik asal kepada Teknik nyanyian luar biasa Nikki. Lagu yang cukup rare dalam pasaran muzik tempatan ini memberi satu perasaan yang luar biasa sekali hasilnya.

DRAMA (Bersama Ning & Yanie)
Kolaborasi terhebat di era 2000 diterajui gerakan muzik Artiste United Records dalam menerusi single “Drama” ciptaan Audi Mok yang menampilkan tiga vokalis hebat Nikki, Ning dan Yanie. Lagu ini begitu memberi justice kepada vokal Ning dan Nikki khususnya yang sehingga hari ini diingati sebagai antara lagu terbaik mereka.

ROMEO & JULIET (Bersama Ebi Kornelis)
Lagu yang begitu jarang didengari dan diketahui. Sayang sekali terbiar begitu sahaja. Eksperimen muzik Audi dalam mengembangkan ilham muzik klasikal yang dimodenkan dalam penyampaian vokal dan susunan muzik menjadikan lagu ini istimewa sekali. Mendengarkan vokal hebat Nikki sahaja sudah memberi nilai tambah luar biasa lagu ini.

*Dengarkan 12 Lagu Terbaik Nikki Sepanjang Kariernya di playlist Spotify MK


ARTIKEL BERKAITAN

#RetrospektifMuzik 20 Tahun “Memori” Dalam Lipatan Sejarah Pop R&B Tempatan

Highlight, Review, Terkini,

Pesona Pop Klasikal Isyana Sarasvati Menerusi “ragu Semesta”

Usai fasa kolaborasi AIR (Afgan, Isyana & Rend) dengan single yang begitu booming “Heaven” dan “Feel So Right” – Isyana tidak membuang masa dalam meneruskan momentum rencana karier muziknya dan kembali ligat dengan dua single terbaru.

Apa yang lebih istimewa tentang projek terbaru Isyana ini adalah dia mengambalikan sisi muzik klasikal yang menjadi kekuatan penghibur ini yang berawal cukup Pop dengan lagu hitsnya “Keep Being You” yang beredar 2014.

Setelah tampil dengan single “Untuk Hati Yang Terluka” beberapa minggu lalu, Isyana hari ini menghadirkan lagu terbarunya “ragu Semesta” yang tampil dalam pesona yang menghibakan.

“ragu Semesta” menzahirkan sisi melankolik Isyana dalam pautan muzik klasikal yang dimodenkan dalam perasaan penyampaiannya. Disulam hebat kemasan muzik yang melaung produksi muzik yang berkualiti, lagu ini meninggikan standard muzik Isyana sebagai penyanyi juga komposer muzik yang serius.

Bercerita tentang isi lagu ini menurut posting Instagram Isyana menulis – “Jangan biarkan hidup kita terperangkap dalam kisah-kisah tak bermakna, biarkan jalan hidup kita mengalir mengikuti takdirnya, ikuti terus kemana arus membawamu, tetap tenangkan jiwamu, yakinkan diri bila takdir dapat membuka jalan untuk dipersatukan, bahkan bila tidak di hari ini mungkin di kehidupan yang akan datang.”

Lagu ini dikemas sempurna susunan string Kenan Loui Widjaja yang turut mengepalai produksi muzik lagu terbaru Isyana ini. “ragu Semesta” hadir sebagai sebuah lagu yang memberi satu fasa berbeza karier Isyana yang sering tampil dalam pesona Pop R&B.

8.6/10


ARTIKEL BERKAITAN

Poetic, Romantisme & Melankolik “Juicy Luicy” Di EP “Sentimental: Side A”

Review, Terkini,

Melewati Masa Depan Muzik 4 Anak Muda Bergelar “Midnight Fusic” Menerusi EP “Caramel Cream”

Berawal muncul empat anak muda bervisi dalam muzik ini tampil meyakinkan pendengaran di luar radar muzik lokal. Raja Arif Aizudin (rhythm guitar & vokal), Adrian Danial (gitar utama), Muaz Rabbani (dram) and Firdaus Azmi (bass) membentuk “Midnight Fusic” sebagai gagasan kugiran Pop masa depan.

Dengan beberapa single awal mereka yang berhasil seperti “When Love Was Around” dan “Love Sick” menjadikan nama mereka cukup dikenali di kalangan peminat muda muzik indie khususnya.

Muzik mereka berlegar idea Indie Pop dengan pengaruh muzik kugiran luar yang dilokalkan dengan feel dan cara mereka sendiri.

Midnight Fusic mungkin masih hijau dalam lapangan muzik tempatan tetapi langkah mereka tidak perlahan. Berpeluang berpentas di “We The Fest” dan “Good Vibes” itu sesuatu yang cukup besar untuk sebuah gerakan muzik yang bergerak sendiri untuk diterima terbuka.

EP “Caramel Cream” berisi tiga lagu – “Caramel Cream”, “Little That She Know” dan “Under The Weather” yang dihasilkan penuh pesona dan keyakinan penampilan muzik mereka.

“Under The Weather” saya sifatkan sebagai lagu terbaik EP ini. Muziknya cukup santai, hook pada korus yang catchy dan ada sifat evergreen yang akan didengar biar 10 tahun mendatang. Sama sepertimana OAG membikin “Biru” di album “Opera Radhi-O Friendly” mereka dulu.

Mendengarkan keseluruhan EP ini saya melihat passion dan kemahuan yang tiggi empat anak muda ini bermuzik. Jika berjalan terus berada di landasan yang tepat, perjalanan mereka akan hampir pasti menuju ke masa depan yang cukup cerah.

8/10


ARTIKEL BERKAITAN

Menuju Hujungnya 2019, Kenali 5 “Pop Creator” Paling Berpengaruh Tempatan

#RetrospektifMuzik, Terkini,

#ICYMI Ini Lapan Album Lama Yang Boleh Di Strim Secara Digital

Innuendo

Berbalik di pasaran muzik 90-an dan di era millennium 2000 dan ke atas telah terhasil beberapa album yang cukup tinggi kualitinya. Terhasil daripada pendekatan moden Postive Tone antaranya yang cukup berevolusi dalam muzik.

Muzik Kita melewati katalog muzik digital sama ada di Spotify, Apple Music, Deezer dan JOOX antara yang popular mencari gali album-album yang telah dipasarkan secara digital tanpa hebahan.

MK membawa anda untuk kita sama-sama semak rilis-rilis hebat ini yang seharusnya dijadikan rujukan muzik hari ini.

FERHAD – KATAKAN SAJA

Album terbaik Ferhad sepanjang bermuzik. “Katakan Saja” menzahirkan ilham Pop R&B yang cukup kemas penghasilannya. Disuntik elemen muzik Dance juga Country Ballad, album ini hadir sebagai sebuah naskhah yang cukup kemas dan berkualiti. Dari hits “Pernah” sehingga kolaborasi hebat bersama Zainal Abidin menerusi lagu “Sinar” dan the best ballad “Untuk Selamanya” semua lagu-lagu dalam album ini dibikin dengan cukup baik.

Dengarkan di: Spotify, Apple Music, JOOX, Deezer

INNUENDO – ENHANCED
Ini merupakan album remix debut yang menampilkan hits “Belaian Jiwa”. Saya lebih sukakan versi Enhanced ini kerana kemasan muziknya lebih groove dan santai seiring feel hebat Innuendo. Dengarkan “Selamanya – Acoustic Jam Mix” yang begitu membuai sekali!

Dengarkan di: Spotify, Apple Music, JOOX, Deezer

OST SILAT LEGENDA
Anda perlu mendengarkan album ini kerana lagu-lagu di dalamnya merupakan lagu-lagu yang terbaik pernah diciptakan adik beradik KRU. Kolaborasi mereka bersama Sheila Majid menerusi lagu “Setia Bersama” juga “Ceritera” (Zainal Abidin) dan Takkan Melayu Hilang di Dunia (Sharifah Aini).

Dengarkan di: Apple Music

BUTTERFINGERS – TRANSCENDENCE
Album paling ikonik kugiran rock tempatan yang kini layak bergelar legenda pasaran muzik yang bergerak secara indie. “Trancendence” hadir sebagai sebuah eksperimentasi rock lokal yang berhasil sekali. Lagu-lagu di dalamnya refleksi kepada evolusi muzik yang besar sifatnya.

Dengarkan di: Spotify, Apple Music, JOOX, Deezer 

ELITE – CATWALK
Setelah Feminin, tidak salah meletakkan Elite sebagai girl pop band yang paling berpengaruh di era 90-an. Album yang beredar pada tahun 1996 ini tampil sebagai sebuah killer album dengan barisan hits seperti “G.I.G”, “Di Pintu Syurga” dan “Manisnya Senyumanmu” yang masih diingati dan didengar biar lebih 2 dekad diterbitkan.

Dengarkan di: Apple Music

TOO PHAT – PLAN B
Mungkin dalam banyak-banyak album Too Phat ini personal favorite saya. “You” sebuah kolaborasi genius duo ini bersama Sharifah Aini menjadi sebuah gerakan Hip-Hop meets Pop yang begitu menjadi sekali. Dan sample klasik Anak Ayam dijadikan rujukan dalam satu repertoire muzik yang cukup membanggakan. Benar kata orang “Plan B” selalunya lebih berhasil berbanding plan asal dan Too Phat membuktikannya menerusi album ini.

Dengarkan di: Spotify, Apple Music

OAG – SATELIT INK.
Album berbahasa Malaysia penuh daripada kugiran ini menampilkan sisi personal Radhi dan rakan-rakan dalam bermuzik. Single “NowWhy2” dan “Akustatik” mencipta momen tersendiri selain beberapa lagu hebat lain seperti “Stereomonoku”dan “Anjelik” yang cukup kental identiti muzik kugiran ini.

Dengarkan di: Spotify, Apple Music

M.NASIR – CANGGUNG MENDONAN
“Mentera Semerah Padi”, “Tanya Sama Itu Hud-Hud”, “Sentuhan Listrikmu”, “Bukalah Hatimu”, “Ada” antara hits malar segar M.Nasir sepanjang kariernya ada di album “Canggung Mendonan”. Baru sahaja diedarkan secara digital oleh pihak BMG Pacific – hampir kesemua album solo M.Nasir kini boleh didengarkan secara digital sekarang.

Dengarkan di: Spotify, Apple Music, JOOX, KKBOX

#PerspektifMuzik, #RetrospektifMuzik, Highlight,

Menyingkap Kedewasaan Pop Terbaik Sepanjang 80-an

 

Pioneer muzik di era 80-an  merangka nuansa Pop dalam cara yang tersendiri merangkum pengaruh barat dalam citarasa muzik lokal dengan cukup cemerlang.


Akhiran ini saya banyak mendengar kembali album-album Pop khususnya yang diterbitkan di era 80-an. Daripada Pop Anita Sarawak, R&B Mazlan Hamzah sehinggalah Balada Ramlah Ram yang meruntun jiwa. Menarik sekali pola muzik Pop di era tersebut, tidak banyak bakat seperti hari ini tetapi semua yang ada memiliki kualiti yang cukup baik sekali.

Komposer seperti Fauzi Marzuki, Johan Nawawi, Adnan Abu Hassan, Jenny Chin, Mazlan Hamzah, Azman Abu Hassan dan Michel Veerapan antara nama yang dominan mencipta karya-karya Pop yang cukup cemerlang sehingga hari ini yang menghasilkan album-album hebat Sheila Majid, Azlina Aziz, Khadijah Ibrahim sehinggalah bakat-bakar rare seperti Fameiza dan Fairuz Hussein.

Saya juga kembali mendengarkan beberapa album-album Sudirman yang kebanyakannya diproduksi S.Atan yang jiwanya cukup kental nasionalisme dengan penulisan lirik yang banyak bercerita tentang kehidupan seharian sebagai manusia umumnya. Unik sekali meneliti karya-karya Sudirman terutama dalam album seperti Lagu Dari Kota.

Untuk entri kali ini saya ingin menyingkap kembali memori Pop 80-an dengan ulasan ringkas beberapa album yang saya kira cukup hebat sekali penghasilannya di era tersebut – baik daripada segi produksi, penciptaan melodi sehinggalah bakat luar biasa penyanyi-penyanyinya.

FAIRUZ HUSSEIN – KALI PERTAMA (1987)

Produser: Adnan Abu Hassan

Lagu Kali Pertama yang ditulis Adnan Abu menerusi album ini sahaja sudah mampu menawan sesiapa sahaja yang mendengarnya kali pertama ketika album ini diterbitkan. Dengan pola vokal yang besar dan feel dalam nyanyian yang baik terutama dalam trak seperti Ku Menyintaimu (Johan Nawawi) dan Lembayung Sepi (Azman Abu Hassan) membuatkan album ini antara yang terpenting sepanjang eranya sehingga hari ini.

SHEILA MAJID – EMOSI (1986)

Produser: Roslan Aziz

Sebagai peminat tegar Sheila saya boleh mendengar Emosi bila-bila masa. Album ini cukup sempurna serba serbi. Pemilihan lagu-lagu yang cukup moden dengan feel urban dan persembahan cemerlang Sheila. Saya meletakkan Emosi antara album penting Sheila dengan rangkaian lagu malar segar seperti Sinaran, Antara Anyer & Jakarta, Di Dalam Emosi Ini, Fikirkan Dulu dan Tua Sebelum Waktu.

MAZLAN HAMZAH – REFLEKSI (1987)

Produser: Boon

Selain hit Aku Cinta Padamu saya paling sukakan groove dalam lagu seperti Beri Setengah Saja (Odie Agam) actually lagu ini juga pernah dirakam oleh Utha Likumahuwa, saya tidak begitu pasti siapa yang asal menyanyikan lagu ini. Jika mengikut selidikan saya, versi Utha Likumahuwa dimuatkan dalam album kompilasi Odie Agam berjudul Beri ½ Saja yang diedarkan pada tahun 1988.

ANITA SARAWAK – ASMARA (1989)

Produser: Fauzi Marzuki

Album ini cukup solid sebagai sebuah naskhah Pop yang cemerlang. Ada balada, mid-tempo pop, ada joget. Saya suka simplicity yang ada dalam album ini. Lagu-lagunya bukan naskhah berat tetapi tidak juga terlalu ringan sehingga mudah dilupakan. Akhirnya Kini Pasti sehingga hari ini menjadi antara lagu yang masih diulang dnegar.

SALAMIAH HASSAN – MENGHITUNG HARI (1987)

Produser: Freddie Fernandez

Album ini antara album penting membawa nama Salamiah Hassan ke persada popular dengan rangkaian hits seperti Menghitung Hari, Aku Curiga dan all time favourite saya Cintamu Mengatasi Segalanya serta duet bersama Atilia berjudul Kadangkala. Album yang diterbitkan Freddie Fernandez dengan bantuan Aubrey Suwito ini menjadikan album ini antara yang cukup menyerlah sepanjang era 80-an.

AZMAN ABU HASSAN – AZMAN (1987)

Produser: Jenny Chin

Antara album yang saya harapkan dapat dipasarkan semula dalam bentuk CD. Pertama kali diedarkan dalam bentuk kaset pada tahun 1987 dan kemudia diterbitkan dalam bentuk LP. Ini merupakan satu-satunya album solo Azman setelah fasa Azman & Nina pada pertengahan 80-an. Antara lagu terbaik album ini Aku Hanya Pengganti, Perasaanku dan Antara Kita.

KHADIJAH IBRAHIM – KUPENDAM SEBUAH DUKA (1987)

Produser: Adnan Abu Hassan

Kuingin Lari antara muzik dengan signature Pop Adnan Abu Hassan yangmeneruskan lagu karya-karya hebatnya. Saya sukakan Adnan Abu Hassan yang begini (sebelum fasa Siti) yang lebih moden dan urban. Album ini antara album Khadijah yang cukup solid penghasilannya. Lagu ciptaan Fauzi Marzuki berjudul Terimalah Kenyataan antara all-time favourite saya.

M.NASIR – SOLO (1989)

Produser: M.Nasir

Mustika saya kira lagu paling romantis yang pernah dicipta sifu M.Nasir – lagu begini menurut saya timeless dan evergreen selain Ratnaku yang dicipta buat Roy. Album solo kedua M.Nasir selepas era gemilang Kembara membebaskan M.Nasir dengan segala eksperimentasi muzik yang lebih luas dan bebas buatnya. Selain Mustika saya paling sukakan pola penciptaan Falsafah Cinta dan Rajawali Terbang Tinggi yang begitu M.Nasir sekali sifatnya.

FREEDOM – MULANYA DI SINI (1987)

Produser: Goh Boon Hoe

Album ini sejujurnya album yang cukup fun sekali untuk dinikmati. Lagu-lagu seperti Persamaan, Si Minah Blues dan all time hits Mulanya Di Sini cukup seronok didengar. Album ini turut menyenaraikan balada yang bagus seperti Jauh Dirindu yang dipersembahkan dengan cukup cemerlang sekali.