
Juicy Luicy berawal karier sekitar tahun 2015 dengan nuansa Pop mid tempo “Aku Cinta Dia Yang Cinta Pacarnya” dengan all that sax Pop JL tidaklah begitu berjaya memikat pasaran muzik Indonesia ketika itu.
Sehinggalah tahun lalu mereka tampil booming sekali dengan rilis “Tanpa Tergesa” yang berhasil mendapat jumlah strim lebih 30 Juta di Spotify dan sehingga hari ini masih kekal di carta teratas Billboard Indonesia.
Setelah kejayaan “Tanpa Tergesa” mereka tidak membuang banyak masa untuk merilis “Mawar Jingga” yang begitu melankolis sekali hasilnya di bawah produksi muzik Ari Renaldi, lagu itu begitu membuai rasa dengan feel yang begitu mengasyikan.
Dan minggu sudah setelah hampir lima single dihasilkan, mereka mengeluarkan EP perdana yang diberi judul “Sentimental: Side A” yang berisi 5 lagu sebelum 5 lagu dirilis sebagai melengkapkan album penuh mereka.
Sentimental: Side A dibikin dengan perasaaan.
Melewati EP saya benar-benar terlarut dalam persembahan muzik berkualiti yang mereka hasilkan. Biar yang masih dijual adalah idea balada, namun mereka bijak bergerak sebagai sebuah gerakan Pop yang tampil dengan revolusi dalam membuah ilham Balada yang berkelas.
EP ini dibuka sengan cemerlang string “Dibalik Layar” komposisi Ben Sihombing dan Denis Ligia. Seawal bait “Hapus semua bedakmu…” sudah mencipta satu perasaan yang cukup baik dalam menikmati lagu ini.
Dan perasaan yang indah ini diteruskan dengan kelembutan melodi “Tak Terbaca” yang terisi feel serupa “Tanpa Tergesa” . Lagu begini saya kira cukup mudah menangkap perasaan pendengar dalam jalinan cerita kecewa cinta anak muda remaja.

Saya lebih terbuai dengan “Terlalu Tinggi” yang tidak salah jika boleh disifatkan sebagai rilis terbaik mereka sepanjang berkarier. Lagu ini tampil dalam pesona melodi yang cukup baik dengan transisi verse ke korus yang mengkhayalkan disambut puitis liriknya.
Saya kira kekuatan sebenar Juicy Luicy selain penghasilan melodi yang membuai adalah kerana baiknya alunan vokal Julian yang melepas nyanyiannya dengan begitu bersahaja tanpa terlalu melebih-lebih.
Album ini ditutup dengan dua single awal “Mawar Jingga” dan “Tanpa Tergesa” yang pastinya sudah lebih awal memikat penggemar muzik mereka.
Mendengar EP “Sentimental: Side A” ini membuatkan saya fikir dalam keterujaan ramai anak muda menghasilkan muzik berevolusi dengan efek khusus, mereka terlupa teras dalam penciptaan lagu itu adaah melodi yang baik. Dan “Juicy Luicy” menerusi EP ini telah membuktikan teras melodi itu adalah kekuatan untuk sesebuah lagu yang dihasilkan.
9/10
ARTIKEL BERKAITAN
Menyelisik Perasaan Adrian Khalif Menerusi EP “Feelings Under Construction”