
Usai fasa kolaborasi AIR (Afgan, Isyana & Rend) dengan single yang begitu booming “Heaven” dan “Feel So Right” – Isyana tidak membuang masa dalam meneruskan momentum rencana karier muziknya dan kembali ligat dengan dua single terbaru.
Apa yang lebih istimewa tentang projek terbaru Isyana ini adalah dia mengambalikan sisi muzik klasikal yang menjadi kekuatan penghibur ini yang berawal cukup Pop dengan lagu hitsnya “Keep Being You” yang beredar 2014.
Setelah tampil dengan single “Untuk Hati Yang Terluka” beberapa minggu lalu, Isyana hari ini menghadirkan lagu terbarunya “ragu Semesta” yang tampil dalam pesona yang menghibakan.
“ragu Semesta” menzahirkan sisi melankolik Isyana dalam pautan muzik klasikal yang dimodenkan dalam perasaan penyampaiannya. Disulam hebat kemasan muzik yang melaung produksi muzik yang berkualiti, lagu ini meninggikan standard muzik Isyana sebagai penyanyi juga komposer muzik yang serius.
Bercerita tentang isi lagu ini menurut posting Instagram Isyana menulis – “Jangan biarkan hidup kita terperangkap dalam kisah-kisah tak bermakna, biarkan jalan hidup kita mengalir mengikuti takdirnya, ikuti terus kemana arus membawamu, tetap tenangkan jiwamu, yakinkan diri bila takdir dapat membuka jalan untuk dipersatukan, bahkan bila tidak di hari ini mungkin di kehidupan yang akan datang.”
Lagu ini dikemas sempurna susunan string Kenan Loui Widjaja yang turut mengepalai produksi muzik lagu terbaru Isyana ini. “ragu Semesta” hadir sebagai sebuah lagu yang memberi satu fasa berbeza karier Isyana yang sering tampil dalam pesona Pop R&B.
8.6/10
ARTIKEL BERKAITAN
Poetic, Romantisme & Melankolik “Juicy Luicy” Di EP “Sentimental: Side A”