
menampilkan produser hebat seperti irwan simanjuntak, ifa fachir dan andi rianto antaranya.
Untuk kekal relevan dalam pasaran muzik semasa lebih 2 Dekad itu sesuatu yang magikal untuk seorang insan seni. Menghasilkan karya yang senang diterima generasi berbeza itu menuntut kreativiti dan kerja keras yang seutuhnya.
Dan daripada ramai-ramai soloist seberang yang berjaya untuk kekal relevan, Glenn Fredly satu daripadanya yang masih dikagumi, masih dinanti apa lagi yang mah dihasilkan untuk penggemar sedia ada dan pada masa yang sama memikat pendengar baru.
Lebih 9 album penuh pernah dihasilkan dalam jaluran Pop semasa yang sentiasa menuntut ilham-ilham baru dan segar, Glenn belum lagi gagal dalam membuat kita suka padanya.
“Tandamata” lagu yang beredar di tahun 2016 saya kira tanda aras muzik Pop Glenn berada di rendisi berbeza. Dan di tahun ini sahaja dia kembali mempesona dengan kolaborasi khusus bersama Tulus dan Yovie menerusi lagu “Adu Rayu” yang saya kira sebagai sebuah naskhah Pop genius tahun ini.
Meneruskan destinasi muzik yang nampaknya belum lagi mahu berhujung, Glenn tampil dengan sebuah album terkininya berjudul “Romansa Ke Masa Depan” lengkap 14 trak keseluruhannya dalam pesona vokal, melodi dan kemasan muzik yang membuai.
Album ini dibuka dengan lagu yang mengambil judul album ini dalam sentuhan muzik 80’s yang disegarkan dengan susunan muzik yang cukup baik sekali oleh Irwan Simanjuntak. Feel Glann dalam melodi lagu ini menyatu sangat-sangat sempurna. This new Glenn saya kira semakin melekakan pendengaran.
“Coklat” dan “Apa Khabarmu Nona” tampil lebih lembut. Namun saya lebih terbuai dengan “Selesai” yang begitu Glenn sekali sifat muzikalnya. Korusnya terlalu sedap dan meresap dengan perasaan yang membuai-buai.
Bait “Kangen kamu, sungguh hati bicara, Aku kangen kamu meski jauh…” Dilantun penuh rasa yang menyeluruh sekali dengan lirik yang disempurnakan bait “Rasa ini tak pernah selesai…”
“Stasiun Bundara Hi” dan “Gara-Gara Kamu” tidak begitu terkesan di pendengaran pertama tetapi masih menarik untuk didengar. Saya kembali bernostalgia bersama muzik Glenn di lagu “Rona” yang meneruskan pesona “Romansa Ke Masa Depan” dan “Selesai” – feel 80’s yang diilhamkan begitu segar sekali.
Saya sukakan suara-suara halus Glenn yang menjadi ciri khas nyanyiannya menerusi lagu ini.
Album diteruskan dalam perjalanan perasaan yang semakin baik di setiap trak yang seterusnya. Lagu-lagu seperti “Orang Biasa” dan “Pulang Kampung” bergerak cukup humanis sekali dengan lirik yang disusun dalam melodi nostalgik.
“Kembali Ke Awal” mengembalikan sisi big ballad Glenn yang meruntun. Lagu-lagu begini bukan lagi hal sukar untuk kita semakin senang mendengar album ini. Terlalu asyik sekali mendengarkan lagu yang cukup romantis diproduksi Ifa Fachir.
Album ini berisi signature muzik Glenn yang dimodenkan dengan feel semasa. Lagu seperti “Perempuanku” begitu Glenn sekali sifatnya mengingatkan saya pada lagu seperti “Kau” dan “Mobil Mama”.
Glenn cemerlang dalam menghasilkan sebuah album Pop yang bukan calang-calang hasilnya. Lagu seperti “Cokelat” antara yang cukup tinggi citarasa muziknya.
Saya bukan penggemar album panjang dengan 12 atau 13 lagu di dalamnya kerana bagi saya sebuah album penuh cukup sekadar 8 lagu dengan pengisian yang solid. Namun Glenn membuat perjalan panjang selama 58 minit menghayati album ini dengan cukup personal dan berbaloi sekali.
Lagu Terbaik: Selesai, Kembali Ke Awal, Romansa Ke Masa Depan, Perempuanku & Rona
8.5/10
ARTIKEL BERKAITAN
Siap Membuat Kita Jatuh Cinta Lagi, H!V! Tampil Album Ketiga Berjudul “Ceritera”