
Kali terakhir muncul dengan album penuh berjudul “Aspirasi Hati”, Ramlah Ram hadir dalam ilham Pop semasa “Sesaat Kau Datang”. Biar lari dari jaluran muzik Baladanya sebagai single perdana album tersebut tetap meriah dengan airplay yang tinggi.
Kolaborasi bersama Sleeq itu tidak menjadi satu-satunya langkah Ramlah Ram untuk kekal relevan dengan pasaran muzik semasa ketika itu. Sebuah lagi kolaborasi Hip-Hop bersama Caprice menerusi lagu berjudul “5 Minit” menjadi sebuah lagi lagu yang agak booming ketika itu.
Setelah itu di tahun 2012 seterusnya kelibatnya semakin kurang di pasaran mainstream. Namun lagu-lagu malar segarnya seperti “Diam-Diam Jatuh Cinta”, “Ketentuan” dan “Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu” masih berlegar di radio tempatan.
Terkini Ramlah Ram tampil dengan single Balada kerohanian berjudul “Masar Cinta”
Lagu yang dicipta sendiri Ramlah Ram bersama Allahyarham ID Mifzal dan puitis lirik Ismi Rusli menyerlahkan pesona vokalnya dalam melantunkan lagu dalam genre yang menjadi modal cari makannya sejak berawal berkarier dalam muzik.
Keistimewaan lagu ini saya kira benar-benar terletak pada bait lirik yang menyatu sungguh indah dalam komposisi melodinya. Peringkat tertinggi dalam rendahnya hati seorang hamba kepada pencipta-Nya.
“Jika kutagih cinta-Mu kembali
Tak sedikit Kau halangi aku
Malah terbentang luas
Jalan cinta-Mu padaku.”
Dan segala bentuk penyerahan jiwa ini diteruskan lagi dalam korus keduanya
“Tatap wajahku ini kekasih,
Penuh sesalan aku merintih
Salutilah tubuhku
Dengan cahaya bahagia abadi.”
Saya tidak pasti bila kali terakhir saya begitu terkesan dengan penulisan lirik dalam sesebuah lagu yang tidak hanya menjual melodi yang besar sifatnya tetapi lompong penigisian. Namun “Masar Cinta” membuat saya betul-betul terlarut dalam cerita, dalam pemilihan kata-katanya.
Keseluruhan lagu ini saya kira dibikin fair – untuk seorang Ramlah Ram yang berusi 54 Tahun, lagunya tidak terlalu bingit dan nyaring. Melodi dan produksi muziknya sangat kemas untuk sebuah balada. Dan ya saya tidak sabar menanti nyanyian live-nya untuk single ini.
8/10
ARTIKEL BERKAITAN