Review, Terkini,

Suehaila Tampil Melankolis Di Single Perdananya “Sad Blue Eyes”

Lagu: Sad Blue Eyes
Artis: Suehaila
Komposer / Lirik: Tengku Suhaila

Sebulan dua ini saya banyak mendengar Sivia Azizah, bakat R&B seberang yang hadir cukup cemerlang dengan debut “Love Spells” yang hadir cukup soulful (Sila dengar jika belum) dan dalam melewati persembahan penuh jiwa Sivia saya berkata dalam hati kita ada NJWA dan siapa lagi ya?

Pendengaran saya teralih pada seorang lagi bakat Soulful R&B bernama Suehaila yang baru siap merilis single perdananya “Sad Blue Eyes” yang membuka indera penderangan saya dengan segala kelembutan yang dia miliki dalam persembahan serba cukup rasanya.

“Sad Blue Eyes” hasil ciptaan sepenuhnya Suehaila dengan mengambil ilham R&B dan Soul. Penghasilan melodinya terhasil cukup baik dalam ilham kebanyakan penyanyi Soul global hari ini. Mungkin tidak salah jika saya nyatakan pengaruh muziknya datang dari Snoh Aalegra, Umi dan H.E.R kerana ada pengaruhnya di lagu ini.

Saya sangat sukakan kraf vokal Suehaila di lagu ini, persembahannya sederhana tetapi cukup rasanya untuk buat kita melekat melayari perasaan dalam penyampaiannya. Suehaila saya kira boleh saja over do her singing kalau dia hanya mahu show off her vocal ability tetapi semuanya dijaga dan terjaga sebaiknya tanpa melebih-lebih.

Mendengar Suehaila sekali lagi mengingatkan saya pada Sivia. Dan buat saya berfikir lagi mengapa ya jika di Indonesia muzik begini diterima terbuka tetapi di sini terlalu sukar menembus pasaran mainstream? Lihatlah bagaimana penerimaan orang kita pada NJWA contohnya.

Dan setelah juga mengamati Sivia sekali lagi saya kira mungkin kerana jurang bahasa yang membuatkan pendengar kita terasa agak jauh dengan bakat muzik begini. Kesemua lagu di album Sivia mengambil judul bahasa Inggeris tetapi liriknya berbahasa Indonesia.

Selepas mendengar “Sad Blue Eyes” saya ada harapan besar pada bakat ini untuk relevan di pasaran mainstream kerana apa yang dipersembahkan adalah sesuatu yang meninggikan standard Pop tempatan dengan citarasa muzik yang sangat baik pastinya.

Semoga jalan Suehaila bakal panjang di pasaran muzik tempatan kerana kita perlu lebih banyak bakat begini di lapangan komersil dan semoga juga dia boleh hasilkan lebih lagu berbahasa Malaysia selepas ini. 

7/10


ARTIKEL BERKAITAN

Sivia Menemukan The One Lewat Single “Are You My Valentine?”

Highlight, Review, Terkini,

Maliq & d’Essentials Merayakan Kembara Bermuzik Dengan Penghasilan Album Ke-8

Maliq & d’Essentials antara geraka Pop Indonesi yang cukup penting ketika mereka lahir di sekitar tahun 2004. Dengan nuansa Jazz melatari album yang diberi judul “1st” dengan single seperti “Untitled”, “Kangen” dan kolaborasi bersama Camelia menerusi hits “Sampai Kapan”.

Setelah itu mereka menjadi satu pertaruhan Pop Indonesia yang sangat dinanti apa lagi yang bakal diisi dalam kalendar bermuzik mereka. Maka lahirlah album seperti “Free Your Mind”, “Mata Hati Telinga” dan “Beautiful Life” dalam ilham nada serupa dengan rantaian hits yang cukup hebat impaknya.

Meneruskan perjalan bermuzik tanpa mahu terikat dengan idea serupa, “Sriwedari” (2013) muncul sebagai sebuah album dengan sentuhan muzik cukup berbeza. Grup ini mengeksplorasi Jazz dengan elemen fusion 70’s Jazz, Retro dan City Pop.

Maka terlahirlah hits seperti “Setapak Sriwedari”, “Dunia Sekitar” dan the brand new Dangdut menerus lagu “Drama Romantika”. Perubahan muzik mereka tidak langsung memperlahankan getaran buat penggemar mereka teruja menikmati pengamalam muzik yang baru ini.

“Musik Pop” menyusul dengan lebih interesting, kolaborasi bersama Jazz maestro Indra Lesmana memercik satu rasa yang di luar kebiasaan kita menikmati muzik Indonesia. Secara peribadi saya meletekkan album ini sebagai album terbaik mereka sehingga hari ini.

Terakhir muncul dengan album penuh pada tahun 2017 dengan judul “Senandung Senandika”  – Maliq & d’Essentials kembali menawan pendengaran peminat muzik di tahun 2019 dengan single terbaik mereka setakat ini berjudul “Senja Teduh Pelita”.

“Raya” pertaruhan terbaru grup Pop ini dengan sebagai sebuah transisi muzik yang lebih menyenangkan, melekakan. A perfect album for Sunday menurut saya.

“Bertemu” membuka “Raya” sebagai sebuah siren bahawa percaturan muzik mereka kali ini terhasil lebih tenang, lembut dalam melodi yang cukup membuai. “Bertemu” itu sendiri mengambil ilham Motown yang saya kira terbentuk daripada pengalaman bermuzik mereka.

“Memori” mengembalikan ingatan saya pada beberapa lagu awal mereka di album “Mata Hati Telinga” dan “Beautiful Life” misalnya. Korus lagu ini datang dengan hook yang cukup memeikat dan ya this is definitely a repeat mode song sebelum sempat saya ke lagu seterusnya “Bilang”.

“Bilang” membuat saya semakin gila dengan album ini. Intro nya sahaj sudah membawa saya ke zaman di mana Marvin Gaye dan Diana Ross. Lagu ini terhasil cukup dalam sebuah pesona yang membuat saya melayang. Feel dan vibe nya lagu ini terlalu hebat.

Album ini bergerak dalam satu sifat muzik yang begitu Maliq sekali penghasilannya. Dominasi muzik mereka yang datang dalam pengaruh Motown menerusi album ini diadun baik dalam jiwa Indonesia yang cukup kuat sekali. Lantas menciptakan originality yang tersendiri.

Album ini saya kira sebuah lagi penghasilan yang akan sentiasa dinikmati penggemar Maliq dan tentu saja mampu menjadi rujukan terbaik pemuzik pelapis di masa akan datang.

9/10


ARTIKEL BERKAITAN

Pesona Bintang Nan “SATU” Ruth Sahanaya Menerusi Kolaborasi Komposisi LaleIlmanNino

Review, Terkini,

Sal Priadi Tampil Santai Lewat Single “Serta Mulia”

Lagu: Serta Mulia
Artis: Sal Priadi
Komposer / Lirik: Sak Priadi
Produser: Mahatamtama Arya Ardinegara

Sal Priadi sosok soloist seberang yang mencuri perhatian pendengaran nusantara dengan karya puitis yang sarat emosi menerusi album perdananya “Berhati” yang berlegar tahun lalu mengubah landskap muziknya dengan persembahan serba sederhana menerusi single terbarunya “Serta Mulia”.

Sempat mengedarkan dua single di luar album “Berhati” dengan judul “Irama Laot Teduh” dan “Misteri Minggu Pagi”, Sal Priadi memberi siren buat pendengarnya bahawa percaturan berikutnya ternyata datang dengan sound berbeza tetapi masih meraikan kreativitinya sebagai pemuzik.

“Serta Mulia” hadir dalam penulisan lirik yang lebih ringan dalam meraikan perasaan kasih dan sayang dalam perhubungan. Hal-hal bahagia dalam perhubungan yang jelas dalam bait penulisan “Penuh senang kan ya, jalani ini bersamaku…”  dan outro nya “Sekarang dan milyar-milyar, Juta-juta ratus tahun lagi, Ulangi Tahun yang Penuh bahagia bersamaku…”

Lagu ini mengingatkan saya pada beberapa ilham lagu-lagu Sheila On 7, project Pop dan album perdana Budi Do Re Mi yang memiliki konsep muzik dan penulisan lirik witty begini. Hal-hal yang sentiasa ada dalam pasaran muzik Indonesia.

Sal Priadi saya kira bakal menjadi sebuah lagi sejarah penting pasaran muzik Indonesia yang akan sentiasa dinikmati muziknya.

7.6/10


ARTIKEL BERKAITAN

RAN Meramu Kembali Nada “Orang Yang Paling Ku Benci”

Highlight, Review, Terkini,

Pesona Bintang Nan “SATU” Ruth Sahanaya Menerusi Kolaborasi Komposisi LaleIlmanNino

Lagu: SATU
Artis: Ruth Sahanaya
Komposer / Lirik: LaleIlmanNino
Produser: LaleIlmanNino

Lama sebetulnya setelah kali terakhir Ruth Sahanaya mewarnai pasaran muzik nusantara dengan lagu barunya. “Rinduku” sebuah album Jazz menjadi pertaruhan terakhirnya pada tahun 2018 yang terhasil dalam sebuah pengalaman rakaman muzik yang cukup dewasa sekali.

Biar tidak aktif menghasilkan lagu baru Ruth Sahanaya atau senang bergelar Mama Uthe di kalangan penggemarnya kerap muncul di persembahan pentas juga televisyen. Dan lagu-lagu malar segarnya sentiasa dimainkan sehingga hari ini.

Bulan lalu saat LeleIlmanNino berkongsi gambar di Instagram mereka bersama mama Uthe, ia sudah memberi perkhabaran gembira buat saya sebagai peminat setianya.

LaleIlmanNino yang cukup dikenali dengan ilham City Pop dan Retro dalam rangkaian produksi muzik mereka seperti Serenata Jiwa Lara, Chrisye dan Sayang antaranya mencipta satu kosmik Pop yang segar buat pasaran muzik Indonesia sekali gus menjadi mereka antara producer on demand hari ini.

Momentum Pop LaleIlmanNino menyatu baik dengan groove Ruth Sahanaya

Bersama Ruth Sahanaya mereka menghasilkan “SATU” sebuah fast number yang cukup cocok dengan karakter mama Uthe sebagai penghibur legenda yang cukup dikenali dengan vibe serupa di lagu “Amburadul”, “Astaga”, “Bawa Daku Pergi”, “Jangan Buang Waktu” dan “Ku Ingin” antaranya.

“SATU” terhasil sebagai sebuah kelangsungan Pop Ruth Sahanaya yang tidak sukar buat penggemarnya enjoy dengan lagu ini. Cukup fun namun matang dalam sebuah produksi muzik yang baik.

Mendengar lagu ini sekali membuatkan saya mengulang dengar berkali-kali menikmati keseronokan menikmati sebuah kolaborasi yang cukup dinantikan ini. All those synth, groove menyatu sempurnah dengan persembahan vokal Ruth Sahanaya.

Lagu-lagu dengan mood begini sebetulnya akan membuatkan kita sangat enjoy di versi live performance mama Uthe. Jika anda pernah menonton persembahan live diva ini anda pasti faham apa yang saya maksudkan.

At this point saya kira Ruth Sahanaya akan mencuri perhatian pendengar baru di kalangan anak muda sekali gus membesarkan skala penggemarnya dengan cemerlang sekali. Definitely one of the best dari trio LaleIlmanNino.

9.8/10


ARTIKEL BERKAITAN

Mengenali Si Manis Idgitaf Dalam Persembahan Lembut Melekakan

#RetrospektifMuzik, Highlight, Review, Terkini,

Sarimah – From Screen to Pop Sensation, Sebuah Perspektif Pop One Hit Wonder

Album: Sarimah (2001)
Artis: Sarimah
Produser: Davor Zagar / Dubravko Siskic / Ahmad Izham Omar / Paul Moss

“Kini Kau Tiada” ketika diedarkan 20 tahun lalu membuka mata ramai pengikut muzik tempatan dengan determination pengacara TV yang cukup popular ketika itu untuk merakamkan album, ya album bukan single.

Pertaruhan Positive Tone ketika itu sangat berani keluar dengan produk yang diluar kotak komersil pasaran muzik tempatan melahirkan debut “Sarimah” dengan pesona Pop star dalam feel R&B yang diambil daripada pengaruh muzik TLC, Nelly Furtado, Usher ketika itu.

Maka lahirlah “Kini Kau Tiada” atau versi Inggerisnya “Now That You’re Gone” yang cukup promising ketika ia diedarkan. Banyak mata melihat, memberi perhatian dengan bakat nyanyiannya.

Lagu ini ketika hadir cukup complete dengan pakej muzik video yang terhasil mewah sehebat muzik video antarabangsa. Sebuah pertaruhan yang cukup baik untuk kita enjoy muzik Sarimah dengan menutup canggungnya nyanyian studionya.

“Dia” antara lagu yang ada melodi yang baik sekali pun sebetulnya saya lebih enjoy dengan kemasan suara latar Lady D, Pot dan Lah di lagu ini berbanding vokal Sarimah itu sendiri. But after kita pun tahu dan dia pun tahu Sarimah bukanlah seorang penyanyi.

Album ini sebetulnya tidaklah teruk ada beberapa lagu di album ini yang saya kira begitu baik penghasilannya. “Ku Pun Rindu” dan “You Told Me” antara lagu yang datang dengan feel R&B yang baik.

Percubaan Sarimah di album ini sebetulnya sesuatu yang cukup menarik untuk didengar kembali biar setelah 20 tahun ia diedarkan. “Damai” masih masih lagi menjadi lagu yang menyenangkan untuk kita layan.

Saya menulis kembali tentang album ini sambil membaca review tulisan Saniboey, isu Februari 2002 majalah Sentiasa Manja dan tergelak sendiri. Antara yang menarik dalam penulisannya “Malas saya nak cakap tentang vokal Sarimah yang tak bagus langsung dalam lagu ini.” Merujuk lagu “Dia”

“What’s up with the poetry? I dont know.” – Merujuk trak terakhir berjudul “Sampai” sebuah deklamasi puisi A. Wahab Ali.

But after all, it’s a fun album to listen. Sarimah setidaknya lari dari kepompong muzik Melayu yang sama dan membosankan. Dan setidaknya sehingga hari ini”Kini Kau Tiada” masih menjadi naskhah Pop yang cemerlang dan malar segar.

Album ini menampikan tenaga kerja seperti Ahmad Izham Omar, Paul Moss, Pot Amir, Lady D, Illegal yang bekerja di belakang tabir album ini. Kesemua lagu di album Sarimah ini boleh anda nikmati di saluran YouTube Getaran Nostalgia.

Dan oh ya, jangan lupa menerusi album ini juga Sarimah diangkat sebagai Artis Baru Terbaik Anugerah Industri Muzik. Amazing kan!


ARTIKEL BERKAITAN

#RetrospektifMuzik Bagaikan Puteri – Sebuah Wakilan Suara Moden 90-an

Highlight, Review, Terkini,

Mengenali Si Manis Idgitaf Dalam Persembahan Lembut Melekakan

Lagu: Terpikat Senyummu
Artis: Idgitaf
Komposer / Lirik: Burigita Sriulima Beru Meliala
Produser: Idgitaf

Lewat hujung tahun lalu pasaran muzik Indonesia diperkenalkan dengan bakat-bakat baru yang cukup menarik untuk diberi perhatian akan persembahan muzik mereka yang cukup membanggakan.

Dua nama yang begitu menarik perhatian saya adalah Dere yang cukup booming dengan single “Kota” dan baru-baru ini hadir dengan single terbarunya “Tanya” yang kedua-duanya hasil kolaborasi bersama Tulus.

Dan seorang lagi bakat muda yang cukup menarik untuk dikongsi bersama anda adalah persona yang memperkenalkan dirinya sebagai Idgitaf yang mengendong ilham Akustik Pop dalam cerita penuh humanisme.

Berawal dengan single “Hal Indah Butuh Waktu Untuk Datang” yang beredar Disember tahun lalu, Idgitaf menawan pendengaran pasaran muzik Indonesia dengan kelembutan bermuzik yang dipersembahkan.

“Hal Indah Butuh Waktu Untuk Datang” tidak hanya hadir dengan melodi lembut yang terhasil dengan hook tersendiri, namun ia lengkap dengan penulisan lirik yang cukup meraikan kepelbagaian kita sebagai manusia.

Hal-hal indah di lagu tersebut diteruskan Idgitaf dengan sebuah lagi single yang meneruskan ilham Pop Akustinya di lagu terbaru berudul “Terpikat Senyummu”.

Lagu ini saya kira begitu mudah menarik pendengaran, tanpa perlu memaksa pendengar larut dalam kesederhanaan Idgitaf yang dalam alunan lembutnya.

“Terpikat Senyummu” membawa cerita patah hati dalam satu persembahan lirik yang cukup positif, empowering self emotion dengan sangat baik sekali. Bait-bait lirik ini cukup menarik dihayati Tak mau lagi aku Terpikat senyummu yang memabukkanku…”

Lagu ini benar-benar mengingatkan saya pada karya awal Tulus seperti “Sewindu” yang hadir dalam pesona bermuzik yang cukup sederhana tetapi cukup menangkap perasaan.

Idgitaf saya kira menjadi bakat muda yang akan terus dinantikan karya-karyanya di masa mendatang. Dan di saat baru beberapa bulan dia memperkenalkan diri di lapangan komersil ini saya sudah boleh letakkan dia antara yang paling menarik untuk dinikmati muziknya.

9/10


Persembahan Cinta Mikha Angelo Menerusi “Lover”

Review, Terkini,

Timbang Tara Muzik Kmy Kmo & Luca Sickta Dalam Persembahan Bersama Jamal Abdillah Menerusi “Neraca”

Lagu: Neraca
Artis: Kmy Kmo / Luca Sickta / Jamal Abdillah
Komposer / Lirik: Kmy Kmo / Luca Sickta
Produser: Kmy Kmo / Luca Sickta

Kmy Kmo & Luca Sickta dua nama pelapis rapper tempatan yang semakin on demand dalam pasaran muzik tempatan hari ini sudah menghadirkan beberapa single kolaborasi mereka berdua Bersama nama besar seperti M.Nasir dan Siti Nurhaliza.

Single “Zuhud” dan “7 Nasihat” saya kira sudah meletakkan nama mereka di radar popular muzik hari ini. Semua sudah sedia maklum kiranya dengan keberadaan dua anak muda ini sebagai pemuzik pelapis.

Usai kejayaan “7 Nasihat” dan “Zuhud” mereka terus berkarya dalam sebuah lagi lagu yang mengambil ilham muzik yang menjadi signature mereka dalam dua single awal yang sangat booming itu.

Terhasil dengan kolaborasi Bersama Jamal Abdillah – Kmy Kmo dan Luca Sickta hadir dengan single terkini berjudul “Neraca” yang mengambil ilham Hip-hop dalam adunan muzik timur tengah yang sedikit sebanyak terilham dari “Ghazal Untuk Rabiah” – Mungkin.

Paduan dua anak muda ini dalam penulisan lirik yang puitis dengan rima yang begitu baik susunan katanya menjadi kekuatan Kmy Kmo dan Luca Sickta.

Bait seperti “Bersantun nan sehaya, Terlukanya si cahaya.” Saya sifatkan sebagai penulisan yang cukup matang untuk sebuah teks Hip-Hop.

Sebagai penulis, saya kira mereka sangat detail dalam persembahan sebuah cerita manusiawi. Pemilihan kata-kata dalam susunan teks lirik mereka sangat kemas dan menarik untuk dihayati, difahami.

Namun melodi di lagu ini bukanlah datang dengan idea baru. Mendengarkan Luca Sickta dan Kmy Kmo di 3 single yang sudah dirilis membuatkan saya tidak boleh memadamkan ingatan pada Too Phat, Ahli Fiqir atau mungkin Salammusik.

Memanipulasi irama Melayu, Nusantara, Fusion dalam dominasi Hip-Hop itu hal yang sudah dilaksanakan. Namun “Neraca” bukanlah hasil yang teruk cuma mungkin saya sudah terbiasa dengan melodi yang begini.

Tapi hujah-hujah saya ini bukanlah hal yang penting untuk mengubah landskap muzik mereka kerana views nya masih tinggi, lagunya masih disukai umum. Cuma itulah sifatnya terlalu domestik.

Jadi saya kira istimewanya untuk saya menikmati Kmy Kmo dan Luca Sickta adalah pada teks lirik mereka yang sangat baik.

6.2/10


ARTIKEL BERKAITAN

Kesinambungan Raggaeton Andi Bernadee di Single “Kais Pagi Kais Petang”

Review, Terkini,

RAN Meramu Kembali Nada “Orang Yang Paling Ku Benci”

Lagu: Orang Yang Paling Ku Benci
Artis: RAN
Komposer / Lirik: RAN
Produser: RAN

Trio bermuzik RAN cukup dikenali dengan rangkaian  Pop seperti “Dekat Di Hati” , “Kita Bisa”, “Melawan Dunia” hadir cukup mempesona tahun lalu dengan single kolaborasi bersama Hindia menerusi lagu “Si Lemah”.

“Si Lemah” menjadi satu transformasi muzik RAN yang cukup matang dengan isu dalam lirik yang cukup dewasa itu sudah kami letakkan sebagai 10 Lagu Terbaik Indonesia 2020. Baca di sini: LAGU TERBAIK INDONESIA 2020

Meneruskan rendisi Pop mereka, RAN merilis “Orang Yang Paling Ku Benci” lewat tahun lalu dengan signature muzik yang begitu RAN sekali sifatnya.

Single yang mengambil ilahm cinta muda mudi itu meneruskan populariti RAN dengan komposisi yang cukup catchy dan mudah menangkap pendengaran.

Meneruskan keindahan dalam melodi tersebut, RAN yang sinonim dengan ilham Pop Akustik menghadirkan versik stripped down “Orang Yang Paling Ku Benci”.

Lagu ini saya kira sekadar mengulang formula serupa beberapa lagu RAN yang lainnya. Dari aspek pemasaran muzik cukup catchy dan sesuai dengan pendengar muda hari ini. Namun untuk sebuah revolusi muzik RAN saya kira “Si Lemah” harus mereka jadikan benchmark.

6/10


ARTIKEL BERKAITAN

#502020 Tenaga Radikal Bermuzik Anak Muda Indonesia Menerusi 50 Rilis Terbaik Sepanjang Tahun

Highlight, Review, Terkini,

Sivia Menemukan The One Lewat Single “Are You My Valentine?”

Lagu: Are You My Valentine?
Artis: Sivia
Komposer / Lirik: Sivia Azizah / Iwan Popo
Produser: Iwan Popo

Pesona R&B yang dibawa bakat baru bernama Sivia menerusi lagu-lagu yang beredar di album perdananya “Love Spells” membuka satu lembaran baru muzik Indonesia dengan lahirnya seorang lagi bakat muzik yang cukup mampu dibanggakan sebagai pelapis.

Menerusi “Love Spells” Sivia sudah mengeluarkan semua kelebihan bermuzik yang dia miliki dalam 9 lagu yang terisi dengan feel Modern R&B yang seiring dengan apa yang ditawarkan pasaran global.

Dan konsert virtual solonya membuktikan sekali lagi keseriusan Sivia sebagai penyanyi dan pemuzik yang datang dengan kredibiliti dan kesungguhan dalam berkarya.

Terkini dia hadir dengan single “Are You My Valentine”  dicipta bersama Iwan Popo yang juga menjadi tulang belakang Sivia bermuzik sejak awal dia berkarier.

Single ini hadir begitu soulful sekali dengan peson melodi yang cukup kuar pengaruh R&B Soul dalam persembahan menawan Sivia.

“Are You My Valentine” sebuah lagi lagu yang akan terus menanam rasa percaya pada bakat besar milik Sivia. Dan saya pasti single adalah permulaan 2021 yang baik untuk kita terus meresapi muzik yang bakal terus di pasarakan di masa depan.

8.3/10


ARTIKEL BERKAITAN

Yang Terhangat di Katalog Pop Muda Mudi Indonesia

#RetrospektifMuzik, Terkini,

“Hapuslah Air Matamu” Sebuah Hits Malar Segar & Pengalaman Manis Menikmati Muzik Pop 70-an

Nama Datuk Ahmad Nawab cukup dominan dalam pasaran muzik 70-an dengan penghasilan hits sepanjang zaman buat Sharifah Aini, Broery Marantika, Salamiah Hassan dan beberapa nama lain yang cukup diingati sehingga hari ini dalam mengisi katalog muzik Pop tempatan.

Sebuah filem yang diterbitkan pada tahun 1976 berjudul “Hapuslah Air Matamu” menmpilkan pertemuan dua bintang legenda Malaysia – Indonesia yang cukup hangat ketika itu mengisi skrin filem ini. Sharifah Aini dan Broery Marantika disatukan dalam sebuah skrin muzikal.

Runut bunyi filem ini yang dikepalai produser muzik handalan Ahmad Nawab, menyajikan rangkaian lagu-lagu Pop malar segar yang cukup merdu, sedap didengar biar sehingga hari ini sudah lebih 40 tahun usia lagu-lagunya.

Album ini dibuka dengan suara buluh perindu Biduanita Sharifah Aini dalam judul serupa “Hapuslah Air Matamu” yang ditulis liriknya oleh penyanyi hebat ini sendiri. Versi serupa nyanyian Broery Marantika turut dimuatkan di album OST ini.

Keistimewaan melodi lagu ini saya kira tentu saja akan originality Ahmad Nawab dalam merangka Balada Melayu yang cukup lembut penghasilannya dalam menyentuh terus hati yang mendengar.

Sebuah album malar segar dengan rangkaian hits sepanjang zaman

OST ini menampilkan terlalu banyak hits yang masih didengari dan dinikmati sehingga hari ini. Siapa saja mampu lupakan 70’s Groove “Seiring Sejalan” yang cukup ikonik sekali penghasilannya.

Album ini turut menampilkan suara Junainah M. Amin menerusi sebuah lagi fast number berjudul “Kau Di Sayang”  dan Deddy M. Borhan menerusi lagu “Harapan Hampa”.

“Sabar Menanti” persembahan Broery saya sifatkan antara lagu terbaik yang pernah diciptan Ahmad Nawab sepanjang dia bermuzik. Kemasan muziknya saya kira cukup grand sekali penghasilannya dengan ssusunan string rakaman langsung yang begitu raw sekali.

Persembahan lagu ini tentu saja dibantu keindahan persembahan vokal Broery yang diberi secukup rasa untuk kita melayang dalam perasaan yang diberikan sepanjang lagu ini. “Sabarlah Menanti” saya kira hadir dalam penghasilan melodi yang sangat-sangat baik sekali.

Sabar Menanti sebetulnya mampu menjadi rujukan penghasilan Balada zaman sekarang

Lagu-lagu lain seperti “Perasaan Hati”, “Yang Ditunggu Tak Tiba” dan “Perasaan Hati” saya kira melengkapi album ini dalam intepretasi lakon layar yang ditulis buat filem ini.

Kolaborasi Ahmad Nawab, Sharifah Aini dan Broery Marantika bagi saya adalah satu kesempurnaan yang dikecapi dalam sejarah muzik tempatan. Runut bunyi filem ini membuktikan hal tersebut. Semuanya dihasilkan dengan cukup kemas dalam sebuah pelayaran rasa yang membuai.

Kesemua lagu dalam runut bunyi ini tersedia di saluran YouTube “Getaran Nostalgia”.

Tracklist

A1 Sharifah Aini Hapuslah Airmata Mu

Lyrics By – Sharifah Aini
3:30
A2 Broery Marantika Haruskah Kita Berpisah

Lyrics By – Broery*
2:54
A3 Broery* & Sharifah Aini Perasaan Hati

Lyrics By – Sharifah Aini
2:53
A4 Sharifah Aini Hatiku Hatimu

Lyrics By – Sharifah Aini
2:54
A5 Deddy M. Borhan Harapan Hampa

Lyrics By – Deddy M. Borhan
4:00
A6 Ahmad Nawab Regent Club 3:02
B1 Broery Marantika Hapuslah Airmata Mu

Lyrics By – Sharifah*
3:30
B2 Sharifah Aini Yang Di Tunggu Tak Tiba 3:46
B3 Broery* & Sharifah* Seiring Jalan

Lyrics By – Broery*
4:52
B4 Junainah M. Amin Kau Di Sayang

Lyrics By – Junainah M. Amin
2:53
B5 Broery Marantika Sabar Menanti

Lyrics By – Broery*
3:30

 


ARTIKEL BERKAITAN

“Aslirama” Sebuah Ketulenan Melodi, Lirik & Santun Muzik Melayu Asli