
Lagu: Kais Pagi Kais Petang
Artis: Andi Bernadee
Komposer / Lirik: Andi Bernadee / MFMF. / Nasir Deraman
Produser: MFMF.
Rangka muzik Raggaeton Andi Bernadee sejak awal mencuri perhatian dengan lagu “Satu Peluang” menulis sebuah cerita menarik kembara muziknya yang banyak digerakkan naskhah ciptaan ALYPH.
“Shimmy” dan “Donde” menjadi penerus populariti Andi untuk bergerak sebagai penyanyi pelapis yang datang satu attitude bermuzik yang current dan cukup interesting untuk kita sebagai pendengar berkongsi pengalaman muziknya.
Setelah tampil dengan percubaah Pop menerusi single “Penat” ciptaan bersama YonnyBoii, Andi kembali dalam attitude Raggae nya menerusi karya ciptaan Andi bersama MFMF. dan Nasir Deraman di single berjudul “Kais Pagi Kais Petang”.
Musically lagu ini ilhamnya terlalu dekat dengan “Satu Peluang” dan “Shimmy” namun isu di liriknya menjadi pengisian yang cukup untuk dinikmati.
Humanisme Andi menerusi kisah kebanyakan manusia hari ini dalam menjalani kehidupan yang sedia mencabar untuk kelangsungan hidup yang baik.
Hal-hal ini sangat jelas di bait “Cari rezeki demi hidup senang lenang.” Brutal truth gambaran kebanyakan kita hari ini “Buat itu, buat ini, sampai jadi.”
“Kais Pagi Kais Petang” saya kira bakal menjadi sebuah lagi lagu yang akan mengutuhkan nama Andi di pasaran muzik semasa dengan lebih luas. Attitude muzik yang dia miliki saya kira berdiri sendiri tanpa perlu terlalu bergantung pada pasaran muzik yang lapuk.
6.7/10
ARTIKEL BERKAITAN
Melarut Dalam Kesayuan Naim Daniel Menerusi Single “Purnama”