
Lagu: Serta Mulia
Artis: Sal Priadi
Komposer / Lirik: Sak Priadi
Produser: Mahatamtama Arya Ardinegara
Sal Priadi sosok soloist seberang yang mencuri perhatian pendengaran nusantara dengan karya puitis yang sarat emosi menerusi album perdananya “Berhati” yang berlegar tahun lalu mengubah landskap muziknya dengan persembahan serba sederhana menerusi single terbarunya “Serta Mulia”.
Sempat mengedarkan dua single di luar album “Berhati” dengan judul “Irama Laot Teduh” dan “Misteri Minggu Pagi”, Sal Priadi memberi siren buat pendengarnya bahawa percaturan berikutnya ternyata datang dengan sound berbeza tetapi masih meraikan kreativitinya sebagai pemuzik.
“Serta Mulia” hadir dalam penulisan lirik yang lebih ringan dalam meraikan perasaan kasih dan sayang dalam perhubungan. Hal-hal bahagia dalam perhubungan yang jelas dalam bait penulisan “Penuh senang kan ya, jalani ini bersamaku…” dan outro nya “Sekarang dan milyar-milyar, Juta-juta ratus tahun lagi, Ulangi Tahun yang Penuh bahagia bersamaku…”
Lagu ini mengingatkan saya pada beberapa ilham lagu-lagu Sheila On 7, project Pop dan album perdana Budi Do Re Mi yang memiliki konsep muzik dan penulisan lirik witty begini. Hal-hal yang sentiasa ada dalam pasaran muzik Indonesia.
Sal Priadi saya kira bakal menjadi sebuah lagi sejarah penting pasaran muzik Indonesia yang akan sentiasa dinikmati muziknya.
7.6/10
ARTIKEL BERKAITAN