
Album: Sarimah (2001)
Artis: Sarimah
Produser: Davor Zagar / Dubravko Siskic / Ahmad Izham Omar / Paul Moss
“Kini Kau Tiada” ketika diedarkan 20 tahun lalu membuka mata ramai pengikut muzik tempatan dengan determination pengacara TV yang cukup popular ketika itu untuk merakamkan album, ya album bukan single.
Pertaruhan Positive Tone ketika itu sangat berani keluar dengan produk yang diluar kotak komersil pasaran muzik tempatan melahirkan debut “Sarimah” dengan pesona Pop star dalam feel R&B yang diambil daripada pengaruh muzik TLC, Nelly Furtado, Usher ketika itu.
Maka lahirlah “Kini Kau Tiada” atau versi Inggerisnya “Now That You’re Gone” yang cukup promising ketika ia diedarkan. Banyak mata melihat, memberi perhatian dengan bakat nyanyiannya.
Lagu ini ketika hadir cukup complete dengan pakej muzik video yang terhasil mewah sehebat muzik video antarabangsa. Sebuah pertaruhan yang cukup baik untuk kita enjoy muzik Sarimah dengan menutup canggungnya nyanyian studionya.
“Dia” antara lagu yang ada melodi yang baik sekali pun sebetulnya saya lebih enjoy dengan kemasan suara latar Lady D, Pot dan Lah di lagu ini berbanding vokal Sarimah itu sendiri. But after kita pun tahu dan dia pun tahu Sarimah bukanlah seorang penyanyi.
Album ini sebetulnya tidaklah teruk ada beberapa lagu di album ini yang saya kira begitu baik penghasilannya. “Ku Pun Rindu” dan “You Told Me” antara lagu yang datang dengan feel R&B yang baik.
Percubaan Sarimah di album ini sebetulnya sesuatu yang cukup menarik untuk didengar kembali biar setelah 20 tahun ia diedarkan. “Damai” masih masih lagi menjadi lagu yang menyenangkan untuk kita layan.
Saya menulis kembali tentang album ini sambil membaca review tulisan Saniboey, isu Februari 2002 majalah Sentiasa Manja dan tergelak sendiri. Antara yang menarik dalam penulisannya “Malas saya nak cakap tentang vokal Sarimah yang tak bagus langsung dalam lagu ini.” Merujuk lagu “Dia”
“What’s up with the poetry? I dont know.” – Merujuk trak terakhir berjudul “Sampai” sebuah deklamasi puisi A. Wahab Ali.
But after all, it’s a fun album to listen. Sarimah setidaknya lari dari kepompong muzik Melayu yang sama dan membosankan. Dan setidaknya sehingga hari ini”Kini Kau Tiada” masih menjadi naskhah Pop yang cemerlang dan malar segar.
Album ini menampikan tenaga kerja seperti Ahmad Izham Omar, Paul Moss, Pot Amir, Lady D, Illegal yang bekerja di belakang tabir album ini. Kesemua lagu di album Sarimah ini boleh anda nikmati di saluran YouTube Getaran Nostalgia.
Dan oh ya, jangan lupa menerusi album ini juga Sarimah diangkat sebagai Artis Baru Terbaik Anugerah Industri Muzik. Amazing kan!
ARTIKEL BERKAITAN
#RetrospektifMuzik Bagaikan Puteri – Sebuah Wakilan Suara Moden 90-an