
Nama Datuk Ahmad Nawab cukup dominan dalam pasaran muzik 70-an dengan penghasilan hits sepanjang zaman buat Sharifah Aini, Broery Marantika, Salamiah Hassan dan beberapa nama lain yang cukup diingati sehingga hari ini dalam mengisi katalog muzik Pop tempatan.
Sebuah filem yang diterbitkan pada tahun 1976 berjudul “Hapuslah Air Matamu” menmpilkan pertemuan dua bintang legenda Malaysia – Indonesia yang cukup hangat ketika itu mengisi skrin filem ini. Sharifah Aini dan Broery Marantika disatukan dalam sebuah skrin muzikal.
Runut bunyi filem ini yang dikepalai produser muzik handalan Ahmad Nawab, menyajikan rangkaian lagu-lagu Pop malar segar yang cukup merdu, sedap didengar biar sehingga hari ini sudah lebih 40 tahun usia lagu-lagunya.
Album ini dibuka dengan suara buluh perindu Biduanita Sharifah Aini dalam judul serupa “Hapuslah Air Matamu” yang ditulis liriknya oleh penyanyi hebat ini sendiri. Versi serupa nyanyian Broery Marantika turut dimuatkan di album OST ini.
Keistimewaan melodi lagu ini saya kira tentu saja akan originality Ahmad Nawab dalam merangka Balada Melayu yang cukup lembut penghasilannya dalam menyentuh terus hati yang mendengar.
Sebuah album malar segar dengan rangkaian hits sepanjang zaman
OST ini menampilkan terlalu banyak hits yang masih didengari dan dinikmati sehingga hari ini. Siapa saja mampu lupakan 70’s Groove “Seiring Sejalan” yang cukup ikonik sekali penghasilannya.
Album ini turut menampilkan suara Junainah M. Amin menerusi sebuah lagi fast number berjudul “Kau Di Sayang” dan Deddy M. Borhan menerusi lagu “Harapan Hampa”.
“Sabar Menanti” persembahan Broery saya sifatkan antara lagu terbaik yang pernah diciptan Ahmad Nawab sepanjang dia bermuzik. Kemasan muziknya saya kira cukup grand sekali penghasilannya dengan ssusunan string rakaman langsung yang begitu raw sekali.
Persembahan lagu ini tentu saja dibantu keindahan persembahan vokal Broery yang diberi secukup rasa untuk kita melayang dalam perasaan yang diberikan sepanjang lagu ini. “Sabarlah Menanti” saya kira hadir dalam penghasilan melodi yang sangat-sangat baik sekali.
Sabar Menanti sebetulnya mampu menjadi rujukan penghasilan Balada zaman sekarang
Lagu-lagu lain seperti “Perasaan Hati”, “Yang Ditunggu Tak Tiba” dan “Perasaan Hati” saya kira melengkapi album ini dalam intepretasi lakon layar yang ditulis buat filem ini.
Kolaborasi Ahmad Nawab, Sharifah Aini dan Broery Marantika bagi saya adalah satu kesempurnaan yang dikecapi dalam sejarah muzik tempatan. Runut bunyi filem ini membuktikan hal tersebut. Semuanya dihasilkan dengan cukup kemas dalam sebuah pelayaran rasa yang membuai.
Kesemua lagu dalam runut bunyi ini tersedia di saluran YouTube “Getaran Nostalgia”.
Tracklist
| A1 | Sharifah Aini– | Hapuslah Airmata Mu
Lyrics By – Sharifah Aini
|
3:30 |
| A2 | Broery Marantika– | Haruskah Kita Berpisah
Lyrics By – Broery*
|
2:54 |
| A3 | Broery* & Sharifah Aini– | Perasaan Hati
Lyrics By – Sharifah Aini
|
2:53 |
| A4 | Sharifah Aini– | Hatiku Hatimu
Lyrics By – Sharifah Aini
|
2:54 |
| A5 | Deddy M. Borhan– | Harapan Hampa
Lyrics By – Deddy M. Borhan
|
4:00 |
| A6 | Ahmad Nawab– | Regent Club | 3:02 |
| B1 | Broery Marantika– | Hapuslah Airmata Mu
Lyrics By – Sharifah*
|
3:30 |
| B2 | Sharifah Aini– | Yang Di Tunggu Tak Tiba | 3:46 |
| B3 | Broery* & Sharifah*– | Seiring Jalan
Lyrics By – Broery*
|
4:52 |
| B4 | Junainah M. Amin– | Kau Di Sayang
Lyrics By – Junainah M. Amin
|
2:53 |
| B5 | Broery Marantika– | Sabar Menanti
Lyrics By – Broery*
|
3:30 |
ARTIKEL BERKAITAN
“Aslirama” Sebuah Ketulenan Melodi, Lirik & Santun Muzik Melayu Asli