Barisan Pop anak muda Indonesia hadir beragam dalam idealisme muzik yang dikendong penuh percaya akan bakat yang dimiliki dan keterbukaan pendengar di sana menyokong penuh bakat muzik lokal.
Selepas lahirnya nama-nama seperti Sal Priadi, Kunto Aji, Hindia, Pamnugkas, Tulus, Yura Yunita sehingga Nadin Amizah yang sudah melepasi radar popular, kini hadir beberapa lagi bakat di barisan Pop yang bakal meneruskan kelangsungan bermuzik.

Nama Sivia Azizah mendepani pilihan Muzik Kita dengan lontaran vokal luar biasanya yang hadir dalm feel Urban R&B yang cukup moden sekali penghasilannya. Album berjudul “Love Spells” bukti kemampuan luar biasanya.
Sivia hadir dalam pesona R&B Star yang mampu menjadi pelapis muzik Indonesia yang sangat mampu dibanggakan pasaran muzik Indonesia yang cukup besar skalanya. Dengan barisan lagu seperti “Love Jokes”, “New York” dan “Love Spells” bukti keteguhan bermuziknya.

Dere seorang lagi solo wanita yang memikat dengan pesona Folk yang masih kuat pengaruh Pop dalam lagu-lagunya. Dua single ciptaan Tulus – “Kota” dan “Tanya” diterima mudah pendengar di Indonesia. Di bawah kendalian produser muzik hebat Ibnu Dian, Dere antara yang akan terus dinanti.
Indonesian Idol masih menghasilkan bakat-bakat yang tinggi nilai komersilnya
Nama Tiara Andini mendepani mana-mana bintang Idol lainnya yang pasti meneruskan kelangsungan populariti Marion Jola di musim sebelumnya. Dengan single “Gemintang Hati”, “Maafkan Aku”, “365” dan duet bersiri bersama Arsy Widianto menjadi jaminan populariti buatnya.

Kerjaya muzik Pop Tiara akan mencapai usia panjang seperti mana Marion Jola – biar tidak bergerlar juara di pesta muzik Idol namun cukup menawan di pasaran muzik sebenar.
Mikha Angelo semakin selesa dengan kembara solonya yang hadir cemerlang dengan debut album “Armateur” yang terhasil dengan sound yang cukup matang.
Beberapa lagu di album tersebut terhasil cukup baik sekali. “Shot” dan “Middle Ground” untuk seorang anak muda menghasilkan album sebegitu baik adalah amat mengagumkan hasilnya.

Beberapa nama lain yang harus diberi perhatian adalah Kevin Hugo dengan pesona romantismenya, Fluer! dalam laungan Retro Pop dan individuality Romantic Echoes yang bergerak dalam radar muzik tersendiri. Dengarkan sahaja rangkaian lagu mereka seperti “A Letter to You”, “Yang Tercinta” dan Muka Dua”.
Seorang lagi bakat baru yang menarik perhatian menggelar dirinya sebagai IDGITAF menghembuskan nuansa positif dalam layanan lirik humanisme “Hal Indah Butuh Waktu Untuk Datang” memberi satu siren bahawa dia sudah cukup sedia menawan pasaran muzik yang lebih luas.
Usaha dan daya bakat-bakat muda ini memercikkan ilham baru bermuzik memberi satu nafas berbeza buat pasaran muzik Indonesia yang tidak lagi pernah sunyi dengan gemerlap bintang-bintang yang silih berganti.