Lagu: Cinta Denganmu Artis: Aisha Retno Komposer / Lirik: Farouk Roman / Amylea Produser: Farouk Roman
Aisha Retno nama yang semakin disenangi siap mengumpul perlahan penggemar barunya setelah usai fasa menjuarai program televisyen “Vokal Mania” baru-baru ini tampil dengan single kedua berjudul “Cinta Denganmu”.
Lebih awal memikat pendengaran dengan single perdananya sekitar lewat 2019, Aisha menerusi lagu “Mengikat Jiwa” ciptaan komposer seberang Aldi Nada Permana (Baca di sini: Mengikat Jiwa) – Aisha hadir dalam skil nyanyian yang mempesona.
“Cinta Denganmu” terhasil dalam ilham Balada yang biasa kita dengar. Melodinya saya kira cukup mesra pendengar tempatan dengan segala kesayuan juga kesedihan lirik yang menyatu baik dengan melodi serta susunan muziknya.
Saya bagaimanapun lebih tertarik untuk bercakap tentang feel dan kehebatan Aisha di lagu ini. Penyampaiannya cukup kemas dan in control. Seawal bait “Kau bisikan rasa resah…” dia sudah menangkap pendengaran dengan clarity vokal yang dia miliki.
Dan kerana clarity yang ada itu, Aisha saya kira cukup berjaya menjadikan cerita lagu ini terhasil lebih sampai buat pendengar. Setiap kata-kata dimaknakan dengan perasaan yang tepat seiring teks lirik lagu ini.
Emosinya dikawal cukup baik dan tidak over do. Cukup kemas dan cukup tanpa perlu meletakkan adlib atau jeritan yang all over the place. Lagu ini boleh sahaja disampaikan dengan emosi yang melimpah, tapi dikawal cukup sempurna. A very smart singer she is. Dan saya kira ini juga atas bimbingan Jat Lobo yang bertindak sebagai vocal producer Aisha di lagu ini.
Aisha saya kira untuk single ini sudah mampu menawan pendengar muzik tempatan dalam skala yang lebih besar. Namun secara peribadi saya mahu melihat lebih lagi the ariana side of her di single mendatang.
Untuk seorang penyanyi yang masih muda saya kira Aisha harus bergerak sedikit berani dengan mempertaruhkan lagu yang lebih current sifatnya. A modern touch of R&B seperti yang ada dalam kebanyakan pasaran muzik global hari ini dan yang sering dia cover di Instagram nya. More Pop than Ballad perhaps.
Namun saya juga percaya, “Cinta Denganmu” ini akan memberi lebih rezeki buatnya sebagai penyanyi. Namun jika masih belum, she just need to do her thing.
Ramayan ketika bermuzik sekitar 2015 tidaklah begitu menarik perhatian saya mungkin kerana muzik mereka agak berat untuk pendengar Pop seperti saya setidaknya.
Namun perlahan-lahn ruang pendengaran saya diluaskan lebih terbuka mendengar apa jua jaluran muzik, Ramayan kembali mencuri hati saya untuk mendengar, memahami dan melekat dengan lagu-lagu mereka.
Tahun lalu ketika mereka mengedar “Lamunan Anak Bulan” yang kami letakkan dalam senarai 10 Rilis Terbaik 2020 (Baca di sini: https://muzikkita.com/502020-malaysia/ ) Ramayan semakin membuat saya suka untuk menyelami muzik mereka dan kembali mendengarkan EP self-titled mereka yang beredar di sekitar 2016.
Ternyata landskap pendengaran saya semakin besar dan mampu menerima lagu-lagu begini (Atau mungkin saya dah penat dengan Pop) dengan lebih senang dan terbuka mendalami ketelitian bermuzik anak-anak muda di legasi indie ini yang sangat memiliki satu visi besar meninggikan standard muzik tempatan (Pitahati, Sang Rawi, Margasatwa antaranya).
Hal ini semakin saya dapat di single terbaru mereka “Puas” yang menjadi single perdana album terbaru yang bakal diedarkan tahun ini dengan judul “Di Persiaran Cakrawala”.
“Puas” hadir dalam teks persembahan muzik indie rock, psychedelic yang menyatu dalam elemen synth pada masa yang sama.
Hal-hal muzik begini jika dalam rujukan tempatan saya kira ada di lagu-lagu kugiran The Strollers dan sedikit Kembara yang popular di era 70/80-an.
Lagu ini bergerak sebagai sebuah produksi muzik yang matang – baik penghasilan melodi, produksi rakaman sehingga penulisan liriknya yang cukup baik.
Bait-bait lirik di lagu ini disusun sebagai sebuah cerita manusiawi dalam kehidupan kebanyakan kita seharian. Saya cukup enjoy dan larut dalam teks lirik di lagu ini:
“Puas ku merobek Hati para manusia Di sana tlah ku cemarkan ikatan” dan “Hanya satu peluang untuk ku sedar aku salah”– cukup humanisme.
Ramayan saya kira sudah menjadi bakat muzik tempatan yang akan saya sentiasa nantikan produk muzik mereka. Harta penting pasaran muzik Malaysia yang akan dibicarakan pada masa mendatang. Rare gems.
Dayang Nurfaizah bergerak sebagai persona Pop yang lebih dua dekad menuai kematangan bermuzik hadir dalam sebuah persembahan Pop Klasik yang melekakan.
Melewati pasaran muzik semasa berganti musim, nama Dayang Nurfaizah kekal di radar popular pasaran muzik tempatan sejak lewat 90-an. Kini dia menuai usia cukup matang dalam mencipta satu kosmik Pop yang cemerlang menerusi senarai diskografi lengkapnya yang sudah diyakini kehebatannya.
Kekuatan Dayang sebagai penyanyi tidak hanya pada kemampuan vokal dan persembahan pentasnya. Kepuasan menikmati muzik secara total dengan citarasa cukup tinggi sudah dia hidangkan buat kita sebagai pendengar.
“Kasih” sebuah album rakaman semula beredar lebih 15 tahun yang lalu, dihasilkan sebagai sebuah tafsiran muzik Dayang yang menggambarkan apa yang dia mahu lakukan sebagai seorang penyanyi.
Album yang menampilkan rangkaian malar segar seperti “Kasih”, “Saat Bahagia”, “Tiga Malam” dan “Sri Bulan” itu terhasil cukup bervisi ke hadapan dengan kemasan muzik serba baru mendepani mana-mana album yang terlahir ketika itu.
Usai mengembalikan keyakinan peminat lagu Balada dengan bakatnya di single hebat seperti “Di Pintu Syurga”, “Lelaki Teragung” dan “Separuh Matiku Bercinta”, Dayang mengembalikan segala groove yang dia miliki di tiga single “Sebentar”, “X Missing U” dan “Gerak Dulu” yang beredar di fasa 2019 – 2020.
Dan tidak mahu memperlahankan langkahnya dalam bermuzik, Dayang memberi sebuah lagi kejutan manis baut peminatnya dengan sebuah album rakaman semula the classic yang dinamakan “Belagu” dalam 8 lagu yang terhasil sempurna di bawah kendalian produser muzik Aubrey Suwito.
Muzik Kita bertemu Dayang Disember lalu berbual bicara “Belagu” yang menjadi antara impian manisnya yang sudah tercapai.
Dayang Nurfaizah bersama Aubrey Suwito
MK: APA YANG MEMBUATKAN PROJEK “BELAGU” INI PENTING BUAT DAYANG? DN: Ini merupakan hasrat atau impian Dayang sebenarnya untuk hasilkan sebuah album klasik. Kalau sebelum ni semua tahu Dayang pernah keluar dengan album “Kasih” yang lebih bereksperimentasi dengan arrangement, vokal juga melodi yang kita perbaharui dengan feel baru.
Kali ini Dayang hanya mahu enhance keindahan lagu-lagu lama ini dengan sesuatu yang lebih lively dan segar. Dari segi arrangement Dayang tidak mahu terlalu mengubah namun pada masa yang sama ia perlu ada sentuhan segar yang boleh diterima pendengar-pendengar baru. Even dari segi nyanyian Dayang cuba menjaga keaslian lenggok tanpa tukar terlalu banyak stailnya tetapi masih dilakukan dengan cara Dayang sendiri.
MK: JADI “BELAGU” INI KELANGSUNGAN “KESUMA JIWA” ATAU BAGAIMANA? DN: Sebenarnya dah lama Dayang mengimpikan album ini even sebelum “Kesuma Jiwa” lagi. Sebab kalau ikutkan perancangan, tiap-tiap tahun Dayang akan cakap Dayang kena juga buat satu album Pop Melayu Asli begini. Cuma biasalah soal masa, modal semua tu buat hasrat ini terpaksa ditunda dan alhamdulillah sekarang dah pun jadi kenyataan.
MK: BOLEH CERITAKAN SEDIKIT PROSES PEMILIHAN LAGU? DN: Dayang senaraikan beberapa lagu dan berkongsi dengan Aubrey Suwito. Aubrey pun ada beberapa lagu yang dia cadangkan. Daripada situ kita lihat balik yang mana sesuai dengan Dayang.
Sebab ada lagu yang bagus tapi tak ada kesesuaian jadi dari proses perbincangan ini kita dapatkan senarai yang betul-betul Aubrey boleh mencantikkan susunan muziknya dan Dayang boleh persembahkan dengan sebaiknya.
Ada juga lagu yang Dayang tak pernah dengar pun sebelum ni macam “Dikenang Jangan Dipesan Jangan” tapi Aubrey cadangkan dan masa first time dengar Dayang dapat bayangkan yang Dayang boleh do something dengan lagu ini. Penting bagi Dayang untuk Aubrey boleh imagine sesuatu terhadap lagu-lagu yang dipilih supaya dari situ baru Aubrey dapat hasilkan sesuatu yang betul-betul bagus.
Dayang nak experience cara orang dulu-dulu merakamkan album
MK: HOW SPECIAL “BELAGU” PADA DAYANG? DN: Special sangat sebab salah satu impian Dayang dah tercapai. Menerusi “Belagu” Dayang dapat kepuasan yang Dayang cari dari segi susunan muzik, cara bekerja, proses rakamannya. Semuanya adalah pengalaman baru buat Dayang. Proses merakam sebuah album live recording macam orang dulu-dulu lakukan. Hal itu yang Dayang nak rasa dan nak experience for once.
Agak susah sebenarnya nak capai apa yang kita plan sebab mula-mula semua pemuzik juga krew yang terlibat ingat ini macam album live showcase. Tapi Dayang explain pada Aubrey album ini hasilnya adalah sebuah album studio yang dirakam secara langsung mengikut cara orang dulu-dulu merakamkan album.
Sebagai seorang yang betul-betul enjoy nyanyi live, Dayang mahukan rakaman album ini jadi betul-betul raw dan kalau ada bahagian yang Dayang nyanyi salah sikit pun Dayang ok sebab Dayang memang mahukan feel rakaman live itu sendiri.
MK: MAKNANYA ALBUM INI DIRAKAM SECARA ONE GO? DN: Ya betul. Baik vokal, muzik mahupun visual semuanya dilakukan secara seiring, sekali gus. Tiada konsep rakam muzik dulu lepas tu rakam vokal diikuti video, tidak begitu. Sebab tu prosesnya agak rumit dan boleh dikatakan semua yang terlibat dengan proses rakaman album ini first time lalui proses sebegini.
MK: BOLEH DAYANG SHARE SIKIT PROSES PEMBIKINAN ALBUM INI SEBELUM SESI RAKAMAN BERLANGSUNG? DN: Lepas kita dah pilih 8 lagu yang akan dirakam, Aubrey siapkan demo untuk Dayang dengar andfeel dulu dekat rumah. Dan seingat Dayang dari Julai sampailah Oktober 2020 memang Dayang banyak habiskan masa bersama Aubrey di studio. Kemudian bila Aubrey dah siapkan semua susunan muzik dan Dayang pun dah ready untuk vokal baru kita ke studio rakaman yang dah di set-up kan mengikut konsep bersama semua pemuzik dan krew produksi.
aubrey suwito
MK: MENGAPA DAYANG MEMILIH AUBREY SUWITO? DN: Dayang suka Aubrey sebab dia sangat pandai menjadikan satu-satu lagu tu sound dia jadi grand, jadi besar. Kualiti itu yang Dayang sangat respect dengan kerja Aubrey. Sebagai contoh masa Dayang buat persembahan penutup Sukan SEA dulu tu, Aubrey arrange “Tudung Periuk” menjadi satu sound yang sangat hebat feel dia tapi pada masa yang sama masih menjaga keaslian melodi asal lagu tersebut.
Dan kebetulan masa Dayang jumpa Aubrey untuk projek ini, dia pun tengah study lagu-lagu klasik Melayu. Jadi memang orang kata masa yang sangat tepatlah untuk kita bekerjasama menghasilkan sesuatu bagi tujuan apresiasi lagu Pop Melayu Asli. Sekali gus meneruskan kelangsungan hayat lagu-lagu ini dalam pasaran muzik hari ini.
MK: ADA KESUKARAN MEREALISASIKAN ALBUM INI? DN: Kesukaran untuk realisasikan album ini bukan pada Dayang sangat tetapi Dayang rasa pada musician dan juga krew video. Sebabnya semua pun tak pernah experience projek macam ni, jadi untuk krew production video Dayang rasa memang ada kesukaran buat mereka untuk fikir shot, continuity video dan sebagainya.
MK: DAYANG PUAS DENGAN HASILNYA? DN: Dari segi muzik ya Dayang puas sebab apa yang Dayang imagine tu semua menjadi. Aubrey faham apa yang Dayang mahukan dan kerjasama kami sangat mudah prosesnya. Tujuan Dayang hanya satu je nak membesarkan lagi lagu-lagu lama ini supaya ia setanding lagu-lagu klasik barat. Supaya generasi hari ini dapat mendengar dan sama-sama meraikan keindahan lagu Melayu klasik. Itu yang Dayang mahukan juga untuk lagu-lagu Melayu Asli ini agar sentiasa diperbaharui dan diperdengarkan.
MK: MEMUNCULKAN KEMBALI HAEL DI “GURINDAM JIWA” DN: Kalau nak diikutkan lagu tersebut memang perancangan asalnya Dayang nyanyi solo, tapi bila tengok balik liriknya yang berbalas-balas, Dayang fikir lagu ni lebih baik diduetkan dan chemistry dengan Hael memang dah ada pun kan jadi Dayang rasa tak ada salahnya.
Tapi sesuatu yang menarik tentang lagu ini adalah kita ubah formasi lagunya. Maksunya pembahgian parts Dayang dan Hael itu tidak mengikut lagu asal tetapi melodi dan liriknya tidak diubah hanya pembahagian nyanyian sahaja diubah mengikut kesesuaian vokal juga susunan muzik.
MK: SAYA MENDENGAR “MALAM KU BERMIMPI” LIRIKNYA DIUBAH? DN: Sebetulnya bukan diubah tapi Dayang mengambil versi asal lagu ini yang dinyanyikan Nona Asiah bersama P.Ramlee. Mungkin ramai juga sebenarnya yang tak pernah dengar versi ini dan Dayang memilih versi Nona Asiah sebab Dayang sukakan versi tersebut.
Kalau diikutkan judul asalnya “Asmara Bergelora” cuma selepas perbincangan kita fikir untuk kekalkan judul “Malam Ku Bermimpi” dengan mengambil ilham muzik asal Nona Asiah P.Ramlee.
MK: INTERESTING. MANA DAYANG DISCOVER VERSI TERSEBUT? DN: Rizalaman lahh… Biasa kalau kita bersiap untuk shot, dia suka pasang lagu-lagu lama ni. Ada one time tu dia pasang version Nona Asiah, kemudian Dayang tanya eh ni version mana? Kenapa Dayang tak pernah dengar? So daripada situ Dayang balik cari dan dengar balik.
Kebetulan dalam list Aubrey pun memang ada lagu “Malam Ku Bermimpi” dan Dayang cakap boleh tak Dayang nak version Nona Asiah ni. Lepas Aubrey dengar dia pun sukakan version yang asal ni jadi daripada situ kita workon new arrangement.
MK: JUDUL “BELAGU” ITU SENDIRI DATANGNYA DARI MANA? DN: Kita nak something unik dan lain tapi nak cari perkataan Sarawak. Jadi keluarlah idea “Belagu” yang membawa maksud menyanyi. Perkataan yang Dayang rasa menggambarkan apa yang Dayang mahu lakukan dan at the same time memberi tafsiran album ini dihasilkan iaitu untuk menyanyikan kembali.
“Belagu” diketuai Aubrey Suwito sebagai produser dan arranger dengan barisan pemuzik rakaman langsung seramai lebih 15 pemuzik keseluruhannya. Antaranya Fly Halizor (Upright Bass), Jamie Wilson (Gitar), Mohar (Flute), Kevin Chew (Saxaphone) dan KhairulAnwar (Trumpet). Turut menampilkan vokal Hael Husaini di lagu “Gurindam Jiwa”.
Selain “Tudung Periuk” yang sudah beredar semalam, “Belagu” turut menampilkan Jikalau Abang Merindu, Tak Seindah Wajah, Malam Ku Bermimpi, Gurindam Jiwa, Tari Tualang Tiga, Dikirim Jangan Dipesan Jangan dan Kenang Daku Dalam Doamu.
Nasihat saya sebelum siap album ini mendarat di lapangan muzik digital, siap-siapkanlah sistem audio yang mampu menangkap semua bunyi-bunyian hebat di album ini.
Belagu berisi 8 lagu kesemuanya, saya sifatkan sebagai sebuah persembahan Pop Klasik Melayu yang dijaga santunnya dan ditinggikan martabatnya.
Kesungguhan Dayang melestarikan lagu-lagu klasik Melayu ini saya kira sudah menyamai apa yang sering penyanyi Jazz di barat sering lakukan dalam album-album mereka. Lihat sahaja legasi Nat King Cole, Frank Sinatra yang silih berganti generasi masih ada yang masih mahu melagukan sehingga hari ini.
Hal-hal ini sudah dilakukan Sheila Majid di album “Legenda” (1990) dan Sean Ghazi “Semalam” (2006) antaranya. Usaha ini saya kira harus berterusan dan inisiatif begini sangat diperlukan lebih lagi daripada bakat generasi hari ini dengan kerja muzik yang sekemas ini.
“Belagu” satu usaha yang harus diraikan dalam meneruskan usaha melestarikan lagu-lagu lama ini dengan meninggikan standard muziknya yang cukup tinggi dan panjang hayatnya.
Gambar: Taufiq Nadzri / DN&AD / Universal Music Malaysia
Keunikan duo disko “Diskoria” sudah awal mencuri perhatian saya ketika mereka mengedar “Balada Insan Muda” yang beredar di tahun 2019 sebuah kolaborasi bersama genius Pop “LaleIlmanNino”. Setelah itu kolaborasi dua produser muda disatukan tahun lalu dengan single “Serenata Jiwa Lara”.
Menampilkan vokal Dian Sastrowardoyo, “Serenata Jiwa Lara” sudah menjadi antara rilis yang cukup penting sepanjang tahun 2020. Ilham disko Pop dan city Pop yang mengembalikan ambien muzik di era 80-an hadir cukup mempesonakan.
Tanpa mahu menangguh ilham yang mengalir, kolaborasi Diskoria dan LaleIlmanNino ini bersambung lagi di tahun ini dengan sebuah lagi single yang cukup hebat penghasilannya. Kali ini lebih istimewa menampilkan vokal jazz sensation, Eva Celia.
Lagu yang diberi judul “C.H.R.I.S.Y.E” ini merupakan hasil ciptaan sepenuhnya LaleIlmanNino mengambil inspirasi daripada lagu-lagu almahrum Chrisye yang merupakan legenda Pop seberang.
Mengambil 24 judul lagu Chrisye untuk disematkan dalam penulisan lirik lagu ini, “C.H.R.S.Y.E” hadir dengan melodi cukup catchy dan begitu mudah untuk kita melayani groove di lagu ini.
Diskoria saya kira sudah menjadi antara bakat muda yang penting dalam pasaran muzik Indonesia hari ini. Percaturan muzik mereka cukup menyenangkan sekali, current dan begitu kuat spirit Indonesianya.
Kembara muzik Raja Ema di era 80-an diisi dengan tiga album awal yang terisi dengan rangkaian Pop yang cukup catchy, ringan dan mudah dinikmati dengan persembahan vokal cukup bubbly Raja Ema.
Penghasilan 3 album yang saya maksudkan adalah Vol.1 (1985), Vol.2 (1986) dan Vol.3: Titik Bermula (1988) yang terisi dengan feel keriangan dalam intipati lirik kisah muda mudi di era tersebut.
Muzik di album Raja Ema terhasil dengan pengaruh Pop 80-an dengan pengaruh City Pop dan Synth Pop dalam kemasan produksi muzik programming yang mentafsir pasaran muzik ketika itu.
Beberapa hits penyanyi ini seperti “Angan-Angan” dan “Jejaka Idaman” menjadi antara ritma malar segar yang masih diingati sehingga hari ini. Bersama produser muzik hebat seperti Fauzi Marzuki dan Kesuma Booty juga Jenny Chin, album-album Raja Ema tidak terhasil dalam kualiti yang baik sekalipun lagu yang dipertaruhkan bersifat ringan.
Pasaran Pop 80-an ketika itu cukup berwarna dengan rangkuman muzik rancak yang mendominasi carta muzik di radio khususnya. Dan Raja Ema menerusi rangkaian hitsnya yang pasti saja dibantu populariti filem-filem lakonannya ketika itu begitu membantu namanya berada di radar popular.
Menerusi album keduanya “Vol.II” saya paling tertarik dengan lagu ciptaan Jenny Chin berjudul “Biarlah Aku Buktikan” yang benar-benar memberi tafsiran muzik di era 80-an. Seperti apa yang kita dapat dengar di album Freedom, Headwind, Sheila Majid dan Famieza antaranya.
“Senandung Rindu” sebuah lagi lagu yang cukup bagus pernah dirakamkan Raja Ema. Mendengar album ini saja sudah membuatkan saya kira banyak sangat lagu yang boleh dirakamkan semula dengan semangat City Pop dan Disko.
Namun pasaran muzik begini tidak begitu penting sangat di Malaysia. Jika di tanah seberang Indonesia semakin banyak bakat muda yang mahu mengembalikan pasaran muzik begini. LaleIlmanNino, Diskoria, Lalahuta, Vintonic antaranya.
Sebuah apresiasi Pop 80-an begini saya kira haurs diraikan pengamal muzik muda hari ini khususnya bagi satu kelangsungan hayat lagu-lagu malar segar yang cukup baik penghasilannya ini.
Mendengarkan kembali lagu-lagu Raja Ema pada hari ini saya kira cukup besar visi pemuzik di era 80-an untuk menyamakan standard muzik lokal dengan apa yang ada di pasaran global ketika itu.
Kesemua lagu-lagu malars segar Raja Ema ini boleh anda dengarkan di saluran YouTube Getaran Nostalgia yang disediakan Universal Music Malaysia.
Lagu: Without You Artis: Fairuz Hussein Komposer / Lirik: Anati Mari’yah Hassan / Bakhtiar Mohd Yusoff / Fairuz Hussein / Zul Nadzar
Kelibat Fairuz Hussein di pasaran muzik semasa mungkin agak niche jika mahu dilihatkan usianya bergelar penyanyi. Namun sejak penghujung 80-an sehingga hari ini nama Fairuz Hussein tidak asing dalam legasi penyanyi Pop wanita yang memberi suntikan berbeza dalam pasaran muzik Malaysia.
Berbekal 3 album studio – “Kali Pertama” (1989), “Fairuz Hussein / Coba Lagi” (1990) dan “Anugerah” (2004), katalog muzik Fairuz Hussein bergerak dalam landasan R&B dan Jazz yang mungkin agak kurang mesra pendengar tempatan tetapi kualiti muzik yang dihasilkan masih berbaloi untuk dijadikan rujukan pemuzik hari ini.
Setelah lebih sepuluh tahun tidak hadir dengan sebarang material baru, penyanyi ini tampil penuh groove dengan single “Without You” sebuah naskhah R&B yang hadir kolaborasi bersama BUCK, Anati dan Zul Nadzar.
“Without You” terhasil dalam kemasan Urban Pop R&B yang saya kira tidak sukar untuk kita sebagai pendengar menikmatinya. Korusnya mudah menangkap pendengaran dan penghasilan melodi keseluruhannya kemas.
Lagu ini saya kira mungkin tidak punya laluan mudah untuk pasaran muzik semasa namun ia masih penting untuk diisi dalam katalog Pop tempatan sepanjang tahun ini.
Lagu: Yang Asli Artis: Margasatwa Komposer / Lirik: Kimal P&C: Luncai Emas Sdn. Bhd.
Pesona Margasatwa lebih awal mencuri perhatian saya ketika mereka hadir di tahun 2018 menerusi single “Ego” yang sudah kami letakkan dalam senarai 50 Rilis Terbaik 2018 (Baca #5018) yang hadir dalam ilham nusantara yang melekakan.
Kemunculan self-titled album perdana mereka yang dirilis secara fizikal di tahun 2019 menjadi bukti Margasatwa hadir sebagai kugiran indie yang matang dalam percaturan muzik mereka. Lagu-lagu seperti “Asmara Botol Kaca” dan “Gemersik Hilai” menjadi kelangsungan untuk hayat karier muzik mereka untuk terus dihargai.
Bergerak dengan muzik yang tidak banyak di pasaran semasa, Margasatwa hadir tersendiri untuk perlahan-lahan dikenali pendengar muzik secara luas tidak hanya di legasi indie sahaja.
Terkini, usai sebuah program “Levis’s Music Project” – Margasatwa hadir dengan sound yang lebih komersil dan mudah dihadam pasaran lebih besar menerusi single “Yang Asli” ciptaan sepenuhnya Kimal yang juga vokalis kugiran ini.
“Yang Asli” hadir dalam ilham Pop Rock yang masih kental jiwa nusantara Margasatwa. Dan kemasan muziknya disuntik feel J-Rock yang minimal namun cukup enjoyable untuk kita sebagai pendengar mendengarkannya.
Margasatwa menerusi lagu ini saya kira sudah menemukan satu formula baru yang seimbang dengan apa yang mereka mahu lakukan dan dengan apa yang pasaran perlukan. Lagu ini terhasil cukup catchy dengan penulisan lirik yang lebih ringan berbanding lagu-lagu mereka sebelum ini.
Saya punya harapan besar Margasatwa dapat memasuki pasaran semasa dengan single ini. Formula seimbang mereka menerusi “Yang Asli” ini sudah cukup mesra radionya namun jika radio masih belum mahu memberi sokongan itu bukan bermaksud Margasatwa gagal dalam percaturan mereka.
Sebagai pembuka 2021 kugiran ini sudah memberi sesuatu yang cukup menarik bagi pendengar Pop seperti saya setidaknya.
Kassim Masdor, P.Ramlee dan S.Sudarmaji menjadi nama penting pasaran muzik Melayu Asli. Kelibat mereka dalam produksi album-album yang beredar sekitar 50-an sehingg lewat 70-an memberntuk satu ruang muzik Melayu yang cukup tinggi nilai estetikanya.
Biarpun P.Ramlee antara sosok muzikal yang cukup berpengaruh dengan muzik Jazz, kemasan muziknya tidak langsung meminggirkan elemen Melayu yang cukup kuat di setiap lagu yang terhasil.
“Aslirama” sebuah kompilasi muzik Melayu asli yang menampilkan bukan sahaja lagu-lagu malar segar tetapi persembahan individu penting dalam bidang nyanyian. Menampilkan alunan merdu Saloma, Sharifah Aini, Kartina Dahari shingga penampilan Sanisah Huri juga Kamariah Noor.
Album ini dibuka dengan suara buluh perindu Biduanita Sharifah Aini menerusi lagu “Patah Hati” dalam teks penuh sayu sebuah rasa hati yang ditinggalkan. “Patah Hati” menjadi benchmark penting pasaran muzik Melayu Asli yang cukup syahdu dalam penampilan melodi ikoniknya.
Sebuah lagi lagu yang menampilkan suara meru Biduanita Sharifah Aini di album ini adalah “Halimun Malam” (A. Chalik) lebih lembut membuai rasa. Lenggok asli Sharifah Aini di lagu ini cukup sederhana dalam alunan yang penuh pesona.
Kartina Dahari menerusi “Bunga Melor” mengembalikan nostalgia keindahan melodi ciptaan P.Ramlee ini. Antara lagu klasik Melayu yang cukup indah komposisinya. Pesona vokal Kartina Dahari diteruskan bagi lagu “Jauh Di Mata” karya S. Effendy.
Kamariah Noor menarik perhatian saya dengan suara raw dan nyaringnya di lagu “Timang Banjar” yang dilantun dengan begitu bersahaja dalam menyampaikan teks cerita di lagu ini.
“Aslirama” memberikan satu pengalaman mendengar muzik Melayu Asli yang cukup authentic sekali. Segalanya terhasil dalam satu rakaman langsung dengan kendalian pemuzik bersam ainstrumen tanpa programming yang cukup raw dan rich sekali hasilnya.
Saya duduk mendengar, menghayati “Aslirama” tanpa skip melayani dan memahami pasaran muzik di era tersebut. Melayani bait liriknya yang bercerita dan bergerak seiring latar masa dan masyarakat yang cukup ikonik juga tersendiri.
Persembahan budaya Melayu menerusi penceritaan “Sekapur Sireh”, “Joget Gembira” dan “Kuala Sedeli” contoh yang saya maksudkan dengan perlambangan latar masa dan masyarakat tadi. Sebuah naskhah Melayu Tradisonal yang indah untuk dihayati, difahami dan dihargai. Dengarkan album penuh di saluran YouTube “Getaran Nostalgia”.
Andien Aisyah dalam rangka kembara muziknya bergerak cukup sendiri dengan nuansa Pop Jazz yang cukup membuai rasa dalam rangkaian lagu-lagunya seperti “Gemintang”, “Sahabat Setia”, “Indahnya Dunia” sehingga “Jendela Waktu”.
Muziknya yang tersendiri itu meletakkan standard muziknya berbeza daripada penghibur lainnya. Usai fasa melahirkan anak sulungnya karya-karya Andien semakin personal dalam ceritera kisah bahagia dalam lagu-lagu yang termuat di album “Metamorfosa” khususnya.
Dan kembali lebih personal setelah tahun lalu merilis “Jendela Waktu” karya Yovie Widianto, Andien menzahirkan “Anaku Sayang” dedikasi kasih sayang buat anak kedua kelahirannya bersama komposer Jazz Rieka Roslan.
Ini bukan naskhah pertama kolaborasi Andien dan Rieka, sebelum ini dalam beberapa lagu lain seperti “Halo Sayangku” dan beberapa lagu lainnya yang berlegar ilham Pop Jazz yang begitu kuat rasa Indonesia di keseluruhan karyanya.
“Anaku Sayang” terlahir sebagai naskhah dengan ilham membuai rasa, menyuntik perasaan dan membahagiakan buat Andien dan seluruh rasa yang disalurkan ini disampaikan Andien dengan cukup indah dan tenang sekali pengalaman mendengarnya.
Andien saya kira sentiasa menzahirkan sesuatu yang bergerak tanpa terikat dengan ilham Pop semasa. Muziknya bergerak baik seiring kematangan bermuzik dan saya tidak sabar lagi menantikan apa yang bakal dizahirkan tahun ini.
Keterbukaan pendengar hari ini terhadap muzik baru dan moden begitu disambut baik dengan bakat-bakat muzik yang hadir dalam naskhah yang cukup ke depan, tanpa mahu lagi terikat ilham lama tak bervisi. Muzik Kita meraikan bakat-bakat ini menerusi 50 lagu terbaik sepanjang tahun.
Pasaran Pop tempatan tahun ini berjalan cukup cemerlang biar dalam kekangan pandemik covid-19 yang membataskan aktiviti pentas secara live bersama crowd yang besar. Saya harus menyatakan rasa bangga melihat anak-anak muda tempatan yang bermuzik dengan satu visi meninggikan standard muzik Malaysia.
Faizal Tahir bersama batalion muzik Faithful Music, MFMF., generasi masa depan di WP Entertainment – Mas Dewangga, Firdaus Rahmat, Iqie Hugh (MyPopMachine) antara yang sudah menghasilkan lagu-lagu yang cukup current dan tasteful sekali.
MFMF. yang cukup kami kagumi kreativiti bermuzik mereka antara yang menghasilkan hits terbanyak tahun ini. Bersama Hael Husaini, “Peluang Kedua” diraikan berjuta-juta pendengar muzik tempatan sebagai sebuah pattern Balada masa kini yang tidak lagi mengambil ilham merintih yang keterlaluan.
Kolaborasi FT bersama Firdaus Rahmat dan Mas Dewangga menghasilkan satu acuan Pop baru dan segar portfolio muzik FT menerusi single “Sad To Cry” dan “Nobody” yang sekali lagi mencipta satu brand new Ballad yang tidak lembik muziknya.
Kredit buat JOOX Malaysia yang mengilhamkan program JOOX Super Producer menampilkan karya-karya baru dengan sentuhan segar kolaborasi produser – komposer – penyanyi yang disatukan untuk menghasilkan sound yang current sebagai benchmark tepat melambangkan apa yang kita perlukan di pasaran semasa.
MonoloQue menghadirkan sebuah eksperimentasi muzik nusantara menerusi projek Live Sesi Bilik Bedah. Rakaman semula “Tak Seindah Wajah” bersama vokal Asmidar terhasil dalam satu produksi muzik yang cukup membanggakan. Lagu Melayu asli ini diberi satu suntikan muzik yang berbeza tanpa mengubah keaslian melodi.
Hal-hal ini begitu mahal usahanya dan sangat perlu diberikan apresiasi yang sebaik-baiknya. “Tak Seindah Wajah” saya kira sudah memecah teks standard muzik Melayu asli dengan satu keberanian meninggikan martabat muziknya ke tahap yang cukup indah membanggakan.
Nama “Sang Rawi” muncul di katalog muzik digital dengan album rakaman live mereka dengan persembahan Folk Nusantara yang cukup puitis berseni hasilnya. Album penuh mereka yang bakal beredar di tahun 2021 pasti menjadi antara yang paling dinanti.
Pasaran Urban Pop tempatan cemerlang dengan munculnya rangkaian muzik yang cukup current seiring pasaran global. I-SKY menerusi album berjudul “Waktu” memercikkan potensi-potensi besar untuknya menjengah pasaran Pop dengan kolaborasi nama-nama besar.
Tak salah jika saya katakan I-SKY mampu menjadi sebesar MFMF. yang menembus pasaran semasa kerana apa yang sudah dia tawarkan sepanjang bermuzik sangat boleh meninggikan standard muzik tempatan.
Lunadira dan Reddi Rocket menghasilkan EP “Tangerine” berisi 5 lagu dengan ilham Pop yang cukup segar. Crinkle Cut grup R&B menghasilkan “Sweet Nothings” sebagai pertaruhan perdana mereka juga antara potensi besar bermuzik yang harus dihargai.
Anugerah Lagu Indie (ALI) yang dianjurkan tahun ini sebuah lagi inisiatif yang harus diberi kredit. Apa yang diusahakan dalam memperkenalkan bakat-bakat muda dalam bermuzik di program ini sangat membantu orang ramai untuk mengenali lebih ramai lagi sebenarnya bakat muzik yang harus diraikan.
Saya yakin dalam jangka masa lima tahun ke hadapan, ALI jika diteruskan akan pasti menjadi satu majlis penganjuran muzik berprestij yang dipandang serta cukup dinanti semua peminat pemuzik bukan sahaja yang berada di legasi indie tetapi pasaran muzik semasa.
Setahun perjalanan muzik tempatan tahun ini kami tutup dengan 50 Rilis Terbaik 2020.
1. MAHA SENI (SANG RAWI) (Sang Rawi / Suffian)
Keindahan muzik nusantara yang dibawakan Sang Rawi menerusi rakaman langsung “Maha Seni” menjadi naskhah terpenting untuk pasaran muzik tempatan hari ini. Penghasilan melodi dan liriknya terlalu indah untuk kita pinggirkan. Sang Rawi harus diberi lebih perhatian daripada semua pihak baik pendengar sehinggalah pengamal muzik.
2. KUASA (JOE FLIZZOW / AZLAN & THE TYPEWRITER) (Joe Flizzow / ALYPH)
Hip-Hop di tangan Joe Flizzow dan ALYPH pasti saja menghasilkan sesuatu yang berkelas. Konsistenti bermuzik Joe dalam menghasilkan sesuatu yang bervisi dengan kritikan sosial dalam penulisan liriknya terbentuk sebagai sebuah naskhah serius yang tidak jarang payah untuk kita nikmati. A masterpiece.
3. X MISSING U (DAYANG NURFAIZAH / FT / TUJU / YONNYBOII) (Faizal Tahir / Ja’a / Mage / Mike Chan / Tuju / Yonnyboii)
Faizal Tahir is a Pop genius! Kolaborasi ini sahaja sudah menyatukan dua generasi dalam muzik yang menyatu sangat baik. “X Missing U” terhasil sebagai sebuah wakilan muzik yang melambangkan apa yang yang diperlukan muzik semasa hari ini.
4. CHE USING (NO GOOD) (Ali Johan Edrie / Syed Ismail Syed Mohamed / Wan Azry Wan Azlan)
No Good terhasil daripada genius muzik indie Killeur Calculateur dan Dirgahayu yang cukup kita kenali dengan muzik keras Post-Rock dan Punk. “Che Using” sebuah hasil kreatif dalam bermuzik yang hadir dengan hook, originality dan kelainan yang sangat diperlukan pasaran muzik tempatan.
5. PELUANG KEDUA (NABILA RAZALI) (Hael Husaini)
Peluang Kedua harus menjadi benchmark Balada baru yang tidak lagi datang dengan ilham merintih dan mendayu. Melodi Hael Husaini dengan produksi muzik MFMF. menghasilkan sound yang cukup current, forward dan seiring produksi muzik pasaran semasa.
6. SALAHKU (YONNYBOII) (YonnyBoii)
Yonnyboii menjadi wakilan suara baru yang harus didengarkan. Kesungguhannya bermuzik dengan caranya sendiri menjadi kelebihan buat anak muda ini. “Salahku” menjadi lagu terbaik ciptaannya sepanjang tahun ini. Tafsiran jiwa anak muda hari ini dalam sebuah persembahan Pop yang cukup membanggakan. Semestinya bakal menjadi hits malar segar di masa depan.
7. LAMNUNAN ANAK BULAN (RAMAYAN) (Ramayan / Mohamad Syafi’i)
Psychedelic Nusantara dalam feel retro yang terhasil kemas dalam pengalaman muzik yang melekakan. Ramayan tidak berkurang magis mereka dalam menghasilkan lagu dengan melodi yang baik. Terlalu banyak hal yang indah dinikmati dalam durasi lebih 6 minit lagu ini.
8. LET ME IN (ALEX UNGKU & BIL MUSA) (Alex Ungku / Bil Musa)
Bil Musa dan Alex Ungku tampil dalam ilham romansa milenial yang mengambil ilham cinta dalam pesona melodi dan lirikal yang mudah diikuti ceritanya. Single ini bergerak cemerlang sebagai sebuah naskhah Pop yang cukup baik untuk pasaran lokal.
“Suara Kamar” menjadi bukti melodi yang simple itu jika terhasil dalam satu produksi muzik yang current akan terhasil sebagai sebuah naskhah yang senang untuk dinikmati. Kolaborasi 3 anak muda ini lengkap dalam memberi tafsiran muzik Pop semasa yang seiring standard pasaran global.
10. TANPA RELA (MISHA OMAR) (Misha Omar / Sze Wan / Zul Husni / Slen Fadzil)
Dalam legasi adult pop, Misha Omar mendahului yang lainnya dengan sebuah produksi Balada yang cukup matang dan kemas penghasilannya. Keseluruhan produksi di lagu terhasil dalam satu acuan yang cukup seimbang antara nilai komersilnya dan kualiti produksi yang bukan biasa-biasa.
11. Bomba (SonaOne)
12. Nobody (Faizal Tahir)
13. Sembah (Naim Daniel & Man Kidal)
14. Ada Cara (Ismail Izzani)
15. Simpan (Daniesh Sufian)
16. Boneka (Ernie Zakri)
17. 300 Saat (Amzar Razqa & Bunga)
18. Lara (Hael Husaini / Naim Daniel / Haqiem Rusli)
19. Gila (Kaka Azraff / Noki / Loca B)
20. Gerak Dulu (Dayang Nurfaizah)
21. Pixels (Asrfnsr / Ili Ruzana / MFMF.)
22. Purnama (Naim Daniel)
23. Dengan Nama Tuhan (Teman Lelaki)
24. Reminisensi (Insomniacks)
25. Penat (Andi Bernadee)
26. Ease My Mind (Airliftz)
27. Dap Dap Dap (Sarah Raisudin)
28. Molek (Salammusik)
29. Vantablack (Lust)
30. Panggung (Apex Tajudin)
31. Sad to Cry (Faizal Tahir)
32. Aku Itu Aku (Yonnyboii)
33. Merais (K-Clique)
34. Tak Tahu (Harith Zazman / MFMF. / Loca B)
35. Ku Mau (Aizat & Hanin Dhiya)
36. Menunggu (Orkes A. Hizadin)
37. Aku, Kau & Muzik (Akim & Stacy)
38. Crazy Dizzy (Lunadira)
39. Sandiwara (Midnight Fusic)
40. Speak (Hani & Zue)
41. Kelabu (Yonnyboii & Azlan)
42. Empati (TUJULOCA)
43. Kuey Teow (SonaOne & Kidd Santhe)
44. Siapa Tak Mahu (Siti Nurhaliza)
45. Shimmy (Andi Bernadee)
46. Mari Menari (The Impatient Sisters)
47. Angkara (Siti Nordiana)
48. Sumandak (Faizal Tahir)
49. Maybe (Aina Abdul)
50. AEWO (Shiha & Noki)