Nama Bil Musa di pasaran urban tempatan saya kira sudah semakin kukuh dengan portfolio muziknya yang berawal dengan debut self-titled pada tahun 2015 dengan barisan hits seperti “The Beach” dan “I Would Die” yang tampil ilham indie-akustik yang memikat dengan angelic voice yang dimilikinya.
Perjalanan muzik Bil Musa semakin meyakinkan ketika dia menghasilkan album kedua “Young Adult” yang semakin baik penghasilannya. Saya pernah menulis review album tersebut dan menyifatkan ia sebagai sebuah naskhah “The Grown-up Bil!” yang semakin matang muziknya.
Lagu-lagu seperti “No More Excuse”, “Sejarah”, “4 AM” dan lainnya benar-benar meninggikan standard muzik Bil Musa ke tahap yang membanggakan. Penghasilan “Young Adult” ketika itu memberi satu gerakan yang bagus untuk pasaran muzik tempatan untuk lebih ke depan.
Setelah itu, bersama Yuna Room Records dia menyusun langkah bersama produser muzik kolaboratif Pop – MFMF. dalam menghasilkan single “Flashes” yang sekali lagi dihasilkan dengan cukup current, bervisi dan ke depan.
Terkini, Bil Musa sekali lagi bersama MFMF. menghasilkan sebuah single berbahasa Malaysia dengan judul “Pikachu (Aku Pilih Kamu)” yang dicipta sepenuhnya oleh Bil sendiri.
Lagu yang tampil dengan ilham Lofi R&B ini tampil mempesona dengan jalinan cerita anak muda yang ditulis cukup sweet menerusi liriknya. Bait “Janji kepadaku walau musim berlalu, kau akan sentiasa berada di sampingku.” saya kira dilantun jujur Bil sebelum bertanya “Ku hanya ada satu soalan, adakah aku jadi pilihan kamu juga?”
Bil Musa saya kira cukup jelas dengan visi muziknya sekarang dan tidak salah jika saya katakan Bil antara bakat solo wanita yang mampu meletakkan standard muzik lokal ke tahap yang cukup membanggakan hari ini.
Kemudi Misha Omar dalam melewati ranjau dalam bergelar penghibur memasuki usia ke 17 tahun ini. Sejak debut berjudul “Misha” yang diterbit penuh kemas produser muzik Adnan Abu Hassan pada tahun 2002 sehingga hari ini dia masih utuh sebagai vokalis yang dihormati.
Awal mencuri perhatian pendengar tempatan dengan hit sepanjang zaman “Bunga-Bunga Cinta” Misha Omar sehingga hari ini cukup dikenali dengan penyanyi yang tebal jiwa dalam persembahan nyanyiannya dan kiranya tidak lagi pernah gagal membuat kita jatuh cinta dengan feel dalam nyanyiannya.
Benar ramai penyanyi yang mampu menyanyi dengan baik tapi memberi penyampaian sepenuh jiwa itu hal lain yang tidak ramai penyanyi ada. Apa lagi kebanyakan penyanyi hari ini yang sekadar mahu menunjuk skil nyanyian mereka sahaja.
Misha satu daripada barisan penyanyi yang hadir di awal era 2000 yang sentiasa ada “Jiwa” yang luar biasa sentimental dalam nyanyiannya. Barisan lagu-lagu hits lainnya seperti Angin Syurga, Ku Seru, Dedebu Cinta, Pulangkan, Tiada Lagi Tangisan dan lainnya bukti jiwa besar Misha dalam penyampaian alasan mengapa dia tersendiri.
Terkini, Misha bakal mempersona di pentas Dewan Filharmonik Petronas (DFP) menerusi sebuah konsert bernama “This Is Misha” yang bakal berlangsung pada minggu hadapan 5 Ogos 2019 bermula jam 8.30 Malam.
MK Melewati katalog muzik sepanjang karier Misha dan mendengar tetliti hampir 3 album penuh (Misha, Aksara, Misha Omar) dan rangkaian single terbaiknya sepanjang 17 tahun. Dan ini 11 “Jiwa” Terbaik Misha Omar dalam lagu!
ANGIN SYURGA
Lagu: M.Nasir
Lirik: Budi Hekayat
Lagu ini tidaklah memerlukan Misha melantun nada yang terlalu tinggi untuk menjadi memukau. Tetapi kelembutan dan pengucapan yang dituturkan dalam lagu begitu memaknakan isi pada lirik lagu ini dengan cukup sempurna. Emosi Misha bergerak seiring melodi, lirik dan persembahan muzik yang cukup menyentuh. Ini lagu terbaik sepanjang kariernya.
NAFAS CAHAYA
Lagu: M.Nasir
Lirik: Loloq
Lagu ini memberi satu dimensi berbeza dalam penyampaian Misha Omar. Sebuah lagi naskhah M.Nasir yang memberi justifikasi terhahadap merdunya suara yang dia miliki. Lenggok Misha tersendiri di awal lagu dan di bahagian korus “La La La La..” dia kedengaran playful namun masih merdu tersendiri.
SAMPAI BILA
Lagu: Sharon Paul
Lirik: Ahmad Fedtri Yahya / Shah Shamsiri
Dalam legasi Balada setahun dua ini saya kira “Sampai Bila” adalah Balada terbaik dalam penyampaian vokal mengatasi mana-mana lagu lain sekali pun. Feel Kak Mitch luar biasa dan sekali lagi penyampaiannya begitu dirasai sampai terus ke jiwa-jiwa yang mendengarnya.
LILITAN ASMARA
Lagu / Lirik: Adnan Abu Hassan & Misha Omar
Ini lagu pertama yang membuat saya jatuh cinta dengan kemerduan yang ada pada Misha Omar. Lilitan Asmara sebuah naskhah Balada yang akan sentiasa boleh saya dengar bila-bila masa. Paling saya suka saat Kak Mitch melafaz “Menghembus nafas rindu…” Ahhh sampai sekali ke jiwa.
DEDEBU CINTA
Lagu: Azlan Abu Hassan
Lirik: Ucu
Saya kira dalam banyak-banyak lagu yang pernah dirakam ini mungkin antara lagu yang sukar untuk Misha. Transisi lagu ini dari verse ke korus sampai ke hujungnya begitu pantas mencuri nafas dalam nyanyian. Saya paling suka penyampaian Kak Mitch di bait “Kini kau tinggalkan diriku ini…” cukup lembut sekali sebelum kembali powerful di korus akhir. Cantik sekali corak Azlan menyusun lagu ini.
BERLALU
Lagu: Wayne Gideon
Lirik: AD Samad
Ini lagu yang cukup deep dan memerlukan feel yang tepat dalam mentafsir penulisan lirik hebat Ad Samad. Dan nasib lagu ini baik ia dimiliki penyanyi sehebat Misha Omar. Berlalu lagu saya kira sempurna bagi jiwa-jiwa yang sepi.
PULANGKAN
Lagu: Ajai
Lirik: Habsah Hassan / Shuhaimi Baba
Lagu ini dicipta tepat dengan jalan cerita yang difilemkan dan lirik Habsah Hassan ditulis cukup indah dan puitis sekali. Dan segala keindahan melodi serta puitis lirik dalam lagu ini disempurnakan vokal penuh perasaan dan emosi dendam Kak Mitch. Dan mendengarnya di malam hari sendirian di rumah masih meninggalkan rasa seram remang biar sehingga hari ini.
TIADA RUANG UNTUKMU
Lagu: Adnan Abu Hassan
Lirik: Mohariz
Ini antara personal favorite saya di album “Aksara” – kelembutan suara Misha dalam menyampaikan cerita dalam lagu ini begitu menjadi sekali. Patah hati, kecewa dan amarah seorang wanita yang tertutup sudah pintu untuk memberi cinta buat seorang lelaki cukup dirasi sekali. Haaa macam tu!
SAMPAI DI SINI
Lagu: Ajai
Lirik: Loloq
Saya meremang saat kali pertama mendengar “Sampai Di Sini” feel Misha luar biasa – dari awal lagu ini bermula sehingga ke hujungnya. Flawless! Dan all that sax dalam lagu ini seperti bersatu memberi nyawa dalam persembahan vokal Misha.
HALAMAN CINTA
Lagu: Adnan Abu Hassan
Lirik: Mohariz
Lagu yang cukup soulful ini saya kira benar-benar menampilkan sisi sebenar karakter vokal Misha Omar. Vokal gemersiknya begitu dirasai sekali menerusi lagu yang dimuatkan dalam album perdananya ini. Bisik-bisik di awal lagu begitu sensual sekali.
Kembara muzik Alif Satar yang berawal di pentas One In A Million membawa tuah buatnya dengan single seperti “Jangan Nakal”, “Cukup Indah” dan “Akan Tiba”. Lagu-lagu yang dimuatkan di album perdananya yang diedarkan kira-kira sepuluh tahun lalu memperkenalkan kita dengan bakat Pop Alif yang pada masa itu tidaklah begitu impresif tetapi punya potensi.
Setelah itu bersama Sony Music (M) dia tampil dengan dua lagi album berjudul “Lelaki Seperti Aku” (2011) dan “Definisi” (2013) yang meneruskan rendisi Pop Alif dengan beberapa lagi rangkaian hits seperti “Akhir Penantian” dan “Lelaki Seperti Aku”.
Namun album-album Alif sebetulnya tidaklah begitu meninggalkan impak yang memberi justice buat karier muziknya sekali pun jika dilihat album Definisi itu dihasilkan cukup baik sekali dengan beberapa senarai lagu yang kuat untuk di ketengahkan.
Mungkin berbalik soal rezeki dan tuah. Namun, usaha dan keinginan Alif untuk terus bergelar penyanyi sangat saya puji. Dia tidak putus ada atau jauh mahu melupakan bidang nyanyian yang menjadi keutamaannya.
Single demi single dihasilkan dan saya kira impak yang baik untuk karier muziknya berawal di single duet bersama Shila Amzah berjudul “Selamanya Cinta” yang membawa Alif ke pentas AJL bersama Shila. Dan ya lagu ciptaan Shila itu begitu memberi justifikasi buat vokalnya dan taste dalam muzik.
Setelah itu, Alif tampil dalam beberapa single lain yang kembali menaikkan namanya. Lagu-lagu seperti “Sesunguhnya Aku”, “Sebenarnya” Bersama Siti Nordiana dan yang terakhir rakaman semula “Sesungguhnya” bersama Raihan.
Tiga single ini saya kira benar-benar meletakkan nama Alif Satar dikenali sebagai soloist lokal yang semakin mencuri perhatian dan dipandang serius.
Terkini, Alif tampil lebih dan semakin meyakinkan dengan single terbarunya berjudul “I Want You To Love Me” karya cipta Alif bersama Faizal Tahir, Mike Chan, Ezra Kong dan Romeo.
Lagu yang mengambil ilham powerhouse Ballad ini tampil penuh soulful yang benar-benar memberi satu dimensi berbeza sepanjang Alif bermuzik. Dan di tahap ini saya kira Alif jelas dengan arah muzik yang dia mahu ketengahkan dan tunjukkan kepada penggemarnya.
Single ini cukup solid sebagai sebuah naskhah yang membuatkan kita puas menikmati feel Alif dalam nyanyian dan kedengaran cukup current untuk bergerak sebagai sebuah naskhah yang boleh dibanggakan pasaran muzk lokal tahun ini.
“I Want You To Love Me” tampil penuh dinamik dalam romantisme penciptaan melodi, penulisan lirik yang baik dan kemasan muzik yang cukup membanggakan untuk sebuah naskhah Pop.
Sekitar tahun 2012, kembara saya ke Jakarta untuk menonton Java Jazz melewati satu per satu toko muzik Jakarta menemukan saya dengan CD berjudul “Quiet Down” (2010) yang tertulis nama Adhitia Sofyan di sampul albumnya.
Saya tidak tahu dan tidak pernah mendengar mana-mana lagu daripada bakat ini tetapi cover albumnya memanggil saya untuk bertanya lanjut tentang pemuzik ini pada si penjual CD yang menhuraikan muzik Adhitia Sofyan ini berilham folk dan akustik. Dan tanpa ragu saya mengambil album ini bersama beberapa lagi CD lainnya.
Pulang ke Kuala Lumpur saya menikmati “Quiet Down” hampir di setiap malam menikmati lembut petikan gitar serta vokal Adhitia Sofyan di lagu seperti “Adelaide Sky”, “Memilihmu” sehingga di lagu terakhir CD album ini berjudul “Number One”. Kraf muziknya memikat dan sejak pertama mendengarnya itu saya sudah mula menjadi penggemarnya.
Setelah itu dia tampil dalam beberapa album lainnya seperti “Forget Your Plan” (2011), “How To Stop Time” (2013) dan yang terakhir “Silver Painted Residence” (2016).
Dan setelah hampir tiga tahun tidak hadir dengan album penuh, awal tahun ini Adhitia Sofyan tampil dengan album berjudul “Chronicles Of You” yang dirakam sebagai sebuah satira perkenal dalam cinta sehingga berhujung perpisahan.
Album ini dibuka dengan cukup melodious dengan lagu “9 Tahun” yang begitu melankolis sekali sifatnya. Baca saja bait puitis di bawah
“Setelah angin berlalu, Hapus titik bertemu, Kau pun kembali menghilang.”
“Across This Million Stars” bercerita tentang malam hari setelah pertemuan yang tertulis dan cerita cinta ini bersambung dengan lagu berikutnya “Isn’t It Obvious” dan “Invisible Relationship” yang dihasilkan cukup sayu menyentuh. “Say goodnight to one another, silent. Tell each other i miss you when we are far apart.”
“Pesan Di Balik Awan” lagu terbaik di album ini dan mungkin tidak salah saya meletakkan ia sebagai lagu terbaik sepanjang karier Adhitia. Lagu ini begitu menyentuh sekali penulisannya yang puitis sekali “Sudahkah kau membacanya? Pesan di balik awan, Karena bila pagi tiba aku terhapus hujan.”
Adhitia Sofyan saya kira bukan sahaja pemuzik yang hebat tetapi juga penulis puisi yang begitu bijak menyusun kata-kata dalam setiap lagunya. Chronicles Of You meletakkan standard muziknya di fasa yang cukup tersendiri tanpa perlu dibandingkan dengan mana pun sekali seniman lain.
Bunga membuka mata ramai pihak setelah tampil di gelanggang 16 Baris sebagai rapper wanita, berhijab yang tampil cukup promising. Clarity dalam rap Bunga saya kira cukup mudah untuk kita enjoy dan juga dalami.
Setelah 16 Baris saya melihat beberapa video lain anak muda ini dalam lagu seperti “Kasih” dan “Too Saucy” saya kira Bunga berada di medan Hip-Hop bukan sekadar mahu mencuba nasib tetapi lebih kepada mahu memberi tidak banyak sedikit warna dalam pasaran muzik tempatan.
Maksud saya di sini, saat gadis seusianya memilih untuk menyanyi di nada-nada tinggi dengan nota muzik meluluh perasaan, Bunga memilih untuk tampil ke depan dan lebih yakin dengan percubaan menjadi penyanyi wanita, bertudung dan berbaju kurung itu tidak harus terikat pada ilham memetik gitar sambil menyanyi lagu cinta.
Terkini, bersama Warner Music Bunga tampil dengan single rakaman studio pertamanya yang diberi judul serupa – “Bunga” yang mendapat sentuhan Tripdisz dan Lady D dengan lirik bersama Bunga sendiri.
“Bunga” Tampil dengan ilham yang saya sebut Bubblegum Pop yang diberi dihadirkan dengan rap Bunga yang saya kira agak jauh daripada apa yang pernah saya lihat di video-video rap nya sebelum ini.
Saya tidak pasti sama ada ia bagus sebagai permulaan kerana kita sedia dipersembahkan dengan persembahan poetic rap Bunga dan “Bunga” tampil sebagai sebuah naskhah Pop yang tidak jauh mengingatkan saya pada lagu “Bawaku Pergi” persembahan Zizan bersama Kaka Azraff tujuh tahun dulu.
Single “Bunga” sudah beredar minggu lalu di semua gedung muzik digital dan semoga setelah single ini kita dapat sebuah lagi lagu yang lebih berbunga jiwanya. “Bunga” sebuah naskhah yang fun cuma ia sekadar okey-okey sahaja.
“Lovesick” dan “When Love Was Around” membawa nama empat anak muda bervisi dalam muzik ini tampil meyakinkan pendengaran di luar radar muzik lokal. Raja Arif Aizudin (rhythm guitar & vokal), Adrian Danial (gitar utama), Muaz Rabbani (dram) and Firdaus Azmi (bass) membentuk “Midnight Fusic” sebagai gagasan kugiran Pop masa depan tempatan.
Tampil dengan single terbaru berjudul “Caramel Cream” , Midnight Fusic menampilkan sisi innocent joyful dengan melodi yang cukup catchy serta lirik yang cukup sing-a-long.
Lagu yang dicipta Midnight Fusic bersama kugiran seberang, Pijar ini beredar 12 Julai lalu berjaya mendapat jumlah strim lebih 100,000 Strim di Spotify kurang sepuluh hari diedarkan.
Turut beredar sama muzik video yang mendapat sentuhan kreatif Thaaqif Saadon yang juga merupakan pengarah bagi muzik video mereka sebelum ini “When Love Was Around”
“Caramel Cream” bermula dengan intro yang mengingatkan saya pada trak Phum Viphurit “Lover Boy” tampil dengan feel swinging 60’s yang menghiburkan. Midnight Fusic saya kira jelas akan kraf muzik mereka yang semakin diterima anak-anak muda tempatan khususnya. This on is definitely one of the freshest single this year untuk pasaran muzik tempatan.
Ketika awal Yura muncul dengan debut menampilkan hits “Cinta & Rahasia” – ada dua lagu yang paling melekat di hati saya. Pertama lagu “Superluna” dan yang kedua “Get Along With You” yang tampil dalam ilham Jazz yang penuh cukup dan memikat.
Menerusi “Merakit” Yura mengalihkan groove yang dia miliki dengan perasaan paling dalam buat seorang pemuzik wanita sepertinya menerusi rangkaian lagu-lagu yang meruntun emosi seperti “Buka Hati”, “Kata Hilang Makna” dan “Malam Sepi” khususnya tanpa meninggalkan syarat mengapa cintanya kita pada muziknya.
Lagu-lagu Yura memberi satu kehidupan buat pendengar menikmati baik bait kata tulisannya sehingga ke melodi-melodi yang begitu dimaknakan dengan penyampaiannya.
Terkini setelah setahun “Merakit” diedarkan Yura tampil dengan single yang dirakam semula dengan susunan muzik yang lebih segar dan lebih grand sebetulnya menerusi lagu “Get Along With You” yang lebih awal diedarkan menerusi debut di tahun 2013.
Lagu yang diciptakan Yura bersama Ogie Trinito Maranatha ini tampil dengan ilham big band yang dirakam langsung di studio. Lagu yang hadir sebagai bonus track di album “Merakit” ini tampil dengan satu lagi versi Piano. Lagu ini mendapat sentuhan Iwan Popo sebagai produser muzik.
Kepuasan mendengar Yura dalam penyampaian hebatnya ternyata sesuatu yang membuatkan saya benar-benar merinding dengan kelunakan vokalnya. Di saat ini saya kira Yura sudah cukup tersendiri dengan segala kraf muzik yang dipersembahkan sejak awal dia mula bermuzik.
Terima Kost Putri (TKP), kugiran muzik beraliran rock alternatif berasal Jakarta, baru-baru ini merilis single terbaru mereka berjudul “Masih Penasaran” secara digital yang merupakan karya perdana TKP di tahun 2019, setelah kali terakhir tampil dengan single berjudul “Terbakar Realita” yang dirilis pada Februari tahun lalu.
Mengangkat isu kehidupan seharian, “Masih Penasaran” berangkat dari rasa ingin tahu serta persoalan kepada seseorang yang kita kenal tentang kabar dan apapun yang menyita waktu mereka saat ini. berbicara empat mata mengenai kehidupan saat ini.
Abary vokalis yang juga penulis “Masih Penasaran” menyatakan, “Memang gue tulis lagu ini untuk mantan. Tapi bukan berarti berarti lagu ini gue artikan hanya untuk mantan pacar aja, gue punya banyak orang yang pengen gue teriakin ‘Hei, lo apa kabar? Sibuk apa sekarang?” ucap Abary, selaku vokalis dan penulis lagu “Masih Penasaran”.
Lagu yang telah ditulis sejak 2017 ini sudah beberapa kali dibawakan oleh TKP dari panggung ke panggung, dan disusun mengikut peredaran waktu mereka bermuzik. “Lagu ini melewati banyak proses, dan kita senang melewatinya,” tambah Abary.
“Masih Penasaran” sudah dapat didengarkan secara resmi pada layanan streaming musik digital sejak tanggal 19 Juli 2019. TKP terdiri daripada 5 anggota iaitu Abary (Vokal), Fahran (Drum), Axel (Bass), Alvin (Gitar) dan Faris (Lead gitar)
Masih bermain lagi di fikiran saya ketika Marion membawakan lagu “Havana” dalam satu siri Indonesian Idol sebelum dia berjaya ke peringkat dua belas teratas program tersebut. Her vocal runs was amazing dan sejak itu saya tahu jika dia bakal punya masa depan yang baik dalam bermuzik.
Dan terbukti dengan kejayaan single perdananya “Jangan” yang mendapat perhatian luar biasa kejayaannya tidak hanya di medan popular malah memberikannya trofi Anugerah Muzik Indonesia yang lalu.
Sejak itu nama Marion Jola saya kira sudah menjadi antara yang bakat yang dinantikan karya-karya terbarunya. Dengan rangkaian single lainnya seperti “So In Love”, “Pergi Menjauh” dan duet bersama Rizky Febian menerusi lagu “Tak Ingin Pisah Lagi” – Marion Jola meniti titian popular dengan begitu cemerlang sekali.
Dengan kolaborasi produser Pop berpengalaman dalam membikin sesuatu yang segar, Lale Ilman Nino mencorak muzik Marion dengan acuan yang cukup terkini dan moden sekali.
Debut yang mengambil namanya sebagai judul menampilkan 11 lagu rakaman ini kesemuanya dihasilkan Lale Ilman Nino. Dibuka dengan lagu berjudul “Damba” dalam biasan feel dan melodi “Finesse” oleh Bruno Mars nyata cocok dengan karakter vokal Marion. Lagu saja saya kira sudah memberi keterujaan menikmati “Marion” dalam persembahan Pop yang menghiburkan.
duet terhangat tahun ini “tak ingin pisah lagi”
Album ini diteruskan dengan tiga single terawal pembabitan Marion dalam bermuzik sebelum diteruskan dengan lagu berjudul “Merah Jambu” yang tampil lebih moderate Pop yang cukup catchy sekali. Saya sukakan korus lagu ini yang cukup santai dan cukup “Marion” sekali sifatnya.
Dan semua elemen-elemen yang begitu “Marion” diteruskan dalam lagu “Favorite Sin” yang menampilkan rapper meningkat naik Tuantigabelas. Marion tampil lebih R&B menerusi single Inggeris berjudul “It’s Not Over Yet”.
Namun pendengaran saya lebih teralih dengan lagu berjudul “Rayu” yang merupakan single perdana album ini. Melodi Rayu cukup baik sekali. Tidak salah jika saya katakan Rayu antara lagu terbaik ciptaan Lale Ilman Nino setelah “Siapkah Kau Tuk Jatuh Cinta Lagi” dan “Tunggu Apa Lagi”.
Saya mengulang dengar berkali-lagu lagu “Rayu” ini sebelum terlarut dalam emosi Marion menerusi “Menangis Tanpa Air Mata” yang begitu indah sekali penghasilan melodinya. Saya benar-benar sukakan lagu ini, feel Marion berada di tahap yang sangat-sangat baik sekali.
Album ini saya kira contoh terbaik membikin Pop terkini sama seperti apa yang ditawarkan Rizky Febian menerusi debut “Jejak” yang beredar lebih awal. Semua lagu dihasilkan atas penciptaan melodi yang mudah ditangkap, susunan muzik penuh terkini dan beat-beat semasa yang penuh groove serta tentu saja sensual vokal Marion yang memberi justifikasi pada setiap lagu di album ini.
Saya lewat menikmati naskhah ini yang awal beredar Februari lalu. Mungkin rock bukan forte saya, kali terakhir saya benar-benar menikmati rock mungkin di tahun 2017 ketika “Search” tampil dengan naskhah “Katharsis” atau mungkin kalau Bunkface boleh dikira rock itulah yang terakhir menerusi album “Pop” mereka.
Butterfingers all time favorite saya dan saya kira semualah juga yang mengikuti scene indie / rock ini. Loque tu kira di era saya mengikut teman-teman ke gig di awal 20-an tu semacam “Ramli Sarip” lah kiranya especially di album “Transcendence” dan “Selamat Tinggal Dunia” . Masa tu Hujan pun belum ada dan saya masih lagi main badminton dalam rumah dengan AG Coco dan bercerita tentang impiannya nak produce untuk Dayang.
Okay back to this album, saya mendengar sambil membaca beberapa portal untuk mengenal band yang satu ini. Bukan apa saya kira penting untuk saya faham identiti muzik serta siapa di balik tabir pembikinnya.
Dan saat mengetahui nama-nama seperti Edwin Raj (They Will Kill Us All), Toya (Lailas Lounge) dan Irfan Iskandar yang pernah bermain untuk beberapa kugiran lokal, saya kira “Toko Kilat” sebuah band matang bukan BBIBNU (#budakbudakindiebarunakup #lol)
Jadi saya kira kita kena kritikal sedikitlah dalam mendengar setiap sudut bunyi yang mahu ditawarkan. Sama seperti saya mendengar “Projek Pistol” juga yang dibarisi individu berpengalaman dalam muzik rock khususnya. Ya saya sangat suka Projek Pistol sebab rock mereka berjiwa lokal.
EP ini diisi dengan 6 lagu kesemuanya yang dibuka dengan riff keras gitar menerusi lagu “Gema” yang sudah memikat pendengaran saya. Saya sangat suka karakter vokal Edwin, rock habis dan tak ada slanga pelik-pelik. Sebutannya jelas dalam memaknakan apa yang dia nyanyikan.
Momentum muzik mereka diteruskan dengan “Pemacu Api” single perdana EP ini yang sekali lagi membuat pendengaran saya melekat sehingga ke hujung lagu. Apa yang saya perasan saat ini, muzik Toko Kilat bukan jenis rock bingit, produksi muziknya tidak terlalu ambitious kedengaran terlalu loud untuk menyatakan this is a rock band. Cukup dengan penggunaan instrumen di tempat yang tepat dan vokal kemas Edwin.
“Nahas” membuat saya teringat lagu-lagu Search terutama sekali di awal pembukaan lagu ini. Nahas saya kira begitu lokal sekali acuan rock-nya dan saya sukakan rock yang begini – manipulasi Interpol dalam acuan lokal. Feel Edwin best, saya ulang sekali sebutannya sangat baik dan jelas. Satu hal yang jarang penyanyi rock ada not even Loque yang kadang terlalu meleweh.
“Kabur” menjadi lebih relaks dan cukup sempurna untuk penghujung hari yang melelahkan. Dan menutup album ini “Satu Suara”my least favorite tapi okey sebagai pelengkap EP ini.
Toko Kilat saya kira gerakan penting muzik rock yang semakin tenggelam di pasar besar mainstream hari ini. Macam saya cakap awal tadi mereka sebuah band matang yang menawarkan sesuatu yang cukup solid produksi muziknya. Saat menulis ini saya sudah mengulang dengar “Gema”, “Pemicu Api” dan “Ratu Malam” yang saya sifatkan sebagai lagu terbaik EP ini.
Dan ya, ini antara naskhah muzik terbaik yang dihasilkan pemuzik lokal tahun ini.