
Ketika awal Yura muncul dengan debut menampilkan hits “Cinta & Rahasia” – ada dua lagu yang paling melekat di hati saya. Pertama lagu “Superluna” dan yang kedua “Get Along With You” yang tampil dalam ilham Jazz yang penuh cukup dan memikat.
Menerusi “Merakit” Yura mengalihkan groove yang dia miliki dengan perasaan paling dalam buat seorang pemuzik wanita sepertinya menerusi rangkaian lagu-lagu yang meruntun emosi seperti “Buka Hati”, “Kata Hilang Makna” dan “Malam Sepi” khususnya tanpa meninggalkan syarat mengapa cintanya kita pada muziknya.
Lagu-lagu Yura memberi satu kehidupan buat pendengar menikmati baik bait kata tulisannya sehingga ke melodi-melodi yang begitu dimaknakan dengan penyampaiannya.
Terkini setelah setahun “Merakit” diedarkan Yura tampil dengan single yang dirakam semula dengan susunan muzik yang lebih segar dan lebih grand sebetulnya menerusi lagu “Get Along With You” yang lebih awal diedarkan menerusi debut di tahun 2013.
Lagu yang diciptakan Yura bersama Ogie Trinito Maranatha ini tampil dengan ilham big band yang dirakam langsung di studio. Lagu yang hadir sebagai bonus track di album “Merakit” ini tampil dengan satu lagi versi Piano. Lagu ini mendapat sentuhan Iwan Popo sebagai produser muzik.
Kepuasan mendengar Yura dalam penyampaian hebatnya ternyata sesuatu yang membuatkan saya benar-benar merinding dengan kelunakan vokalnya. Di saat ini saya kira Yura sudah cukup tersendiri dengan segala kraf muzik yang dipersembahkan sejak awal dia mula bermuzik.
9/10
ARTIKEL BERKAITAN
Yura “Merakit” Titian Dewasa Dalam Seriosa Paling Merdu & Puitis