
Eva Celia mula menarik perhatian saya di beberapa persembahan live showcase-nya bersama pemuzik hebat seberang Indra Lesmana yang juga bapa kepada penyanyi ini. Usai fasa berpengalaman di pentas-pentas Jazz sekitar Jakarta, Eva bergerak sendiri dengan bermuzik dalam eksperimentasi Jazz yang cukup menkhayalkan.
Buktinya, pada tahun 2016 dia sudah membuka banyak mata akan keseriusannya bermuzik dengan debut album berjudul “And So It Begins” yang tampil dengan barisan single seperti “Let Love Grow” dan “Reason”
Awal tahun ini dia tampil dengan dua single cukup personal menyorot cerita tentang perasaan dan kematangannya sebagai pemuzik. Lagu berjudul “A Long Way” meneruskan nota-nota Jazz yang sinonim dengan jaluran muziknya.
Kemudian dia tampil buat kali pertamanya untuk sebuah single berbahasa Indonesia menerusi lagu “Kala Senja” yang ditulis cukup puitis sekali bait-bait liriknya.
Menerusi EP empat lagu yang baru dirilis seminggu lalu, Eva menambah dua lagi lagu yang ditulis bersama gitaris The Overtune, Mikha Angelo menerusi lagu “Selfish” sebuah lagi persembahan penuh soulful Eva dalam merdu suara angelic miliknya.
Saya cukup sukakan penulisan liriknya yang realistik sekali dalam tafsiran gelora perasaan “Ain’t the kind to tell you what to do / You make it hard for me to tell you the truth / Everytime I let you in You make me feel like I’m wildin’.” Sempurna sekali penceritaannya.
“Lagu ini bercerita tentang kisah cinta yang bertepuk sebelah tangan dan salah satunya tidak tahu cara meminta maaf, bagaimana menghadapi seseorang yang kita cintai tanpa bersikap menghakimi” ujar Eva dalam artikel tulisan PopHariIni.

Sebuah lagi lagu berjudul “All About You” yang diproduksi Demas Narawangsa bersama Ankadiov melengkap EP ini sebagai perjalanan muzik Eva tahun ini. Single dengan kemasan muzik Pop ini cukup current sekali penghasilannya. Jika saya tidak pernah mengenal Eva saya tidak akan dapat meneka lagu ini hasilnya daripada bakat seberang. This is my ultimate favorite so far!
LIFELINE: Introduction saya kira dihasilkan untuk pendengar matang yang mahukan kepuasan dalam muzik pada tahap yang diluar pasaran komersil mampu tawarkan. Dengan empat lagu yang mengisi EP ini saya kira cukup ramuannya untuk membikin penggemar Eva berpuas hati dan sudah pasti mampu menarik pendengaran pendengar-pendengar barunya.
Saya tidak sabar menantikan apa lagi yang bakal dihasilkan penyanyi Jazz hebat ini pada masa mendatang. Tahniah Eva!
7.6/10