Bakat muda asal Jakarta Niki Zefanya yang tampil semakin meyakinkan sejak debut “Zephyr” beredar di tahun 2018 menyusun langkah pesona dalam jalinan muzik Pop semasa yang dibaluti R&B yang menyenangkan.
Kali terakhir tahun ini tampil dengan EP “wanna take this downtown?” menampilkan hits “Lowkey”, Niki tidak membuang banyak masa untuk terus memikat pendengaran semasa dengan lagu terbaru kolaborasi 88 Rising yang juga syarikat rakaman yang disertianya sekarang.
Lagu yang diberi judul “Indigo” ini menrutnya bercerita tentang perjalanan keliling kota bersama seorang lelaki sambil menikmati ganja. Berkisah tentang kepercayaan diri tinggi melalui lirik yang menyiratkan gadis 20 tahun itu tahu benar apa yang diinginkan dan dimilikinya. “You know I’m your type, right? Mark your calendar, tonight’s gonna be your life’s highlight,”
“Indigo” merupakan single perdana dari album kompilasi 88rising bertajuk “Head In The Clouds II” yang ditulis sendiri oleh NIKI dan diproduksi oleh tiga produser, yakni Roget Chahayed, Wesley Singerman, dan Taylor Dexter.
Dalam lembar siaran media yang dikirim pihak 17 Eleven Music bertulis “Yang Ku Rindu Serlah Serlah Kehebatan Vokal Idayu” buat hati saya terdetik, Vokal Idayu bukan hal yang perlu di-highlight lagi untuk perkembangan kariernya. What she need a strong material untuk dia kekal relevan dan berdiri sendiri dalam pasaran semasa tanpa perlu bergantung kepada demand pasaran muzik.
Dan ketika emel dikirim saya belum lagi kiranya dapat mendengar lagu tersebut hanya beberapa hari kemudian saya berkesempatan untuk mendengar. Dan melihat nama komposer serta penulis liriknya Yunfadzil, Yazer Yusof, Jass dan Ikhwan Fatana – saya tidak juga boleh membayangkan Balada yang bagaimana akan terhasil kerana tidak familiar dengan karya-karya mereka.
Dan setelah mendengarkan lagu ini, saya kira naskhah “Yang Ku Rindu” ini punya standard lagu-lagu Balada hari ini, yang majoritinya dimonopoli komposer seperti Farouk Roman, Sharon Paul khususnya. Vokal Idayu saya kira tiada apa yang yang boleh dipertikaikan lagi. She know how to deliver – biar lagu apa pun jualah sekali pun.
Cuma saya berharap setelah single “Ganti Diriku” Idayu akan lari sedikit dari paten Balada OST drama ini kerana lagu begini sudah terlalu banyak di pasaran yang kadang buat kita letih. Oh, another ballad? Okeylah sedap tapi sekadar itu sahajalah, apa impaknya untuk kelangsungan karier?
Idayu saya kira perlu menyusun kemas jadual kembara muziknya. Kita tidak hanya mahu Idayu keluar single dan diam dan another single yang datang dengan idea serupa berulang kali. Dia lebih daripada itu.
Idayu punya bakat sangat besar, dan sebesar bakat yang dia ada, dia perlu memikat pasaran muzik yang lebih besar kerana dengan hadirnya single seperti “Yang Ku Rindu” ini saya tidak pasti jika dia mampu meluaskan pasaran muziknya ke satu standard yang lebih tinggi.
Maksud saya di sini jangan bazirkan bakat yang ada untuk pasaran muzik yang kecil. Laburlah keringat dan wang yang ada untuk satu perkembangan karier yang lebih baik serta berskala lebih besar dan apa yang lebih penting memberi impak yang lebih berkesan untuk kelangsungan karier.
Saya tidak mengatakan lagu ini naskhah yang buruk tetapi ia terlalu kecil untuk bakat sebesar Idayu. Cuma jika mahu dibandingkan dengan “Di Sini” dan “Ganti Diriku”, lagu “Yang Ku Rindu” ini adalah tampil lebih kemas dan kiranya kita puas mendengar alunan merdunya yang penuh emosi.
Usai merilis “Tinggal Bilang” persembahan Trio Lestari (Glenn Fredly, Tompi & Sandhy Sondoro) – produser muzik Ricky Lionardi kembali membuah ilham untuk sebuah lagi lagu klasik berjudul “Bengawan Solo” yang dipersembahkan oleh Tompi.
Apa yang membikin istimewa lagu di rendisi Ricky ini adalah persembahan orkestra full string Budapest Scoring Jazz Orchestra yang melatari vokal merdu Tompi di seluruh persembahan muzik lagu ini.
Single ini merupakan bagian dari projek Senandung Indonesia yang digagas oleh Ricky Lionardi dalam usahanya melestarikan lagu-lagu pop Indonesia yang lahir dari para komponis legenda Indonesia. Diciptakan oleh Gesang, lagu “Bengawan Solo” merupakan lagu keroncong Indonesia yang mencuat sejak tahun 1940.
Sedikit info tentang “Bengawan Solo” – Lagu ini dihasilkan di tahun 1940 ketika peperangan di Indonesia sudah mulai usai. Para tentara Jepun antara yang menikmati lagu ciptaan kopmposer bernama Gesang ini, sehingga menjadi begitu popular di Jepun ketika itu sehingga hari ini.
“Bengawan Solo” merupakan satu daripada lagu yang akan dimuatkan dalam album penuh Senandung Indonesia yang akan berisikan lagu-lagu Indonesia populer yang diciptakan oleh para komponis legendaris seperti Ismail Marzuki, Guruh Soekarno Putra, Adjie Soetama sampai Cornel Simanjuntak.
Jika ada yang masih ingat NJWA sempat tampil dengan single berjudul “Ocean” tahun lalu menerusi EP self-titled yang berisi 3 lagu lainnya. Soulful ballad yang dicipta NJWA ini hadir memikat sebagai sebuah kraf muzik yang cukup membanggakan.
Meneruskan kelangsungan dalam kredibiliti bermuzik, kolaborasi khusus yang diusahakan gerakan muzik Mostacho Xperiment menghasilkan sebuah rendisi terkini “Ocean” dalam satu rakaman langsung yang melibatkan 6 pemuzik daripada 6 negara berbeza.
“Ocean” versi terbaru yang diedarkan 9 Ogos lalu, dirakam lebih awal pada tahun 2013 di Buskerville Studiosin Queens, New York. Melibatkan pemuzik seperti NJWA, Eitan Akman, Haruka Yabuno, Dave Lowenthal yang diketuai band leader, Andrés Marín.
Tampil dalam produksi muzik yang mengambil ilham Emily King dan Hiatus Kaiyote sebagai inspirasi dalam menghasilkan sound yang sinonim dengan karakter muzik jazz Mostacho Xprmnt.
Bagi yang baru mengenali Mostacho Xprmnt merupakan kugiran R&B, Jazz yang bergerak awal di Brooklyn New York oleh ahlinya Andreas Marin. Sering melakukan persembahan di pentas live seperti No Black Tie khususnya, kugiran ini merentas benua dalam menghasilkan muzik mereka. Antaranya ke Korea bersama Song Yi Jeon dan yang terkini NJWA.
“Ocean” dalam versi rakaman langsung ini saya kira mengukuhkan lagi portfolio muzik NJWA yang cukup sinonim dengan ketelitian dalam bermuzik tanpa berkompromi dengan apa yang pasaran lokal mahukan.
Dalam perkembangan lain, NJWA yang beberapa bulan lalu tampil dengan single “Take Love Back” bakal tampil dengan sebauh muzik video terbaru single tersebut yang bakal diumumkan dalam masa terdekat.
Di tahun 2002, jika ada yang mengikuti perkembangan editorial hiburan tempatan, sebuah majalah bernama “Sentiasa Manja” – “Manja” asal Singapura diterbitkan di Malaysia di bawah kendalian Editor paling brutal, Saniboey Mohd Ismail.
Sentiasa Manja (SM) menjadi sebuah wadah alternatif media showbiz lokal ketika itu yang terlalu banyak dihidangkan dengan ruangan gosip khususnya tanpa begitu fokus kepada perkembangan industri muzik dan filem.
MK tertarik untuk mengekstrak kembali temu bual eksklusif Saniboey bersama Sheila Majid – berhubung pasca cerai, the brand new Sheila menerus Ku Mohon dan cerita-cerita up, close and personal seorang figura bernama Sheila Majid. Temu bual seperti di bawah:
Temubual: Saniboey Mohd Ismail Sentiasa Manja isu Februari 2002
Apa mengenai Sheila Majid yang kita tahu? Retak rumah tangganya keluar dalam akhbar dah beratus kali agaknya. Kita kenalnya sebagai penyanyi popular, Diva Jazz so to speak. Sheila amat reseptif bila dihubungi untuk jadi cover Sentiasa Manja, dan tambah terkejut bila dikatakan dia dipilih sebagai salah seorang daripada 10 Most Influential Artiste di Malaysia.
Saniboey Mohd Ismail ambil masa berhari-hari untuk fikirkan soalan. Hampir 30 soalan yang memungkinkan kita tahu the real state of mind of SHEILA MAJID!
SB: Sudah 16 tahun menyanyi – Adakah itu terlalu lama, terlalu baru atau journey anda baru nak mula?
SM:Actually, its longer sebab I start 1983 dan album pertama, “Dimensi” keluar pada 1985. Dulu indie label lagi susah nak keluar duit. Memang masa tu tak ada record label nak saya sebab muzik saya tak jual.
Sebenarnya saya tak fikir sangat soal lama atau baru tapi saya akui masa berlalu pantas. Tapi tempoh itu pun saya rasa tak lama sangat dan langsung taka dan rasa bosan.
SB: Sheila ada tiga generasi dalam muzik. Generasi “Pengemis Muda”, generasi “Legenda” dan generasi “Ku Mohon”. Kami dapat hiburan, mind therapy dengan muzik anda – Tapi apa pulangannya buat Sheila?
SM:Besides popularity atau punca rezeki, at least saya tahu saya ada fans. Malah some of my fans kini jadi kawan. Saya masih lihat muka yang dama menonton persembahan saya 16 Tahun lalu hadir dalam persembahan saya hari ini.
Fans yang loyal adalah satisfaction buat saya. Lagi satu, this is business tetapi saya tidak berkompromi dengan kreativiti dan artistic value. Pendek kata I love what I’m doing dan saya hipokrit atau menipu dengan mengatakan ia bukan sebab duit, sebab ini punca rezeki.
SB: Transisi muzik dari “Pengemis Muda” sehingga ke “Ku Mohon”. Transisi itu hanya dalam muzik sahaja atau kehidupan?
SM: Memang ada transisi. Dari era “Pengemis Muda” sehingga “Ku Mohon” produksi muzik lebih berkualiti. Sama macam kehidupan. Umur saya sudah 37 tahun, takkan nak fikir macam budak 18 tahun. Itu proses natural.
Dulu saya banyak mendengar terutama nasihat tapi kini saya tahu apa yang selesa buat saya. Tapi itu bukan pula bermakna saya dah tak dengar cakap. Transisi itu mematangkan saya dalam banyak hal.
SB: Jarak antara muzik dan kehidupan. Sejauh mana ia memerlukan satu sama lain?
SM: Bagi saya being a mother is a department of its own. Ia lain sangat dengan kerja atau kawan. The feeling sebagai ibu terlalu berbeza. Anak membesar dalam perut saya sendiri dan keluar dari saya – Dan itu tidak boleh dibandingkan dengan apa-apa pun.
Bagi saya kalau tidak menyanyi pun, muzik pasti jadi sebahagian dari life. Muzik dan kehidupan memang relate begitu banyak dalam hidup saya.
SB: Sukses, sudahkah anda merasainya dengan muzik anda? Apa sukses buat anda? Adakah sukses itu populariti, dominasi muzik, kejayaan menang award?
SM: It depends, ia amat subjektif. Sukses bagi saya bila kita boleh buat apa yang kita suka dan happy. Kita boleh ada banyak duit dan beratus award tapi kalau tak happy, itu maksudnya tak sukses. Sukses bagi saya adalah berkaitan kreativiti dan berjaya mendapatkan fans.
SB: Kami semua tahu anda sukses dalam muzik dan kami tahu anda tidak sukses dalam rumah tangga.
SM:I want to correct this. Apabila anda gagal dalam perkahwinan, ini tidak bererti anda gagal. Jodoh di tangan tuhan. Kita boleh rancang dan usaha tapi kalau tuhan kata tak jadi usaha macam mana pun tak akan jadi. Saya nak orang faham terutama old school people yang selalu point finger kata anda gagal dalam hidup kalau perkahwinan gagal.
Hey… shit happens okay! Kadang-kadang benda yang jadi is beyond our control.
Bagi saya kalau saya happy dan sihat serta dapat berikan good life untuk anak-anak dan juga buat mereka sihat, itu namanya sukses!
SB: Tipikalnya bila orang melalui pengalaman pahit, ia membuatkan mereka mahu bekerja untuk melupakan keadaan. Bagaimana dengan anda?
SM:Frankly speaking, saya kerja untuk cari makan tapi untungnya saya buat apa yang saya suka. Syukur saya mencari rezeki dengan cara yang saya minat dan saya perlu lebih tekun. Terus terang until today saya tidak henti diingat dan mengingatkan diri mengenai apa yang berlaku dalam hidup.
SB: Apa daripada pengalaman perkahwinan yang memberi kesan kepada muzik Sheila Majid?
SM: Ia tidak beri kesan. Malah masa berkahwin dulu pun saya dan Roslan tidak campur adukkan life dengan muzik. Kalau kerja kami kerja betul-betul dan bila pulang ke rumah itu soal famili.
SB: Cakap fasal Roslan, What’s your plan?
SM: Plan? Kahwin? Banyak sangat orang tanya “Sheila tak nak kahwin ke?” or “Sheila Nampak macam tak laku je”. Kalau fikir nak kahwin sekarang pun boleh tapi saya tak nak kahwin sekarang. I call the shot. Kahwin is a natural process. Bukan boleh dipaksa.
Orang mula cakap belakang bila Roslan kahwin baru tapi saya tak kisah. Saya perlu fikir soal anak-anak, itu lebih penting.
Bagai kata Siti Nurhaliza kepada wartawan, soal kahwin atau boyfriend adalah terlalu peribadi dan tak perlu diberitahu. Saya tak perlu beri justifikasi kepada orang. Masalah saya dalam hidup bukannya boleh dibantu orang lain. Orang hanya tahu tokok tambah. I am known about my music. Saya bukan jenis suka bercerita fasal kahwin atau boyfriend.
SB: Adakah perceraian memberi inspirasi?
SM:In a way it made me better. Tak pernah sebaik ini. Saya percaya ada hikmah atas apa yang berlaku. Mungkin Allah kata saya deserve better, everything now falling into places. Saya jadi manusia yang lebih bijak berfikir untuk memiliki better control of my life.
Dulu saya tahu menyanyi saja, some people learn the hard way. Saya percaya dengan kata-kata “The glory of life is not stopping yourself from falling.”
SB: Do you wish saya tak tanya soalan-soalan seperti ini?
SM: YES, YES, YES!
SB: Apa soalan yang Sheila suka orang tanya?
SM:Actually I don’t want people to feel sorry about me. Macam saya kata tadi, Shit happens dan saya perlu belajar untuk terus hidup. Itu semua dugaan saya dan saya redha. Saya tahu ramai yang simpati but im telling you now im getting better. Selalunya bila fans atau kawan-kawan jumpa mereka akan tanya khabar saya dan anak-anak. Saya tak ada masalah menjawabnya.
SB: Adakah apa yang dilihat dalam senario muzik hari ini adalah yang dibayangkan 10 tahun lalu?
SM: Sebenanya saya tidak pernah fikir nyanyi jadi karier. Tapi semua apa yang dibayangkan sebenarnya jadi lebih baik dalam banyak aspek. Lihat label Positive Tone for instance. Semua artis di situ dapat freedom buat apa yang mereka mahu. Kita jadi lebih luas dan kreatif.
SB: Daripada Pengemis Muda sehingga Ku Mohon, nama Sheila cukup ikonik. Anda jadi ikon Malaysia. Adakah itu mencukupi?
SM: Saya tak tahu nak jawab. Cabaran buat saya sekarang adalah dengan diri sendiri manakala persaingan dengan artis lain jadi motivasi. Kalau ikutkan hati saya nak macam artis barat yang kerja enam bulan dan rehat enam bulan tapi tak boleh sebab saya perlu kerja sepanjang tahun.
Sebenarnya saya tak realize saya jadi ikon to other people in music. Tapi Alhamdulilah.
SB: Ada elemen kuat jiwa Indonesia dalam diri anda. Kenapa anda asiosiasikan diri dengan elemen Jazz dan Pop Indonesia?
SM:Frankly speaking bukannya Indonesia tapi Motown sound dan style ada dalam jiwa saya. Dulu sejak 70-an memang Indonesia jauh ke depan dari kita tetapi Jazz atau Pop mereka tetap dari barat.
SB: Pemuzik seperti Erwin Gutawa, Ahmad Dhani, Chrisye, Katon semuanya mengenali muzik anda. Sheila mampu lebih sukses di Indonesia berbanding Malaysia. Kenapa tak ke sana saja?
SM:Why should I go? Saya selesa sekarang dan dah dikenali. There is no place like home. Di sinilah semua kasih dan sayang saya. Destinasi kegemaran dalam hidup adalah perjalanan pulang ke negara sendiri.
SB: Saya jumpa Ahmad Dhani dulu dan dia pernah kata Michael Verrapan dan Sheila Majid adalah dua genius muzik yang pernah dilahirkan Malaysia
SM: Persis Kekasihku disusun Michael Veerappan – I tell you masa keluar lagu tu dengan album Emosi, Odie Agam kawan kepada abang saya dan dua lagu Odie ada dalam album tersebut. Odie hantar lagu ke semua label di Indonesia dan ingat saya Indonesian yang belajar di luar negara. Lagu tu jadi hits, lepas tu baru orang kenal saya.
I think to call me genius is keterlaluan tetapi memang Veerappan adalah seorang yang handal dan talented. Malah pemuzik di Malaysia kata dia memang ada magic touch.
SB: Komitmen Sheila dalam vokal memang bagus tetapi dalam soal produksi, Sheila ambil masa lebih 10 tahun untuk menulis lirik Ku Mohon. Kenapa?
SM: Sebab saya tak pernah mencuba. Saya tak diberi peluang sebab dulu semuanya disuapkan. Masa buat Ku Mohon ia jadi terlalu penting sebab Roslan tak terbabit dan semua mata melihat saya. Apa yang saya lihat di sini, komposer suka beri lagu pada penulis lirik walaupun penulis tidak langsung dikenali penyanyi. Itu yang jadi tiada soul. Saya harap lepas ni saya dapat lebih banyak terbabit dalam produksi.
SB: Bolehkah kami rakyat Malaysia memanggil anda Ratu Jazz?
SM: Saya sebenarnya malu. Saya bukannya nyanyi Jazz. Saya pernah sekali terkebil di Jepun bila orang kata saya Jazz sedangkan saya bukannya Jazz singer. Saya kemudian terpaksa menjelaskan kepada orang Jepun yang lebih kritikal. Saya tidak mengkategorikan nyanyian saya dan fans boleh cakap apa saja.
SB: Sejauh mana kehadiran anak memberikan inspirasi dalam hidup, karier dan muzik?
SM: It makes me work harder dan kasi yang terbaik untuk mereka. Setiap kali tengok anak-anak mereka memberikan inspirasi.
SB: Tiga perkara yang anda wish untuk kesejahteraan anak-anak?
SM: Kebahagiaan, kestabilan diri dan ilmu akademik dan agama yang cukup..
SB: Satu perkara yang paling anda idamkan dalam hidup?
SM: Hidup yang sihat sebab kalau ada duit pun tapi tak sihat atau bahagia tak berguna.
SB: Satu perkara yang kita semua patut wish for?
SM: Jangan jadi double standard. Kaya miskin hitam putih tu semua sama. Jangan bezakan diri.
Sentiasa Manja hanya bertahan sekadar 2 tahun. Ia bermula pada tahun 2001 dan berakhir dengan tahun 2003. Antara yang pernah menjadi cover girl Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Amy Search, Camelia, Erra Fazira, Deanna Yusoff, Sarimah Ibrahim, Umie Aida dan Ning Baizura. Saniboey merupakan Editor bersama seorang lagi penulis berpengalaman, Zurina Waji.
Mohammad Istiqamah Djamad atau senang diingati sebagai Is mantan front man “Payung Teduh” hadir solo setelah memutuskan berpisah dari kugiran kesukaan ramai itu. Bermula di tahun lalu Is tampil mendebarkan penggemarnya dengan single perdana berjudul “Cemas” sebelum tampil semakin mengujakan dengan lagu “Kehabisan Kata”.
Terkini dia akhirnya tampil dengan album penuh secara solo dengan mengendong ilham Payung Teduh dalam perjalanan muzik Pusakata yang ditambah rasa Pop, Rock yang sederhana dalam penulisan melodi yang memikat.
Album ini bergerak dalam satu tempo yang disusun kemas momentumnya agar pendengar dapat menikmati cerita di setiap sudut lagu yang disusun indah. Berawal dengan empat lagu terawal di buku pertama- “Cemas”, “Lagu Pesisir”, “Kumpulan Famili dan Teman” dan “Senja Di Sini” album ini sudah siap memikat pendengaran tanpa perlu saya skip satu pun lagunya.
Buku kedua album ini menampilkan sisi lebih Pop dan melodious. Lagu “Kita” kedengaran cukup kontemporari sekali penghasilannya dengan puitis lirik Is. Bahagian korusnya cukup bergerak baik dan komersil sekali. Pendengaran saya bagai terpaku pada trak yang satu ini. Indah sekali penghasilannya.
Di beberapa lagu buku kedua ini saya melihat Pusakata sebagai sebuah alter ego. Muziknya mengingatkan saya pada Dewa 19, Padi, Ari Lasso dan The Fly khususnya. Rock yang diadun dalam nuansa Pop secukup rasa. Dengarkan saja lagu seperti “Aku Kau & Malam”, “Bangun” dan “Satu”.
Album ini saya kira seperti judulnya Dua Muka menampilkan dua sisi berbeza Is yang disatukan dalam satu persembahan muzik yang bergerak dalam jalur yang satu dan menyatu. Tiada yang terlalu wow tetapi ia cukup sebagai sebuah naskhah yang saya boleh dengar pada bila-bila masa.
Jika disuruh pilih lagu terbaik album ini saya kira “Kita”, “Kehabisan Kata”, “Cemas”, “Senja Di Sini” dan “Jalan Pulang” lengkap sebagai material yang mampu mengutuhkan portfolio muzik Pusakata.
Pencipta Lagu & Penulis Lirik: Mohammad Istiqamah Djamad
Produser Eksekutif: PUSAKATA (Mohammad Istiqamah Djamad)
Produser: Sadrach Lukas
Distribusi : Demajors Records
Dirakam di Sadrach Music dan Ebony Ivory, Jakarta
Mixing: Arief Rinaldy
Mastering: Sage Audio Nashville, Amerika Syarikat
Setelah lama tidak membuah ilham dalam Balada yang menjadi signature muziknya, Glenn Fredly baru-baru ini merilis sebuah melodi indah yang ditulis sepenuhnya sendiri menerusi lagu berjudul “Kembali Ke Awal”.
Lagu yang diterbitkan Ifa Fachir (Keyboardist Maliq & D’Essentials) itu merupakan runut bunyi bagi filem “Twivortiare” yang merupakan adaptasi dari novel dengan judul sama karya Ika Natassa.
“Lagu ini sendiri menceritakan tentang retrospektif sebuah hubungan, dimana memandang hubungan menjadi dua sisi. Introspeksi akan ego pribadi masing-masing menjadi titik fokus yang penting untuk keluar dari sebuah permasalahan,” Jelas Glenn.
“Kembali Ke Awal” memercik esen muzik Balada Glenn seperti di single sebelumnya “Terserah”, “Sekali Ini Saja”, “Kisah Yang Salah” dan lainnya. Tampil memawan dengan alunan piano mengiringi seluruh lagu dan vokal mengkhayalkan Glenn yang sempurna.
“900 kerusi direbut dalam masa 16 jam itu satu kejayaan buat saya.” Ucap Misha dalam persembahan pembukaan “This Is Misha” yang berlangsung 5 Ogos lalu. Misha sleek dalam persalinan nude dress dengan signature short hair yang cukup ikonik. Selesa dan sempurna buatnya.
Dalam persembahan konsert selama satu jam ini, Misha larut dalam emosi yang saya kira tenaganya cukup dirasai sekali. Persembahan vokalnya cemerlang biar hampir kesemuanya lagu bernuansa balada.
Bermula dengan medley “Cinta Adam & Hawa” dan “Sembunyi” Misha sudah lebih awal membuat semua yang berada di DFP sama menyanyikan hits malar segarnya itu. Dalam bicaranya yang tidak putus berterima kasih buat peminat, Ramli MS yang disifatkan sebagai “godfather” dalam karier muziknya – Misha cukup bersahaja dan santai berceloteh.
Malam tersebut kesemua lagu disusun Ramli M.S – tidak terlalu banyak yang diubah daripada versi album yang bagi saya secara personal kurang elemen surprise-nya kecuali di beberapa lagu seperti “Riwayat Cinta” khususnya yang hanya beriring piano Tok Ram yang melekakan.
“Dedebu Cinta” antara persembahan vokal terbaik Misha malam tersebut. Saya benar-benar larut dengan persembahan vokal cemerlangnya di lagu tersebut. Misha penyanyi yang ekspresif – dalam nyanyiannya dia semahunya memberikan emosi sebaiknya dalam mentafsir kisah dalam lagu yang dicipta.
Saya kira ini kekuatan sebenar “This is Misha” setiap lagu dibawa cukup dalam perasaannya terutama di medley “Semoga Abadi” dan “Riwayat Cinta” sebelum menutup konsert dengan lagu “Bunga-Bunga Cinta”.
Misha performer yang baik bagi saya joke-joke nya di stage bersahaja – dari usikannya kepada Tok Ram, joke gigi dan kaki sehingga cerita lagu “Kak Limah” dan peminat-peminat barunya semuanya buat penonton benar-benar terhibur kerana jika mahu bergantung pada persembahan lagu semata konsert ini mungkin kurang warnanya.
“This Is Misha” saya kira hanya sebagai pembuka ruang untuk Misha beraksi di pentas lebih besar skala persembahan muziknya. Apa yang kita saksikan malam Isnin lalu mungkin hanya sebahagian apa yang mampu dia berikan.
There will be more and perhaps kita tidak perlu menunggu lama lagi untuk persembahan konsert seterusnya. Bukan apa, saya kira Kak Mitch masih ‘berhutang’ beberapa lagu lagi – “Angin Syurga”, “Lilitan Asmara”, “Berlalu” dan “Terimaku Seadanya” hehehe…
Music Director: Ramli MS
Second Keyboard: Ude Wahid
Drum: JenK Ali
Bass: Penn
Guitar: Iju Omar
Backup Vocals: Mattao & Ajude
Setlist
Cinta Adam & Hawa / Sembunyi
Sampai Bila
Kuseru / Pulangkan
Nafas Cahaya
Dedebu Cinta
Jawapanmu
Semoga abadi / riwayat cinta
Bunga-Bunga Cinta
Banyak pemuzik Indonesia yang berani tampil menongkah arus muzik perdana dengan menghasilkan sesuatu yang lebih bervisi dan tersendiri penghasilan muziknya. Putra Timur satu daripada bakat yang ada dan sering tampil mempesona dengan caranya sendiri.
Setelah kejayaan EP “The Loneliest Man On Earth” tahun lalu, Putra Timur tampil dengan single “Sejenak” awal tahun ini yang tampil dalam ilham folk yang cukup membuat kita melayang dengan alunan muziknya.
Terkini, bakat muzik berasal dari kota Jakarta ini tampil lebih nostalgik dengan single “Merengkuh Mesra” yang beredar di semua gedung muzik digital sejak 2 Ogos lalu.
“Merengkuh Mesra” menurut Putra Timur merupakan sebuah upaya menggambarkan puncak kebahagiaan yang dirasakan dua kekasih sehabis memadu cinta. “Melalui lagu ini saya ingin mengajak pendengar untuk lebih bereksplorasi dalam mengejawantahkan konsep bercinta.” Menurutnya.
Tambahnya lagi, menerusi single ini dia mahu berkongsi bawaha cinta tidak harus melulu soal seks atau berahi tetapi dapat diwujudkan dalam satu kosmik komunikasi yang berkesan. Dalam 3 menit 57 detik ini, Putra Timur berharap dapat turut membawa orang lain untuk merasakan apa yang ia rasakan dalam merasakan sebuah keintiman cinta kepada yang terkasih.
Merengkuh Mesra ditulis oleh Timur bersama teman muziknya, Mohammad Heikal (produser di Weharima). “Suatu hari, pas lagi nongkrong malem-malem di kosan (Heikal dan Timur ngekos bersama) Heikal dateag bilang ke gue – “Eh Mur, gue punya lagu, tapi gue maunya lo yang nyanyi. Gue juga ga bisa bikin liriknya sih, jadi buat lo aja”. Dari situ kita kembangin lagi dan gue tulis liriknya.”, jelas Timur.
Selain Heikal, Putra Timur juga bekerja sama dengan Daniel Hasudungan dan Alit Djarot dari Mafia Pemantik Qolbu sebagai co-producer. Proses rekaman, mixing, dan mastering “Merengkuh Mesra” dilakukan di ALS Studio, Rempoa.
Faizal Tahir bergerak sebagaI Pop Star tempatan dengan cukup konsisten. Portfolio muziknya bergerak matang biar hanya berlegar pada ilham signature muziknya dia tetap bereksperimen dengan bunyian baru bagi memberi kesegaran dalam produksi muziknya.
Banyak hal yang saya kira jika anda seorang penyanyi baru boleh belajar daripada gerakan muzik Faizal Tahir – cara dia menyusun perkembangan karier, pengeluaran single yang dikumpul sehingga menjadikan satu album penuh sehinggalah bergeraknya dia sebagai komposer yang paling on demand hari ini.
Mungkin kerana strategi mengeluarkan album penuh secara terus tidak begitu menguntungkan (Rujuk penghasilan album 2013) membuatkan FT menyusun satu strategi baru bermula di single “Assalamualaikum” sehingga duet bersama Siti Nurhaliza menerusi “Dirgahayu” disatukan dalam album berjudul “Anatomi” (2016).
Dan idea mengeluarkan single demi single terlebih dahulu itu diteruskan dengan penghasilan album berjudul “Rojak” yang baru siap beredar Jumaat lalu, 2 Ogos 2019. Album yang berisi hits seperti “Ragaman” ini menampilkan 13 trak lengkap termasuk rakaman live, demo dan outro.
Cara saya mendengar “Rojak” adalah dengan tidak begitu mengendahkan konsep single demi single yang dibikin FT menerusi projek album ini. Bukan apa, saya mahu menikmati sebuah album itu secara segar tanpa merasa seperti mendengar sebuah album kompilasi. Mungkin cara ini agak konvensional tetapi namanya juga album penuh saya mahu menikmati seperti kali pertama mendengarnya.
“Ragaman” hits dengan jumlah strim melebihi 3 Juta di Spotify menjadi pembuka album ini. Pertaruhan yang cukup berbeza dengan apa yang pernah kita nikmati sebelum ini. Pop progresif FT bergerak menjadi lebih retro. “Ragaman” saya kira benar-benar dicipta untuk pasaran semasa, ideanya tidaklah terlalu original tetapi lebih berfokuskan pemasaran – lengkap dengan muzik video yang pastinya mengundang suka ramai orang.
Pada tahap ini saya kira FT tidak lagi melihat muzik sebagai sebuah naskhah lagu semata tetapi sebagai sebuah produk yang harus dipasarkan dengan satu strategi besar-besaran bagi memikat pendengar dengan skala yang lebih besar pastinya.
Album ini diteruskan dengan tiga lagu yang begitu powerful bagi saya – penciptaan melodi dan produksi muzik. “Ratu”, “Starfeather” dan “Kamu” yang meletakkan standard muzik FT di tahap yang semakin baik bagi meneruskan apa yang pernah diusahakan sebelum ini – “Karma”, “Selamat Malam”, “Sejati” dalam satu persembahan muzik yang cukup matang, tersendiri.
“Kamu” (Ezra Kong / FT) tampil dalam satu energi muzik yang cukup dasyat. Berawal intro keras dengan feel soulful yang dimodenkan diteruskan dengan penciptaan melodi yang solid. Lagu ini semakin baik di bahagian verse kedua dan korusnya yang merupakan killer lagu ini. Saya puas mendengarkan produksi rakaman lagu ini. Lima bintang!
Begitu juga dengan “Ratu” (FT / Mage / Mike Chan) yang tampil dalam ilham piano pop yang dikuatkan dengan penciptaan melodi juga lirik. Persembahan vokal FT saya kira paling jujur dan dirasai di lagu ini. Bait “Maafkan aku tak termampu membohongi lagi diriku…” begitu puitis dan beremosi sekali.
“Bisa Aja” menarik cuma saya kira terlalu mengingatkan saya pada lagu “Itu Kamu” Sheila On 7 tapi masih boleh layan la, melodinya mudah melekat dan penulisan lirik di korusnya itu memang mudah dihafal. “Bisa aja telefon di cellphone, bisa aja telefon selalu…”
Album ini turut diisi dengan 4 lagi lagu yang saya kira sedikit mematikan momentum album ini. Saya berhenti di “Bisa Aja” kerana 20 minit berikutnya tidak begitu memberi kesan dan kepuasan untuk saya sebagai pendengar selain demo “Ratu” yang interesting juga penerbitannya.
FT saya kira di album akhirnya ini sudah siap untuk bergelar legenda muzik yang akan menjadi rujukan bakat-bakat baru khususnya. Muziknya tersendiri dan tidak dibayangi mana-mana pemuzik lainnya. “Rojak” akan dikenang dan dilihat sebagai sebuah lagi naskhah yang akan didengar biar sepuluh atau dua puluh tahun mendatang.