Ruang Istana Budaya malam tadi diisi sepenuhnya dengan penonton yang hadir untuk sama-sama meraikan perjalanan 2 dekad Dayang Nurfaizah dalam satu konsert yang sudah dinantikan semua sejak awal tahun ini.
Saya datang tanpa sebarang expectation yang terlalu tinggi, sekadar mahu mendengar alunan merdu Dayang, cantiknya busana yang bakal digayakan dan tentu saja kerana saya mahu mendengar bagaimana agaknya “Layarlah Kembali” bakal disusun Genervie Kam. Nyata ia langsung tidak menghampakan. It’s was a beautiful rendition indeed.
“Dayang Dua Dekad” tidak membuat penonton menunggu lama untuk bermula, usai lagu Negaraku dinyanyikan semua Dayang muncul dalam repertoire muzik “Tak Pernah Menyerah” dengan begitu flawless sebelum disambung hit malar segar “Seandainya Masih Ada Cinta” yang meneruskan dinamik dalam momentum muziknya. Vokal Dayang berada di tahap paling jelas sekali untuk dinikmati saat ini.
Dayang saya kira cukup selesa di pentas. Sesekali dia berjenaka dan sesekali dia diusik peminat.
Set pertama konsert ini dipenuhi rangkaian hits Dayang yang semua mampu sing-a-long. Lagu-lagu seperti “Sedingin Mana Cintamu” dan “Separuh Matiku Bercinta” dipersembahkan dalam satu ambien yang menyentuh sekali sebelum rangkaian hits lagu rancaknya dipersembahkan menerusi medley Bahagia, Sayang dan Inginku Miliki.
Tiga set persembahan dan sebuah encore mengisi konsert dua dekad yang diisi susunan muzik segar Gen. Saya paling sukakan “Kembalilah Sayang”, “Layarlah Kembali” dan “Pintaku Yang Terakhir”. Gen memberikan sentuhan magis luar biasanya sebagai MD malam tadi. Jujur jika anda penggemar Dayang tetapi tidak hadir malam tadi, anda sudah terlepas the best version of “Layarlah Kembali”.
Saya begitu melayang dengan segala keindahan susunan muzik “Layarlah Kembali” yang dibikin cukup sempurna dan berbeza di versi album tanpa mengubah struktur muzik asalnya. Begitu juga dengan “Erti Hidup” yang cukup bernyawa sekali persembahan muziknya. Mungkin ini versi terbaik “Erti Hidup” yang pernah saya dengar. Good job Gen!
Dayang turut menyelitkan slot lagu-lagu klasik daripada Saloma, Nona Asiah dan beberapa lagi yang saya kira agak mematikan momentum konsert malam tadi, entah anggap saja mungkin saya saja yang tidak boleh relate dengan slot ini. Alangkah baik slot beberapa minit itu diganti dengan medley di album “Kasih” yang saya kira patut diraikan juga dalam 2 dekad kembara muziknya.
Lagu-lagu seperti “Saat Bahagia”, “Gelora”, “Sri Bulan”, “Fatwa Pujangga”, “Penawar Rindu” dan “Kasih” sendiri di album tersebut cukup tepat sekali versinya untuk dipersembahkan dalam persembahan live konsert.
Namun itu sajalah kurangnya konsert malam tadi selain vokal Hael yang tak dengar butir apa pun dari tempat sayalah. Cuma saya kira crowd malam tadi agak membosankan, sekadar duduk dan mendengar sahaja (kecuali yang di depan enjoy betul nampaknya). Saya punyalah menyanyi dan bergoyang tapi yang di kiri dan kanan saya hanya duduk tegak dengan blazer siap yang macam nak pergi conference.
Okey apa pun, Tahniah Dayang untuk persembahan menghiburkan malam tadi dengan komunikasi serba santai dan persembahan vokal yang baik. Mungkin selepas ini akan ada penganjur yang boleh menaja Dayang untuk satu persembahan konsert full string di lokasi lebih besar mungkin. Stadium Negara harapnya.
NOTA: Oh ya, dan malam tadi buat kali pertamanya saya menyukai “Di Pintu Syurga” Thanks Gen untuk arrangement nya yang tepat sekali membangkit rasa lagu tersebut.
dayang yang sentiasa memukau di panggung
SET 1
Tak Pernah Menyerah / SMAC
Mana Mungkin / Erti Hidup
Sedingin Mana Cintamu
Separuh Matiku Bercinta
Bahagia, Sayang, Ingin Kumilki
Coretan Cinta, Kasih Maafkan , Andai Ku Tahu
SET 2
Pejamkan Mata
Hakikat Cinta
Pintaku Yang Terakhir
Haram
Kembalilah Sayang
SET 3
Medley Saloma / Nona
Layarlah Kembali
Sebentar
Di Pintu Syurga
Encore
Lelaki Teragung
Dayang Sayang Kamu
Kredit gambar: Instagram @dayangsayangkamu @opiesofia @ohbulan
Mula ditubuhkan sebagai duo muzik pada tahun 2015, Viny Mamonto (vokal/pianika) dan Saleh Hariwibowo (vokal/gitar) bergabung atas minat terhadap puisi, buku dan ruang perpustakaan dalam menghasilkan muzik yang diilhamkan daripada 3 elemen tersebut.
Setelah empat tahun berjalan, Ruangbaca kini siap untuk memikat pendengar tempatan dengan tour yang bakal diadakan pada 24-28 Juli 2019. Tour ini merupakan langkah perdana Ruangbaca ke luar dari Indonesia dalam rencana memasarkan muzik mereka.
Sebelas lagu di dalamnya dibuat selama empat tahun terakhir saat Saleh Hariwibowo dan Viny Mamonto beraktifitas di sebuah perpustakaan bernama Katakerja (Makassar).
Dua lagu di antaranya merupakan musikalisasi puisi Sapardi Djoko Damono dan Ibe S Pallogai. Tour ini bakal menampilkan band tempatan “Mad & Rissa” sebagai pembuka persembahan.
Tampil dengan penuh visi, produser muzik muda seberang Dipha Barus hari ini melancarkan single kolaborasi ketiganya bersama Monica Karina berjudul “You Move Me”. Lagu yang tampil dalam ilham tropical bop ini meneruskan kelangsungan dua kolaborasi sebelumnya “Money Honey” dan “Skin To Skin”.
Menurut Dipha dia mendapatkan inspirasi untuk menulis lagu ini ketika sedang melakukan woksyop dan meditasi di Bali dan sejurus pulang ke Jakarta proses rakaman bersama Monica terus dijalankan. Menurut Dipha, lagu ini tampil dengan elemen “Sound Healing” yang dapat didengar seawal intro lagu ini yang memberi satu terapi bunyian.
“Jadi waktu itu gue, Mbe, dan Matter Mos meditasi di Ubud dan gue juga sekalian mempelajari healing frequency, sederhananya frekuensi yang bisa buat kita tenang dan happy gitu. Setelah kita meditasi itu, kita semua nangis. Penyebabnya simple, karena kita merasa grateful,” kata Dipha Barus.
“You Move Me” menampilkan sisi elektro pop dengan feel R&B yang sempurna dijadikan summer anthem. Dipha setelah kejayaan dua single bersama Raisa menerusi “My Kind of Crazy” dan “Mine” menajamkan kredibilitinya dalam bermuzik dengan sentuhan muzik yang cukup segar untuk pasaran muzik Indonesia.
Apa yang lebih menarik, “You Move Me” merupakan kerjasama pertama Dipha bersama Ultra Records, label muzik yang beroperasi di New York. Antara produser ternama lain di bawah label ini seperti Kygo, Steve Aoki, DVBBS, Benny Benassi dan Mako.
Dalam satu artikel Billboard Dipha berkata “You Move Me antara personal favorite saya. Lagu yang menyerlahkan sisi peribadi saya sebagai manusia. Saya mahu memberi vibe positive untuk jiwa-jiwa yang mendengarkannya.”
Dipha saya kira di saat ini sudah berjaya mencipta kosmik Pop Indonesia ke tahap yang cukup baik dan membanggakan dengan visi yang cukup ke depan dan jelas untuk memajukan pasaran muzik seberang ke peringkat lebih global.
Kiriman emel yang sering MK terima datang dari pelbagai barisan label, baik independen sehingga label besar yang sibuk dalam rangka promosi arti serta produk mereka baik yang datangnya dari pasaran tempatan mahupun jauh di tanah seberang.
Dalam banyak-banyak yang kami terima, bakat solo bernama “Irma Seleman” ini antara yang cukup memikat. Biar hanya pertama kali mendengar muzik yang dikirimkan, Irma tampil cukup meyakinkan menerusi single yang diberi judul “Was It A Lie” yang siap beredar di gedung muzik digital 8 Julai lalu.
Mendapat pendidikan awal dalam muzik di International College of Music (ICOM), Irma diterbangkan ke Berkelee dalam satu program akademik – “Berklee Transfer Program” yang mengikatnya menjadi pelajar muzik di sana selama 2 tahun setengah bagi membawa pulang segulung Ijazah.
Membesar dengan pengaruh muziknya seperti Stevie Wonder, Chaka Khan, Mary J. Blige dan Erykah Badu – Irma dilihat dekat dengan naskhah urban begini dalam penghasilan lagu-lagunya.
Di tahun 2016 dia tampil dengan album sulungnya berjudul “My World” yang mengambil ilham Funk, Pop & R&B yang menjadi forte baginya bermuzik. Biar album tersebut tidaklah mendapat perhatian menyeluruh, percaturan Irma saya kira tepat bagi perkembangan kariernya.
Terkini, Irma tampil dengan single rakaman live berjudul “Was It A Lie” yang menampilkan sekali lagi sisi groove dan funk yang ada padanya. Single yang dihasilkan sepenuhnya Irma ini melibatkan 20 pemuzik termasuk kumpulan koir yang terdiri daripada Evelyn Feroza.
short button skirt, white top dan lunak suara yang kini sudah bergelar pop living legend. dayang diaksi awalnya menjejak langkah bergelar betari seni.
“Perasaannya terlalu istimewa. Dayang rasa seronok di pentas dan bermula dari situ Dayang tahu Dayang nak jadi penyanyi.” –
Menerusi Sharina, saya bertemu empat mata buat kali ketiga menemubual Dayang 30 April lalu. Kali pertama ketika saya masih menulis di majalah EH! dan kali kedua temu bual untuk KKBOX. Dan buat kali ketiga ini pasti lebih personal buat saya di portal sendiri.
Dayang seperti biasa tampilnya sederhana dalam jean biru, kemeja-t dan kasut Converse hitam yang serupa dengan apa yang saya pakai. Sempat dia menegur “Eh, kasut kita sama.” Di ruang yang paling selesa buatnya – aura pentas Dayang dan aura peribadinya nyata berbeza. Tetapi kedua-duanya begitu menyenangkan.
Berawal di usia 12 tahun dia sudah ke pentas pertandingan nyanyian. Namun ketika itu apa sangatlah cabaran besar bakal mendatang yang dia mampu bayangkan untuk bergelar seorang penyanyi. “Dayang hanya tahu Dayang nak menyanyi – nak berada di pentas dan perform.” Katanya mengawali temu bual kami.
Bermula dengan “Bintang Remaja” sebagai wakilan dari Kuching, pada usia 15 tahun dia terbang ke Kuala Lumpur untuk meneruskan azamnya bergelar penyanyi. Tahun 1997 menjadi langkah perdananya ke pentas lebih besar “Golden Teen Search”. Biar tewas di percubaan pertama Dayang tidak berputus asa dan dia mencuba sekali lagi di peluang kedua sehingga bergelar juara.
Kontrak bersama Broadway Entertainment awal dimetrai ketika dia masih berusia 16 tahun. “Arwah Adnan Abu Hassan ketika itu salah seorang juri GTS dan menerusinya Dayang dibawa ke Broadway untuk merakamkan album pertama.”
Hubungan dengan Broadway seperti umum tahu ia tidaklah berhujung damai. Pabila konflik juga prasangka yang tidak terlerai dengan perbincangan untuk menemukan kata dua – satu pihak harus bergerak agresif bagi kelangsungan karier serta masa depan.
“Apa yang jadi sebetulnya pelajaran buat Dayang. Dayang tidak menyalahkan sesiapa dan sejujurnya Dayang sangat-sangat berterima kasih dengan peluang yang diberikan pihak Broadway kerana percaya pada bakat yang Dayang ada. Namun cara kerja berbeza membuatkan Dayang harus lakukan sesuatu untuk masa depan karier Dayang.”
Sengketa yang kini berhujung saya kira menjadi satu-satunya kontroversi dalam palitan sejarah kariernya. Setelah itu Dayang bersih cerita sensasi sama ada kerjanya apa lagi kisah peribadi.
KEMBARA SOLO, EKSPERIMENTAL R&B DAN FORMULA KESEIMBANGAN.
Kemunculan awal Dayang dalam lagu seperti Hakikat Cinta, Hujan Lagi Hati Ini, Hembusan Asmara, SMAC dan Pintaku Yang Terakhir meletakkan dia sebagai pelapis penyanyi Balada tempatan setelah kejayaan senior-senior seperti Ziana Zain dan Fauziah Latiff yang juga mendapat didikan awal Adnan Abu Hassan.
Namun itu acuan yang diberikan awal kariernya. Dayang keluar dari stereotaip yang dia hanya mampu membawa Balada dan Pop dengan bergerak sendiri menerusi album self-produced “Dayang Sayang Kamu” yang beredar pada tahun 2002 dalam sentuhan R&B Pop yang cukup ramuannya.
Setelah kejayaan Dayang Sayang Kamu yang kini menjadi anthem karier muziknya, Dayang meneruskan eksperimentasi R&B nya dalam album remake “Kasih” (2005) yang cukup berat sekali untuk pasaran tempatan.
Dan album tersebut memberinya trofi Rakaman Album Terbaik Anugerah Industri Muzik. Setelah itu, tanpa mahu membuang lebih masa, Dayang tampil dengan acuan muzik R&B yang lebih pantas beat nya menerusi dua album 20 07 (2007) dan Sayang & Cahaya (2011)
Gambar: Majalah EH!
MK:
Ketika menghasilkan Kasih dan juga Sayang & Cahaya adakah Dayang rasa pendengar muzik lokal sudah sedia dengan konsep sebegitu?.
DN:
Album Kasih Dayang buat sebagai satu intepretasi muzik Dayang terhadap lagu-lagu lama. Ketika Dayang decide untuk rakam album tersebut Dayang sudah tetapkan satu visi untuk album ini tampil dalam acuan muzik berbeza dan kalau boleh Dayang tidak mahu hanya sekadar merakamkan semula lagu-lagu lama tanpa sebarang pembaharuan. Produser seperti Jenny Chin, Zailan Razak, Mac Chew membentuk Kasih menjadi seperti apa yang Dayang bayangkan.
MK:
Bagaimana pula dengan Sayang & Cahaya? Dayang fikir tak kalau-kalau album tersebut flop?
DN:
Tak (Sambil tertawa) Dayang memang nak buat satu saja album yang Dayang boleh berangan dengan muzik yang Dayang suka dan puas. Dayang pernah cakap masa tu, bagilah Dayang satu album ni je cukuplah. Lepas tu kita buatlah apa yang patut haha..
MK:
Di Pintu Syurga was my least favorite tapi lagu tersebut buat nama Dayang meledak kembali. Apa yang membuatkan Dayang back to ballad?
DN:
Sebenarnya masa tu, Dayang dengan pengurusan tengah mencari satu formula baru yang boleh balance kan apa yang Dayang suka dengan apa yang market mahukan. Betul Dayang ada terfikir juga awalnya kalau Dayang back to ballad adakah Dayang akan jadi backward. Jadi Dayang kena cari satu lagu yang boleh seimbangkan antara pasaran dengan DNA muzik Dayang.
Di Pintu Syurga lengkap sebagai satu formula yang Dayang cari. Untuk melodi Dayang okay jika dia punya feel mendayu tapi untuk arrangement dan production kita kerja keras sikit untuk jadikan ballad yang satu ini ada sesuatu yang segar.
gambar: Instagram Dayang Nurfaizah
MK:
Seperti judulnya, “Di Pintu Syurga” menjadi pintu untuk Dayang kembali memikat pasaran mainstream. Setelah kejayaan di AJL 29 Dayang muncul dengan “Tak Pernah Menyerah” yang sekali lagi memberi kejayaan buat Dayang. Bersambung dengan kejayaan “Lelaki Teragung” dan “Haram” pula. Dayang expect tak semua ni?
DN:
Tak langsung. Dayang rasa lagi takut ada hahaha… Rasa macam betul ke ni? Nama Dayang ke yang hos sebut tu? Tapi itulah rezeki orang kata datang dalam masa yang kita tak rasa pun kita sedia untuk dapat. Dayang bersyukur sangat-sangat.
MK:
Kerjasama Dayang dengan Genervie Kam bermula dengan persembahan AJL 30 – Tak Pernah Menyerah dan setelah itu chemistry Dayang – Gen begitu menjadi sekali dalam susunan muzik khususnya. Macam mana kolaborasi Dayang – Gen ini sebetulnya terhasil?
DN:
Semuanya tak dirancang. Masa tu Dayang dengan Sharina tengah struggle cari arranger untuk final Tak Pernah Menyerah, ada dua yang Dayang jumpa tapi dua-dua pun tak boleh buat sampailah Sharina tanya pada Gen, “Can you recommend someone?” dan Gen cakap “I can arrange for you!” So dari situ working relationship kita menjadi sampailah hari ini.
MK:
Apa yang istimewanya Gen pada mata Dayang?
DN:
Satu perkara yang Dayang betul-betul suka pasal Gen adalah dia rajin buat homework dan dia faham apa yang Dayang mahukan. Kadang Dayang hanya perlu bagi sikit reference dan dia boleh bagi lebih daripada apa yang Dayang bayangkan. Dia faham visi Dayang untuk membesarkan naskhah sesebuah lagu. Contohnya persembahan AJL 30 tu Dayang just bagi tau Gen yang Dayang nak feel celebration,encore sesebuah konsert to celebrate love and she came with that beautiful piece.
Sedang kami berbual rancak tentang Gen petang itu, masuk pula pesanan WhatsApp Gen di telefon Sharina “See, panjang umur dia macam tahu-tahu kita tengah borak pasal dia.”
MK:
Tiket konsert habis kurang 24 Jam. Ini sudah dijangka atau tidak sebetulnya?
DN:
Terus terang tak langsung. Tujuan kita jual awal sebab takut juga kalau orang tak beli jadi ada masa panjang untuk urusan promosi. Tapi masa Sharina bagitau Dayang tiket habis Dayang macam tak percaya. Betul ke ni? Sebab kita dah plan nak buat live kat IG lah apa lah semua kan. Sharina kata kita cancel semua Dayang tiket dah nak sold out hahaha… Dayang nak ucap thank you sangat-sangat dekat semualah yang sokong and beli tiket konsert.
MK:
Apa yang peminat boleh expect untuk konsert Julai nanti?
DN:
Apa yang Dayang boleh katakan peminat yang datang akan nikmati satu persembahan muzik yang segar dengan susunan muzik yang lebih bersifat konsert. A vocal showcase mungkin jika boleh dikatakan begitu. Banyak yang Gen sebagai MD sudah siapkan dan Dayang sangat-sangat teruja untuk persembahkan pada semua peminat.
MK:
Untuk seseorang penyanyi wanita bertahan dua dekad lamanya bukan hal mudah. Bagi Dayang sendiri apa faktor daya tahan Dayang untuk kekal relevan hari ini?
DN:
Susah sebenarnya soalan ni. (Dayang terdiam seketika mencari akal, relevan dan logiknya mengapa dia kekal dalam industri selama dua dekad lamanya sebelum menjawab…)
Mungkin sebab mcam awal Dayang cakap tadi Dayang sangat sangat suka menyanyi, suka perform. Minat ini yang menjadi drive untuk Dayang teruskan apa yang Dayang usahakan. Dan Dayang pernah cakap pada diri sendiri masa mula-mula masuk dalam bidang ini, Dayang tak join untuk sekejap-sekejap. Dayang nak terus sentiasa ada lagu baru ada produk baru yang akan sentiasa dikongsi untuk semua orang.
MK:
Melihat situasi hari ini banyak artis keluar single harus beriring cerita sensasi namun Dayang bertahan dua dekad tanpa sebarang kontroversi bersifat peribadi. “How do you handle that?
DN:
Dayang pun tak tahu nak cakap macam mana. Tapi Dayang rasa orang sekeliling memainkan peranan sangat penting untuk Dayang, keluarga Dayang terutamanya. Nak kata ada formula tertentu pun tidak juga, Dayang just ikut flow yang bersesuaian dengan Dayang, buat kerja lepas kerja balik rumah macam orang lain. Ke sebab Dayang tak ada kawan jugak agaknya hahaha…
diskografi album penuh dayang nurfaizah bermula tahun 1999 – 2017
Perbualan kami petang itu berterusan dengan cerita-cerita kenangan Dayang di pentas AJL. Saya memberitahunya persembahan Tak Pernah Menyerah dan Separuh Matiku Bercinta antara favorite saya dan Sharina memberitahu “Kalau you nak tahu, satu performance AJL pun dia tak pernah tengok balik.”
Dan hal itu diakui Dayang sendiri. Saya tanya mengapa? “Dayang tak suka nak tengok mistake hahaha… Kalau Dayang tengok pun Dayang akan mute sebab just nak tengok make-up dengan baju yang cantik tu.. hahaha…”
MK:
Jadi dalam keempat-empat persembahan AJL mana satu yang paling Dayang puas?
DN:
Yang ni susah sebab bila Dayang on stage Dayang akan bagi seluruh kudrat dan kebolehan yang ada pada malam persembahan. Tapi kalau yang paling pure, paling enjoy dan Dayang suka nak menyanyi adalah Di Pintu Syurga.
Sebab itu kemunculan selepas 10 tahun Dayang join balik AJL and masa tu Dayang rasa macam segan pun ada sebab yang lain-lain semua junior-junior tiba-tiba kita yang dah menyanyi lama ni buat apa pulak kat sini kan. Masa tu memang tak ada expectation langsung. Dayang just nak menyanyi, enjoy the stage – tapi tiba-tiba menang pulak. Mula-mula vokal lepas tu dapat nombor tiga pulak.
MK:
Dayang setuju tak kalau saya cakap Dayang jadi benchmark artis-artis senior yang ada seperti Misha, Sarah dan Liza Hanim untuk siap ke pentas AJL semula?
DN:
Alamak macam mana nak jawab ni. Macam Dayang cakap tadi tujuan Dayang satu saja untuk sentiasa ada produk baru dan program seperti Muzik-Muzik ni membantu produk Dayang untuk ke satu tahap yang lebih baik lagi. Kalau ada yang berpandangan begitu Dayang okey sahaja. Lagi ramai batch-batch Dayang yang join lebih baik dan lebih meriah sebenarnya pentas AJL.
MK: Will you stop masuk pencalonan?
DN:
Dayang bergantung pada lagu. Nak kata kena buat announcement untuk stop masuk pencalonan itu tidaklah rasanya. Sebab bukannya kalau Dayang masuk pencalonan Dayang akan dapat laluan mudah ke final. Tidak sebenarnya. As you can see lagu-lagu solo Dayang di semi final lalu tak ada satu pun yang lepas ke final kan. Semua tu bagi Dayang rezeki masing-masing.
MK:
Haram beri satu tempo berbeza dalam momentum kerjaya muzik Dayang. Dengan jumlah view di YouTube yang sudah melepasi angka 10 Juta dan strim yang sangat tinggi sampai menang AJL. Andai kata “Haram” dibawa solo Hael tanpa Dayang, Dayang rasa adakah ia akan bagi impak serupa pada lagu tu?
DN:
Eh, tak boleh juga nak cakap macam tu. Lagu tu sifatnya sendiri cukup kuat sebenarnya, kalau tak Dayang takkan say yes untuk projek ni. Haram bagi Dayang sebuah lagu yang sangat fresh untuk sebuah Pop. Tajuk dia saja dah buat Dayang excited dan Haram datang pada masa yang tepat untuk perkembangan karier Dayang.
Kredit harus Dayang bagi untuk Hael yang sangat komited dan bersungguh untuk projek ini. Projek ni bagi Dayang semacam satu blessing sebab Dayang memang tak plan nak ada lagu duet pun masa tu lagipun baru keluar kolaborasi dengan Malique (Pejamkan Mata). It’s a sweet surprise dan rezeki bagi Dayang.
gambar: faithful music
Melewati katalog muziknya, Dayang sudah berkolaborasi dengan begitu ramai soloist lelaki tempatan dan Indonesia. Nama-nama seperti Marcell (Sayang), Tompi (Perlukan Cinta), Harvey Malaihollo (Gerimis Mengundang), Ramli Sarip (Musafir Rindu), Malique (Pejamkan Mata) sehinggalah yang terkini bersama Hael Husaini menerusi Haram.
Namun dalam banyak-banyak kolaborasi Dayang bersama penyanyi-penyanyi hebat lelaki ini, kemunculan Dayang di pentas bersama Anuar Zain antara yang paling dinantikan peminat biarpun tidak lagi menjadi realiti duet yang dinanti.
MK:
Dayang kerap berkongsi pentas bersama Anuar Zain. Dari showcase ke konsert tapi sampai hari ini tak ada pun single duet bersama. Memang tak pernah merancang atau pernah plan tapi tak jadi?
DN: Actually nak kata plan untuk lagu duet tu rasanya memang tak ada. Tapi Dayang rasa chemistry kami kuat atas pentas antara sebabnya adalah kerana Dayang dengan Anuar selalu dapat show bersama. Tapi itulah bab lagu duet tu memang rasanya tak pernah ada perancangan. Kita just enjoy menyanyi atas stage bersama tapi rasanya kalau masa tu ada lagu yang sesuai mungkin dah jadi juga duet dengan Anuar cuma mungkin belum masanya.
Dan jika ada yang masih ingat, Dayang pernah berduet dengan abangnya Dino menerusi remake “Rindu Bayangan” dan Dino juga pernah berduet bersama Camelia menerusi salah satu lagu di album berjudul “Mimpi” awal era 2000.
Setelah itu kelibat abangnya dalam bidang nyanyian komersil tidak lagi kelihatan. Bual kami seterusnya saya mencuba mencungkil kisah keluarga Dayang. Bukan apa jarang sekali dapat kita baca atau dengar tentang keluarganya.
MK:
Abang Dayang, Dino masih menyanyi?
DN:
Actually kalau di Kuching dia masih aktif menyanyi untuk Jabatan Kesenian dan Kebudayaan. Cuma bukanlah secara komersil macam Dayang sebab pun dengan komitmen keluarga dia dekat Kuching susah sikitlah untuk dia aktif sebagai penyanyi di sini. Tapi dia masih menyanyi.
MK:
Parents Dayang must be proud dengan apa yang Dayang kecapi sekarang kan?
DN: Actually kan mak Dayang tu dia lagi bangga dengan abang Dayang tau (sambil tertawa) Kalau dengar lagu Tulus tu, mak Dayang akan cakap “Suara abang kacak ja nyanyi lagu Tulus ni..” Memang favorite dia lah abang Dayang tu.
Kalau Dayang ermm macam biasa-biasa je hahahha… And kalau nak tau yang lagi best malam ni Dayang baru lepas menang AJL ni – balik rumah buka pintu semua orang dah tidur hahahaha…
Tapi hal-hal macam ni buat Dayang sentiasa rasa Dayang ni orang biasa sahaja. Bila kita balik rumah rutin kita seperti biasa, semua jadi normal biar pun pada mata orang luar macam menang AJL ni dah besar sangat. Dayang rasa bersyukurlah ada keluarga yang sederhana macam sekarang ni.
MK:
Tapi family Dayang memang tak pernah suruh atau bagi hint untuk Dayang stop?
DN:
Tak ada, terpulang pada Dayang sebab dari awal ni jalan yang Dayang pilih jadi pandai-pandailah Dayang macam mana nak usahakan benda ni supaya menjadi dan kekal lama. Family Dayang parents especially terbuka dalam hal ini.
MK:
20 Tahun bermuzik, what is you favorite journey?
DN:
Masa awal keluar album dulu salah satu momen yang Dayang akan ingat sampai hari ni. Sebab lepas album keluar, banyak peluang yang Dayang dapat, antaranya peluang perform dekat AIM tu especially. Dayang ingat masa tu kongsi stage dengan dengan Moin, Shawn Baharin. Momen tu penting sangat untuk Dayang keluar and tunjuk pada orang industri kemampuan Dayang menyanyi on stage.
Lepas pada tu Dayang rasa perlahan-lahan orang dah notice bakat Dayang and Dayang dah nampak jalan yang betul untuk terus belajar dan buat lagu yang lagi bagus sampailah diberi rezeki menang best vocal, tercalon best album, menang AJL dan peluang-peluang lain yang datang sampai hari ni.
MK:
Ada yang Dayang kesalkan?
DN:
Tak baca kontrak hahaha.. Itu antaranya lah tapi benda-benda macam ni yang buat kita makin matang, makin banyak belajar selok-belok industri muzik di sini. Tapi nak kata perkara yang Dayang kesalkan sangat-sangat tu, tak ada rasanya. Dayang percaya semua benda yang jadi tu ada sebab kenapa dia jadi.
Perbualan kami petang itu berpanjangan tentang kegagalan “Layarlah Kembali” ke final AJL. Dayang kecewa? Soal saya. “Mesti kecewa tapi tak apalah kita ada konsert nanti, biar Dayang berpuas menyanyi lagu tu kat konsert” Sambil tertawa sebelum menambah;
“Dayang cuma terkilan sedikit kerana menghampakan peminat yang nak sangat tengok lagu tu dekat pentas AJL. Tapi tak apalah kat konsert nanti kita layarlah sama-sama ya,” bualnya santai.
Single “Sebentar” projek istimewa bersama Faithful Music merupakan rencana terbaru kariernya. “Dayang memang nak fast song. So kita approach FT untuk dapatkan lagu and then only the offer datang untuk Dayang laksanakan projek ini bersama Faithful Music. It’s an honor bagi Dayang and about time juga Dayang kembali dengan lagu yang lebih rancak.”
…Yang tinggal usai hampir 3 jam perbualan di Starbucks itu hanya kami bertiga…
Dayang di kali ketiga saya bertemunya ini semakin banyak bicaranya berbanding dua temu bual sebelum ini. Mungkin kerana sebelum ini terlalu banyak halnya dengan sesi mekap, sesi fotogafi membuatkan perbualan kami agak terbatas. Tetapi kali ini Dayang berada di zon yang paling senang didekati.
Dari riuh suara pengunjung sehingga yang tinggal gema tawa kami, banyak yang dibualkan petang itu. Tentang kelompok peminatnya, lagu-lagu yang dia layan sekarang antaranya Khalid dan Honne sehinggalah bakat-bakat baru lokal hari ini yang menurutnya cukup kreatif, ekspresif dan yakin dalam bermuzik. Zamaera antara nama yang menarik perhatian Dayang.
Dayang di usia 38 Tahun dengan 20 Tahun pengalaman di pentas nyanyian saya kira sudah kukuh dan utuh tanpa ada yang mampu untuk menidakkan tersendirinya dia sebagai seorang ikon seni suara.
Dan sehingga hari ini tanpa gagal dengan segala dugaan dan mendung karier bermuzik yang pasang surutnya dia saja yang tahu, Dayang bergerak tanpa mengambil pusing hal-hal remeh yang akan mematikan cintanya untuk terus menyanyi. Ditegur tidak melatah, dijulang masih tunduk ke bumi.
Setiap pelaburan yang dilakukan biar tidak sepenuhnya memberi hasil dalam masa terdekat tetapi berbayar dengan apa yang dia kecapi hari ini. Semuanya saya kira sudah menjadi sejarah yang takkan terpadam dari bank memorinya.
Eva Celia mula menarik perhatian saya di beberapa persembahan live showcase-nya bersama pemuzik hebat seberang Indra Lesmana yang juga bapa kepada penyanyi ini. Usai fasa berpengalaman di pentas-pentas Jazz sekitar Jakarta, Eva bergerak sendiri dengan bermuzik dalam eksperimentasi Jazz yang cukup menkhayalkan.
Buktinya, pada tahun 2016 dia sudah membuka banyak mata akan keseriusannya bermuzik dengan debut album berjudul “And So It Begins” yang tampil dengan barisan single seperti “Let Love Grow” dan “Reason”
Awal tahun ini dia tampil dengan dua single cukup personal menyorot cerita tentang perasaan dan kematangannya sebagai pemuzik. Lagu berjudul “A Long Way” meneruskan nota-nota Jazz yang sinonim dengan jaluran muziknya.
Kemudian dia tampil buat kali pertamanya untuk sebuah single berbahasa Indonesia menerusi lagu “Kala Senja” yang ditulis cukup puitis sekali bait-bait liriknya.
Menerusi EP empat lagu yang baru dirilis seminggu lalu, Eva menambah dua lagi lagu yang ditulis bersama gitaris The Overtune, Mikha Angelo menerusi lagu “Selfish” sebuah lagi persembahan penuh soulful Eva dalam merdu suara angelic miliknya.
Saya cukup sukakan penulisan liriknya yang realistik sekali dalam tafsiran gelora perasaan “Ain’t the kind to tell you what to do / You make it hard for me to tell you the truth / Everytime I let you in You make me feel like I’m wildin’.”Sempurna sekali penceritaannya.
“Lagu ini bercerita tentang kisah cinta yang bertepuk sebelah tangan dan salah satunya tidak tahu cara meminta maaf, bagaimana menghadapi seseorang yang kita cintai tanpa bersikap menghakimi” ujar Eva dalam artikel tulisan PopHariIni.
Sebuah lagi lagu berjudul “All About You” yang diproduksi Demas Narawangsa bersama Ankadiov melengkap EP ini sebagai perjalanan muzik Eva tahun ini. Single dengan kemasan muzik Pop ini cukup current sekali penghasilannya. Jika saya tidak pernah mengenal Eva saya tidak akan dapat meneka lagu ini hasilnya daripada bakat seberang. This is my ultimate favorite so far!
LIFELINE: Introduction saya kira dihasilkan untuk pendengar matang yang mahukan kepuasan dalam muzik pada tahap yang diluar pasaran komersil mampu tawarkan. Dengan empat lagu yang mengisi EP ini saya kira cukup ramuannya untuk membikin penggemar Eva berpuas hati dan sudah pasti mampu menarik pendengaran pendengar-pendengar barunya.
Saya tidak sabar menantikan apa lagi yang bakal dihasilkan penyanyi Jazz hebat ini pada masa mendatang. Tahniah Eva!
Setelah lebih setahun tidak menghasilkan lagu baru, Stacy baru-baru ini tampil dengan single “Khayal”. Tampil dengan ilham Pop EDM, lagu Khayal ini merupakan hasil ciptaan bersama Hang Nadim, Bunga Cantik dan Ziin ini masih berpaksikan identiti muzik Stacy yang sinonim dengan Dance Pop.
Beredar 12 Julai lalu, “Khayal” membawa sisi terbaru Stacy dalam meneruskan kelangsungannya dalam bermuzik. Cukup dikenali dengan lagu-lagu seperti “Not For Sale”, “Pakai Buang”, “Bosan” dan “Kisah Dongeng” Stacy kali terakhir tampil dengan single “Raja” ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong tahun lalu.
Menurut Stacy menerusi Gempak dot com “Lagu ini sebenarnya saya menceritakan tentang betapa sakitnya menghadapi dunia realiti. Bila kita tertekan, marah, kecewa dan sedih, kalau boleh kita nak lari dari segala masalah.”
“Saya rasa semua orang pun pernah mengalami perkara yang sama, semua orang pun pernah berkhayal atau mencipta kisah fantasi di benak fikiran masing-masing sebagai ‘escapism’ untuk melupakan sebentar realiti sebenar kehidupan.” Tambahnya.
“Khayal” tampil agak predictable bagi saya sama seperti apa yang sudah biasa kita dengar dan suka. Bagi penggemar Stacy saya kira ia percaturan yang baik sebagai hadiah buat mereka. Namun untuk perkembangan karier saya kira Stacy harus keluar dari kepompong selesanya.
Maksud saya di sini bukan berhenti untuk membuat Pop Dance tetapi lebih kepada bekerjasama dengan produser muda yang lebih dekat dengan ilham EDM Pop ini. Melodi lagu ini baik cuma saya terganggu dengan beat EDM yang kedengaran tidak mengena pada percaturannya dan produser muda seperti MFMF. atau Alif saya kira mampu memberi justifikasi pada melodi begini dengan sound Pop yang lebih current.
Sepertimana dia pernah bekerja bersama Audi Mok dan Edry dahulu Stacy cemerlang di era awal pembabitannya. Cuma saya kira dia harus ambil langkah lebih berani untuk mencari sound baru yang lebih current dan tasteful.
Namun “Khayal” bukanlah naskhah yang gagal, masih mesra pendengaran dan catchy cuma sebagai pendengar setia Stacy demand saya agak tinggi untuk melihat perkembangan kariernya lebih ke depan.
Yuna kembali cukup promising dengan “Forevermore” setelah kejayaan luar biasa “Crush” yang membawa namanya seperingkat lagi ke legasi muzik antarabangsa. Menerusi “Forevermore” Yuna membawa akar budaya Melayu dalam syair yang dimodenkan dalam sebuah persembahan Pop yang cukup baik eksperimentasinya.
Setelah itu dia meneruskan keterujaan dalam menikmati “Rouge” menerusi single bersama G-Easy berjudul “Blank Marquee” yang tampil lebih groove dan mempersona sebelum tampil album penuhnya yang beredar 12 Julai lalu.
Mendekati pasaran muzik Yuna menerusi beberapa album antarabangsanya sebelum ini seperti “Nocturnal” dan “Chapters” kematangan Yuna dalam bermuzik semakin terlihat menerusi “Rouge” yang berisi 11 trak yang cukup moden namun masih mengekalkan sisi angelic dalam penyampaian vokalnya.
Lagu seperti “Amy” contohnya saya kira mampu menjadi anthem album ini yang akan mudah disenangi pendengar. Cukup ramuan “Yuna” dalam rencah rasa perasaan dan melodinya. “Forget About You” juga begitu senang sekali untuk dinikmati dalam persembahan muzik Yuna yang mengingatkan saya dalam beberapa lagu Sade di album “Soldier of Love”.
yuna di hari pelancaran “rouge”
Yuna tidak melupakan elemen “fun” dalam muziknya. Lagu seperti “Likes” tampil dalam cerita cukup personal. Bait “Oh, who she is, oh she Muslim, why she singing on stage, she showing her neck in public, I dont like it. Does not make sense to me” . Batas persoalan netizen buatnya saya kira yang sering mengkritik penampilannya.
“Teenage Heartbreak” antara personal favorite saya. Catchy korus dengan groove Yuna yang begitu menyenangkan. “Does She” menampilkan Jay Park tampil kembali Pop dan pendengaran saya teralih 360 darjah dengan lagu terakhir di album ini menerusi “Tiada Akhir” yang cukup melodious.
Saya begitu terbuai dengan segala emosi dan perasaan yang Yuna persembahkan dalam lagu ini. Tidak salah saya katakan “Tiada Akhir” merupakan lagu dengan persembahan vokal terbaik Yuna sepanjang dia bermuzik.
Lagu-lagu balada begini saya kira sebagai hadiah istimewa buat penggemarnya di Malaysia yang merindukan “Penakut” dan “Cinta Sempurna”. Tiada Akhir saya kira menutup album ini sebagai the perfect lullaby untuk hari yang meresahkan.
Usai tour konsert 3 negara Malaysia, Indoesia dan Singapura awal tahun ini, Siti Nurhaliza bakal membuat persembahan sulung di Australia pada Oktober ini bersempena OzAsia Festival 2019.
Dalam wawancara bersama Mediacorp, penyanyi berusia 40 tahun itu mendedahkan bahawa dia berbesar hati diberikan peluang tersebut. Beliau menganggap persembahannya itu sebagai satu kesinambungan kejayaan jelajah Asia baru-baru ini – Dato’ Siti Nurhaliza On Tour – yang meraikan 24 tahun pelibatannya dalam bidang nyanyian.
“Pihak penganjur dari OZAsia Festival datang ke Singapura untuk menyaksikan persembahan saya dan mereka menunjukkan minat terhadap muzik saya,” Menurutnya. Lebih istimewa lagi menurut Siti dia berharap dapat bekerjasama dengan seorang penyanyi tempatan kelak.
“Saya sangat teruja dan mengalu-alukan konsert ini kerana ia peluang keemasan untuk saya berkongsi muzik dan budaya Malaysia. Muzik yang akan saya dendangkan adalah gabungan etnik tradisional, pop dan irama moden.”
Acara tahunan Festival OzAsia ke-13 berlangsung dari 17 Oktober hingga 3 November. Ia menawarkan pelbagai acara dari panggung imersif hingga ke tarian kontemporari, selain persembahan yang menampilkan bintang-bintang antarabangsa. Siti dijadual membuat persembahan pada 18 Oktober di Festival Theatre.
Setelah mengambil waktu rehat selama 7 bulan pasca melahirkan buah hatinya, penyanyi cantik Raisa kembali tempil dengan single terbarunya”Kembali” dalam satu acara diberi nama “RAISA COMEBACK”.
Lagu yang dicipta Mikha Angelo bersama Raisa sendiri itu diproduksi produser muda Marco Steffiano yang sama-sama mengepalai “Juni Studio” division terbaru Juni Records.
“Saya begitu merindukan penggemar setelah selama 7 bulan benar-benar rehat dan tidak sabar memperkenalkan single terbaru saya. Konsep yang ditawarkan V LIVE dalam RAISA COMEBACK LIVE ini sangat cocok dengan apa yang saya inginkan, yaitu menyapa kembali sebanyak mungkin penggemar lewat global live streaming di kanal resmi Raisa di V LIVE,” ujar Raisa.
Raisa adalah penyanyi pertama Indonesia yang melakukan penampilan eksklusif bersama platform V LIVE setelah sebelumnya deretan musisi KPop tampil menyapa penggemar mereka lewat aplikasi ini.
“Kembali: beredar di semua gedung muzik Indonesia bermula hari ini 10 Julai 2019.