
Bunga membuka mata ramai pihak setelah tampil di gelanggang 16 Baris sebagai rapper wanita, berhijab yang tampil cukup promising. Clarity dalam rap Bunga saya kira cukup mudah untuk kita enjoy dan juga dalami.
Setelah 16 Baris saya melihat beberapa video lain anak muda ini dalam lagu seperti “Kasih” dan “Too Saucy” saya kira Bunga berada di medan Hip-Hop bukan sekadar mahu mencuba nasib tetapi lebih kepada mahu memberi tidak banyak sedikit warna dalam pasaran muzik tempatan.
Maksud saya di sini, saat gadis seusianya memilih untuk menyanyi di nada-nada tinggi dengan nota muzik meluluh perasaan, Bunga memilih untuk tampil ke depan dan lebih yakin dengan percubaan menjadi penyanyi wanita, bertudung dan berbaju kurung itu tidak harus terikat pada ilham memetik gitar sambil menyanyi lagu cinta.
Terkini, bersama Warner Music Bunga tampil dengan single rakaman studio pertamanya yang diberi judul serupa – “Bunga” yang mendapat sentuhan Tripdisz dan Lady D dengan lirik bersama Bunga sendiri.
“Bunga” Tampil dengan ilham yang saya sebut Bubblegum Pop yang diberi dihadirkan dengan rap Bunga yang saya kira agak jauh daripada apa yang pernah saya lihat di video-video rap nya sebelum ini.
Saya tidak pasti sama ada ia bagus sebagai permulaan kerana kita sedia dipersembahkan dengan persembahan poetic rap Bunga dan “Bunga” tampil sebagai sebuah naskhah Pop yang tidak jauh mengingatkan saya pada lagu “Bawaku Pergi” persembahan Zizan bersama Kaka Azraff tujuh tahun dulu.
Single “Bunga” sudah beredar minggu lalu di semua gedung muzik digital dan semoga setelah single ini kita dapat sebuah lagi lagu yang lebih berbunga jiwanya. “Bunga” sebuah naskhah yang fun cuma ia sekadar okey-okey sahaja.