
Kemudi Misha Omar dalam melewati ranjau dalam bergelar penghibur memasuki usia ke 17 tahun ini. Sejak debut berjudul “Misha” yang diterbit penuh kemas produser muzik Adnan Abu Hassan pada tahun 2002 sehingga hari ini dia masih utuh sebagai vokalis yang dihormati.
Awal mencuri perhatian pendengar tempatan dengan hit sepanjang zaman “Bunga-Bunga Cinta” Misha Omar sehingga hari ini cukup dikenali dengan penyanyi yang tebal jiwa dalam persembahan nyanyiannya dan kiranya tidak lagi pernah gagal membuat kita jatuh cinta dengan feel dalam nyanyiannya.
Benar ramai penyanyi yang mampu menyanyi dengan baik tapi memberi penyampaian sepenuh jiwa itu hal lain yang tidak ramai penyanyi ada. Apa lagi kebanyakan penyanyi hari ini yang sekadar mahu menunjuk skil nyanyian mereka sahaja.
Misha satu daripada barisan penyanyi yang hadir di awal era 2000 yang sentiasa ada “Jiwa” yang luar biasa sentimental dalam nyanyiannya. Barisan lagu-lagu hits lainnya seperti Angin Syurga, Ku Seru, Dedebu Cinta, Pulangkan, Tiada Lagi Tangisan dan lainnya bukti jiwa besar Misha dalam penyampaian alasan mengapa dia tersendiri.
Terkini, Misha bakal mempersona di pentas Dewan Filharmonik Petronas (DFP) menerusi sebuah konsert bernama “This Is Misha” yang bakal berlangsung pada minggu hadapan 5 Ogos 2019 bermula jam 8.30 Malam.
MK Melewati katalog muzik sepanjang karier Misha dan mendengar tetliti hampir 3 album penuh (Misha, Aksara, Misha Omar) dan rangkaian single terbaiknya sepanjang 17 tahun. Dan ini 11 “Jiwa” Terbaik Misha Omar dalam lagu!
ANGIN SYURGA
Lagu: M.Nasir
Lirik: Budi Hekayat
Lagu ini tidaklah memerlukan Misha melantun nada yang terlalu tinggi untuk menjadi memukau. Tetapi kelembutan dan pengucapan yang dituturkan dalam lagu begitu memaknakan isi pada lirik lagu ini dengan cukup sempurna. Emosi Misha bergerak seiring melodi, lirik dan persembahan muzik yang cukup menyentuh. Ini lagu terbaik sepanjang kariernya.
NAFAS CAHAYA
Lagu: M.Nasir
Lirik: Loloq
Lagu ini memberi satu dimensi berbeza dalam penyampaian Misha Omar. Sebuah lagi naskhah M.Nasir yang memberi justifikasi terhahadap merdunya suara yang dia miliki. Lenggok Misha tersendiri di awal lagu dan di bahagian korus “La La La La..” dia kedengaran playful namun masih merdu tersendiri.
SAMPAI BILA
Lagu: Sharon Paul
Lirik: Ahmad Fedtri Yahya / Shah Shamsiri
Dalam legasi Balada setahun dua ini saya kira “Sampai Bila” adalah Balada terbaik dalam penyampaian vokal mengatasi mana-mana lagu lain sekali pun. Feel Kak Mitch luar biasa dan sekali lagi penyampaiannya begitu dirasai sampai terus ke jiwa-jiwa yang mendengarnya.
LILITAN ASMARA
Lagu / Lirik: Adnan Abu Hassan & Misha Omar
Ini lagu pertama yang membuat saya jatuh cinta dengan kemerduan yang ada pada Misha Omar. Lilitan Asmara sebuah naskhah Balada yang akan sentiasa boleh saya dengar bila-bila masa. Paling saya suka saat Kak Mitch melafaz “Menghembus nafas rindu…” Ahhh sampai sekali ke jiwa.
DEDEBU CINTA
Lagu: Azlan Abu Hassan
Lirik: Ucu
Saya kira dalam banyak-banyak lagu yang pernah dirakam ini mungkin antara lagu yang sukar untuk Misha. Transisi lagu ini dari verse ke korus sampai ke hujungnya begitu pantas mencuri nafas dalam nyanyian. Saya paling suka penyampaian Kak Mitch di bait “Kini kau tinggalkan diriku ini…” cukup lembut sekali sebelum kembali powerful di korus akhir. Cantik sekali corak Azlan menyusun lagu ini.
BERLALU
Lagu: Wayne Gideon
Lirik: AD Samad
Ini lagu yang cukup deep dan memerlukan feel yang tepat dalam mentafsir penulisan lirik hebat Ad Samad. Dan nasib lagu ini baik ia dimiliki penyanyi sehebat Misha Omar. Berlalu lagu saya kira sempurna bagi jiwa-jiwa yang sepi.
PULANGKAN
Lagu: Ajai
Lirik: Habsah Hassan / Shuhaimi Baba
Lagu ini dicipta tepat dengan jalan cerita yang difilemkan dan lirik Habsah Hassan ditulis cukup indah dan puitis sekali. Dan segala keindahan melodi serta puitis lirik dalam lagu ini disempurnakan vokal penuh perasaan dan emosi dendam Kak Mitch. Dan mendengarnya di malam hari sendirian di rumah masih meninggalkan rasa seram remang biar sehingga hari ini.
TIADA RUANG UNTUKMU
Lagu: Adnan Abu Hassan
Lirik: Mohariz
Ini antara personal favorite saya di album “Aksara” – kelembutan suara Misha dalam menyampaikan cerita dalam lagu ini begitu menjadi sekali. Patah hati, kecewa dan amarah seorang wanita yang tertutup sudah pintu untuk memberi cinta buat seorang lelaki cukup dirasi sekali. Haaa macam tu!
SAMPAI DI SINI
Lagu: Ajai
Lirik: Loloq
Saya meremang saat kali pertama mendengar “Sampai Di Sini” feel Misha luar biasa – dari awal lagu ini bermula sehingga ke hujungnya. Flawless! Dan all that sax dalam lagu ini seperti bersatu memberi nyawa dalam persembahan vokal Misha.
HALAMAN CINTA
Lagu: Adnan Abu Hassan
Lirik: Mohariz
Lagu yang cukup soulful ini saya kira benar-benar menampilkan sisi sebenar karakter vokal Misha Omar. Vokal gemersiknya begitu dirasai sekali menerusi lagu yang dimuatkan dalam album perdananya ini. Bisik-bisik di awal lagu begitu sensual sekali.
ARTIKEL BERKAITAN
10 (Sebelas) Lagu Siti Nurhaliza Ini Patut Dirakam & Dirilis Semula