#RetrospektifMuzik, Highlight, Review, Terkini,

Sarimah – From Screen to Pop Sensation, Sebuah Perspektif Pop One Hit Wonder

Album: Sarimah (2001)
Artis: Sarimah
Produser: Davor Zagar / Dubravko Siskic / Ahmad Izham Omar / Paul Moss

“Kini Kau Tiada” ketika diedarkan 20 tahun lalu membuka mata ramai pengikut muzik tempatan dengan determination pengacara TV yang cukup popular ketika itu untuk merakamkan album, ya album bukan single.

Pertaruhan Positive Tone ketika itu sangat berani keluar dengan produk yang diluar kotak komersil pasaran muzik tempatan melahirkan debut “Sarimah” dengan pesona Pop star dalam feel R&B yang diambil daripada pengaruh muzik TLC, Nelly Furtado, Usher ketika itu.

Maka lahirlah “Kini Kau Tiada” atau versi Inggerisnya “Now That You’re Gone” yang cukup promising ketika ia diedarkan. Banyak mata melihat, memberi perhatian dengan bakat nyanyiannya.

Lagu ini ketika hadir cukup complete dengan pakej muzik video yang terhasil mewah sehebat muzik video antarabangsa. Sebuah pertaruhan yang cukup baik untuk kita enjoy muzik Sarimah dengan menutup canggungnya nyanyian studionya.

“Dia” antara lagu yang ada melodi yang baik sekali pun sebetulnya saya lebih enjoy dengan kemasan suara latar Lady D, Pot dan Lah di lagu ini berbanding vokal Sarimah itu sendiri. But after kita pun tahu dan dia pun tahu Sarimah bukanlah seorang penyanyi.

Album ini sebetulnya tidaklah teruk ada beberapa lagu di album ini yang saya kira begitu baik penghasilannya. “Ku Pun Rindu” dan “You Told Me” antara lagu yang datang dengan feel R&B yang baik.

Percubaan Sarimah di album ini sebetulnya sesuatu yang cukup menarik untuk didengar kembali biar setelah 20 tahun ia diedarkan. “Damai” masih masih lagi menjadi lagu yang menyenangkan untuk kita layan.

Saya menulis kembali tentang album ini sambil membaca review tulisan Saniboey, isu Februari 2002 majalah Sentiasa Manja dan tergelak sendiri. Antara yang menarik dalam penulisannya “Malas saya nak cakap tentang vokal Sarimah yang tak bagus langsung dalam lagu ini.” Merujuk lagu “Dia”

“What’s up with the poetry? I dont know.” – Merujuk trak terakhir berjudul “Sampai” sebuah deklamasi puisi A. Wahab Ali.

But after all, it’s a fun album to listen. Sarimah setidaknya lari dari kepompong muzik Melayu yang sama dan membosankan. Dan setidaknya sehingga hari ini”Kini Kau Tiada” masih menjadi naskhah Pop yang cemerlang dan malar segar.

Album ini menampikan tenaga kerja seperti Ahmad Izham Omar, Paul Moss, Pot Amir, Lady D, Illegal yang bekerja di belakang tabir album ini. Kesemua lagu di album Sarimah ini boleh anda nikmati di saluran YouTube Getaran Nostalgia.

Dan oh ya, jangan lupa menerusi album ini juga Sarimah diangkat sebagai Artis Baru Terbaik Anugerah Industri Muzik. Amazing kan!


ARTIKEL BERKAITAN

#RetrospektifMuzik Bagaikan Puteri – Sebuah Wakilan Suara Moden 90-an

Highlight, Review, Terkini,

Mengenali Si Manis Idgitaf Dalam Persembahan Lembut Melekakan

Lagu: Terpikat Senyummu
Artis: Idgitaf
Komposer / Lirik: Burigita Sriulima Beru Meliala
Produser: Idgitaf

Lewat hujung tahun lalu pasaran muzik Indonesia diperkenalkan dengan bakat-bakat baru yang cukup menarik untuk diberi perhatian akan persembahan muzik mereka yang cukup membanggakan.

Dua nama yang begitu menarik perhatian saya adalah Dere yang cukup booming dengan single “Kota” dan baru-baru ini hadir dengan single terbarunya “Tanya” yang kedua-duanya hasil kolaborasi bersama Tulus.

Dan seorang lagi bakat muda yang cukup menarik untuk dikongsi bersama anda adalah persona yang memperkenalkan dirinya sebagai Idgitaf yang mengendong ilham Akustik Pop dalam cerita penuh humanisme.

Berawal dengan single “Hal Indah Butuh Waktu Untuk Datang” yang beredar Disember tahun lalu, Idgitaf menawan pendengaran pasaran muzik Indonesia dengan kelembutan bermuzik yang dipersembahkan.

“Hal Indah Butuh Waktu Untuk Datang” tidak hanya hadir dengan melodi lembut yang terhasil dengan hook tersendiri, namun ia lengkap dengan penulisan lirik yang cukup meraikan kepelbagaian kita sebagai manusia.

Hal-hal indah di lagu tersebut diteruskan Idgitaf dengan sebuah lagi single yang meneruskan ilham Pop Akustinya di lagu terbaru berudul “Terpikat Senyummu”.

Lagu ini saya kira begitu mudah menarik pendengaran, tanpa perlu memaksa pendengar larut dalam kesederhanaan Idgitaf yang dalam alunan lembutnya.

“Terpikat Senyummu” membawa cerita patah hati dalam satu persembahan lirik yang cukup positif, empowering self emotion dengan sangat baik sekali. Bait-bait lirik ini cukup menarik dihayati Tak mau lagi aku Terpikat senyummu yang memabukkanku…”

Lagu ini benar-benar mengingatkan saya pada karya awal Tulus seperti “Sewindu” yang hadir dalam pesona bermuzik yang cukup sederhana tetapi cukup menangkap perasaan.

Idgitaf saya kira menjadi bakat muda yang akan terus dinantikan karya-karyanya di masa mendatang. Dan di saat baru beberapa bulan dia memperkenalkan diri di lapangan komersil ini saya sudah boleh letakkan dia antara yang paling menarik untuk dinikmati muziknya.

9/10


Persembahan Cinta Mikha Angelo Menerusi “Lover”

Review, Terkini,

Timbang Tara Muzik Kmy Kmo & Luca Sickta Dalam Persembahan Bersama Jamal Abdillah Menerusi “Neraca”

Lagu: Neraca
Artis: Kmy Kmo / Luca Sickta / Jamal Abdillah
Komposer / Lirik: Kmy Kmo / Luca Sickta
Produser: Kmy Kmo / Luca Sickta

Kmy Kmo & Luca Sickta dua nama pelapis rapper tempatan yang semakin on demand dalam pasaran muzik tempatan hari ini sudah menghadirkan beberapa single kolaborasi mereka berdua Bersama nama besar seperti M.Nasir dan Siti Nurhaliza.

Single “Zuhud” dan “7 Nasihat” saya kira sudah meletakkan nama mereka di radar popular muzik hari ini. Semua sudah sedia maklum kiranya dengan keberadaan dua anak muda ini sebagai pemuzik pelapis.

Usai kejayaan “7 Nasihat” dan “Zuhud” mereka terus berkarya dalam sebuah lagi lagu yang mengambil ilham muzik yang menjadi signature mereka dalam dua single awal yang sangat booming itu.

Terhasil dengan kolaborasi Bersama Jamal Abdillah – Kmy Kmo dan Luca Sickta hadir dengan single terkini berjudul “Neraca” yang mengambil ilham Hip-hop dalam adunan muzik timur tengah yang sedikit sebanyak terilham dari “Ghazal Untuk Rabiah” – Mungkin.

Paduan dua anak muda ini dalam penulisan lirik yang puitis dengan rima yang begitu baik susunan katanya menjadi kekuatan Kmy Kmo dan Luca Sickta.

Bait seperti “Bersantun nan sehaya, Terlukanya si cahaya.” Saya sifatkan sebagai penulisan yang cukup matang untuk sebuah teks Hip-Hop.

Sebagai penulis, saya kira mereka sangat detail dalam persembahan sebuah cerita manusiawi. Pemilihan kata-kata dalam susunan teks lirik mereka sangat kemas dan menarik untuk dihayati, difahami.

Namun melodi di lagu ini bukanlah datang dengan idea baru. Mendengarkan Luca Sickta dan Kmy Kmo di 3 single yang sudah dirilis membuatkan saya tidak boleh memadamkan ingatan pada Too Phat, Ahli Fiqir atau mungkin Salammusik.

Memanipulasi irama Melayu, Nusantara, Fusion dalam dominasi Hip-Hop itu hal yang sudah dilaksanakan. Namun “Neraca” bukanlah hasil yang teruk cuma mungkin saya sudah terbiasa dengan melodi yang begini.

Tapi hujah-hujah saya ini bukanlah hal yang penting untuk mengubah landskap muzik mereka kerana views nya masih tinggi, lagunya masih disukai umum. Cuma itulah sifatnya terlalu domestik.

Jadi saya kira istimewanya untuk saya menikmati Kmy Kmo dan Luca Sickta adalah pada teks lirik mereka yang sangat baik.

6.2/10


ARTIKEL BERKAITAN

Kesinambungan Raggaeton Andi Bernadee di Single “Kais Pagi Kais Petang”

Review, Terkini,

RAN Meramu Kembali Nada “Orang Yang Paling Ku Benci”

Lagu: Orang Yang Paling Ku Benci
Artis: RAN
Komposer / Lirik: RAN
Produser: RAN

Trio bermuzik RAN cukup dikenali dengan rangkaian  Pop seperti “Dekat Di Hati” , “Kita Bisa”, “Melawan Dunia” hadir cukup mempesona tahun lalu dengan single kolaborasi bersama Hindia menerusi lagu “Si Lemah”.

“Si Lemah” menjadi satu transformasi muzik RAN yang cukup matang dengan isu dalam lirik yang cukup dewasa itu sudah kami letakkan sebagai 10 Lagu Terbaik Indonesia 2020. Baca di sini: LAGU TERBAIK INDONESIA 2020

Meneruskan rendisi Pop mereka, RAN merilis “Orang Yang Paling Ku Benci” lewat tahun lalu dengan signature muzik yang begitu RAN sekali sifatnya.

Single yang mengambil ilahm cinta muda mudi itu meneruskan populariti RAN dengan komposisi yang cukup catchy dan mudah menangkap pendengaran.

Meneruskan keindahan dalam melodi tersebut, RAN yang sinonim dengan ilham Pop Akustik menghadirkan versik stripped down “Orang Yang Paling Ku Benci”.

Lagu ini saya kira sekadar mengulang formula serupa beberapa lagu RAN yang lainnya. Dari aspek pemasaran muzik cukup catchy dan sesuai dengan pendengar muda hari ini. Namun untuk sebuah revolusi muzik RAN saya kira “Si Lemah” harus mereka jadikan benchmark.

6/10


ARTIKEL BERKAITAN

#502020 Tenaga Radikal Bermuzik Anak Muda Indonesia Menerusi 50 Rilis Terbaik Sepanjang Tahun

Highlight, Review, Terkini,

Sivia Menemukan The One Lewat Single “Are You My Valentine?”

Lagu: Are You My Valentine?
Artis: Sivia
Komposer / Lirik: Sivia Azizah / Iwan Popo
Produser: Iwan Popo

Pesona R&B yang dibawa bakat baru bernama Sivia menerusi lagu-lagu yang beredar di album perdananya “Love Spells” membuka satu lembaran baru muzik Indonesia dengan lahirnya seorang lagi bakat muzik yang cukup mampu dibanggakan sebagai pelapis.

Menerusi “Love Spells” Sivia sudah mengeluarkan semua kelebihan bermuzik yang dia miliki dalam 9 lagu yang terisi dengan feel Modern R&B yang seiring dengan apa yang ditawarkan pasaran global.

Dan konsert virtual solonya membuktikan sekali lagi keseriusan Sivia sebagai penyanyi dan pemuzik yang datang dengan kredibiliti dan kesungguhan dalam berkarya.

Terkini dia hadir dengan single “Are You My Valentine”  dicipta bersama Iwan Popo yang juga menjadi tulang belakang Sivia bermuzik sejak awal dia berkarier.

Single ini hadir begitu soulful sekali dengan peson melodi yang cukup kuar pengaruh R&B Soul dalam persembahan menawan Sivia.

“Are You My Valentine” sebuah lagi lagu yang akan terus menanam rasa percaya pada bakat besar milik Sivia. Dan saya pasti single adalah permulaan 2021 yang baik untuk kita terus meresapi muzik yang bakal terus di pasarakan di masa depan.

8.3/10


ARTIKEL BERKAITAN

Yang Terhangat di Katalog Pop Muda Mudi Indonesia

#RetrospektifMuzik, Terkini,

“Hapuslah Air Matamu” Sebuah Hits Malar Segar & Pengalaman Manis Menikmati Muzik Pop 70-an

Nama Datuk Ahmad Nawab cukup dominan dalam pasaran muzik 70-an dengan penghasilan hits sepanjang zaman buat Sharifah Aini, Broery Marantika, Salamiah Hassan dan beberapa nama lain yang cukup diingati sehingga hari ini dalam mengisi katalog muzik Pop tempatan.

Sebuah filem yang diterbitkan pada tahun 1976 berjudul “Hapuslah Air Matamu” menmpilkan pertemuan dua bintang legenda Malaysia – Indonesia yang cukup hangat ketika itu mengisi skrin filem ini. Sharifah Aini dan Broery Marantika disatukan dalam sebuah skrin muzikal.

Runut bunyi filem ini yang dikepalai produser muzik handalan Ahmad Nawab, menyajikan rangkaian lagu-lagu Pop malar segar yang cukup merdu, sedap didengar biar sehingga hari ini sudah lebih 40 tahun usia lagu-lagunya.

Album ini dibuka dengan suara buluh perindu Biduanita Sharifah Aini dalam judul serupa “Hapuslah Air Matamu” yang ditulis liriknya oleh penyanyi hebat ini sendiri. Versi serupa nyanyian Broery Marantika turut dimuatkan di album OST ini.

Keistimewaan melodi lagu ini saya kira tentu saja akan originality Ahmad Nawab dalam merangka Balada Melayu yang cukup lembut penghasilannya dalam menyentuh terus hati yang mendengar.

Sebuah album malar segar dengan rangkaian hits sepanjang zaman

OST ini menampilkan terlalu banyak hits yang masih didengari dan dinikmati sehingga hari ini. Siapa saja mampu lupakan 70’s Groove “Seiring Sejalan” yang cukup ikonik sekali penghasilannya.

Album ini turut menampilkan suara Junainah M. Amin menerusi sebuah lagi fast number berjudul “Kau Di Sayang”  dan Deddy M. Borhan menerusi lagu “Harapan Hampa”.

“Sabar Menanti” persembahan Broery saya sifatkan antara lagu terbaik yang pernah diciptan Ahmad Nawab sepanjang dia bermuzik. Kemasan muziknya saya kira cukup grand sekali penghasilannya dengan ssusunan string rakaman langsung yang begitu raw sekali.

Persembahan lagu ini tentu saja dibantu keindahan persembahan vokal Broery yang diberi secukup rasa untuk kita melayang dalam perasaan yang diberikan sepanjang lagu ini. “Sabarlah Menanti” saya kira hadir dalam penghasilan melodi yang sangat-sangat baik sekali.

Sabar Menanti sebetulnya mampu menjadi rujukan penghasilan Balada zaman sekarang

Lagu-lagu lain seperti “Perasaan Hati”, “Yang Ditunggu Tak Tiba” dan “Perasaan Hati” saya kira melengkapi album ini dalam intepretasi lakon layar yang ditulis buat filem ini.

Kolaborasi Ahmad Nawab, Sharifah Aini dan Broery Marantika bagi saya adalah satu kesempurnaan yang dikecapi dalam sejarah muzik tempatan. Runut bunyi filem ini membuktikan hal tersebut. Semuanya dihasilkan dengan cukup kemas dalam sebuah pelayaran rasa yang membuai.

Kesemua lagu dalam runut bunyi ini tersedia di saluran YouTube “Getaran Nostalgia”.

Tracklist

A1 Sharifah Aini Hapuslah Airmata Mu

Lyrics By – Sharifah Aini
3:30
A2 Broery Marantika Haruskah Kita Berpisah

Lyrics By – Broery*
2:54
A3 Broery* & Sharifah Aini Perasaan Hati

Lyrics By – Sharifah Aini
2:53
A4 Sharifah Aini Hatiku Hatimu

Lyrics By – Sharifah Aini
2:54
A5 Deddy M. Borhan Harapan Hampa

Lyrics By – Deddy M. Borhan
4:00
A6 Ahmad Nawab Regent Club 3:02
B1 Broery Marantika Hapuslah Airmata Mu

Lyrics By – Sharifah*
3:30
B2 Sharifah Aini Yang Di Tunggu Tak Tiba 3:46
B3 Broery* & Sharifah* Seiring Jalan

Lyrics By – Broery*
4:52
B4 Junainah M. Amin Kau Di Sayang

Lyrics By – Junainah M. Amin
2:53
B5 Broery Marantika Sabar Menanti

Lyrics By – Broery*
3:30

 


ARTIKEL BERKAITAN

“Aslirama” Sebuah Ketulenan Melodi, Lirik & Santun Muzik Melayu Asli

#PerspektifMuzik, Highlight, Terkini,

Yang Terhangat di Katalog Pop Muda Mudi Indonesia

Barisan Pop anak muda Indonesia hadir beragam dalam idealisme muzik yang dikendong penuh percaya akan bakat yang dimiliki dan keterbukaan pendengar di sana menyokong penuh bakat muzik lokal.

Selepas lahirnya nama-nama seperti Sal Priadi, Kunto Aji, Hindia, Pamnugkas, Tulus, Yura Yunita sehingga Nadin Amizah yang sudah melepasi radar popular, kini hadir beberapa lagi bakat di barisan Pop yang bakal meneruskan kelangsungan bermuzik.

Nama Sivia Azizah mendepani pilihan Muzik Kita dengan lontaran vokal luar biasanya yang hadir dalm feel Urban R&B yang cukup moden sekali penghasilannya. Album berjudul “Love Spells” bukti kemampuan luar biasanya.

Sivia hadir dalam pesona R&B Star yang mampu menjadi pelapis muzik Indonesia yang sangat mampu dibanggakan pasaran muzik Indonesia yang cukup besar skalanya. Dengan barisan lagu seperti “Love Jokes”, “New York” dan “Love Spells” bukti keteguhan bermuziknya.

Dere seorang lagi solo wanita yang memikat dengan pesona Folk yang masih kuat pengaruh Pop dalam lagu-lagunya. Dua single ciptaan Tulus – “Kota” dan “Tanya” diterima mudah pendengar di Indonesia. Di bawah kendalian produser muzik hebat Ibnu Dian, Dere antara yang akan terus dinanti.

Indonesian Idol masih menghasilkan bakat-bakat yang tinggi nilai komersilnya

Nama Tiara Andini mendepani mana-mana bintang Idol lainnya yang pasti meneruskan kelangsungan populariti Marion Jola di musim sebelumnya. Dengan single “Gemintang Hati”, “Maafkan Aku”, “365” dan duet bersiri bersama Arsy Widianto menjadi jaminan populariti buatnya.

Kerjaya muzik Pop Tiara akan mencapai usia panjang seperti mana Marion Jola – biar tidak bergerlar juara di pesta muzik Idol namun cukup menawan di pasaran muzik sebenar.

Mikha Angelo semakin selesa dengan kembara solonya yang hadir cemerlang dengan debut album “Armateur” yang terhasil dengan sound yang cukup matang.

Beberapa lagu di album tersebut terhasil cukup baik sekali. “Shot” dan “Middle Ground” untuk seorang anak muda menghasilkan album sebegitu baik adalah amat mengagumkan hasilnya.

Beberapa nama lain yang harus diberi perhatian adalah Kevin Hugo dengan pesona romantismenya, Fluer! dalam laungan Retro Pop dan individuality Romantic Echoes yang bergerak dalam radar muzik tersendiri. Dengarkan sahaja rangkaian lagu mereka seperti “A Letter to You”, “Yang Tercinta” dan Muka Dua”.

Seorang lagi bakat baru yang menarik perhatian menggelar dirinya sebagai IDGITAF menghembuskan nuansa positif dalam layanan lirik humanisme “Hal Indah Butuh Waktu Untuk Datang” memberi satu siren bahawa dia sudah cukup sedia menawan pasaran muzik yang lebih luas.

Usaha dan daya bakat-bakat muda ini memercikkan ilham baru bermuzik memberi satu nafas berbeza buat pasaran muzik Indonesia yang tidak lagi pernah sunyi dengan gemerlap bintang-bintang yang silih berganti.

Highlight, Review, Terkini,

Persembahan Cinta Mikha Angelo Menerusi “Lover”

EP: Lover (2021)
Artis: Mikha Angelo
Produser: Mikha Angelo

Semakin selesa bermuzik secara solo, Mikha Angelo bergerak laju dalam pengahsilan karya-karya baru yang bersilih ganti dengan ilham muzik yang membuah ilham individualitinya dalam bermuzik. Belum lagi puas menikmati “Amateur”, Mikha memperkenaklan EP “Lover”.

Berisi dua lagu dalam ilham lirikal cinta yang manis, Mikha Angelo menggubah melodi “Anything” dan “Into You” dengan cemerlang sekali. Keunikan dan tersendirinya melodi yang hanya dengan sekali dengar sudah buat kita jelas dengan visi muziknya.

“Anything” saya kira sifatnya begitu Mikha sekali kraf muziknya. Bait-bait kasih sayang cinta pertama jelas ditulis dalam lagu ini saat dia melantun “Through anything, anytime. Wherever you are, I’m always by your side and in your heart…”

Mikha komposer yang bijak saya kira membuat kita sebagai pendengar untuk melekat mendengar lagu-lagunya. “Into You” sebuah lagi deklamasi cinta yang cukup indah penghasilannya.

Lagu yang bedurasi hanya 2 minit 56 saat ini mengulik kisah crush into you anak muda. “I’m done trying to be cautious ‘Cause I’m just afraid you won’t understand That I like you I might even love you How am I supposed to make you know that I’m into you?”

EP ini saya kira sebuah kesinambungan yang baik daripada apa yang sudah dia hidangkan di album perdananya “Amateur” yang terhasil dalam ilham Pop yang cukup menyenangkan. This beautiful soul ternyata banyak hal yang mahu dia kongsikan bersama kita sebagai pendengar.

9/10


ARTIKEL BERKAITAN

Kematangan Pop Afgan Menerusi “Say I’m Sorry”

#RetrospektifMuzik, Review,

#RetrospektifMuzik Bagaikan Puteri – Sebuah Wakilan Suara Moden 90-an

Album: Puteri Tari (1995)
Artis: Farra
Arranger / Produser: Zuriani 

Nama Farra muncul sekitar pertengahan 90-an dengan membawa satu visi muzik Dance dan Pop yang jarang dibawa solo wanita. Muzik begini seringnya diasosiasikan dengan grup-grup wanita seperti Feminin antara yang dominan.

Persembahan Dance Pop mahupun Baladanya melawan arus muzik perdana tempatan ketika itu. Feminin menerusi album Kini dan Kembali melakukan hal ini dalam hits mereka seperti “Kini”, “Rindu”, “Cinta Abadi” yang datang dengan idea R&B Pop yang menceedok ilham grup barat.

Ilham ini diteruskan menerusi album perdana Farra berjudul “Puteri Tari” yang diedarkan pada tahun 1995 dengan hits malar segar yang masih diputar sehingga hari ini berjudul “Bagaikan Puteri” (Zuriani).

Album ini diterbitkan sepenuhnya Zuraini dengan rangkaian 9 lagu mengangkat ilham Dance Pop yang terhasil dalam satu persembahan yang cukup menarik untuk diperdengarkan biar sehingga hari ini.

“Kedua Kalinya” (Zuriani) Balada yang datang sebagai sebuah soulful Ballad yang sentiasa memberi saya goosebumps setiap kali mendengarnya. Struktur lagu ini dikemaskan Zuriani dengan satu sifat yang cukup moden sekali penghasilannya.

“Ributku” sebuah lagi lagu yang cukup menarik pendengaran saya. Feel R&B di lagu ini sangat baik sekali, melodinya cukup original untuk pasaran muzik tempatan ketika ia terhasil. Penulisan liriknya cukup baik sekali dalam cerita kecelaruan kendiri sebagai manusia.

Beberapa lagu Dance di album ini seperti “G.I.L.A”, “Rindu & Hujan“dan “Kata Hati” cukup kuat semangat 90’s Dance beart yang sangat fun dan nostalgic untuk dinikmati.

Tenaga dalam lagu-lagu begini selalu saya bayangkan betapaseronok dinikmati dalam persembahan live berskala besar. Namun sayang hayat karier muzik Farra tidak panjang dan tidak sempat saya menonton persembahan livenya.

Saya kira jika hayat bermuziknya panjang sehingga hari ini dengan segala kredibiliti pentas yang dia miliki Farra sudah menjadi legenda muzik hari ini.

Sepanjang sempat bermuzik Farra sudah menghasilkan dua buah album yang kedua-duanya terhasil dalam ramuan Pop yang begitu ke depan ketika dihasilkan. Album “Sayang” menyusul selepas album “Puteri Tari” ini muncul dalam ilham serupa.

Farra dalam lipatan sejarah Pop tempatan sudah memberi satu warna yang cukup menarik untuk kita kupaskan. Biar sudah berusia lebih 20 tahun album ini tidak terasa tua dan masih seronok untuk kita nikmati.

Beberapa peran lain dalam Pop begini seperti Amy Mastura bersama Azman Abu Hassan dan Azlan Abu Hassan dalam rangkaian album-albumnya cukup menarik segar didengar.

Mendengarkan Farra di tahun 2021 ini membuatkan saya rasa bertuah membesar di era di mana pasaran muziknya cukup beragam dengan penghasilan album (bukan single) yang berkualiti.


ARTIKEL BERKAITAN

Meraikan 80’s Bubble Pop Raja Ema Dalam Kisah Remaja, “Angan-Angan” & “Jejaka Idaman”

Highlight, Review, Terkini,

Kolaborasi Alan D Bersama Faizal Tahir Menerusi “Luka Hati”

Lagu: Luka Hati
Artis: Alan D & Faizal Tahir
Komposer / Lirik: Alan D / Amir Abu Hassan / Faizal Tahir / Mingaling
Produser: Mingaling

Meraikan pasaran Pop semasa tempatan yang semakin beragam dengan tenaga baru bermuzik menyaksikan nama-nama yang semakin berani ke depan tanpa terikat ilham muzik sedia ada dengan cukup cemerlanag.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini nama-nama seperti Alex Ungku, Zamaera, Lunadira, Bil Musa, MFMF., YonnyBoii, K-Clique, Reddirocket dan i-Sky cukup ke depan dengan satu warna baru membesarkan landskap Pop Malaysia.

Terkini seorang lagi nama yang cukup promising, Alan D yang sudah menghadirkan beberapa single  seperti “Laut” dan “Jauh” perlahan mencuri perhatian pendengar. Terkini dia hadir dengan single terbarunya berjudul “Luka Hati” bersama penampilan senior muzik Pop tempatan Faizal Tahir.

“Luka Hati” hadir dalam ilham Pop semasa yang sifatnya cukup global sekali untuk meletakkan standard muzik tempatan seiring pasaran muzik luar. Penghasilan melodi yang catchy terisi dengan barisan lirik yang mudah menangkap.

Kemanisan lagu ini saya kira tentu saja dengan kehadiran vokal FT yang melatari lagu ini yang blend in dengan begitu baik sekali. Alan D saya kira akan menjadi antara bakat muda yang akan terus dinanti kelibatnya dalam pasaran muzik tempatan.

Kolaborasi bersama Pop star seperti FT membri exposure baik  buatnya  dan “Luka Hati” sebuah permulaan baik buat Alan D. Semoga in future akan ada lebih lagi kolaborasi yang sebaik ini.

6.7/10


ARTIKEL BERKAITAN

Kesinambungan Raggaeton Andi Bernadee di Single “Kais Pagi Kais Petang”