
Tahun lalu aplikasi penstriman muzik JOOX memperkenalkan sebuah program bernama “JOOX Super Producer” dengan memperkenalkan lagu-lagu baru dengan ilham muzik terkini yang dikepalai Faizal Tahir menerusi beberapa rilis menarik yang telah terhasil.
Antara lagu-lagu menarik yang diperkenalkan di musim pertama adalah “Gerak Dulu” (Dayang Nurfaizah), “Durja” (Khai Bahar) dan “Yang Benar Aku” (Bunkface) semuanya terhasil dalam ilham cukup moden dan terkini.
Meneruskan program yang cukup dinanti ini, JOOX Malaysia memperkenalkan “Gegaran Band” yang menampilkan rangkaian lagu-lagu baru eksklusif pengedarannya di aplikasi muzik JOOX Malaysia.

Antara kugiran yang terlibat dalam program ini adalah Kugiran Masdo, IamNeeta, Caliph Buskers, Madam, One Avenue Band, Azarra Band dan Drama Band – yang bakal dirilis mengikut giliran.
Kugiran Masdo dan IamNeeta antara yang sudah boleh diperdengarkan lagu baru mereka. “Lautan Asmara” ciptaan sepenuhnya vokalis Masdo iaitu Ali Sariah dan “Lampu Hijau” persembahan IamNeeta sudah dirilis Januari lalu.
Siri JOOX ORIGINALS “Gegaran Band” ini akan terus berlangsung pada bulan Februari ini sehinggalah ke bulan Mac dengan rangkaian lagu terbaik yang akan dibawakan oleh kumpulan rock bertenaga Madam pada 3 Februari yang telah melancarkan lagu terbaru mereka “Musnah” dan akan diikuti Caliph Buskers, kumpulan kurang upaya penglihatan yang sangat berbakat dan One Avenue Band.

Kumpulan pop rock bertenaga Azarra Band dan kumpulan Drama Band akan melancarkan lagu-lagu terbaharu mereka di JOOX pada bulan Mac yang akan datang nantikannya kesemuanya.
Angie Tan, Head of JOOX Malaysia, menyatakan, “Memandangkan sambutan yang sangat luar biasa dan memberangsangkan yang telah kami terima daripada peminat muzik di Malaysia untuk dua siri JOOX ORIGINALS sebelum ini, maka kami memulakan tahun baru ini dengan membawakan kumpulan pop rock terhangat di Malaysia.”
Tambahnya lagi, “Kami berasa teruja untuk membariskan pemuzik-pemuzik yang sangat berbakat untuk Projek siri ketiga ini dan kami akan terus berusaha untuk memeriahkan lagi arena muzik tempatan dengan menghasilkan lebih banyak lagu-lagu asli yang lebih hebat.”
ARTIKEL BERKAITAN
“Gerak Dulu” Sebagai Gerakan Future Pop Menerusi Projek JOOX “Super Producer”